@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Kalau setelah selesai solat dhuha, wajib tak baca yg doa selepas solat dhuha tu? Sbb solat dhuha ni kan ada doa dia sendiri selepas solat. Kan?

ya solat dhuha ada doanya sendiri. tapi tak wajib baca bahkan sunnat. tapi lebih cantik dan comel kalau dibaca doa itu, kalau kamu tahu maksud dia, tentu kamu tak nak tinggal membacanya. wallahua'lam

Related users

Siapa wahabi malaysia?

saya bukan di malaysia so, tak tahu siapa dia wahabi malaysia. dan macam tak perlu tahu pun siapa.

Nasihat sambung study lepas STAM?

Kalau bercita-cita nak datang mesir, saya pesan sungguh-sungguh penuhkan masa kamu dan sibukkan diri kamu dengan ilmu. Cuba kenal-kenal para ulama di Malaysia. Cuba selesaikan ilmu-ilmu asas. Ada majlis ilmu, kejarkan pergi. Sambil-sambil kerja cari duit tu jangan sia-siakan masa untuk cari ilmu. Berbakti pada mak ayah juga jangan dilupa.
Mudahan najah selalu.

Kenapa perempuan haid tak boleh masuk masjid tapi org bukan islam boleh masuk ?

Haid adalah darah yang diiktibar najis di dalam Islam dan perlu dibersihkan. Makanya atas maslahat untuk tidak mengotorkan masjid (dengan sebab menitik darah dan lain-lain), Maka perempuan yang sedang dalam keadaan berhadas (haid) tidak dibenarkan memasuki masjid.
Illah (sebab) yang ini akhirnya sudah berubah pada zaman kita ini di mana perempuan sudah boleh mengawal darah dari menitik iaitu dengan adanya pakaian khas (tuala wanita)
Maka para ulama bahaskan wanita haid boleh memasuki masjid, tetapi dibezakan ruangan solat dan kawasan masjid. Mereka boleh duduk di kawasan masjid tetapi bukan di ruangan solat.
Adapun orang kafir, mereka bukanlah dihukum najis. Makanya tiada masalah hendak masuk ke masjid.
Wallahua'lam

Apa hukum menunaikan zakat via online transaction dkt mana mana bank ? Tanpa akad. Jzkk.

Masalah di atas ini lebih kepada sistem sebenarnya. Ia bergantung pada sistem satu negara. Macam kita di Malaysia, harta zakat diuruskan oleh Lembaga Zakat Negeri masing-masing. Makanya semua tanggungjawab pengagihan harta itu pada mereka.
Jadi zakat di atas lebih baik diselesaikan menggunakan sistem sedia ada yang disediakan pihak zakat.
Kalau pihak zakat sendiri yang adakan online transaction, maka takda masalah.
Wallahua'lam. Kena tanya ulama kawasan kita.

saya x minat doc. saya minat suasana lab. tapi mak saya slalu letk HARAPAN TINGGI. die kate nk hantar kt mesir supaya jd doc.tapi saya tetp berkeras. adakh dikira derhaka?. tapi ayh pluk kate jgn paksa, ikut minat. mcm mane tuh?

Itu adalah ruang untuk kamu pilih sebenarnya. Sebab yang menentukan masa hadapan kamu itu, diri kamu sendiri, bukan orang lain, bukan ibu ayah kamu. Tidak menjadi derhaka sekiranya kamu boleh 'reasoning' dengan mereka. Bincang baik-baik, nyatakan minat kamu yang sebenarnya. Mungkin mak ayah kamu tak nampak lagi jalan yang kamu nampak, maka ceritakan jalan yang kamu nampak pada sisi kamu, mudahan bila kamu terangkan itu, jelaslah jalan kamu pada mereka, dan mereka pun terima kamu.
Moga Allah mudahkan urusan kamu.
Liked by: نور حليمه

Apa hukum wafaq ? Maksud aku lukisan gambar yg ade tulisan dlm dia tu

Wafaq bahasnya panjang dikalangan ulama. Dan bukan sini tempat nak bahas dia. Dan ana bukan ahlinya untuk bahas. Tetapi mudahnya harus sahaja selagi mana masih dalam lingkungan Al-Quran. Imam Ghazali ada bahaskan dalam kitab beliau Ihya Ulumuddin.
Wallahua'lam

kamu tiada kerja? (2)

