@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

assalam. kalau kat baju kita ada darah sebesar ibu jari tpi dah kering. sah ke solat kita? urgnt

wa'alaikumussalam. kalau kurang dari besar duit syiling 50 sen lama tu, sah je.

salam . al akh . macam mana nak jaga hati ? saya sayang dia sejak darjah 4 lagi . then , saya terjumpa dia balik di kisas . dugaan ke ini ?

wa'alaikumussalam.
maaf ana tergelak waktu awal baca tadi.
maaffffff...
tu dugaan lah tu buat kamu.
sengaja Allah aturkan macam tu supaya kamu diuji,
bila kamu diuji, keimanan makin meningkat.
sayang dari darjah 4.
lagi awal dari ana heh.
gini lah, kalau ana jadi kamu, ana elak diri dari jumpa dia.
bukan sebab tak suka atau tarik muka.
tapi takut diri tak terjaga.
takut hati tak terkawal.
tu langkah awal terbaik lah.
biltaufiq wannajah :)

Nasihatkan ana ni, tengah hampa sungguh

kuat sikit aliff.
tak boleh nak bagi benda lain lah.
enta kena kuat lagi.
kuat.
kuat dengan Al-Quran mcm yg selalu buat di KI dulu.
kuat dengan zikir yg kita belajar dulu.
yang mesti, kuat !!!! :')
Liked by: MC Muhammad Syafiq

Related users

macam mana nak bentuk diri orang lain sedangkan diri kita pun tak terbentuk ? what can I do ?

kamu tahu perkataan ni:
'islah nafsak wad'u ghairak'
perbaiki diri dan ajak orang lain.
maksud ayat ni bukan bermaksud kena islah diri dulu baru boleh pergi dakwah org lain.
pemikiran yg macam ni silap.
huruf 'wau' atau dan kat situ bermaksud 'wau ma'iyyah'
iaitu bermaksud wau yg selari antara sebelum dgn selepasnya.
maksudnya dalam masa kita perbaiki diri kita berdakwah pada orang lain.
Ummat kita tengah tenat.
perlu tangan-tangan yg gapai mereka dengan dakwah dan tarbiah.
dan tarbiah takkan selamanya cukup.
tu sebab ia proses berterusan sepanjang hayat.
Gapai tangan mereka.
Selamatkan ummat ini.
Liked by: MC Adawiyah. faiz

Salam Akhi.. nak tnye ni, sye ada sorang kawan rapat dn diye lelaki(sye pompuan). dn kiteorang slalu samesame. sye tau diye bukan mahram sye tapi tk kn sye nk mengelak jike diye nk bawa crite ke ape. cmne ni?

wa'alaikumussalam.
dengar cerita dia tapi jaga diri.
kalau boleh kurangkan sikit urusan yg tak penting.
Liked by: Muhammad Syafiq faiz

bagaimana nak menthiqahkan diri yg tak thiqah ni?

Tarbiah diri dan jadi diri sendiri.
tapi selalu target dan cuba untuk tiru akhlak dan peribadi Nabi Muhammad dan para ulama.
Insha Allah
Liked by: MC Adawiyah.

pemberi tak ingin pemberiannya diketahui oleh si penerima asbab pemberi mahu memberi secara rahsia.bagaimana jika pemberi tidak jujur apabila ditanya oleh penerima "adakah dia yang memberi?".salahkah perbuatan tersebut?

salah. tak nak orang tahu tu bagus, tapi menipu tu tak bagus.
kalau ana, ana senyap je. tak jawab atau tukar topik
lebih selamat.

Pendapat tentang belajar di pondok nanti tiada masa depan?

AdawiyahMH’s Profile PhotoAdawiyah.
Siapa kata takde masa depan?
kalau takde masa depan, takdelah asatizah yg boleh mengajar di masjid surau keluaran pondok.
sebab mereka semua dah mati sebab takde di masa hadapan.
heh.
Liked by: MC alios Atiqah Adawiyah.

kalau masam muka dgn lelaki tu kira sombong ke eh

masam muka bukan sunnahnya nabi.
dengan lelaki bukan perlu masam muka, tapi perlu jaga diri.
tu yg sepatutnya.
Liked by: MC

Salam anggota yg da ditanggalkn kira aurat ke? Mcm rambut gugur abeh laki ajnabi nmpk

juzu' yg terpisah dari badan bukan aurat.
Liked by: na.

