@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

taqiuddin anak susuan ustazah Nik ke mcm mana?

hahahahah ini troll besar ni. soalan ni teasing ke macam mana xD
taqiuddin ade hubungan darah sikit (kot) dengan ustazah nik. tapi jauh lah hubungan tu.
cuma dia anak angkat ustazah. tu pasal rapat lain macam sikit.
Liked by: ء

Related users

Helpp, ayah saya accident and jari kene jahit and bandage. Kalau nk amik wudhuk boleh sapu atas bandage je tk? Ans pls urgent..

Kalau tak mudharatkan jari tu (means tak terukkan lagi luka tu) boleh je sapu dengan air atas bandage tu.
Kalau boleh memudharatkan, kena wudhu dulu pada semua anggota wudhuk yang boleh kena air wudhu, dan tayamum di tempat yang tak boleh kena air wudhuk tu.
Wallahua'lam

Ada orang cakap Dr Maza dah bertentangan dari aswj. Sahih ke?

Orang datang cakap apa pun boleh. Bawak mai bukti bila kita kata orang ni macam ni orang tu macam tu.
Kita tak nafikan memang ya, ada pendapat beliau, bahkan mungkin banyak yang berbeza dengan kita, tapi itu dalam bab khilaf yang luas pintu bahasnya.
Nak kata dengan mudah bertentangan dengan aswj yang maknanya bila aswj betul, maka yang bertentangan (belawan) dengan betul kan tak betul. Berat tuduhan tu.
Makanya tabayyun sesuatu perkara sebelum terus percaya.
Liked by: Pok Mang

Cmne ulama boleh dapat title "habib"? Kene ada connection sampai Rasulullah ke?

Habib adalah gelaran yang diberi pada ahli keluarga nabi. Walaupun ada beza pendapat, ada yang kata gelaran habib tak boleh dijadikan kayu ukur yang tetap yang silsilahnya sampai kepada Sayyiduna Rasulullah tapi habib memang gelaran yang masyhur terutama di yaman untuk keturunan Rasulullah.
Habaib yang betul silsilah nasabnya bersambung dengan nabi, mereka punyai catatan nasab mereka sehingga Nabi. Bahkan mereka sangat mengetahui silsilah mereka sehingga bila sebut nama, mereka boleh bezakan keturunan ini dari mana sayyidina hassan atau sayyidina hussein.
Tapi ada juga gelaran habib yang diletak dan diiktiraf sendiri (maknanya self-claim) yang ni nak masyhur lah. Yang ni kena beware. Tapi habaib-habaib yang datang ke Malaysia ini insha Allah semuanya Ad-Daie ilallah yang memang dah sampai tahapnya mereka dibenarkan berdakwah dan menyebarkan dakwah oleh sayyidil Habib Umar. Maka mereka insha Allah bukan pendusta melainkan mereka ini zuriat nabi S.A.W.
Wallahua'lam

View more

Pndgn tntg Tppa?

Kalau bermanfaat orang tak bersungguh-sungguh, berpenat lelah, bermandi keringat, berpanas terik, turun demo semata-mata nak bagitahu semua orang yang ini bentuk penjajahan kapitalis yang baharu.
Cukuplah kita dijajah sekian lama sebelum merdeka, jangan dijual negara ini untuk sekian kedua kalinya.
Semata-mata untuk buka mata dan akal pemimpin kita untuk lihat agenda yang bakal memudharatkan negara kita ini nanti.
Dan hari ni, dah tandatangan pun. Syabas. Era penjajahan bermula. Kita sayang pemimpin yang sangat mendahulukan rakyatnya.
Rakyat didahulukan,...

عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) : “من حسن إسلام المرء تركه مالا يعنيه”. Daripada Abu Hurairah , katanya: Rasulullah telah bersabda: “Sebahagian daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tiada kena mengena (tidak berfaedah) dengannya

Ahsanta. Hadis ini ada diriwayatkan Imam Nawawi rhm. dalam kitab beliau yang masyhur, Arbain An-Nawawi

apa yang kau rasa bila kau buat dosa? pernah tak rasa macam down or malu dgn Allah bila nak taubat?

