@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Oh syukran ya anta . Bagaimana pula hukumnya bagi seorg perempuan yg ingin tadabbur alam tnpa berteman ataupun ingin merantau smbil mencari ilmu agama secara bersendirian ? Adakah dibolehkan begitu .

afwan . haram bagi wanita utk bermusafir atau keluar dalam jarak yg jauh tanpa mahram bersama . sekurang-kurangya sekiranya tiada mahram lelaki , maka mahram perempuan perlu menemani dan sekiranya tiada keduanya maka perlulah dia keluar bersama rakannya , 2 org atau lebih .
wallahua'lam

Salam alaikh' . Ana nak tanya bolehkah seorg perempuan belajar secara bertalaqqii dengan mana mana ulama ? Cuma masalahnya ulama/tokguru tu lelaki ajnabi . Ana takut terjadinya fitnah sekiranya ana masih bertegas nk belajar kitab dgn cara begitu . Allahu .

wa'alaikumussalam .
boleh sahaja . tetapi , eloknya ajak berteman . dua orang atau tiga orang sudah baik .
dapat ajak lelaki bersama join kuliah , itu lagi baik .
insha Allah , Allah akan mudahkan jalan orang yang nak menuntut ilmu , percayalah :)

Related users

Solat witir tu macam mane ? :)

solat witir ni adalah solat sunat yang ditunaikan tiga rakaat dan dua salam .
tiga rakaat dua salam ni maksudnya , 2 rakaat dan salam kemudian lagi satu rakaat dan salam .
niatnya utk yang pertama : "Usolli sunnatal witri rakataini adaaan lillahi taala"
yang kedua : "Usolli sunnatal witri rakaatin adaaan lillahi taala"
sunat dilakukan solat ini pada malam-malam dibulan ramadhan .
dan pada malam 15 dan ke atas pada bulan ramadhan , sunat dibaca qunut dalam iktidal solat witir ini .
juga merupakan sunnah Nabi S.A.W. menunaikannya sebelum tidur atau untuk mengakhiri qiamullail atau ibadah lain .
afdhal solat witir pada satu per tiga akhir malam . adapun waktu lain selain waktu haram solat adalah sunnat :)
semoga kita dipermudahkan mengamalkannya ,
dan doakan ana juga moga dipermudahkan melakukan amalan witir ini dgn istiqamah , insha Allah ^^

View more

Liked by: Ummi Shafiqah

bolehkah org bukan islam memegang Al-Quran?

ulama berbeza pendapat pada masalah ni .
tapi yang ana pegang adalah , boleh untuk mereka memegang Al-Quran selagi mana mereka tak sentuh ayat Al-Quran tersebut dan mereka berwudhuk sebelum pegang Al-Quran .
tapi haram bagi mereka pegang Al-Quran kalau kita tahu mereka akan hina Al-Quran tu .
wallahua'lam

Assalamualaikum. nenek saya orang cina dan sekarang nak dekat dengan raya cina, dia akan bersihkan tempat dia sembahyang tu. tapi nenek saya dah berumur. dosa ke kalau saya tolong dia bersihkan tempat sembahyang tu? terima kasih.

wa'alaikumussalam .
tak berdosa jika menolong nenek tersebut .
niatkan nak khidmat dgn dia memandangkan dia dah tua .
tapi dalam masa sama kalau mampu , ajak nenek kenal Islam :)

ramai..tk terkiro..haha, ok dehh, syeikh ambo minta diri dulu..apo2 kemusykilan, ambo tanyo dehh..assalamualaikum..:D

MamlukQayser’s Profile PhotoSidi Muhammad Yusoff
eh , mana ada org nak minat org faqir macam ana ni . insha Allah . salam ukhwah :) wa'alaikumussalam .

mintak jelaskan Nikah Gantung :))

nikah gantung or nikah khitbah ni cabang dalam Fiqh Munakahat .
nikah gantung ni adalah lelaki bernikah dgn perempuan tetapi dia tak tanggung nafkah perempuan isterinya itu dan tanggungan nafkah adalah oleh bapa/penjaga si perempuan dengan syarat si lelaki tidak berjumpa atau bertemu dgn perempuan tersebut .
tanggungjawab nafkah akan jatuh pada lelaki tu andai dia sentuh atau ada sesetengah pendapat ulama kata masuk rumah pun dah jatuh dah tanggungjawab nafkah tu pada suami .
nikah jenis ni banyak diamalkan oleh bakal mahasiswa atau mahasiswa yg nak fly dan lain-lain .'
ianya harus dalam Islam , tetapi ana tertarik dgn pendapat guru ana , Al-Fadhil Ustaz Syauqi Ismail hafizahullah . beliau menggalakkan agar kami meninggalkan nikah khitbah ini , kerana perempuan ini fitrahnya ingin dibelai dan diambil perhatian .
seandainya kita dah nikah dan dah halal pun nak bersama , bukankah ia menyeksa si perempuan kerana dia dipisahkan daripada kita dan tidak mendapat belaian kasih si suami . begitu bukanlah menepati tujuan perkahwinan yg antaranya nak bela hak dan kedudukan wanita .
tapi , walau mcam mana pun , harus juga hukumnya bernikah khitbah ni .
wallahua'lam .