Boleh x kalau sy campur kan satu gayung tanah dlm baldi berisi 3/4 air mutlak? Cukup x satu gayung tanah tu? Ke 1/4 tanah campur 3/4 air?

boleh

salam a'laik ya ustz/// http://pembina.com.my/sister-in-islam-pejuang-agenda-liberalisme/ boleh bagi pendapat tentang ni...?? syukraan jiddan...ana asiff jiddn

wa'alaikumussalam.
Sister In Islam ni adalah satu organisasi yang memperjuangkan feminisme
atau mudah difahami sebagai hak-hak wanita.
termasuk dalam hak wanita ini sesuatu yg melanggar hukum syara' seperti hak perempuan sama seperti lelaki.
Antara kritikan SIS adalah Islam sebuah agama bias pada satu gender yg perlu dirangka semula.
hujah mereka adalah Islam ini agama yg diturunkan pada nabi Muhammad S.A.W. yg merupakan seorang lelaki. juga para scholars (ulama) dlm Islam juga merupkan lelaki. disebabkan mereka adalah lelaki, maka berlaku deskriminasi (kata mereka) jadi kebanyakkan hak dlm Islam dilebihkan pada lelaki misalnya dalam pewarisan harta pusaka (mirath) lelaki mendapat 2 bahagian dan wanita 1 bahagian.
Sedangkan dalam Islam, Islam tak pernah membelakangkan hak wanita, ini terbukti dlm banyak dalil-dalil dari Al-Quran yg lain dan termasuk pesan Nabi Muhammad dalam Khutbah Wida' mengajak umat manusia untuk memuliakan dan menjaga hak wanita.
dan yang menakutkan mereka juga menggunakan dalil Al-Quran dengan tafsiran mereka sendiri.
seperti ayat Al-Baqarah 256 : "Tiada paksaan dalam agama..."
Mereka berdalil dengan ini untuk menolak perlunya menutup aurat dan memakai hijab.
Sedangkan para ulama menyatakan bahawa ayat ini adalah untuk non-muslim, yang mana mereka tiada paksaan untuk memilih agama. tetapi apabila sudah tetap agama seseorang itu sebagai Islam, maka diberatkan atas bahunya taklifan seorang Islam.
dasyatnya pemikiran liberalisma yg mendahului akal dari nas.
naudzubillah min zaalik.
mohon belindung dari Allah.
Allahu mustaan.

View more

Liked by: Ig : zettynatasha

apa beza tausiyah dgn taujihad?

Lebih kurang je.
Tausiyyah ni mcm tazkirah. peringatan utk meningkatkan diri jadi lebih baik
Taujihad ni mcm kata-kata pembakar semangat untuk berjuang dan berjihad.
Liked by: dolphin thelostlulu MC

pakcik , camane nak jaga ikhtilat ?

sentiasa rasakan Allah bersama dengan kita.
Allah melihat kita sedang kita tidak mampu melihat zat-Nya
Liked by: MC Atiqah

Akhi, kalau kita pakai kasut kulit babi masa kaki kita tgh basah and kaki tu belum kering lagi kita dah bukak kasut tu pastu jalan tempat lain. Kena samak lantai kita pijak tu ke?

tak perlu. yg kena samak tu kaki kita.
Liked by: Atiqah

Mcm mana dgn doaa mencuri kita kalau kita dah taubat tapi x pulangkan lagi harta curian. Cth sbb sy x mampu, sy belum kerja lagi. Kalau ditakdirkan sy mati pada usia muda n belum bayar harta curian walaupun dah taubat setaubatnya, dosa masih x diampunkan?

insha Allah diampunkan Allah.
cuma selagi mana kamu belum kerja, kena berazam nak bayar balik
dan bila dah cukup duit nak bayar, mesti segera bayar.
jangan tangguh-tangguh.
wallahua'lam

Next

Language: English