@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

apa pandgan anda tentang syahmi haziq?

seorang wali yang sangat hebat . sangat beradab dgn Allah , tak caya , hang takkan jumpa dia kat kantin sebelum hang jumpa dia kat musolla solat dhuha . gitu gak ngan hang takkan jumpa dia kat DM , melainkan dia dah selesai solat zuhur , melainkan kalau org tak ramai . sangat mengagumkan .
Liked by: Umar Mujaheed

Related users

Oh. Makruh tu kiranya dah langgar ikhtilat lah ye? Ke ana salah tafsir ni.

Enta faham tak apa maksud ikhtilat sbnarnya . Makruh tu pada adat kebiasaanya mmg boleh jadi langgar ikhtilat tapi , boleh juga tak langgar ikhtilat .

bacaan dalam solat mesti dari depan Quran ke belakang Quran kan? maksudnya, dari surah al-fatihah ke surah an-nas..?

Sunat baca camtu . Boleh je tak ikut susunan .

mail, dosa kah tgk wayang?

Banyak perbahasan ttg isu wayang ni di kalangan ulama dan byk pendapat ttg tengok wayang ni .
Antaranya , pendapat yg meletakkan hukum haram pada menonton wayang .
Hujah mereka ialah menonton wayang perlu pada kawasan yg gelap dan sgt terdedah kpd ruang 2 utk melakukan maksiat dan kemungkaran . Maka diambil persamaan drpd hukum berdua-duan antara llaki dan prempuan dan menutup pintu kemungkaran maka hukumnya haram .
Adapun pendapat yang berlainan drpd pendapat ini ialah pendapat ulama antaranya Al-Allamah Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi , beliau menetapkan bberapa syarat , ana tak ingat semua , tpi antara yg ana ingat , syaratnya ialah :
1. Tempat menonton wayang tu adalah terbuka dan tak tertutup atau tak gelap dan cerah
2. Tempat antara lelaki dan perempuan itu diasingkan , tidak bercampur
Mustahil ?
Siapa kata mustahil ?
Kalau pergi yaman , ada je pawagam camni . Nak ke tak nak je .

View more

Liked by: Nur Farieshah

apa yang kau buat kalau ada member bergambar dengan ajnabi depan mata kau?

tegur la kalau aku mampu . Tak mampu , ada cara lain ... Tak dapat terus dlm situasi tu , setel dgn cara lain . Dan cara pling lemas bgI seorang muslim tu adalah bencinya dgn hati . Wallahua'lam

Mail. Kalau chat semua tu makruh sebab lagha. Bila dikira kita tak menjaga ikhtilat?

makruh kalau takde urusan penting . Harus bila ada urusan penting dan ada setengah ulama mgatakan urusan penting tu adalah antaranya darurat .
Contoh dlm belajar , kita ada satu soalan tak tahu , pastu kita tanya semua lelaki dalam skolah pasal soalan tu , semua tak tahu , maka time tu hanya boleh tanya pada perempuan , maka time tu baru boleh bermuamalat dengan jantina berlainan kita . Ini pendapat yg syadid (tegas)
Adapun yang tak tegas adalah berpendapat makruh bila tiada urusan dan harus bila ada urusan yg benar penting . Kalau sekadar tanya dah makan belum dsbnya , tu bukan urusan yg penting . Jdi , makruh utk chat yg mcm tu .

macam mana ye bila kita solat tiba - tiba menguap. masa menguap kan kena kata sesuatu sambil tangan di mulut. jadi macam mana ye?

Boleh . Angkat jelah tangan tutup mulut . Bacaan yg perlu dibaca waktu menguap tu , baca dalam 'sir' atau dalam hati . Kena faham , anggota yg tak batal solat kalau kita gerak tiga kali bturut-turut atau lebih ialah :
1. Mata : kelopak , anak mata dll drpd juzuk (bahagian) mata
2. Mulut : lidah dll
3. Jari : kaki dan tangan
Ana tak tulis semua , tapi tu antaranyalah .
Maka , angkat tangan masa menguap , sah solat .

bagaimana kalau seseorang itu pernah melakukan dosa dengan lelaki ajnabi beberapa kali dan akhirnya sedar akan apa yg dia buat. akibatnya contoh seperti 100 tahun di neraka. bagaimama seseorang itu harus buat.

