@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Assalamualaikum ya akhi. Aasif. Ana mahu minta tolong akhi. Jika ana salah jawab tentang agama, akhi betulkan ana ya. Tegur saja ana. Takut pula jika ana salah :)

wa'alaikumussalam . insha Allah . ana pun sama ya , kalau salah betulkan . syukran :)

Related users

turun kisas lg la amacam hhaha

menyegarkan diri ke ? hmm . insha Allah , nanti kalau azam panggil kita maulid kisas , kita turun yep ?

Dah tak mampu nak handle. Selalu sangat rasa hopeless. Keadaan sekeliling buat aku rasa letih.

jadi kamu perlukan refreshment . pergi cari satu suasana yg kamu rasa seronok beramal ibadah . yg dapat kembalikan semangat kamu . cari suasana (bi'ah) tu . cari ke majlis ilmu , cari ke laut ke sungai ke . cari smpai kamu jumpa . cari satu suasana kawan kamu support kamu . kalau saya , saya cari Kisas :)
Liked by: Cik mahal.

kenape x jawab soalan lagi dong?

sabar . tak smpai rumah lagi . kat RnR kot , tgh fikir camne nak solat maghrib dgn surau yg tgh renovate kat RnR ni
Liked by: Cik mahal.

Ada spesifikasi pergerakannya tak?

err , susah nak terang kat sini lah . takleh nak tunjuk . kalau kamu mampu , nanti keluarlah pergi kuliah feqah . tanya camne ya .
wallahua'alam

syukran. tapi kalau lebih dari tiga pergerakan, kena berhenti ke ? sbb bukan sekali hingus tu meleleh.

kena faham , yang membatalkan solat itu adalah pergerakan tiga kali berturut-turut . maknanya kamu lap hingus tu terus-menerus tiga kali , then batal .
tapi kalau kamu buat dia dua kali berturut-turut , lepas tu kamu berhenti sekejap , sekadar kadar bacaan 'Al-Ikhlas' . then kamu lap lagi , boleh sahaja . tak batal pun .
wallahua'lam

masetuh saya balajar tentang aurat lelaki dengan ustaz saya.. ustaz saya cakap "aurat lelaki diantara pusat hingga lutut, tapi pusat ngan lutut bukan aurat" betul ke ape yg ustaz saye cakap?

betul apa ustaz kamu kata . memang begitu pun sebenarnya . tapi kamu kena tahu , jika kamu bermazhabkan Imam Syafi'e rhm. maka mazhab ini adalah mazhab yg sgt tegas dan sgt menjaga maslahat pengamalnya . dalam mazhab Syafi'e , termasuk pusat dan lutut itu aurat . kerana Imam Syafile rhm. sgt menjaga penganutnya drpd fitnah dan yg lebih buruk dari itu . mafhum ?
wallahua'lam

bagaimana hendak mengetahui petunjuk istikarah kita /.?

biasanya ia datang dalam bentuk mimpi atau petanda .
kalau kamu solat istikharah kemudian kamu tidur , biasanya petunjuk itu pada tidurmu .
tapi , kadang-kadang petunjuk istikharah itu tiada dalam mimpi tapi ada pada persepsi kamu . tiba-tiba kamu rasa yakin dgn salah satu drpd keputusan tu , maka itu juga boleh jadi kputusan bagi istikharahmu .
jika tak ditemui , jangan terus bserah .
teruskan istikharah .
Liked by: Aisah :)

kita sakit. contohnya selesema. waktu kita solat, hinguih tu dok meleleh. kita perlu berhenti solat untuk lap hinguih atau kuis sikit-sikit hinguih tu atau biarkan je hinguih tu ? *ini bukan main-main

seeloknya , guna lengan baju kamu dan lap hingus tu dengan satu pergerakan tangan . atau jika kamu ada syal/rida' gunakan dia untuk lap hingus tu . hingus tu akan digunakan syaitan utk ganggu kamu solat kalau kamu tak lap dia . maka lebih baik lengan baju kita kotor sedikit drpd solat kita tergadai . wallahua'lam
Liked by: zubair haslan

cikgu sye prnh ckp ''paham tk pelajaran ckgu nie??'' then kami ckp ''in sha Allah'', cgu tu ckap ''jngn in sha Allah'', jdi apa yg prlu sye cakapkn kalau sye sndiri pun sbenarnye macm 50/50 lgi tntng ajarn cgu tu

eloknya jangan jawab jika cikgu tanya begitu .
senyap atau jawab perlahan sekadar telinga sendiri dengar tu dah baik dah
lebih baik jika kamu jawab tak tahu kalau kamu mmg tak tahu atau tak faham lagi .
itu adab dengan guru :)

Next

Language: English