@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

kalau kluar mani secara neutral?

Neutral masa puasa. Konfirm ke neutral sebab air mani tak keluar macam tu je melainkan sebelumnya didahului air mazi. Dan air mazi takkan keluar melainkan sedang bersyahwat. Dan syahwat macam mana lagi boleh datang kalau bukan sebab kita yang bagi diri kita bersyahwat dengan layan dia.
Liked by: muhammad faqih

Terima kasih! Jzkk. Pastu kan pernah dgr quote cmni taw "Jika kamu dudk bersama org alim maka jagalah lidahmu. Jika kamu duduk dgn wali2 Allah maka jagalah hatimu" ermmmm tak berapa jelas lah?

Afwan. wa alaika/ki khair aidhan.
Benar kalam itu.
Bila bersama orang alim, jagalah lidah. kurangkan lah bercakap tetapi banyakkanlah mendengar. kerana kalam orang alim (ulama) itu ilmu dan setiap kalam mereka membuka pintu-pintu ilmu dalam diri kita. sedangkan kita lebih banyak bercakap, lebih zahir jahil kita. dan boleh juga dimaksudkan di sini kurangkan bercakap dengan orang alim itu kurangkan berbantah-bantah atau berlawan hujah dengan mereka kerana sebab yang sama, semakin banyak kalam kita, semakin zahir jahil kita.
Adapun para awliya, jagalah hati kita. kerana para awliya' itu mereka yang Allah berikan kelebihan yang jauh berbeza dari kita. Kadang pakaian mereka itu biasa, gaya mereka itu biasa. tidak nampak seperti seseorang yang perlu dihormati, maka kita pun bersangka-sangka (sangka buruk) dalam hati, maka saat itu silaplah kita kerana mudah bersangka-sangka kepada mereka. boleh jadi kita duduk bersama mereka tetapi kita tidak dapat keberkatan daripada mereka...
wallahua'lam

View more

Related users

Salam. Nak tanya, apa beza mereka yg digelar wali dan alim ulama'? Terima kasih daun keladi, lain kali saya tanya lagi. Hehe

wa'alaikumussalam. ulama itu orang yang dimuliakan Allah atas ilmunya sebagaimana firman Allah taala dalam Al-Quran ; " Allah mengangkat (darjat) orang yang beriman di antara kamu dan yang berilmu dengan beberapa darjat...."
Adapun wali atau jama'nya awliya' adalah mereka yang dimuliakan Allah atas hubungan dan taqarrub (kedekatan hubungan) mereka dengan Allah. Juga sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran ;" Bahawa demikian sesungguhnya awliya' Allah itu tiada ketakutan bagi mereka dan tiada pula mereka bersedih"
Dan hubungan mudah yang kita boleh buat, yang ghalib atau biasanya ialah, ulama biasanya awliya'. tetapi tidak semua awliya' itu ulama.
antara ulama yang awliya semisal Imamuna Muhyiddin An-Nawawi, Imamuna Hujjatul Islam Al-Ghazali, Imamuna As-Suyuthi dan lain-lain.
Wallahua'lam

View more

Tp kan akhi masalahnya saya skrg ni dekat luar negara. Means saya bekerja diluar negara seorang diri. Family saya dekat Malaysia... Hmm saya mmg dalam dilema skrg ni. Nak bekerja ke nak sambung belajar..

faham. ana rasa ana faham keterdesakan kamu tu. tapi memang kalau tanya ana, ana cadangkan sambung belajar. sebab ana bersembang dengan ramai orang tua-tua yang diorang selalu pesan jangan sia-siakan masa muda. bukan kata kerja tu mensia-siakan masa muda, tapi masa muda tu adalah lebih utama diisi dengan menuntut ilmu dan mencari ilmu. merantau dan mengembara berguru.
wallahua'lam
Liked by: Ay.

Assalamualaikum akhi, Umur saya baru 19tahun. Saya skrg ni tgh bekerja untuk bantu family saya. Tp saya dalam delima sama ada nak sambung belajar atau nak terus bekerja mencari duit. Akhi boleh tolong saya?

Wa'alaikumussalam. Biasanya umur muda kita ini adalah umur belajar. Umur menuntut ilmu. Kerana zaman ni otaknya masih laju, badannya masih cergas.
Jadi saya cadangkan belajar. Tetapi kalau memang mendesak, kamu boleh buat sampingan kerja kamu masa belajar.
Liked by: Sabell Ay. Ija

assalamualaikum , em boleh tak kita buat solat tahajud kalau kita tak tidur pun tapi just terlelap , itu pun tak sampai dua minit . ex ; tengah main phone

Wa'alaikumussalam. Actually, apa beza tidur dengan terlelap. Dua-dua pun hakikatnya terangkum dalam tidur yg bawa maksud terpisah dari dunia realiti. Maka kalau terpisah dalam makna tak sedar, itulah tidur.
Jadi situlah dalil yg mengatakan kita sudah boleh tahajud. Wallahua'lam

Boleh ke sambut maulid? Dan buat tahlil?

