@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

apa hukum menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud?

dalam Mazhab Imam Syafi'e telah ditetapkan bahawa jari akan diangkat sewaktu syahadah (khilaf pada perkataan yg mana : ana pegang pada yg kata pada prkataan 'الا' ) . dan kemudian jari terus diangkat hingga salam tanpa digerakkan .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Nur

assalamualaikum. saya nak tanya. kalau kita sedang solat lepastu darah drp jerawat kita terkena telekung, apakah hukumnya?

wa'alaikumussalam . jika darah yg keluar itu sedikit iaitu tidak lebih dari besar syiling 50 sen lama , maka dimaafkan dan sah solat .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Related users

Al Baqarah : 186 . ap maksud ayat ni?

Bila manusia bertanya pada Nabi Muhammad ttg Allah , Allah ajarkan pada Nabi untuk menjawab Sesungguhnya Allah itu dekat , Dia mendengar segala permintaan dan doa hambanya dan dikabulkan doa mereka dan mereka adalah yg dibimbing Allah :')
Liked by: Nur

Assalamualaikum,bolehkah kita merindui seseorang yang berlainan jantina?

Wa'alaikumussalam . silakan kalau kamu perempuan untuk merindui yang wajib dicintai ; Rasulullah S.A.W :)
Liked by: Fatihah Sahlan Nur

Assalamualaikum,bolehkah lelaki berkawan dengan perempuan?bagaimana dengan sebaliknya?

Wa'alaikumussalam . ana rasa banyak kali dah ana jawab soalan bentuk mcm ni .
Boleh nak berkawan tapi letakkan agama di hadapan bukan nafsu dihadapan :)

ape beza niqab dgn purdah?

dari maksud term atau bahasanya , dua-dua maksud sama . tapi dari istilah org kita : niqab tu tutup muka dan dahi kecuali mata
purdah : tutup muka kecuali dahi dan mata
Liked by: Fatihah Sahlan

macam mana kalau kita bersangka buruk (suuzon) dengan orang tapi kita simpan dalam hati sahaja dan cuba untuk mencegahnya? dosa besar juga ke?

suuzhon (سوء الظن) itu sendiri dari dua perkataan yg digabungkan .
السوء dan الظن .
jadi su' tu bermaksud buruk atau tidak baik
dan zhon pulak bermaksud prasangka atau sangkaan
jadi bila nama zhon , ia mesti dari hati . zhon mesti mula dari hati . sebab hatilah mulanya perasaan .
jadi suudzhon dari hati mulanya , maka penyelesaian atau ubatnya juga perlu dimula dari hati .
macam mana nak hilang suudzhon
sibukkan diri dgn husnuzhon atau sangka baik , hatta ianya nampak mustahil sangka baik tu , tapi cuba sangka baik juga .
ianya bentuk tarbiyyah hati atau didikan pada hati . kesan dia lambat dan mesti dilakukan berterusan tapi hasilnya menguntungkan .
teladani Sayyiduna Rasulullah s.a.w.
Liked by: Fatihah Sahlan Wansss F

if kita tngkp gmbr dgn someone yg bukn mahram sbgai tanda hadiah ataupun, kenngn.adekh itu berdosa??

tangkap utk kasi hadiah ?
nasihat saya , tak payahlah buat . cukup lelaki tangkap sama lelaki gambar nya , perempuan tangkap sama perempuan . then bagi .
kalau nak buat juga , tapi tak digalakkan , tangkap gambar lelaki perempuan tapi mesti lebih dari sorang dan ada jarak antara lelaki dan perempuan tu .
tujuan dia untuk jauhkan dari fitnah .
insha Allah
Liked by: Nur

sy keluarkan hasrat sy nak masuk tahfiz kat saudara sy ni last year n skrng umur sy dah 15 thn...dia kate org yg masuk tahfiz ni org yang dihantar kat sane mase hati die suci lg(lepas sekolah rendah atau mase umur tadika lagi)dan org mcm sy ni xberapa layak sbb dah terdedah dgn dunia sangat.yeke?:'(

mana ada . memang ada betul apa dia cakap , tapi pepatah arab kata :
'من جد وجد ومن زرع حصد'
Barangsiapa yang berusaha dia akan berjaya dan barangsiapa yang bertanam ia perolehi (hasilnya)
kalau betul kamu ada keinginan nak hafaz quran , kamu bolrh jadi mungkin lebih baik drpd dia . umur bukan alasannya tetapi kesungguhan itu kuncinya .

bagaimana cara hendak menjadi matang dari segi fikiran?

banyakkan libatkan diri dgn masalah dan selesaikan masalah tu . insha Allah jadi matang

mnx trangkan psl chat ngn ajnabi...btil2 trang bleh

bila ada sebab yang memerlukan pada chat tu , harus

Pernah makan daim? Halal kan?

Pernah tapi tak minat nak makan selalu sebab ia jadi isu halal haram . syubhah bagi ana dan tinggalkan lebih baik
Liked by: Nur

Next

Language: English