@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Akh , as we know . rezeki tu smthing yg tlah ditetapkan kpd semua org sejak awal lg . jd , sy nak tau apa prkara yg mnyebabkn rezeki seseorg tu berubah ? mohon pncerahan . jzkk

rezeki tu mmg Allah dah tetapkan, dah ada dlm ilmu Allah semuaNya. tapi rezeki tu boleh berubah bila kita berdoa dan berusaha. walaupun ia dah tetap tapi ia belum terlaksana. maka bila kita doa dan usaha, ia masih boleh berubah jadi yg satu lagi.
senang faham dia macam ada dua benda, kalau kita doa, rezeki tu bertambah. kalau kita pilih choice lagi satu iaitu tak berdoa, dia takdelah penambahan. kita ada ruang ikhtiar tapi semua tu sudah ada dlm ilmuNya Allah, pelaksanaan dia je belum lagi. wallahua'lam

klu guna surat tgur ajnabi, senior slalu slh anggap. igt kita hntr surat cinta kt diorg.. dhtu bash junior yg hntr surat tu..... mcmne..?

oh, yg saya kata tu kalau di dunia luar. kalau dlm sekolah, bgthu senior sama jantina kita, suruh dia smpaikan ke senior jantina lain dan biar senior tu yg tegur org yg kita nak tegur tu

Related users

mcm mana malaysia boleh ambik mazhab syafie?

bukan ambil. tapi banyak penganut mazhab ini di malaysia dan ia bkembang. asalnya daripada ulama tasawuf dari timur tengah. mereka bermazhab syafie dan datang berdakwah di malaysia dan mazhab ini disambut baik masyarakat tanah melayu.

salam akh. saya nak tanya, dulu ustazah kami ada suruh kami nyanyi lagu zikir hasbiAllah, lepastu ustazah kami kata tak boleh sebut "Nur Muhammad" kena sebut "Nur Allah Nabi Muhammad" betui ka? syukran.

Nur Allah Nabi Muhammad hakikatnya Nur Muhammad itu juga Nur nya ada dgn izin Allah. Uslub balaghah menampakkan nur Muhammad tu nur Allah jua. bukan bila kata nur Muhammad kita nafikan nur tu datang dari Allah. Ala kulli hal sebut je.

Does "Ghaddul basr" hukum also applies btween female students & male teacher? Or vice versa?

yes. bila dia libatkan lelaki dan perempuan, dia perlukan pada ghadul basar atau menundukkan pandangan.
cuma fahami balik konteks ayat yg perintahkan ghadul basar ni. boleh rujuk surah An-Nur ayat 30 dan 31.
Allah gunakan perkataan 'min'.
"Katakanlah pada orang beriman lelaki/perempuan tundukkan daripada pandangan mereka"
daripada min itu, kita dapat faham bahawa min itu bawa maksud sebahagian drpd pandangan mereka. maknanya bukannya bila tunduk pandangan, jumpa ajnabi je terus pandang lantai.
bukan macamtu. banyak org misunderstand konsep ni. maksud tunduk pandangan itu dalam berurusan itu kena ada tunduk pandangan. tapi bukan semua. banyak drpdnya tunduk pandangan.
jadi bila si guru, dia juga perlu tunduk pandangan dalam erti kata jaga pandangan dia. tapi bergantung pada keadaan. jika guru perlu pandang anak murid, maka pandanglah. tapi jagalah diri. begitu juga si murid. kena pandailah aplikasikan.
harap faham apa yg ana nak smpaikan.
Allahu yuftah alaikum.
wallahua'lam

View more

salam ni pb last year ke? saya nak tanya, izinkan saya guna 'saya' instead of 'ana'. mekasih. kalau ada muslimin dah jd alkis pastu add muslimat yg tak alkis lg, kenapa perlu mcm tu? erk mintak maaf tak pndai susun ayat

bukan pb last year ni. silap org.
kenapa jadi mcm ni? pada ana semuanya balik pada niat masing masing.
macam alkis ke apa ke, siapa siapa pun, bila add ajnabi, tu bergantung pada diri dia lah. ada apa hajat keperluan dia add. macam situasi kamu ni mungkin dia si alkis tu nak update isu semasa kisas. sebab dia dah keluar.
dan pada ana takde masalah pun kalau nak approve. sebab kalau kita jaga diri apa semua dlm fb takde masalah pun. ana pun kalau dia bekas pelajar atau pelajar kisas, ana approve je. sebab pada ana takde masalah sbb dia budak kisas, insha Allah takde dia buat maksiat lepastu dia update ke fb dia. ana masih yakin gitu.
tapi kalau kamu rasa tak selesa. tak payahlah approve. ignore je lah. terpulanglah. mesti ada sebab hatta saja add tu pun sebab.
nasihat ana, bagus lah kamu mcm tu. tapi kamu belum keluar kisas lagi, kamu tak tahu penangan dunia luar tu mcm mana. sampai kamu rasa kamu sgt terdesak pada biah yg baik, kawan-kawan yg baik smpai di fb pun kamu perlu. kamu belum rasa lagi semua tu. takpelah. mudahan istiqamah smpai keluar kisas

View more

tolong jawab yg ni ya. Tahiyat akhir sebenarnya sampai allahuma solli ala muhammad sahaja kan. Yg selepas selepas tu sunat kan? Jadi kalau selama ni saya ada tersalah baca yg belakang2 tu masih sah solat saya kan?

ya. sampai situ. sah lah solat kamu. cuma tak sempurna (dari segi cantiknya solat tu) tapi sah.

assalamualaikum, sy seorng pelajar prmpuan di sbuah sklh agama. rmai kwn sy disitu tak dpt terima dgn budaya sklh tu such as tdng kna labuh, pkai armsock, jaga ikhtilat and many more. sy cba nk tgur time diaorg merungut, tpi takut di marah smule. sy pnh je nasihat tp ditolak. Allahu, rsa nk menangis

wa'alaikumussalam. jangan lah takut nak tegakkan kebenaran. kamu tahu tak, satu hadis Rasulullah sebut, sebaik-baik pekerjaan adalah berdiri menegakkan yg haq di hadapan pemerintah yg zalim. maksudnya, ana nak kamu nampak, yg pekerjaan berdiri menegakkan haq ni kerja yg mulia, dan kerja yg berat.
Jadi, bila menegur, ia akan menampakkan satu yg bila kita tegur org, kita kena baik dari org tu. tapi ia beza dgn nasihat. bila kita nasihat, org tu akan boleh terima, walaupun kita biasa-biasa je. jadi, nasihatlah. bukan tegur.
Cara mudah nak nasihat diorang adalah kamu dulu kena tunjukkan contoh. Biasalah tu susah nak terima benda baik ni. tapi kamu dalam menasihat, letak sekali contoh yg baik.
semoga berjaya.

Assalamualaikum akhi.... 1. berapa azab yg kaum nabi Lut terima? 2. apa azab2 tu?

Wa'alaikumussalam.
1- Berapa tu tak pasti.
2- Antara azabnya adalah Allah terbalikkan bumi tempat tinggal mereka sehingga yg langit seperti di bumi dan bumi seperti di langit.
Wallahua'lam
Liked by: Datinglego.go kucing

Next

Language: English