@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Kenapa kena jadi hujan pulak? (Merujuk pada bio)

Kerana hujan turun di mana-mana, pastinya ia jadi manfaat. (merujuk pada bio)
Liked by: tenny

ak br dpt smrtphne.blh tlg suggst apps ap blh ak install

kalau saya,
1. Al-Quran android; Ganti Al-Quran bila masa-masa yang sangat penting
2. Kamus Al-Maani; Kamus bahasa arab yang sangat penting bila diperlukan
3. E-book reader; apa-apa jenis pun takpe. kadang kita nak rujuk kitab, atau nak baca buku fikrah atau apa-apa pdf senang. saya pakai officesuite
4. Evernote; untuk catat nota atau apa-apa. Evernote ada cloud jadi boleh buka di computer atau apa-apa peranti yang ada internet once kita save nota tu
5. MTDM; apps MTDM berguna untuk maulid dan amalan harian sebab dalamnya ada wirdhul latif dan ratib haddad
wallahua'lam

Related users

Assalamualaikum akhi, saya menetap di London skrg ni. Waktu Solat Subuh di London masuk pada pukul 0445 pagi. Adakah dibenarkan saya solat pada 0500 pagi dan kembali tidur? Bukankah Allah ckp rejeki takkan masuk kalau kita tidur selepas Subuh.. Dalam situasi saya ni dimaapkan dak?

Wa'alaikumussalam, kamu kena faham, tidur lepas subuh tu, bukannya tak dapat rezeki langsung. Tidak. Cuma waktu lepas subuh itu adalah waktu mencari rezeki dan bahkan waktu Allah bukakan pintu rezeki yang luas pada hambanya.
Maka mereka yang tidur itu rugi. Jadi Islam melarang dari tidur lepas subuh tetapi larangan itu bukan haram hukumnya. Kerana ada juga manusia yang bekerja pada malam hari penuh dan memang siang itu masa rehatnya. Maka Islam tak zalim pada penganutnya. Kerana Islam tak pernah menghalang mencari rezeki selagi mana ianya halak dan tidak melalaikan.
Jadi untuk situasi kamu takde masalah nak tidur. Tapi kalau boleh bangun itu lebih baik. Wallahua'lam
Liked by: anis. Rajamuzahid Q Ay. H.M

bleh listkan x sbjek stam

S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
S102 – Fiqh
S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)
S104 – Tafsir dan Ulumuhu (Ilmu Ulum Al-Quran)
S105 – Hadith dan Mustolah
S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf
S107 – Insya’ dan Mutalaah
S108 – Adab (Sastera Arab) dan Nusus (Nas-Nas Syair Arab)
S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
S110 – Balaghah (kesusateraan)

Kalo kami yg biasa2 act takdela pndai mane pun, boleh amik stpm/stam di kisas ka? Perlu cemerlang atau syarat2 tertentu?

perlu cemerlang bila dah belajar kat kisas nanti la. sebab nak kekalkan reputasi nombor satu tu kena usaha sungguh-sungguh. tapi kalau nak masuk, syarat tak ketat mana pun. insha Allah mudah

Assalamualaikum akhi, saya nak tanya pendapat enta.. result spm saya tidaklah cemerlang mana..ibu dan ayah sruh sambung stpm kisas.. tapi saya tak bersedia utk menjadi stayer..ape yg perlu saya buat ?

wa'alaikumussalam. Stpm memang pilihan yang tepat berbanding ambil matrik atau diploma. Memang stpm sangat banyak benefit dia dan kamu pun tahu rasanya.
Cuma stpm di kisas. Yang itu persoalannya kan? Pada ana lah, ana bukan orang yang layak untuk jawab soalan ni sebab ana bukan keluaran STPM di sana tapi keluaran STAM.
Cuma mungkin ana boleh berkongsi selaku orang yang melihat sahabat yang stpm juga. STPM memang sibuk, tambah STPM di kisas memang lagilah berganda sibuknya.
Cuma yang ana lihat stayer yang STPM ni sangat pandai membahagi dan menguruskan masa. Dalam sibuk mereka, jika kita panggil untuk mesyuarat, liqo yang on call diorang bukan sahaja dapat pergi bahkan paling awal datang dan sempat study atau buat KK (kerja kursus) di tempat nak mesyuarat. Ini ajieb.
Tak tahu nak share apa lagi, cuma nak sentuh sikit pasal persiapan nak stay. Actually stay ni bukan perlu persediaan apa pun. Cuma yang paling utama ilmu dulu lah. Ilmu paling penting adalah fardhu ain. Kamu kena usaha untuk selesaikan yang itu sebab stayer konfirm akan menjadi rujukan adik-adik. Siapa pun stayer tu walaupun stayer ramai berapa orang pun. Sebab orang percaya pada kamu.
Persiapan kedua persiapan emosi. Kena sediakan diri untuk duduk dalam satu susasana yang lagi sibuk dari semasa f5 tapi insha Allah tak sesakit t5.
Kamu kena mula jugak belajar improve public speaking, communicating skill. Ana banyak improve waktu jadi f6 sebenarnya tapi bagus kalau nak mula awal.
Kalau kamu rasa sini kurang selesa sebab ramai orang baca, boleh bincang pm je. Ana yakin yang tanya ni muslimat kan. Jangan risau. Kalau kamu betul nak jadi stayer. Pusing ke mana pun Allah akan lorong kan kamu ke kisas. Jangan risau. Belum cuba belum tahu. Kamu bukan seorang dekat ki. Stayer ni macam satu komuniti besar. Tulah yang sentiasa support kita dari belakang.
Sebab orang yang paling faham stayer adalah stayer saja.

View more

Nak pesan sikit

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
Dalam bab kerjaya ataupun apa yang bakal kamu pilih, ambe nasihatkan kamu elakkan ikut orang. Elakkan ikat diri dengan apa yang orang lain nak. Bukan apa yang kamu nak.
Dan ambe juga nasihatkan bagi yang bijak-bijak, sbp mrsm apa semua yang gemilang-gemilang resultnya, pakat masuklah aliran agama ramai-ramai.
Bukan apa. Kalau hari ni kamu penat tengok asatizah kita asyik berbalah. Bergaduh hal khilafiyyah macam yang usul (utama) semua dah selesai. Mesti kamu lesu kan tengok asatizah bertikam lidah di facebook, "hampa wahabi, hang sufi totok, geng kuburiyyun, salafi salah pi" dsbnya.
Maka sini lah ruangnya. Kita berharap sangat orang-orang professional yang bijak bijak ni kalau turun dalam bidang agama, saya yakin dan percaya akan lahir mujaddid zaman, atau paling kurang mujaddid tanah melayu. Mujtahid dan lain-lain.
Tu je lah nak cakap. Wallahua'lam

View more

Assalamualaikum akhi, saya ada soalan yg agak "private" nak tanya dekat akhi. Ask fm ni mcm tak sesuai. Umm

Wa'alaikumussalam. Kalau lelaki wassap je lah nombor ana. Off anon ana bagi. Kalau perempuan boleh PM di Facebook. Insha Allah nanti ana balas. Apa yang private sangat tu...
Liked by: Ija

mimpi bidadari la akh...haduih

Bidadari. Ouh. Ikut lah. Kalau saja sebelum tidur waktu siang tu layan khayal pasal perempuan lepastu tidur then mimpi, gini batal lah puasa. Kalau memang tiba-tiba, itu rejeki.

Next

Language: English