@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

apa beza mukjizat n karamat?

Mukjizat : perkara luar biasa yang berlaku pada Nabi dan Rasul untuk membuktikan kebenaran yang dibawa mereka
Karamah : perkara luar biasa yang berlaku pada orang solih dengan izin Allah pada mereka .
Liked by: Haura'

Related users

apa beza nabi dan wali ? keduanya soleh tapi bukan menyampaikn. tpi apa bezanya.

Nabi itu juga menyampaikan risalah Islam tapi tidak secara umum seperti mana Rasul . Nabi beza dengan wali .
Wali atau auliya' Allah ini mereka orang yang tinggi darjatnya di sisi Allah tetapi tidak capai taraf Nabi kerana nabi itu punyai mukjizat sedang wali punyai karamah .
dan zaman selepas Rasulullah tiada lagi nabi selepas Rasulullah melainkan yang Allah tangguhkan ajalnya sedangkan wali itu ada di kalangan kita , hatta wali mastur (tidak masyhur) .
wallahua'lam

ouh . syukran jazilan . hmmm . Habib Umar ada ckp . Haram dan tiada harga diri bgi muslimat yg memasukkn photonye ke dlm alam maya . wallahua'lam . syukran .

aiwah . ttg apa Habib kata tu , kena faham berdasarkan ilmu . Habib Umar kata haram kerana beliau adalah ahlul wara' iaitu orang yang sangat menjaga diri dan berhati-hati dari perkara syubhah (ragu-ragu) dan jauh sekali perkara haram dari dirinya .
Perlu difahami , mesej Habib adalah haram itu pada mereka yang mengupload gambar untuk dilihat dan ditayang setiap inci dari tubuh mereka oleh ajnabi di laman sosial . bagi Habib ini tiada bezanya dengan pelacur yang membenarkan setiap inci badannya diteliti .
Adapun jika kamu seorang wanita , dan kamu tidak mengupload gambar diri kamu yang menampakkan sisi badan kamu , maka janganlah kamu rasa diri kamu seperti yg diumpamakan Habib . yang Habib maksudkan bukan tidak boleh upload langsung , tapi berpada .
mafhum ?
wallahua'lam

Klu bdak lelaki dajah 4, 5 salam ng perempuan dwasa tkpakan slagi dia x akil baligh?

budak lelaki darjah 4-5 adalah mumayyiz dan sudah bersyahwat pun . hukum bersalam dengan mereka seperti bersalam dgn ajnabi dalam mazhab Syafi'e
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

dengar lagu tu haram.... betul ke?

tak dinafikan ada pendapat ulama dan fatwa yang meletakkan muzik perkara tahrim atau haram . tetapi diantara pemdapat-pendapat ini , masih ada pendapat ulama yang menggariskan ia makruh dan ada yg lain harus selagi mana si pendengar muzik tidak melakukan yg haram (misal tinggal solat sbb lagu) .
Adapun utk kita org awam , cukup baik untuk kita menggunakan pendapat yang mengatakan ianya harus selagi mana tidak dilakukan yang haram didalamnya .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Mohamad Afif '

cara nak menjadi/mencari ilmu islam tinggi

tiada ilmu yang datang dgn mudah melainkan ada terselit padanya kesusahan . Ulama juga bermula dari org yg jahil . ianya peringkat dlm hidup .
Nak ilmu tinggi , ilmu rendah kena belajar dulu . selesaikan ilmu fardhu ain kamu dahulu .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: echoes Mohamad Afif

oh so bible sebenarnya injil lah ye?

bukan sama seperti injil yang turun pada Nabi Isa . ia sudah diubah maksud dll oleh Nasrani . maka isinya tidak lagi relevan utk ummat kita .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

seorang sahabat bertanya... kalau nak solat tapi pakai deodorant(?) sah kah tu?

sah . deodarant bukan najis .

Assalamualaikum . Ana nk tnye . Ape mksod "ihfazillah yahfazuka" ??

wa'alaikumussalam .
"kamu pelihara Allah , Allah pelihara kamu"

Perlu ke tak perlu angkat takbir selepas bangun untuk rakaat seterusnya?

selepas tahiyyat awal ke qiam rakaat ketiga adalah sunnat . selain tu , tak perlu angkat .
boleh rujuk Mukhtasar Latiff
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

kalau perempuan masa sujud tu nmpak tangan sikit takpe kan?

nampak tangan kalau bahagian yang aurat maka wajib tutup secepat mungkin bila sedar atau batal solat . jika bukan aurat takde masalah .
wallahua'lam

saya ada dengar satu ceramah kat masjid ni yang kata perempuan bila sujud tangan tak boleh dilapik dengan telekung tu

ana dah tanya ustaz Syauqi yang dahulu belajar dgn ulama yaman yang mana sepakat ulama yaman iaitu ulama mazhab syafi'e mengatakan sah solat dengan tangan dilapik dengan telekung .
dan ustaz syauqi sendiri kata pada kami , banyak juga asatizah yang terkeliru akan hal ni dengan menyangka tangan adalah anggota wajib kena tanah sujud , sedangkan yang wajib yang memang tidak boleh dihalang apa-apa itu dahi .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Next

Language: English