@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Hebat betul sheikh mkn skit. Tu pun roti aje. Allahu, hmm. Teringin nak jadi baik. Mudah mudahan );

Insha Allah .
semua orang boleh .
nak ke tak nak , kuat ke tak kuat je :)
semoga berjaya ^^

Tinggalkan maksiat, kuat ingatan. Mcm mana akh elak maksiat ye. Mohon

Elak maksiat .
cara terbaik puasa .
kerana puasa tarbiyyah paling lembut yang sangat berkesan untuk kawal nafsu .
Selain tu kamu boleh cuba cari 'hikmah lapar'
Ini pesanan Syeikh Yusry Al-Azhari hfz. , Guru Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari hfz.
Rasulullah selalu buat perkara ni sebenarnya ,
iaitu satu hari kenyang dan satu hari tak kenyang .
Syeikh ajar supaya , kita didik diri kita untuk makan sebolehnya sekali sahaja sehari .
atau paling kurang pun tiga kali je sehari .
Ana dah cuba , dan masih cuba
kadang-kadang mampu , tapi selalu tak mampu :(
kalau kamu mampu boleh buat
Syeikh pesan kerana beliau sendiri buat .
Syeikh sehari makan sekali je . tu pun waktu malam .
atau waktu pagi .
sekali je .
dah lah makan roti je .
Allahu akbar ,
itulah ulama dapat jaga diri mereka dari maksiat .
kita kena cuba usaha ke arah tu :')

View more

nk tnya. mcm mana cara sunat bangkit dari sujud? angkat tangan dulu atau lutut dulu?

bangkit dari sujud ada satu duduk sunat .
namanya duduk istirahah .
iaitu duduk sebentar antara pertukaran rakaat .
jadi daripada sujud , bangun tu , kamu duduk istirahah kejap .
kemudia tolak badan ke depan dan guna tangan untuk angkat badan .
dan qiyam lah macam biasa :)
Liked by: Syamimi. Adamantium AA

assalammualaikum akhi. ana ukhti. ana nak tanya berkenaan mimpi. semalam ana dapat satu mimpi. ana sebenarnya ada suka satu akhi ni tapi ana takpernah bagitau dia. then, dlm mimpi semalam ana dpt surat dari dia yg mengatakan dia menginginkan ainul mardhiah. apa maksudnya ? atau hanya mainan tidur.

wa'alaikumussalam .
ana tak reti tafsir mimpi ni lah ukhti :(
dia inginkan ainul mardhiah , tapi ainul mardhiah sudah berpunya .
mungkin dia nak suruh ukhti jadi ainul mardhiah dia hmm ?
keep it up .
teruskan mujahadah nak jadi solehah .
semoga berjaya , doakan ana juga ^^

thank you, but that's not my question. Soalan ana yg tentang rindu someone tu, bukankah itu fitrah? tapi bukan membayangkan zina tersebut.

dah jawab . baru jawab :)

Apa sebenarnya yg dimaksudkan dgn zina hati? betulke bila stalk org yg kita suka sbb rindu, dianggap zina hati? sebab sy pernah baca rindu itu fitrah manusia. Perasaan tu Allah yg bagi. So, x salah kalau kita rindu. Sebab zina hati tu adalah bila kita bygkn kita dgn dia melakukan zina. Mntk pndpt?