Boleh. Tapi tak wajib dan takde siapa paksa pun nak buat. Nak buat silakan, tak mahu silakan, tapi jangan marah orang yang nak buat dan jangan marah pula orang yang tak mahu buat :)

Mcm mana nk istiqomahkan hati ni untuk terus solat? Saya cuba nak solat tp tiap kali solat mcm mcm saya fikir sampaikan saya rasa mcm taknak solat sebab selalu tak kusyuk bila solat. Tolong saya 😣

Teruskan solat dan jangan berhenti. Medan solat tu lah medan berperang kamu dengan syaitan dan nafsu. Kenapa nak tinggalkan medan perang hanya kerana musuh dah tahu kekuatan dan rahsia kita kan?
Bahkan musuh lagi suka kalau kita lari dari medan perang sebelum mula berperang. Mereka tak susah sikit pun, tak terkorban apa-apa pun.
So stay strong dan continue solat.

Assalamualaikum akhi saya nak tanya. Org yg tak solat dgn org yg solat tetapi solatnya tidak kusyuk. Adakah org yg solat tidak kusyuk tu mendapat dosa? Atleast dia solatkan walaupun tak kusyuk drpd org yg tak solat lgsung... Pandangan akhi?

wa'alaikumussalam. Pertamanya kita kena bezakan antara 2 perkara ni. Satu; solat dan satu lagi khusyuk. Dua perkara ni berbeza dan tidak boleh dibakulkan sekali.
Kenapa? Kerana solat itu hukumnya wajib tanpa khilaf. Mereka yang meninggalkan solat berdosa besar dan ada qaul para ulama dalam perbahasan meninggalkan solat secara sengaja sehingga boleh jatuh kafir kalau dia iktiqad (berpendirian) solat tidak wajib.
Adapun khusyuk. Khusyuk ini sangat dituntut dalam solat. Bahkan solat boleh menjadi sia-sia jika musolli (pendiri solat) sengaja tidak menghadirkan atau berusaha menghadirkan khusyuk dalam solat. Bahkan ada qaul ulama yang mengatakan boleh batal solatnya jika dia sengaja tidak khusyuk dalam solatnya.
Maka kita katakan orang yang khusyuk dalam solat maka itu yang terbaik. Yang kurang khusyuk dalam solat tetapi berusaha untuk khusyuk, ini juga usaha yang baik. Dan mereka yang solat dengan sengaja tidak khusyuk, mereka ini perlu bertaubat dan perlu cuba untuk hadirkan khusyuk dalam solat mereka. Adapun mereka yang meninggalkan solat, maka mereka ini berdosa dan mereka perlu qada'kan solat yang mereka tinggalkan.
Wallahua'lam

View more

Liked by: najah Ay. Hanes.

Ya akhi...antara seorang yg kuat beribadah ttp kdg2 terlakukan dosa dan seorng yg beribadah dgn sedikit ttp x melakukan dosa...yg mana lbih baik??

dua-dua pun baik. Yang paling baik adalah yg sedikit amalnya tetapi istiqamah keran dosa memang semua orang buat, hari-hari. Soalnya istiqamah atau tidak dia dalam taubatnya, dalam istighfar atas dosanya.
Kerana Rasulullah pesankan pada kita,
احب الأعمال إلى الله ادومها وإن قلاّ
"Amalan yang dicintai oleh Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit"
Wallahua'lam

Boleh ke hakim syarie seorang perempuan ?

benda ni jadi bahas dalam kalangan ulama. Tentang kedudukan wanita sebagai penentu hukum dan pemimpin (YB/MB/Menteri dll)
Kita ambil pendapat yang sesuai dengan waqi' dan maslahat kita hari ini di Malaysia, maka boleh seorang perempuan menjadi hakim syari'e selagi mana mereka terikat pada syarat-syarat yang para ulama gariskan.
Wallahua'lam
Liked by: farΩuqy✌ Fina

Kalau non muslim tnye "why muslims dont eat pork?" Apa jawapan paling bagus nk bagi?

there are many proves of science regarding the bad of pork. It contains if im not mistaken worms that cannot be digested by stomach acids and enzymes. Therefore Islam is the most careful religion in defending their believers rights towards themselves. That is why we do not eat porks.

Nak tanya. Kat hostel aku xde air. So kita tadah laa gune baldi. Tp aku x tersengaja pi celup tgn dlm baldi mase nk cuci muka. Tp aku rase air kt muka x jatuh pun dlm baldi. So, aku pun ambil wuduk gune air dlm baldi tu . Sah ke x solat aku ni? Hehe .

