@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

kenape ade yg rebel..

rebel tu apa ya sebenarnya? yg saya faham rebel ni golongan yg agak kuat mengkritik dan bahasa mudahnya melawan tarbiah dan badar gitu.
tapi ana hairan jugak dengan muslimat ni sebenarnya. kenapa gemar melabel orang? sudahlah melabel, label yg buruk pulak tu. di belah muslimin sepanjang ana bernafas di bumi tu, belum lagi ada ana dengar gelaran khas yg buruk utk setengah kumpulan macam gelaran rebel nih.
yang ana tahu lah psikologi manusia, dia tak suka bila diri dia diletakkan dengan satu gelaran yg buruk atau pun negatif. itu dari segi peribadi dia. kalau dari segi badan dia pulak, bila dia dilabel dengan label yg negatif, badan dia akan terima satu cas negatif dan akan buat dia lagi jauh daripada menjadi positif. dia akan terua negatif fikirannya.
dan yg ana tahu jugak perkara ni diwarisi generasi ke generasi. lagi ajib. macam mana kamu boleh selesa dgn gelaran negatif mcm ni pada sama kawan-kawan. senior pada junior. sangat ajib.
pada ana, bukan hak kita utk label ataupun judge orang. kalaupun kita rasa diri kita lebih baik dari dia, bukan makna kita perlu sisih dia dengan gelaran mcm ni. mungkin kamu terlepas pandang sirah Rasulullah yg meletakkan nama gelaran pada semua sahabatnya. yg ada anak diletakkan 'abu' atau 'ummu' di depan. yang tiada anak disandarkan dengan nama perkara yg dia sukai macam Abu Hurairah, dan gelaran-gelaran yg baik seperti Asadullah, Zunnurain, Al-Faruq, As-Siddiq dll.
Dan perasan tak perasan bila wujud budaya melabel ni, maka ia akan lagi menjauhkan sahabat kita tu dari kita wahai badar ataupun sesiapa sahaja. Gelaran itu memang biasa sebab dah semua org lazimi, tapi sikit sebanyak org yg terpalit dgn gelaran tu pasti akan berasa hati jugak.
Dan yg exco badar, silaplah kalau kamu rasa diri kamu baik dan semua orang lain tak baik dari kamu. mcm tu jugak form 5. jangan serkap jarang. sangka baik lah. ia akan selamatkan kita dari perpecahan.
ana yakin semua yg masuk kisas ni nak jadi baik. bagilah mereka masa. jangan potong niat mereka dgn label buruk kamu. jangan kerana satu pintu kebaikan kamu nak buka, 10 yg lain kamu tutup.
dan ana sangat berharap akan berhenti budaya melabel ni secepat yg boleh. sangat buruk dan memalukan. maaf jika teguran ini terbuka tapi muhasabahlah.
seorang muslimat itu semestinya baik kerana dia lahir ism fa'il muslim. pelaku kepada kesejahteraan yg pastinya kesejahteraan itu baik. bagi mereka peluang dan peluang.
mudah-mudahan Allah sedarkan semua kita.
amin.

View more

Related users

kau ni jngan lah gelakkan aku. aku tanya utk kepastian. aku budak lagi tak tau byk. sbb yg aku tahu kalau ham tu peha khinzir. ok, thanks utk perkongsian kau. kalau kau lapar, kau dtg le sini. kedai tu sebelah kedai aku je ni. haha

kelakar tak mestinya gelak. Rasulullah bila duduk dgn sahabat, time sahabat gelak, Rasulullah senyum. kadang smpai nampak gigi. pernah sekali je Rasulullah gelak sampai nampak gigi geraham. tu pun kalau dgr sebab Rasulullah gelak nampak gigi geraham tu, kita dah mengilai dah sebab kelakar sangat.
ok. takpe. terima kasih lawa.
Liked by: mir Ila

how does you define 'mahal' for akhawat ?

tak murah di'beli'
kadang tak ternilai nak dijual dipasaran,
tak boleh dibeli di 'blackmarket laman sosial'
'terhad' di pasaran,
kalau ada pun berat hati si penjual nak 'lepaskan'
sebab dia terlalu berharga dan bernilai,
eksklusif dan terhad untuk 'pembeli bertuah dan terpilih sahaja'
tak mampu 'ditebus' hatta dengan gunungan emas,
dan paling penting,
setiap satu itu mahal dan berbeza antara satu dgn yg lain. tapi kualiti semua tersolehah.
maaf mengarut.

apa maksud 'hadda-tsana'? ada dalam kitab syamail muhammadiah. kitab ni sumber dia boleh dipercayai kan? karya imam at-tirmizi.

