@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

akhi , apakah perlu muslimah mmkai purdah ? dan apakah pandangan akhi ttg pmakaian purdah ?

di PWTC ni ramai orang pakai purdah .
respect la !
pendapat ana bagus mereka yang pakai purdah/niqab ni . sangat bagus untuk menjaga diri daripada menjadi tatapan orang lain .
Tetapi lagi bagus sekiranya semua muslimah yang pakai purdah/ niqab ni tahu tujuan dan matlamat pemakaian tu . tahu mustahaknya menjaga diri dari fitnah .
kerana bila pakai purdah/niqab kamu yang pakai kena tahu expectation pada orang pada kamu tinggi jadi kamu kena sedia . boleh jadi salah kamu kecil sahaja sudah dijadikan bahan untuk melempar fitnah pada semua wanita yang berniqab dan berpurdah , hatta terkadang smpai jadi fitnah pada agama .
jadi pakai niqab memang perlu pada ilmu tetapi tak mesti alim baru pakai purdah . tak alim pun boleh tapi kena selalu tambah ilmu . insha Allah .

Related users

Boleh ke kalau orang ni tak boleh sujud because of certain problem, then time sujud tu die duduk atas kerusi. Boleh tak? Berdiri and rukuk still macam biasa.

boleh . maknanya sujud , duduk antara dua sujud dan tahiyyat dia akan buat dalam keadaan duduk atas kerusi
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

bro klo masuk diploma tahfiz wal qiraat 2,kta bukannya hafal quran ja,yg lain blajar jgk..acena?should i accept this?klo dah hbeh blajar kt situ,nk apply kos lain,guna result spm ka result diploma 2?

naam . tu sebab ana kata DQ special sikit . lepas tu guna sijil diploma tu masuk UIA besarkan lagi skop belajar . seronok mereka yg dpt DQ ni
Liked by: Nur Asyikin

Salam alaiyk. Kalau sorang hamba Allah ni tak boleh solat dengan sempurna, beliau solat duduk. And lagi sorang hamba Allah ni Alhamdulillah fizikal okay tapi beliau belum baligh. So, sapa lagi proper untuk jadi imam?

Lebih diutamakan mereka yang solat duduk dari yang belum baligh . sebab lelaki yang solat duduk tu bukan tidak sempurna solat dia tetapi cuma solatnya diberi rukhsah sedikit dan dia menepati syarat wajib dan syarat sah solat yang lain .
sebaliknya budak itu masih tidak mencapai syarat wajib solat iaitu baligh sebagaimana yang disebut dalam Matan Abi Syujaa sebagai syarat wajib solat .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Nur Asyikin

td baca ans enta. enta ada jwb waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh wa maghfiratuhu dll. ana cuma nk share, b4 dis, pernah wt cmtu, n then ust ana tgur, sbaik-baik ans salam itu waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. ad yg lbih strict cket ana dgr, if lbih2 boleh jd bidaah. allahu'alam

aiwah syukran . salam itu doa dan doa ana panjangkan pada orang sekian-sekian .
Liked by: Nur Asyikin RQaisara

mcm mana cara beribadat klo period dah lebih dari 15 hari ? dan boleh ke mengaji mcm biasa?

Mandi wajib dahulu dan boleh buat ibadah macam biasa sebab darah lebih 15 hari 15 malam bagi wanita ialah darah istihadhah atau darah penyakit .
asiffni
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Assalam.. Akhi.. Yg psal istihadhah tu, bkn lpas 15 hari 15 mlm ke bru dkira istihadhah?

Allahu rabbi syukran betulkan . ana bukak balik kitab mmg 15 hari 15 malam ana betulkan syukran ya
Liked by: Nur Asyikin

Assalamualaikum,, anta.. Ana dlu pnah kapel,, skrg ana da xnk kapel sbb ana twu yg tu dosa.. Skrg, ade sorng laki ni.. Dy mnat ana.. Dy baik, tdk melengahkn wktu solat, slalu bri nasihat dkat ana.. Ana jga suka dngn cra dy,, ptutkh klau ana menyukai dy dlm diam?? Ataupun buang prasaan tu??

Wa'alaikumussalam . maaf lambat jawab .
dia baik jadi seeloknya jangan cemarkan kebaikan dia dengan jadi pasangan tanpa ikatan yang sah dengan dia .
kamu juga baik kerana berjaya meninggalkan jerat syaitan yang mana ratusan bahkan ribuan manusia terperangkap dengannya ; couple .
jadi untuk kebaikan kamu berdua untuk menghidar yang ketiga ; syaitan . buang perasaan suka kamu itu . Allah akan kurniakan yang baik jika kamu menjadi yang terbaik .
Akan ada dan pasti ada yang lebih baik untuk kamu . Insha Allah . sekarang ini belajar dan penuhi tuntutan Agama .

Jika lelaki tu janji nak nikah dengan perempuan ni. Then tak jadi. Adakah dia kena tunaikan janji tu? Sebab org kata Allah akan tanyakan kenapa tak tunaikan janji yg pernah disebut dulu.

lelaki tu berjanji dan si prempuan terima , itu sudah dikira tunang . dan bila lelaki itu batalkan janji itu , maka ia dikira putus tunang .

http://islamqa.info/en/249 ya akhi, dlm website ni ada kata kenapa ada orng kata mawlid rasul itu tak patut buat. tpi tak akn salah juga kot nak buat? apa pndngn akhi? kalau kita buat akan dpt apa?