Bila buat dosa mestilah rasa berdosa. Kalau rasa tu, petanda masih ada iman lagi dalam diri.
Bila malu nak bertaubat dengan Allah. Akhirnya takde tempat lain pun nak kembali melainkan kepada Allah. Malu macam mana pun, Allah juga tempat kembalinya.
Kalau waktu buat dosa kita tidak malu, sedangkan itu dosa. Mengapa nak malu bila nak bertaubat, sedangkan taubat itu amalan yang Allah suka, tetapi buat maksiat dan berdosa itu yang Allah murka.
Situ logikanya.

Quote please

Orang yang bersih hatinya, akan istiqamah ibadahnya, akan bertambah taatnya, akan meningkat imannya, akan lurus akhlaknya, akan terpancar segala perilaku kebaikannya.
Jika kamu temui orang sebegini, berdampinglah dengan dia. Sungguh kalau kamu rungsing dengan ummah dan imam mereka yang asyik berbalah, berjidal, bertikam lidah, fitnah memfitnah. Maka orang seperti yang disebutkan ini, dia seperti penyelesaian pada kekacauanmu.
Dia menggambarkan salaful ummah dahulu, walau berikhtilaf, akhlaknya masih mulia. Mendahului segalanya.
Maka berdampinglah dengan mereka, merekalah para habaib daripada ahli keluarga Rasul yang lidahnya jauh dari sekalian khianat dan dusta.

tolong berikan maknanya: ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻃﻬﺮ ﻗﻠﺒﻲ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﻔﺎﻕ ﻭﻋﻤﻠﻲ ﻣﻦ ﺍﻟﺮﻳﺎﺀ ﻭﻟﺴﺎﻧﻲ ﻣﻦ ﺍﻟﻜﺬﺏ ﻭﻋﻴﻨﻲ ﻣﻦ ﺍﻟﺨﻴﺎﻧﺔ ﻓﺈﻧﻚ ﺗﻌﻠﻢ ﺧﺎﺋﻨﺔ ﺍﻷﻋﻴﻦ ﻭﻣﺎ ﺗﺨﻔﻲ ﺍﻟﺼﺪﻭﺭ

Wahai Tuhan, bersihkan hati aku daripada nifaq (sifat munafiq), dan pekerjaanku dari riya' dan lidahku daripada pendustaan dan mataku daripada khianat kerana sesungguhnya engkau mengetahui pengkhianatan kedua mata ini, dan apa yabg tersembunyi di dalam dada.

assalamualaikum , betul ke kalau cakap 'nauzubillah' tak boleh , sebab maksud dia 'moga dijauhkan dari Allah' tapi kena cakap 'nauzubillahiminzalik' yang membawa maksud 'moga dijauhkan oleh Allah dari perkara tersebut' ? mohon penjelasan . syukran 😃

wa'alaikumussalam. kalau ikut literal maksudnya betul lah tu. naudzubillahi min zalik lebih tepat. sebut naudzubillah dengan niat kita nak terhindar dari satu perkara pun betul dan boleh je. wallahua'lam

lepas solat jemaah. kita elok wirid alone ke ikut sekali dgn imam? sbb imam kat tmpt saya dia wirid pakai mike.

Ikut wirid sama dengan imam pun baik. Takde masalah. Raikan imam berwirid. Tak best lah kan kalau dah imam nak wirid sama-sama kita tapi kita nak wirid sorang-sorang.
Liked by: Ay.

Salam stam Kisas lepas results baru apply ? berapa subject? betul ke dua tahun? ada trial exam tak? exam sebenar bila? apa lainnya ambik stam kat Kisas dgn sekolah lain?

Ya
10 subjek
Setahun setengah. Masuk bulan 6 tahun ni, habis hujung tahun depan
Semua stam ada trial
Exam sebenar dalam bulan 10 gitu
Apa lainnya? Belajar lagi lama dan lagi amiq kefahaman dan pengetahuannya. Kita tak terkejar-kejar nak habis silibus.
Liked by: anis. iztn.nr

Next

Language: English