@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Andai kata anda diberi peluang untuk bercakap di hadapan, apa yang anda hendak katakan? :)

Sokonglah para ulama dan hentikanlah orang-orang jahil dari terus memerintah dan berfatwa yang sesat lagi menyesatkan. Ketahuilah Rasulullah pernah sebutkan hal ini dalam satu hadis sahih dan ianya adalah petanda akhir zaman. Maka jikalaupun ianya petanda akhir zaman, maka bukanlah dari zaman kita yang merealisasikan hadis ni.
Bersama Kepimpinan Ulama,
meribat amilin, meneraju perjuangan!

Related users

Boleh terangkan beza qasar dgn jamak tak ? Dan mcm mna nk solat ?

qasar adalah rukhsah (keringanan) yg diberikan untuk memendekkan solat dari 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Adapun jama' adalah menghimpunkan dua solat (dua waktu) ke dalam satu waktu solat sahaja.
Cara nak solat dia untuk qasar pendekkan dari 4 rakaat (zohor, asar, isyak) kepada dua rakaat macam solat subuh tanpa qunut.
Cara nak jama, niatkan himpun dua solat (zohor-asar/ maghrib-isyak) dan dahulukan solat yang datang dahulu waktunya kemudian solat yg kemudian.
Wallahua'lam. Cadangan ana boleh rujuk para asatizah utk kaifiat cara perlaksanaannya yg sahih.
Liked by: MISS A addin.

Anon: waktu Stam tu nanti korang akan belajar full bahasa arab. Buku teks semua bahasa arab. Kerja kursus pun dalam bahasa arab. Bahasa pengantar pun bahasa arab. Tapi ikut cikgu nak explain dalam bahasa melayu. So bahasa arab memang penting kalau nak amik stam. -ex pelajar Stam 😌

بلى. ولكن إذا تريدك أن تجتهد وتتقن فستكونك من الممتازين
Liked by: Puteri Nad dolphin

Ana dah jawab exam Stam pun tahun ni Mail. 10 bulan tu bukan satu tempoh yang sekejap nak faham nak hafal. Doakan jelah yang baik baik. Em sekarang tengah penandaan kan?

mudah-mudahan. Ya sekarang tengah musim menanda. Jangan lupa solat hajat moga mudah pemeriksa tanda

ana fikir nak ambil stam tahun depan , ada suggestion tempat yang okay tak ? jzkk :)

Nak belajar lama dan dalam, masuklah kisas/smap labu (kisas lebih utama off course). Stam 1 tahun setengah.
Rasa dah ok dan nak cepat sikit sambung stam kat mana-mana sekolah yg offer stam. Semua ok biasanya. Antara recommended adalah samtar.

Assalamualaikum sy nak tanya, apa mksd lagu al nura " 73 jalan , 72 kesesatan dan 1 kebenaran" ? Boleh tolong jelaskan lebih lanjut?

wa'alaikumussalam. Hal ni panjang nak cerita apa yg ulama terangkan.. Ia daripada satu hadis nabi tentang ummat Idlam akan berpecah pada 73 firqah dan 72 yg lain tertolak, cuma satu yg diterima iaitu siapa yg mengikut jamaah (lebih kurang begitu mafhumnya).
Hadis ni dibincang panjang kedudukan taraf dia dan ia hadis yg diterima bukan ditolak (palsu).
Dan dibincang panjang juga maksud jamaah atau lebih khusus ahl as-sunnah wal jamaah dan siapa mereka. Dan mudahnya mereka yg mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah bersama kumpulan daripada manusia yg mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah.
Nak bincang panjang lagi, sini bukan tempatnya. Pergilah menuntut ilmu dari para ulama dan luaskanlah pembacaan.
Wallahua'lam

Akhi tahu tak baru baru ni ada pelajar SPM bunuh diri? Pahtukan pelajar lain selalu buat gurau nak gantung diri sebab soalan susah la apa la.Tapi gurau j la. Soalqn saya apa hukum bergurai dalam hal ni.Bergurau nak bunuh diri.Pasal saya ada baca komen kat FB haram.Mohon pencerahan

baru tahu ada kes tu bila sembang-sembang dengan sahabat-sahabat yg ambil SPM. Bergurau pada benda yg haram boleh jadi haram, jadi atas jalan sadduz zaraik iaitu cegah dari berlaku benda yg lebih buruk dan mudharat, maka jalan paling selamat adalah elakkan lah terlibat dalam hal gurau-gurau ni. Ingatkan kawan-kawan bab nyawa jangan main-main. wallahua'lam

Kalau pukul 7:30 pagi, dah boleh buat solat sunat dhuha ke? Thanks 😊

waktu dhuha belum masuk lagi... Solat sunat isyrak boleh lah
Liked by: MISS A

Assalamualaikum akh mail. Saya nak tanya boleh ke saya wish muslimat birthday, tp takdelah over sgt. Tujuan nk ingatkan dia yg hidup ni tak lama? JazakAllahukhair.

Wa'alaikumussalam. Hmm. Tak tahulah. Pada ana boleh je selagi mana niat tu terjaga. Maknanya bukan diniatkan atas yg buruk semisal nak ayat ke apa. Tapi nak jauh dari fitnah, baik tinggalkan. Wallahua'lam
Liked by: MISS A Ejim

yang psl hukum tu, ia haram ke atau makruh ? jika chat lagha dgn ajnabi..

Haram sebenarnya. Sebab dia boleh membawa kepada mudharat yg lagi besar.

Laaaa. Macam tu rupanya. So kita sama la ni. Ana kena struggle madah madah stam tu 10 bulan tahu. Nak hafal tu mashaAllah. So akhi rasa madah tauhid mantiq ngan nahu sorf je lah susah ni untuk tahun ni (?)

insha Allah. Rasanya yg tu jelah. Paper 1 dia tak boleh jamin 38+. Yang lain insha Allah.

Next

Language: English