@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

boleh ke kalau kite type 'assalam' shj? dan 'wassalam' shj? sye ade tnye kawn sy.. die kate x boleh memendekkan salam.. betul ke tu?

assalam tu boleh lagi. ada maksud. iaitu Allah yang maha sejahtera.
wassalam juga sama ada maksud. yg tak boleh samekom, akum, askum dan yg seumpamanya yg takde maksud tu.
tapi apa lah salahnya tulis penuh kan, assalamu'alaikum. kan comei. pahala pun dapat. sunnah pun dapat.
wallahua'lam

Saya menyampah dengan kawan saya yg share result pt3 dia yg dpt 10 A tu dgn semua org . pandangan akhi ?

jangan lah macam tu. dia seronok tu. kita raikanlah. Allah bagi dia rezeki dalam jalan cemerlang PT3. itu rezeki dia, gembirakanlah dia, raikan walaupum terpaksa. Nanti bila sampai rezeki kamu, insha Allah dia pun akan raikan utk kamu. mungkin masa SPM,.. mungkin masa A-Level ke, mungkin masa Gred, atau mungkin masa kahwin.. tapi akan ada nanti rezeki utk kamu selagi kamu tak putus asa berdoa.
Pergi celebrate dia, ucap tahniah. kalau mampu belanja makan. biar dia pelik kamu begitu, bila dia tanya kenapa. jawab je, aku raikan kau. nanti doakanlah aku berjaya mcm kau.
kan sweet kalau ukhwah mcm tu.

akh. bagaimana seseorang tu color rambut tapi bukan bahagian wajib kena wudhu (sebahagian rambut). masih sah ke wudhu dia?

wudhuk sah. tapi mandi wajib nanti tak sah lah. ni hukum fiqh. hukum syarak dia warna rambut tetap haram.

macam mana nak tahu hati sudah gelap?

Imam Ghazali rhm. kata nak cari hati, carilah hatimu di tiga tempat:
Carilah hatimu dengan membaca Al-Quran,
Sekiranya tidak kamu temui maka carilah hati kamu didalam solat,
Sekiranya tidak ditemui juga, maka carilah hati kamu sewaktu sedang bertafakur mengingati mati.
Sekiranya tidak kamu temui juga, maka berdoalah kepada Allah agar kamu dikurniakan hati yg baru kerana hati kamu telah mati.
wallahua'lam

Sekarang ni banyak ws2 tentang islam, akhir ayat dia kata "forward kepada rakan2 jika tidak musibah akan menimpa anda bla bla ..." boleh percaya ke?

nak sebar kalau rasa baik sebarkan. tapi buang yg perkataan 'sila sebarkan mesej ini pada 10 orang bla bla bla'. biar org sebar sebab rasa perlu, bukan sebab takut dgn ancaman atau nakkan ganjaran mesej tu.
yg bagi manfaat dan mudharat tu Allah. bukan mesej. bukan chat wassap.
wallahua'lam

saya seorg lelaki yg macho(wkwk) jadi prmpuan suke ckp ngn saya..bile ckp ngn prmpuan tu saya ckp gune "saya.. awak.." niat saya bukn nk tackle prmpuan tu tpi skdr adab shj.. jadi soalan saya.. salahke perbuatan saya itu? ataupon saya patut x pyh layan perempuan tu?

kalau nak tahu, saya kagum sebab kamu macho dan berharap kamu ajar saya macam mana nak jadi macho. haha. gurau akh ;)
kalau tak jadi fitnah, takpe lah nak guna 'saya-awak' gitu. tapi kalau jadi fitnah, elakkanlah.
saya berkawan dengan lelaki macho macam awak gak kat luar sana, dan saya nampak diorang lagi macho bila tak layan perempuan. dia macam org panggil 'swag'. perempuan nak ajak sembang, couple semua, dia buat dunno je.
saya harap awak macam lelaki macho yg macam ni gak.
ada masa ajar saya cane nak jadi macho :D hehe

akhi walaupun jalinan persahabatan ttp tak boleh.saya dah jumpa ramai org yg berkawan lain jantina akhirnya mereka berzina

naudzubillah. kita boleh guna tu utk diri kita insha Allah. jauhi berkawan kalau tak nak menghampiri zina. tapi org yg berkawan tapi tak berzina lagi ramai dari yg berkawan tapi berzina.
Islam tak keras sgt akhi. tu sbb adanya hukum pergaulan dgn org lain seperti ikhtilat dll. untuk muamalat kita.
Ana cakap kawan tu, bukan makna contoh ana pergi jumpa seorang perempuan lepastu ana cakap nak kawan then sembang kosong, gelak ketawa semua. Maksud ana berkawan ni cuma dia kawan kita, kita kenal dia tu classmate kita. kita tahu dia tu satu sekolah dengan kita. tu maksud ana.
mungkin tu jugak yg ustaz kamu nak kamu faham. Islam itu tetap dan fleksibel