Naam .
Rindu itu memang fitrah manusia .
tapi kita kena kawal fitrah kita , agar kita tidak termasuk dalam kelompok mereka yang melampaui batas .
Rindu itu memang datangnya dari Allah .
Bila kita rindu seseorang maka itu petanda kita masih normal .
Sebab kita masih boleh rindu pada Rasulullah walaupun tak pernah jumpa , kita boleh rindu mak ayah kita kalau kita berjauhan . Maka rindu tu perlu ada . cuma jangan salah dialirkan pada yang tak kena jalannya .
Bila kita stalk seseorang , terutama orang yang kita suka .
Apa yang berlaku pada kita hakikatnya ?
Adakah rindu kita sebenarnya terubat ? atau sebenarnya syahwat kita yang berkocak .
Maka zina hati ni ana tak tahu macam mana nak takrifkan , tapi ianya satu perasaan bila kamu membayangkan seseorang secara melampau , sampai pada perkara-perkara haram yang kamu tak buat pada realitinya , tetapi kamu membayangkannya .
Misal bila stalk lelaki/perempuan yang kamu rindu tu , kamu akan awalnya biasa sahaja . memang niat kamu bukan untuk sampai tahap zina hati dan lain-lain , tapi akan datang si pejuang tak pernah mati : Syaitan .
Syaitan akan pastikan kamu termasuk juga perangkap dia .
Mula-mula kamu stalk untuk hilang rindu sahaja , tapi syaitan main-mainkan lagi , bagi rindu tu tak hilang-hilang jugak .
Maka kamu buat untuk hari berikutnya , syaitan tak menyerah kalah ,
dia mainkan kamu lagi . Datang pulak bayangan kamu berkahwin dengan dia , bina rumah tangga dan macam-macam lagi ,
maka saat tu syahwat dah kuasai diri kamu , tapi kamu tak sedar .
Then , daripada kamu suka diam-diam , crush sahaja ,
mulalah syaitan cucuk kamu suruh confess .
dan apabila dua-dua dah tercucuk dgn syaitan , kononnya Cupid :p
maka jadilah syaitan orang ketiga antara kamu ,
mulalah OTP hari-hari , sembang kahwin bagai .
sampailah suatu masa naudzubillah , terlanjur .
Maka berjayalah syaitan dan rugilah kamu berdua
Jadilah mangsa tipudaya syaitan .
'Warrior tak mati-mati'
Jadi , solutionnya ?
rindu : doa
rindu lagi : doa lagi
dan jangan sekadar rindu kosong sahaja .
rasa nak stalk , jangan stalk .
lawan diri tu . insha Allah .
moga syurga untuk kamu :)

View more

ape hukum mendekati zina? zina ade berape jenis? ape contoh zina hati?

hukum mendekati zina adalah haram saudara/saudari .
ini telah qati'e (tetap) dalam Al-Quran surah Al-Isra ayat 32 yang semua kita maklum kan :)
Zina tu hakikatnya ialah memasukkan kemaluan seseorang kepada seseorang yang lain dengan rela .
Makna kata zina itu adalah hubungan sexual intercourse itu lah .
Tetapi oleh kerana yang menghampiri zina itu banyak jenis ,
maka zina juga dibahagikan kepada jenis-jenisnya
kesemuanya membawa kepada zina yang sebenar iaitu persetubuhan itu ,
Antaranya zina mata , zina tangan , zina hati dan lain-lain .
Contoh zina hati ?
Membayangkan anggota badan ajnabi atau melakukan perkara yang haram dengan ajnabi dalam bayangan ..

sorry but i'm waiting for your answer last night. u told me like that. but its ok, just take your time. (zina hati)

asifffff sgt-sangat
tengah jawab ni . maaf ya :(

Arab-Malay-Arab biiznillah? semoha Allah merahmati kamu? dan kamu juga?

Biiznillah : dengan izin Allah
semoga Allah merahmati kamu ? dan kamu juga ? : Allahu yarhamuka/ki . wa alaika/ki aidhan .
Liked by: AA

apa betul dari awal akhi baca ans dia? banyak. haha. tapi akhi juga bantu saya untuk baca ans dia juga. thanks. sangat tersentuh dengan ans dia.

dari awal . semua .
daripada bahasanya i, you dan lain-lain
sampailah pada sekarang .
ana like mana yang tak dedahkan aib dia
hakikatnya banyak lagi answer dia yang tak sepatutnya waktu dia dahulu
dan kemudian dia berubah .
alhamduillah .
beruntung dia .