Sah insha Allah. Sebab tangan tu kita dah niatkan dia sebagai gayung ataupun cedok air. Maka tak jadi mustakmal air dalam baldi tu. Wallahua'lam
Liked by: MISS A

Ada berapa peperangan dalam islam? Apakah nama setiap peperangan itu? #tolongsayajawabsoalan #naksangattahu #jzzk ☺

banyak sangat perangnya dalam Islam. Ada yang zaman nabi, ada yang zaman sahabat, ada yang zaman tabien dan ada yang zaman lepas-lepas tu.
Yang zaman nabi ada pula perang yang nabi ikut sekali terlibat dan ada pula yang nabi tidak terlibat.
Antara yang masyhur yang kita kena tahu adalah perang atau ghazwah Badar Al-Kubra. Peperangan pertama orang Islam selepas berhijrah ke Madinah. 313 orang tentera Islam melawan dalam 1000+/- musuh daripada musyrikin waktu tu.
Selain tu Ghazwah Uhud yang pertama umat Islam menerima kekalahan.
Ghazwah Khandaq yang penuh dengan strategi iaitu digali parit idea Salman Al-Farisi r.a.
Dan banyak lagi :)
Liked by: Ija

Adakah takdir boleh diubah dengan doa ? Explain pls

boleh tapi kena tengok juga. Ada yang memang tidak boleh diubah iaitu qada mubram. Seperti contohnya mati, tidak boleh dilambatkan mahupun dicepatkan. cuma dengan doa, ianya boleh dicantikkan keadaannya, dalam bentuk yang baik dan dipermudahkan.
Adapun yang muallaq ianya boleh berubah dengan doa, misalnya rezeki. Ianya boleh bertambah dengan usaha dan kerja yang kita lakukan dan boleh berkurang juga jika sebaliknya.
Wallahua'lam. Boleh rujuk asatizah untuk lebih maklumat

Assalamualaikum. boleh tak kita berdoa dengan bertawasul kepada Nabi Muhammad ? Dan jika boleh macam mna ?

wa'alaikumussalam. Perkara tawassul ini ulama dah bincangkan panjang dan kesimpulan mudahnya adalah begini,
Untuk bertawasul dengan amal soleh, maka ini disepakati para ulama akan keharusannya berdalilkan hadis tiga orang yang terperangkap di dalam gua lalu masing-masing bertawassul dengan amalan masing-masing.
Adapun bertawassul dengan orang peribadi daripada para anbiya dan solihin sama ada hidup ataupun telah meninggal dunia, maka diharuskan hukumnya selagi mana kita faham yang memberi manfaat itu Allah taala dan bukannya makhluk. Cuma kita mengambil wasilah dengan para anbiya dan solihin agar dimudahkan lagi hajat dan urusan kita.
Ada dalil daripada seorang sahabat yang beliau sakit matanya dan beliau minta daripada Rasulullah untuk disembuhkan penyakitnya. Lalu Rasulullah menyuruh dia (lelaki) ini berwudhuk dan berdoa dengan doa lebih kurang macam ni:
اللهم إني أسالك ان أتوسل اليك بنبيك محمد نبي الرحمة. يا محمد، إني أتوسل بك إلى ربي ليقضى حجتي هذه
Jadi nak bertawassul juga lebih kurang begitu caranya. Sama ada kita kata kan aku bertawasul atas amal sekian-sekian, atau kita kata aku bertawasul dengan nama sekian-sekian, atau terus panggil wahai nama sekian, aku bertawasul untuk hajat sekian sekian.
Wallahua'lam

View more

Liked by: MISS A

Apakah kelebihan hizb imam nawawi?

Hizb imam nawawi, hizb bahr, wirdul latif, ratib haddad apa semua tu, semua tu hakikatnya adalah amalan-amalan Rasulullah seharian cuma disusun dan ditambah amalan para sahabat dan para ulama daripada zikir dan wirid.
Setiap satu itu ada fadhilat masing-masing, waimma mazkur am la, disebut dalam hadis fadhilat amalan sekian sekian. Yang lain daripada pengalaman mereka yang beramal daripada para siddiqin banyak sangat dalam kitab-kitab.
Barakah susunan mereka daripada para awliya semisal imam nawawi, imam qutb dakwah wal irsyad habib abdullah bin alawi al-haddad dan lain-lain. Moga Allah merahmati mereka dan jasa mereka.
Jom amalkan. Ana pesan dekat diri ni jugak. Semakin pedih nak terus istiqamah bila dada diasak dengan dunia ni.
Wallahua'lam

Next

Language: English