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
ILMU NAHU
Kitab: Matan Al-Ajrumiyyah oleh Imam Ibn Ajrum
Pensyarah: Ustaz Afifi
Link Video: https://www.youtube.com/watch
Link Kitab: https://saaid.net/Anshatah/dorah/8.pdf
----------------------------------------------------------
ILMU HADIS
Kitab: Syamail Muhammadiyyah oleh Imam Tirmizi
Pensyarah: Ustaz Nazrul Nasir
Link Video: https://www.youtube.com/watch
atau
https://www.youtube.com/watch
Link Kitab: https://archive.org/download/3840waq/3840.pdf
----------------------------------------------------------
ILMU HADIS
Kitab: Arbain Nawawi (Hadis 40 Imam Nawawi) oleh Imam Nawawi
Pensyarah: Ustaz Nazrul Nasir
Link Video: https://www.youtube.com/watch
Link Kitab: https://archive.org/download/FP52927/52927.pdf
----------------------------------------------------------
ILMU AQIDAH
Kitab: Aqidatul Awwam oleh Imam Al-Marzuqi
Pensyarah: Ustaz Nazrul Nasir
Link Video: https://www.youtube.com/watch
Link Kitab: https://mibego339depok.files.wordpress.com/…/terjemahan-mat…
-----------------------------------------------------------
ILMU FIQH
Kitab: Ar-Risalah Al-Jamiah oleh Habib Zein Al-Habsyi
Pensyarah: Ustaz Nazrul Nasir
Link Video: https://www.youtube.com/watch
Link Kitab: http://www.waafle.net/…/%D8%A7%D9%84%D8%B1%D8%B3%D8%A7%D9%8…
------------------------------------------------------------
ILMU MANTIQ
Kitab: Matan Sullam Munawraq oleh Al-Ahdori
Pensyarah: Ustaz Faiz Fateh
Link Video: https://www.youtube.com/watch
Link Kitab: https://archive.org/d…/assollam_akhdari/assollam_akhdari.pdf
--------------------------------------------------------------
ILMU MUSTOLAH HADIS
Kitab: Manzumah Baiquniyyah
Pensyarah: Ustaz Hanif Haron
Link Video:https://www.youtube.com/playlist
Link Kitab: https://saaid.net/Anshatah/dorah/6.pdf
---------------------------------------------------------------
(Ini untuk yang punyai bahasa arab dan mahu berjinak dengan bahasa arab)
ILMU NAHU
Kitab: Matan Ajrumiyyah
Pensyarah: Al-Fadhil Syeikh Ali Soleh
Link Video: https://www.youtube.com/watch
Link Kitab: https://saaid.net/Anshatah/dorah/8.pdf
----------------------------------------------------------------------------
ILMU MANTIQ
Kitab: Matan Sullam Munawraq
Pensyarah: Al-Fadhil Syeikh Ali Soleh
Link Video: https://www.youtube.com/playlist?list=PLA8200FB5A7BEFDA2
Link Kitab: https://archive.org/d…/assollam_akhdari/assollam_akhdari.pdf
والله أعلم
#revivalisme_intelektual_azhari
#hasyiahsipenuntutilmu

View more

Kamu tiada kerja?