View more

Liked by: shariena_

haha..takpolah, nanti ambo tanye peminat2 mung dehh..:)

eheh , cuba la kalau jumpa . and ana mana ada peminat .

wahaha, terbalik tu syeikh? anta duduk mano? senang nak drive ke sana..nk blajo..haha

eh , enta jangan . biarlah rahsia :D hahah

Allah, samo umur dehh kita..senang lah ambo nk berguru..:D

ewaaahhhh , alhamdulillah berguru tapi bukan dgn ana la sbb enta guru ana :)
Liked by: syaz

dakpo dehh..habib2 banyok lgi..ambo ni debu kat selipar deme ja..mung blajo kisas kan? dh kemah dh tu..haha, ambo skolah sains ja..:D

uissshhhh . kisas bukan hebat mana pun . kadang-kadang pejar sains lagi kemah dari budak kisas :')
mu debu kat selipar deme , ambo mau jadi microorganism bawah selipar deme je ... :''

wakaka..mung tokseyy blajo doh..haha..:D

alaaaaaaa :'(
ana belajar pun sikit-sikit je . tak bertariqat lagi pun

yupp, pondok ning amalkan Naqsyabandi..tapi, ambo amalkan Tarikat Khawlwatiyah Samaniyah..Allahu, reput mayat ambo pun masih tak layak nk ngajor oghe..apatah lgi bab tasawuf, berbicara ttg hakikat, tpi syariat entah ke mana, sirr pula tunggang langgang..:D

hahaha , Allahu . oh , tariqat beza la ni . nanti enta dah mashi bab tasawuf ni , ajar la ana lebih lagi pasal hakikat , makrifat dll . syariat enta dah hebat lah tu , duduk pondok ;) ajar ana nanti ^^
Liked by: syimah

pondok Pasir Tumboh..ambo pun celup2 jugak..bru berkecimpung..:D

Masha Allah . pondok yang masyhur yg sangat banyak melahirkan org hebat . pondok tu sgt terkenal dgn ilmu tasawuf . ana menanti enta ajar ana tasawuf nnti sikit2 ^^

in-sha-Allah..syeikh oghe hebat..remaja minat, molek tu..kami oghe pondok ning..haha, tk baper ngam nk berdakwah di media..haha..teruskan jihadmu..:)

Allahu , oghe pondok kalau berjaya hidup dalam alam maya lagi hebat . orang Malaysia zaman la ni sgt menginginkan ilmu , dan org pondok kalau sampaikan ilmu dalam laman sosial gini sangatlah bagus .
ana org pondok celup-celup je :'(
enta pondok mana syeikh ?
Liked by: syaz

gitu syeikh..terima kasih dehh..:D..doakan ambo sempat hafal quran sebelum ambo mati..ambo dop tinggi ilmu, harapnya Allah pandanglah perkara kecik yg ambo cube buat ni..:')

amin . insha Allah , allahumma fakihhu fiddin , wa allimhu takwil :)
doakan ana juga dapat hafaz Al-Quran dan masyi ^^

syeikh, beri petua nak hafal quran..ambo ni skolah biasa, sedang mencuba untuk hafal quran..:)

MamlukQayser’s Profile PhotoSidi Muhammad Yusoff
ana laisa syeikh :)
ahamdulillah nak hafal , ada usaha , baguuuus (y)
yang terutamanya ialah ,
kalau mampu dan cuba ikhtiarkan berguru .
biar guru semak kita baca , biar guru betulkan tajwid , makhraj dll .
next , bila hafal Al-Quran kena jaga banyak benda .
antaranya makanan dan pandangan .
makanan kena elakkan makan yg pedas , makan asam , minum air gas dll .
pandangan pulak , elakkan pandang maksiat hatta kemaluan sendiri pun tak digalakkan .
kemudian , jika nak hafal satu page contohnya ,
ulang baca beberapa kali , dan seboleh2nya ulang lebih sepuluh kali ,
tengok ayat mcm mana , tajwid , baris .
dah ulang begitu , cuba tutup Al-Quran pulak .
ulang apa drpd page tadi yg kita ingat .
then tak ingat , bukak tengok sikit , then tutup balik .
lepas tu baru fokus pada ayat pulak .
satu ayat tu buat macam tadi gak , ulang banyak kali dan ulang tak tengok lepas tu .
lepas ayat tu dah boleh tak tengok masuk ayat sterusnya .
ulang cara sama dan setel ayat kedua tu ,
cuba ulang balik ayat pertama dan kedua tanpa tengok .
dan begitulah seterusnya :)
insha Allah ,
sehari satu ayat pun dah baik dah ,
apatah lagi lebih dari itu ^^
barakallahu feek ~

View more

Next

Language: English