Mawlid atau menyambut kelahiran ini adalah perkara yang sudah lama dibahaskan para alim ulama dan sudah tidak sepatutnya dibangkitkan ia sebagai suatu isu melainkan untuk memecah belahkan ummat ini .
Acara mawlid ini adalah dibenarkan dalam Islam dan ia termasuk dalam bidaah hasanah atau perkara baru yang baik yang boleh diamalkan .
Cume perlu semua kita fahami , acara ini boleh dilakukan tetapi bukan wajib dilakukan . Realiti masyarakat kita memandang acara ini wajib dilakukan setiap tahun pada hari sekian-sekian sedangkan ianya adalah boleh dilakukan bila-bila dan tidak terikat pada masa yang tertentu .
Manfaat Maulid ini adalah ianya melahirkan dan menyuburkan kembali rasa cinta kita pada Sayyiduna Rasulullah . Semua kita kebanyakkannya sibuk dengan urusan dunia dan dengan adanya hari mawlid atau mawlid ini dapat kita suburkan balik rasa cinta kita pada Rasulullah s.a.w.
Mawlid jugak membawa kita mengingati dan merindui nabi kita kerana tanpa baginda kita tidak kenal apa itu Islam . bersyukurlah dengan nikmatnya menjadi ummat Nabi s.a.w. dan jangan dilupakan selawat pada baginda .
Insha Allah .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

saya nak sangat masuk tahfiz :( kalau tengok kat tv org masuk pertandingan tu, saya impressed sangat sbb dia dpt hafal AlQUran. Serious saya nak sgt hafal jugak :'( tp......tp......tp....saya ada cita2 jugak

masuk DQ ambil Diploma . atau masuk tahfiz yang ada tawar kursus Alim . lepas habis tahfiz sambunglah belajar ke jurusan yang minat . atau boleh buat jurusan dulh baru hafaz Al-Quran tapi cara kedua ni merbahaya sebab biasanya bila umur kita bertambah memori kita semakin lemah

ana ada masalah.. kwn ana ni rmai org nya bnyk ckp.. then bila ana nasihati mreka, lidh itu tajam, mereka jdi DIAM, ?! jrg bckp.. adkh ini ana yg salah ? :(

tak salah . Rasulullah ajak kita berkata yang baik atau diam dan kita buat , adakah Rasulullah salah ? tidak bukan . bahkan itu yanh terbaik buat kita .
Liked by: Nur Asyikin sinner

saya nak tanya kalau masuk tahfiz kan, maksudnya kita hafal AlQUran je la? takda belajar benda lain mcm syllabus u? then kerja jadi apa?

Tahfiz ?
Naam kita hafaz dan dalami Al-Quran .
Masha Allah Tabarakallah .
Kerja itu daripada rezekinya Allah .
masakan akan dibiarkan para huffaz yang didadanya tersimpan rapi ayat-ayat dari kalamnya Allah tidak punyai ruang kesempitan .
Jujur manusia terlalu risau akan kerja kerana melihat wang adalah segala-galanya . maaf . tetapi yang segala-galanya termasuk yang memilki wang itu adalah Allah .
Manusia terlalu takut tidak dapat berkerja apabila mengambil bidang agama kerana mereka kurang keyakinan pada Allah sedangkan lorongan rezeki dan kerja yang diberi itu semuanya dari Allah .
Jika Allah berkehendak , boleh sahaja diberikanNya kerjaya . cuma hati itu mesti kuat iktiqadnya . Allah itu tempat berserah . bukan kerja yang menjamin kita aman didunia tetapi Allah .
Maaf

asiff . kuntim - kuliah tiga minit

Hari ini semakin kurang orang yang hatinya tidak takut akan mati kerana cintanya yang luar biasa kepada agamanya .
Realiti remaja di Malaysia hari ini menyedihkan . Terlalu sibuk dengab urusan jodoh , cari tulang rusuk , cari bidadari , isteri solehah dan lain-lain sehinggakan mereka lupa untuk mencari sesuatu . Iaitu cari redha Allah .
Diceritakan oleh seorang ustaz , bahawa pernah ada seorang alim , beliau sangat banyak amalannya pada Allah dan sangat kuat ibadahnya . Tiba pada saat beiau dihisab di mahsyar , tiada satu dari amalannya selama ini mampu menyelamatkannya di hisab .
Kesemuanya rosak . mungkin kerana masalah hatinya ketika ibadah , atau mungkin kerana niatnya terpesong jauh dari sepatutnya yang ada pada ibadahnya .
Lalu hampir selesai di hisab satu amalannya yang begitu ikhlas yang berjaya menyelamatkan keseluruhan amalan yang rosak tadi dan secara tidak langsung Allah meredhai amalan tersebut dan menempatkannya di syurga ...
apakah amalan itu ?
sewaktu hidupnya dia pernah mengalihkan halangan di jalan tempat orang lain lalu-lalang dan asbab amalan ini dia diredhai oleh Allah dan peroleh syurga .
Maka itu redhaNya Allah .
Dalam ribuan amalan kita , belum tentu ada yang sudah menggapai redhaNya bukan ?
sedang kita sibuk hari-hari mencari jodoh , istikharah cinta dan lain-lain , tiada masa kita luang untuk cari cinta Allah , istikharah cinta Allah . Allahu rabbi .
sudah-sudahlah mencari jodoh segala . tetapi mulalah cari redha Allah . Kita bukan diciptakan untuk mengabdikan diri pada cinta .. tetapi kita diciptakan untuk mengabdikan diri pada tuhan cinta iaitu Allah .

View more

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. I'm sending my salam to everyone I follow. It's some kind of parody from @boyminor . No harm to give someone the salam. Have a nice day, and keep smiling. :))

wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh wa maghfiratu wa ridwanah
Liked by: Nur Asyikin

Next

Language: English