sahabat ,
Dengarlah kalam ku ini ,
Sungguh sahabat ,
Allah itu sgt dekat dengan kita ,
Kalau kita rasakan ibu dan ayah kita adalah org yg dekat dgn kita ,
Maka Allah itu lebih dekat dari itu,
Jika kta rasa pakwa kita dekat dgn kita,
Rajin call kita , mesej kita dan ambil berat pasal kita ,
Allah lagi dekat dari itu ,
Allah lagi ambil berat pasal kita ,
Cuba hitung , berapa hari yg Allah biar kita tak makan ,
Daripada ribuan hari kita hidup ?
Berapa pulak hari Allah biar kita sakit berbanding hari yg Allah beri kita sihat ,
Andai kita hitung nikmat Allah , kita pasti akan berakhir dgn gila ,
Kerana nikmatNya terlalu banyak .
Allah tak pernah lupakan kita ,
Tak pernah skip kita utk diberi rezeki sebab dosa kita ,
Tak pernah abaikan kita bila kita berdoa dan meminta padaNya ,
Tak pernah lupa untuk balas amal baik kita dgn pahala dan rahmatNya ,
Cuma kita ...
Kita yang selalu terlepas pandang ,
Kita yang selalu buruk sangka ,
Kita yang selalu lupa ,
Bila Allah beri nikmat , sangat berat lidah kita utk kumitkan sekalung terima kasih padaNya
Kita selalu terlupa untuk tunduk pada Allah , sedangkan Allah tak pernah lupa beri rezeki pada kita ...
Allah tak perlukan kita hakikatnya , kalau Dia mahu , bila-bila masa kita boleh dihinakanNya ,
DimatikanNya ,
Tapi tak ! Allah tak akhirkan hayat kita harini ,
Allah masih beri kita peluang lagi ,
Walaupun tahu kita akan sentiasa buat dosa pada Dia ,
Allah masih beri kita peluang taubat ...
Selagi nyawa tidak diputuskan ,
Selagi matahari tidak terbit di timur ...
Maka , bertaubatlah .
Sesungguhnya , Allah itu Tuhan yang sangat pemurah , Tuhan yang maha baik ..
Dialah Tuhan penguasa alam ni ,
Dan dialah Tuhan yang maha pengampun lagi maha menerima taubat ...
"Apabila ditanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang Aku , maka katkanlah kepada mereka , Aku sangat dekat dengannya , aku menerima permohonan (doa) mereka dan apabila mereka meminta , nescaya akan aku perkenankan , dan berimanlah kepadaKu , semoga kamu mendapat petunjuk"
-Surah Al-Baqarah-

View more

Sebak baca "Aku ampunkan dosanya kerana sesungguhnya dia tahu dia mempunyai Tuhan yang maha pengampun dan penyayang."

:'(

sy sentiasa nk berubah . tiap hari sy selalu tanya pada pendakwah2 di ask.fm tentang agama. tp sebenarnye sy tak solat. saya betul2 nak brubah tp kenape hati masih tak tergerak utk mendirikn solat ? :'(

Pertama sekali , bersyukurlah sebab Allah masih sayang awak . Allah ketuk pintu hati awak untuk mula berfikir pasal hakikat hidup sebagai seorang Muslim . Alhamdulillah . Berapa ramai lagi anak muda , kawan2 kita yg umur sebaya kita yg masih Allah tak tunjukkan mereka jalan pada hidayah Allah , jadi syukur la sangat2 .
Jadi , ana kongsi satu hadis yg bunyinya lebih kurang begini , ia hadis Qudsi yg mana hadis Qudsi ni Allah sendiri berfirman melalui lidah Rasulullah , hadisnya :
Seorang hamba memohon ampun kepada Tuhannya , kemudian Allah ampunkan dosanya .
Keesokan harinya , si hamba melakukan dosa lagi dan dia memohon ampun lagi pada malam harinya , maka apa kata Tuhannya ? "Aku ampunkan dosanya kerana sesungguhnya dia tahu dia mempunyai Tuhan yang maha pengampun dan penyayang" .
Keesokan harinya , hamba tersebut lakukan lagi dosa dan malam harinya , dia memohon ampun dan maaf sekali lagi pada Tuhannya , maka apa kata Tuhannya ? "Aku ampunkan dia kerana dia tahu dia punyai
Tuhan yang maha pengaampun dan maha penyayang .
Maka , begitu saya nya Allah pada kita , walau sebesar gunung uhud sekalipun , Allah takkan terlepas memandang kita dgn rahmatNya dan ampunkan dosa kita . Justeru walaupun kita sgt susah utk solat , usahalah utk lakukan semampu yg kita boleh . Mungkin awalnya kita susah nak buat 5 waktu terus sehari semalam , takpe , sikit2 kita mula . Sampai suatu masa nanti kita akan rasa manisnya solat dan time tu , nak lambatkan solat pun kita rasa rugi . Tapi takpe , terukan dgn istiqamah (berterusn) :)
Buka Al-Quran dan baca ayat surah Al-Baqarah : 186 , kmudian baca maksudnya , dan menangislah . Jaidkan ia saksi kita bahawa kita sudah baca dan faham ayat tu .
Wallahua'lam

View more

kalau ada lelaki yg kita suka luahkan perasaan kat kita.. apa yang kita patut lakukan..?

Take your time . Jgn terburu2 terus accept . Balik bilik , fikir . Pro and cont dia kalau kita buat satu keputusan .. Fikir , berapa lama je boleh tahan hubungan tu ... Fikir , sanggup tak kita serah cinta kita yg spatutnya 100% pada suami kita pada lelaki yg belum tentu sungguh nak jadi suami kita ... Fikir , dosa ke tak kalau apa yg kita buat ni bawa kita pada perkara yg Allah tak suka ... Fikir , kalau Rasulullah ada sebelah kita time tu , suka tak baginda ? Tersenyum tak baginda tengok kita ? ... Fikir lagi , andai tiba2 kita mati time kita ada hubungan yg Allah tak suka dgn lelaki tu , dan kita tak sempat mintak maaf , adakah pintu taubat kita masih terbuka ?
ikirkanlah perkara2 mcm ni sebelum ambil satu keputusan atas satu perkara :) wallahua'lam .
Liked by: Qi Nad dewasa ✿

akhi, mcm mane nk baiki hubungan antara ibu dan ayah yg sering bergaduh. sy duduk ngan ayah tiri, die tak suke sy sbb tu die dgn ibu selalu bergaduh.

ouh , emm .. Ana tak pastilah mcm mana , tapi kalau ana jadi enta , ana akan cuba tarik hati ayah tiri ana . Tarik hati dia dgn buat baik pada dia , buatkan air bila dia balik kerja , salam dia sebelum pergi kerja dll .
Tapi , wallahua'lam kalau tak sesuai ngan enta . Asif :(

Next

Language: English