asaalamualaikum akhi, nak tanya, kan ada hadis kata kalau zikir "subhanallah wabihamdihi" 22x kali, Allah akan ampunkan dosa dia sebanyak buih di lautan. tapi ada pihak mengatakan kena zikir 100x baru Allah ampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan, mana satu ye akhi ?

wa'alaikumussalam .
ana kurang pasti tetapi yang sahihnya yang ini :
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ" فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ"
maksud: "Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Sumay dari Abu Shalih dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Barangsiapa mengucapkan 'SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya)' sehari seratus kali , maka kesalahan-kesalahannya (dosa) akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan ."
(HR.Bukhari No.5926, Muslim No.4857, At Tirmidzi No.3388, Ahmad N0.10266 dan No.7667, Ibnumajah No.3802, dan Imam Malik No.438)
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

knape org yg bkn melazimi whuduk ketika haid sebaiknyer d-elakkan..ana x pham..mmg bnar whuduk fungsinyer tuk menyucikan..tpi..klao haid..still x suci..

Naam .
Memang mereka yang dalam hadas besar hakikatnya tak suci pun kalau berwudhuk ,
masih dalam keadaan berhadas .
maka ulama sebutkan sekiranya dia bukan yang melazimi wudhuk ,
dalam erti kata lain saja main-main ambil wudhuk waktu berhadas ,
dia boleh dihukum riddah maknanya haram dan berdosa dia buat begitu .
Ada sesetengah wanita yang dia memang selalu berwudhuk ,
hingga dia rasa lain macam atau tak sedap badan bila tak berwudhuk ,
maka yang macam ini boleh untuk dia berwudhuk
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: N.H.A.R

maaf . saya sudah lihat video yg di share tu. ermm apa yg silap ttntg bani tamin tu. apa yg saya tahu bani tamim tu ada kaitan dgn *****i kan? adakah silap ustaz tafsir Tanah melayu tu? mohon maaf. mohon pencerahan. astagfirullah andai saya salah.

bukan begitu , yang *****i tu cerita lain .
ustaz mungkin berkata tentang hadis yang maudhu
dan itu dikritik .
dah lah ,
tak payah panjang isu ni ,
ustaz dah mintak maaf awal-awalkan kalau dia salah
kita senyap je ye .

ya org nak berdakwah mmg banyak halangan. tapi bgi org yg cetek ilmu mcm saya mungkin akan terpengaruh dgan unsur2 sebegitu. nauzubillah. saya harap anda akan membantu saya memberi kesahihan tntng ulama'2 .

Bukan ana lah orang yang layak nak beri orang lain faham .
tetapi carilah ulama dan berdamping dengan mereka semampu yang kamu boleh .
Saya cuma mungkin mampu berkongsi , tetapi yang sangat saya galakkan pergi bersama dengan ulama dan sekiranya punyai persoalan , ajukan pada mereka kerana mereka lebih mengetahui sesuatu .
Doakan saya menyusul mereka , amin .
Naudzubillah mudah-mudahan Allah jauhkan kita drpd mereka yang zalim dengan orang alim ini :)

apa terjadi dgan ustaz don tu . mohon pencerahan. x tahu apa2.

Takde apa pun sebenarnya .
Biasalah orang berdakwah , akan ada sahaja yang kurang gemar dan tajassas (mencari salah) seseorang .
Kita husnudzhon sahaja , Ustaz Don mungkin tersalah tafsir atau syarah tentang Bani Tamim tu .
Mudah-mudahan salahnya ustaz bukannya aib yang menjadikan dakwah ustaz ditolak .
Jangan dilayan sangat mereka-mereka yang cuba nak tarik perhatian dengan buat post-post macam tu .
Itu bukan pertama kali Ustaz Don kena , bahkan banyak kali dah sebelum ni ,
cuma itu yang paling baru .
Jangan hiraukan yang tu , jika ustaz salah , yang buruk tu kita tolak ,
Ada ribuan bahkan jutaan lagi kebaikan yang Ustaz bawa pada ummat kita .
Wallahua'lam

Next

Language: English