'haddatsana' itu maksud dia 'telah mengkhabarkan kepada kami'. itu isnad hadis. isnad ni rantaian perawi iaitu semua yg meriwayat hadis sampai pada Rasulullah S.A.W.
Apa pulak tak boleh percayanya. Syamail Muhammadiyyah tu kitab muktabar. tulisan Abu Isa Muhammad At-Tirmizi. Seorang ulama hadis yg besar. penulis 'kutub sittah' iaitu kitab yg enam (kitab hadis yg paling masyhur)
Liked by: hidayati Aufaaaaaaa

Please urgent! ada satu kedai tu.. dia jual benda halal dan haram. halal nye mcm aiskrim dan sandwich. yg haram lak dia jual peha khinzir salai. boleh tak kite beli aiskrim dia or mknn-2 halal kat situ? sbb saya da trbeli kt kedai tu n baru perasan ada benda xhalal. Ermm.

lah. bukannya aiskrim tu bercampur dengan kaki khinzir salai kedai dia. aiskrim tetap dlm plastik dia. kaki khinzir tetap tgantung dekat tempat dia.
boleh je. habis selama ni kamu beli barang dekat econsave, giant, tesco apa semua tu kamu tak rasa takut?
kelakar lah.

boleh ke tangkap gambar dengan lelaki ajnabi berdua walaupun masatu dikelilingi ramai orang?

tangkap gambar dengan ajnabi utk apa? kan bila tangkap ganbar berdua nanti org lain tengok, org akan kata couple dll, kan dah jadi fitnah.

dah baca dah surah kahfi tu. mmg nabi khidir tu pandai ke? dia ada ilmu apa?

Ada masa cuba cari buku Nabi Khidir a.s. tulisan Iman Ibnu Hajar Al-Asqalani rhm. dalam buku tu dicerita detail siapa beliau. perselisihan pendapat kalangan ulama yg kata beliau masih hidup dan yg kata beliua sudah meninggal, riwayat para ulama yg bertemu beliau.
Nabi Khidir a.s. ada beberapa ulama mengatakan beliau ketua para wali Allah. mereka yg menjadi wali akan bertemu beliau sebelum menjadi awliya' Allah.
Nabi Khidir punya ilmu itu ilmu yg bukan orang biasa-biasa ada.
wallahua'lam
Liked by: Nas

klu kita solat ikut imam. Kita tak hafal surah imam baca. Kita tak baca surah lain tapi just dgr je apa imam baca. Tak apa ke?

memang kena dengar pun. tak elok buat benda lain waktu iman tgh baca.

assalamualaikum..bolah x tlg share kisah2 nabi..xkesah yg mne pon..terima kasih..

Wa'alaikumussalam. Rasa rajin nak baca cerita Nabi a.s. kamu boleh buka surah Al-Kahfi dari ayat 60 sampai 82. Kisah Nabi Musa a.s. yg merasakan dia sudah berilmu tetapi Allah tegur dengan menyuruh beliau bertemu dengan Nabi Khidir a.s. dan cerita tu berterusan. Lagi sedap kalau kamu ada tafsir bersama, ia akan membawa kamu kedalam cerita tu lagi jauh.
wallahua'lam

kalau time solat berjemaah , time imam tgah baca surah2 , kalau surah tu bukan yg kita tahu dan hafal , nak baca surah lain atau sekadar menghayati bacaan surah itu

yang terbaik adalah dengar dan hayati bacaan Imam. ini kerana itulah gunanya berimam. untuk diikuti dan contoh bagi makmum.
boleh nak baca surah lain, tapi lebih afdhal dengar imam baca.
wallahua'lam
Liked by: 사랑

assalam Akh. saya nak tanya, sebutan yg betul hanifan musliman atau hanifam musliman? mohon pencerahan akh. syukran.

'hanifam musliman' sebab pada hanifan tu ada tanwin fathah. dan dia bertemu dengan huruf mim. jadi hukum dia idgham ma'al ghunnah. bila idgham, huruf sebelum kena masuk ke huruf selepas. jadilah 'hanifam' bukan 'hanifan'
wallahua'lam
Liked by: hafizah Ila Nefelibata

Kalau tak pasti sama ada berhadas besar atau tak, boleh ke mandi wajib?

tak pasti kena lah pastikan, hadas besar ke hadas kecil. lepastu baru boleh buat apa-apa. sebab nak lawan syak, dengan hadirnya yakin.

assalamualaikum..nk tnye..yg pasal nabi muhammad ucap ummati sblom baginda wafat..btul ke bohong??

wa'alaikumussalam. tak betul. saya ada jawab sebelum ni. kalau sudi, scroll lah answer saya dlm 3-4 hari lepas.
Liked by: Mei

Next

Language: English