@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Salahkah seorg wanita mmpunyai suara yg lmbut(suara yg bln dbuat-buat) sehingga seorg laki brtnya..mmg suara dia mcm tu ker??akhi apakah wanita itu berdosa?n apa yg prlu dia lakukan?

suara lembut takde masalah . yg jadi masalah bila bersuara lembut dgn lelaki yg bunyi jadi macam manja gitu . bimbang lelaki tu cair jadi bila kamu berurusan dgn lelaki cuba keraskan sikit suara tu . wallahua'lam

Related users

akhi, boleh x ceritakan ciri2 dajal. betul ke viral pasal bayi mata satu tu?

panjang nak cerita . boleh beli buku pasal akhir zaman kalau nak tahu . tak viral yg baby tu
Liked by: AA MISS A

salam. nak tanye ziarah org meninggal atau pegi sekolah, mane yg lg penting? kalau saya tak pegi skola nanti saya tetinggal pelajaran. kalau saya tak ziarah nanti kecik ati lak keluarga arwah. hm saya buntu

ziarah org meninggal
Liked by: MISS A Budak_Mentah

bila boleh?

nurshuhadaramli91’s Profile Photo.
boleh apa ? istikharah ?
waktu paling baik sepertiga malam .
waktu lain boleh je asalkan bukan waktu haram solat

Assalamualaikum Ya akh. Klau org lihat skli akan nampak saye mcm budak baik sgt. Tdung dah labuh. Tp saye byk sgt dosa yg sering saye buat. Tggl solat, tgok porno.. Saye sndri malu nak tulis ni.. Ade doake nak elak bnde bnde ni?

Wa'alaiukumussalam . moga Allah bantu permudahkan kamu . sesungguhnya setiap bait indah Al-Quran itu adalah syifa' (penyembuh) dan semuanya doa yang penuh barakah .
untuk masalah kamu ni , bersabarlah . Allah dah gerakkan hati kamu utk berubah, walaupun perubahan kamu belum sempurna tapi jauh lebih baik dari diri kamu yg dulu . nasihat ana cuba sedaya upaya jaga solat kamu . selagi kamu tak mampu jaga solat, kamu takkan mampu lagi utk jaga diri kamu dari maksiat lain macam porno dll . usaha jaga solat . Allah akan permudahkan yg lain . tudung labuh tu teruskan pak ai mudahan ia membantu kamu utk terus istiqamah berubah . amin .

bid ah hasanah tu ape

suatu perkara yang tidak pernah dilakukan Sayyiduna Rasululah yang asas pengamalannya ada tidak lari dari syarak dan dibenarkan .
Liked by: MISS A Fiz

Knp ana takleh add enta di fb? Yg ada hanya 'follow'. Maaf, ana dah jrg guna fb pastu bila buka semua dh lain

add ? tekan je lah add .
cuma ana mintak maaf , atas masalah peribadi ana sendiri , ana tak approve org yg ana tak kenal . sebab ana takut ana hanyut dan lain-lain hal yg lagi yg boleh undang bahaya pada hati ana .
maaf sgt-sgt . takpe post ana kebanyakannya public jadi kalau follow pun dah boleh baca . asif sgt .

kenapa perlu bersikap pemaaf dalam berdakwah?

kerana Sayyiduna Rasulullah kita juga seorang yang sangat pemaaf pada orang yang didakwahnya .
Tengok sahaja waktu fathul makkah (pembukaan kota mekah) , Makkah dikepung orang Islam dari setiap penjuru . dan apabila sudah ditawan maka ditanya pada nabi apakah yg hendak dilakukan pada mereka .
Apa nabi jawab ?
Nabi tak berdendam walaupun dulu diseksa umat Islam sebagaimana kita tahu dipulaukan umat Islam selama beberapa bulan dan lain-lain penyeksaan .
Nabi maafkann dan nabi buka peluang untuk mereka mengucap kalimah syahadah dan memeluk Islam .
jadi kita sekadar da'ie kecil , masakan kita tidak mampu menjadi pemaaf dalam dakwah kita ;)

Next

Language: English