@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Macam mana nak istiqamah dalam melakukan amal soleh. Ana selalu tingal solat, jarang baca al-Quran. Mohon bagi tips ya akhi. Syukran

"ان تعبد الله كانك تراك فإن لم تكن تراه فإنه يراك"
Apabila Rasulullah ditanyakan tentang apa itu ihsan , maka baginda menyebut perkataan di atas (betulkan jika salah) . yang bermaksud , "beribadahlah kepada Allah seakan kamu melihat Allah , Maka sekiranya kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya (beribadahlah) dia melihat kamu"
maka kenapa tak istiqamah ?
sebab dalam diri kita kurang sifat ihsan .
kita terlepas pandang dalam merasakan khauf (takut) dan raja' (pengharapan) kepada Allah .
jadi solusinya , renunglah kata-kata Rasulullah tadi . bagaimana mahu capai ihsan , bermula dgn belajar tasawuf atau tazkiyatun nafs (pembersihan diri) .
insha Allah .
akan rasa kelainannya bila kamu dapat rasakan Allah itu sentiasa melihat kamu .
wallahua'lam

What role does television play in your life and the life of your family?

kami sekeluarga sangat jarang tengok TV . Astro lagi lah . nak tengok berita pun tak leh nak percaya . Allah .

Related users

Assalamualaikum. Sobahul khair dunia. Moga harini lebih baik dari hari yang semalam. Rabbi yassir walatu'assir. Rabbi tammim bil khair.

Amin . moga Allah permudahkan .

assalamualaikum akhi...apa mksd muhsan dan ghairu muhsan?

wa'alaikumussalam .
muhsan adalah berkahwin
ghair muhsan adalah tidak berkahwin

jd boleh lah guna 'enti'. Kalau akhi, guna 'enti' atau 'anti' ?

enti . nak bezakan dgn perkataan anti senang .
Liked by: echoes

Saya teringin ke majlis ilmu setiap minggu tapi ibu saya takkasi. Alasannya sbb saya masih muda, cukup dengar ceramah kat tv je. Saya sedih. Saya nak dekt dgn ulama tapi hm :(

dengar kata ibu kamu itu lebih baik . kamu boleh dengar utube semua tu . kamu boleh dekat dgn ulama bukan sekadar pergi majlis mereka sahaja .
ada je orang yang dapat ke majlis ulama , tapi mereka tak kenal pun ulama tu and appreciation tu tak setinggi org yg tak dpt jumpa ulama tapi tahu tarikh lahir ulama tu , kehebatan ulama tu , gelaran beliau dll .
teringat kata Habib Umar hfz. , "Berapa ramai orang yang dekat dengan aku tetapi jauh dariku dan berapa ramai yang jauh dariku tetapi dekat denganku"
maksudnya ? tak mesti orang yang bersama Habib Umar , hatta muridnya sendiri berada bersama hati dan jasadnya dgn beliau tapi ada sahaja yg jauh dgn beliau , tak pernah bertemu pun , tapi dekat dgn beliau .
Allah Allah .
teruskan dengar utube tu utk tambah ilmu . anggaplah diri hadir dlm majlis . jaga adab . catat . insha Allah dan doa selalu Allah beri kamu peluang berjumpa para ulama . insha Allah .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

Assalamualikum.maaf ana nak tanya soalan lagi.dalam penggunaan bahasa arab sebenar nya mana satu yang betul ejaan nya.Enti atau Anti? ana belajar bahasa arab dulu,ustaz ana sebut Anti.macam mana ya??

zarithshafeena’s Profile PhotoZarith Shafeena
Wa'alaikumussalam .
sebutan asalnya 'anti' , ukhti .
bahasa arab mana boleh jadi huruf 'e'
انت - anti
tapi dia jadi enti bila slang bahasa arab atau lahjah arab . orang arab sebut 'enti' atau 'enta' sedang ejaan asal dia 'anta' atau 'anti' . hal yg sama pada perkataan yang berhuruf 'ق' misalnya 'قال' . kita sebut 'qala' tpi sstgh arab sebut 'gala' .
aiwah .

Bagaimanakah ilmu boleh mengangkat seseorang menjadi mulia disisi Allah S.W.T dan masyarakat ?

Allah berfirman dalam Al-Quran :
"يرفع الله الذي امنوا والذين اوتو العلم درجات"
Maksudnya : "Allah mengangkat (memuliakan) yang beriman dan yang berilmu dengan beberapa darjat"
Jadi apa higlight point di sini ;
Allah muliakan orang yang beriman dan yang berilmu dgn beberapa darjat di sisi Nya . dalam ayat ni dapat kita faham , yang dimuliakan disini ialah dua golongan ini , kenapa ?
orang beriman mestilah orang yang berilmu : sebelum dia beriman dia pasti perlu ada ilmu ttg ibadah yang dia lakukan untuk pastikan ibadah itu sampai pada matlamatnya dan terus kuatkan lagi imannya .
orang berilmu mesti beriman : antara kehendak ilmu adalah amal dan jika orang berilmu itu sahih ilmunya maka sahih juga pengamalannya . dan dengan itu bertambah iman dia dalam diri .
dan untuk masyarakat : bila orang beriman dan berilmu , maka iman itu akan terzahir pada luarannya dan akan membuktikan lahirnya ihsan dalam diri dia . maka orang yang begini tidak akan dibenci bahkan dimuliakan di sisi maayarakat .
dan apakah contoh orang begini ?
mereka lah para ulama :)
hati penuh khasyah dan melahirkan iman . maka benarlah orang yang paling takut pada Allah dripada kalangan hambaNya adalah Ulama .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

assalam akhi...boleh ke puasa hari Jumaat?

wa'alaikumussalam . ana berpegang pada pendapat yg mengatakan boleh tapi dgn syarat puasa pada hari jumaat mesti puasa pada hari khamis atau hari sabtu . ini atas sebab tak nak nampakkan Islam macam agama lain yang memuliakan certain hari macam yahudi pada hari sabtu dan ahad utk nasrani .
Hari jumaat mmg mulia tetapi bukanlah diagungkan dari hari lain dan bukan juga semata-matanya hari ibadah utk ummat Islam .
wallahua'lam

Kahwin gantung ade dlm islam ke? Ape hukum kahwin gantung? Ape hikmahnya?

ada . ia dipanggil nikah khitbah . hukumnya harus . boleh sahaja dibuat . hikmahnya mencegah zina lah . cuma terkadang nikah khitbah ni boleh membawa bahaya pada pasangan terutama wanita sbb haknya boleh terabai .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Next

Language: English