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
BUAT YANG KEBOSANAN LEPASAN SPM, STPM DAN STAM
Tulisan umum ini saya tujukan pada sahabat-sahabat di Facebook saya, terutamanya lepasan SPM, STPM dan STAM. Disini saya punyai sedikit cadangan untuk kamu, yang mungkin telah lama menekan tetikus (baca:mouse) menyelak newsfeed dan timeline yang tiada kesudahan, yang mungkin sudah mula bosan menonton cerita-cerita atau movie-movie berulang kali.
Sini saya punyai idea dan sedikit cadangan buat kamu. Ya, kamu! Idea saya ini tidak perlukan masa yang panjang, bahkan ianya boleh dilakukan sambil kamu menyelak muka buku ini; tetapi ianya perlu patuh SATU SYARAT.
Syaratnya adalah kamu berminat untuk mendalami ilmu agama, kamu berminat untuk berkenal-kenalan dengan ilmu Islam, kamu boleh jaga diri kamu untuk terus istiqamah melazimi cadangan saya ini!
Baik.
Kamu sudah sedia.
Ini cadangan saya:
-Saya mencadangkan agar kamu membuka link-link yang sudah disusunkan dalam bentuk playlist di bawah ini. Ini adalah kurang lebih playlist yang saya rasa boleh didengari oleh mereka yang ingin berkenal kenalan dengan ilmu Islam.
-Saya sertakan playlist ini dengan kitab PDF yang jika kamu bersungguh, kamu boleh printkan dan jadikannya di tangan agar mudah untuk kamu mencatat
Kerjanya mudah,
1) Kamu pastikan kamu carikan satu masa dalam sehari untuk kamu mendengar syarahan para ustaz dan ulama yang ada dalam senarai ini. Pilih ceramah dalam bidang yang kamu minat
[satu sudah cukup sebagai permulaan]
2) Dengarkan dan cuba catatkan seberapa isi penting dalam syarahan ustaz/ulama tersebut.
3) Cuba istiqamahkan untuk dihabiskan playlist yang kamu pilih itu.
4) Habis satu playlist, kamu boleh berpindah ke playlist yang lain yang secara tidak langsung mewakili ilmu dan bidang yang lain berserta kitab yang lain.
5) Rujuk dengan mereka yang mahir dalam persoalan yang kamu tidak faham. Mungkin boleh dicuba ustaz-ustaz yang mengajar di masjid dan surau sebagai permulaan
Itu sahaja. Sangat bermanfaat dan sangat mudah.
Cuma perlukan kerajinan dan semangat! Semoga ianya menjadi langkah permulaan pada memanfaatkan medan sosial ini. Insya Allah.
* Ini cuma pendapat saya. Tidak menyebelahi mana-mana pihak bahkan bebas untuk dikritik. Feel free to agree or disagree.
** Sasaran saya lebih kepada sahabat-sahabat lepasan SPM/STPM/STAM terutamanya yang ada hasratnya untuk menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Islam (di timur tengah atau di Malaysia). Ini akan membantu persiapan sedikit sebanyak
*** Saya mengalu-alukan cadangan video-video tambahan daripada rakan-rakan yang lain.
---------------------------------------------------------
ILMU USUL FIQH
Kitab; Matan Waraqat oleh Imam Haramain Al-Juwaini
Pensyarah: Ustaz Hairul Nizam
Link Video: https://www.youtube.com/playlist
Link Kitab: http://www.almeshkat.net/books/archive/books/wrqat.pdf
-------------------------------------------------------
(bersambung)

View more

nak tanya, mcm mana nak berubah ke arah kebaikan? first step nya apa dan seterusnya mcm mana? kalau dah cuba berubah tp kembali ke asal mcm mana, apa perlu buat?

bergaul dengan kawan-kawan yang boleh pimpin kita ke jalan yang baik. terutama pada awal-awal perubahan. Lazimi orang-orang alim dan kawan-kawan yang baik. Dekati diri dengan Islam melalui jalan majlis-majlis ilmu dan ulama. Insya Allah, sahhalallahu lakum jamian, biiznih.

Wajib tak baca doa setelah selesai solat? Maksud saya lps tahiyyat akhir?

sunnat, yang wajib selepas membaca tahiyyat adalah selawat ke atas Rasulullah, kemudian salam pertama, selebihnya sunat. wallahua'lam

Apa hukum pakai bulu mata palsu? If haram,why?

hukumnya haram berdalilkan hadis nabi yang melarang mencukur alis dan beberapa larangan lain. Ulama memahami kalam nabi yang jamiul kalim (perkataan yang sedikit tapi banyak maksudnya) ini dengan ketiga-tiga larangan yang nabi sebutkan dalam hadis adalah membawa maksud mengubah ciptaan Allah, makanya dikeluarkan hukum daripada hadis-hadis ini dengan haramnya mengubah ciptaan Allah tanpa ada hajat (keperluan)
wallahua'lam

Assalamualaikum. Nk mnta tlg sikit.tau tak apa2 kitab yg boleh dibuat rujukan utk buat research ttg qiamat?

wa'alaikumussalam. banyak kitab yang bicara pasal qiamat, antaranya kitab al-Hafiz Ibn Kathir - Alamat Yaumul Qiyamah. Maaf tak dan nak tanya masyaikh. Nanti kalau ada rezeki saya jawab sekali lagi dengan cadangan dari masyaikh. Insha Allah.

mintak pencerahan berkenaan pemakaian contact lenses untuk perempuan yang tidak rabun

pemakaian atas tujuan apa kalau tidak rabun? untuk berhias? untuk tayang ke orang?
Liked by: sis kacakk

Next

Language: English