Pasal benci tu betul2 buat saya lega. Maaf, nk ty lg. Mcm ustzh kata dlm mmpin, kita kena buat kerana Allah. Mcm maa caranya nak terapkan konsep itu. Dan d kisas agak sibuk kan, bagaimana cara bahagi masa yang betul. Tq

memimpin kerana Allah ni nak terapkan eh... ni KBAT ni. nak memimpin kerana Allah tu, niat lah kena betul. kena kosongkan niat kita drpd nak dapat nama, nak bangga dengan jawatan, nak kenakan orang lain (rakyat), nak balas dendam pada mereka yg pernah buat kita sakit hati dulu dll. niat tu kena betul.
ni pelajar Kisas eh?
ana kira dekat mana pun sama. nak bahagi masa ni kena bijak lah. lagi jadi pemimpin lagi kena bijak, terutama memimpin di Kisas lah.
kalau ana, ana suka ambil Rasulullah sebagai figure pimpinan yg ana jadikan contoh.
Dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah oleh Imam Tarmizi, ada satu hadis berkenaan rumah Rasulullah. Rumah Rasulullah ini dikhabarkan ada 3 bahagian. rumah Rasulullah kecil je, tapi ada tiga bahagian yg Rasulullah buat.
Bahagiannya adalah satu, bahagian untuk rakyat. di situlah Rasulullah duduk bila sahabat datang bertemu Rasulullah. situ jugak Rasulullah duduk bila berbincang dengan sahabat ttg masalah Madinah.
dan satu lagi bahagian adalah bahagian untuk keluarga Rasulullah. Situlah Rasulullah luangkan masa dengan cucu baginda, dengan anak baginda, dengan isteri baginda S.A.W.
dan bahagian terakhir adalah bahagian untuk diri sendiri, iaitu di situlah ruang peribadi Rasulullah dengan Allah. situlah tempat Rasulullah solat, situ juga tempat Rasulullah muhasabah dan tidur.
Jadi daripada hadis ni, ana ambil iktibar dan ana cuba aplikasikan bila jadi pemimpin. Ana ambil konteks hadis iaitu bahagikan ruang kepada bahagikan masa. jadi kena pastikan kamu bahagi masa kamu cukup untuk diri sendiri (masa dengan Allah), dengan sahabat (masa gurau, sembang dll), dan masa dengan rakyat (adik-adik, pekerja, cikgu-cikgu).
Sehari tu kena ada cukup imbangan masa utk semua ni. dan masa belajar termasuklah dalam masa utk diri sendiri.
tu cadangan lah. yg ana cuba praktikkan gitu lah. terpulanglah masing-masing cara masing-masing. tapi pemimpin ni kena special skit dalam urus masa. kena sangat bijak lah. insha Allah, kamu bantu agama Allah, Allah bantu kamu semula dan Allah tetapkan pendirian kamu. Surah Muhammad ayat 7.

View more

saya cuba untuk tak accept lelaki jadi followers saya dkt ig. kalau ada fllwrs perempuan yg tunjuk gmbr saya dkt lelaki, dia salah or saya yg salah? tapi saya ni jenis yang tak suka sgt post selfie & kalau post pun maybe saya akan delete.

dia lah salah. tapi kamu pun boleh jadi salah jugak kalau kamu tak bgtahu dia yg kamu tak kasi share gambar kamu pada lelaki. cara dia mudah gini, kasi yg follow kamu tu org yg betul-betul kamu percaya drpd perempuan kawan-kawan kamu.
Liked by: Adawiyah.

tapi kalau...contohlah kan..kalau ada orang laki ni or anyone la..kita tgk dia and macam rasa dia mcm patut dijauhi yg waswas or buruk sangka? waswas sbb rasa mcm dia tu patut dijauhi and sangka yg dia ni patut dijauhi. ya Allah...apa yg saya merepek ni..harap anda faham. saya xpandai explain

tu nama dia buruk sangka. manusia ni menghukum org pada pakaian dia, pada peribadi dia dll. dalam hati kita tak tahu.
jadi camne nak sangka baik, ulama ajar, bila kita jumpa org tu Islam, walau apa pun pakaian penampilan dia, perkara pertama kita mesti letak dalam diri kita, orang tu ahli ibadah, yg wajib tak tinggal dan jauh lebih baik dari kita yg kadang tertinggal yg wajib ni.
itu para ulama tauhid kita ajar. jadi, nak buat awal-awal memang susah. tapi dia ambil masa. tarbiah diri.

Yang tnye psl instagram tu, cara nk buang lelaki dlm follower kita, kita block laki tu. Pastu unblock blk. So automatically, trsingkir lah follower laki kt insta kite.

kita yg tak pakai insta ni tak tahu.
ni yg tanya tu. sahabat kita ajar tips ni.
Liked by: ai Aida Nur Zulaikha i

wawas, berhati2 and buruk sangka tu obviously lain kan? so mcm mana nak bezakan was2 dgn buruk sangka? sbb dua2 tu dh nak sama..

eh, ye ke?
jauh lah beza dia.
was-was ni lawan kepada yakin.
bila kita was-was, maknanya kita tak yakin. was-was ni boleh hilang bila kita yakin atau tukar mind set kita pada satu pendapat dan kita pegang. maka yakin lah kita dan hilang lah was-was.
sangkaan ni pulak kita ditengah-tengah. dalam otak kita takde jawapan yg betul pun. kita berdiri antara dua benda. A atau B. dan bila kita bersangka yg baik iaitu A, maka jadilah 'husnuzhon' dan bila kita sangka yg buruk maka jadilah 'suuzhon'
wallahua'lam

dia hanya boleh privatekan untuk follower saje. so maknanya ni the best way delete lah gambar kita?

delete lah. sebelum delete tu save lah gambar masuk phone. tak pun masuk cloud dan privatekan. tak lah memori tu hilang.
biasa lah nak hijrah ni pahit, tapi yakin dan percayalah ganjaran dia manis.
Liked by: Si bijak ai

Next

Language: English