@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

darurat mungkin? utk kemaslahatan masyarakat . takleh jugak ke? btw ada cara lain ke selain bakar sarang lebah tu?

tu ana tak pasti lah . kena tanya org yg lebih alim , ttg masalah darurat ni .
dengar fatwa dan pendapat mereka .
wallahua'lam

mail, kawan ana tanya. "Boleh ke kita couple tapi ke arah perkahwinan?" ana nak jawab, takut salah. yelaa, sebab hukum couple sendiri dah haramkan.

QamarinaIzzati’s Profile PhotoQ
dia istilahnya bukan couple sebenarnya ,
lebih kepada persediaan berkahwin .
kata guru kami yang mulia , Ustaz Syauqi , boleh .
tapi ana tak pasti ianya cuma gurauan atau memang ustaz maksudkan begitu ,
tapi ustaz kata begini , "kalau nak couple boleh tapi sehari ke dua hari je , lepastu terus kahwin"
wallahua'lam

Related users

Ismail Isman, murabbi tu apa?

murabbi ini guru juga , atau dipanggil pendidik .
cuma dia beza sikit dengan guru biasa .
guru - muallim
pendidik - murabbi
murabbi ni lagi hebat lah daripada muallim .
murabbi mentarbiyyah zahir dan batin seorang mutarabbi (orang yang ditarbiyyah) ,
sedang muallim hanya mendidik sedikit sahaja daripada talibnya (pelajarnya)
satu analogi simple nak faham ,
tak semua muallim adalah murabbi ,
tetapi semua murabbi adalah muallim :)
harap faham .
contoh murabbi ,
murabbi ana , Guru kami yang mulia , Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Bin Haji Ismail hafizahullah :)

Kesiannya abang2 bomba, yang pergi bakar sarang tebuan tuu :'3

orang tak tahu hukum , mereka tak bersalah .
tapi kita yang dah tahu ni , janganlah buat macam tu .
terseksa lebah-lebah tu ,
banyak lagi cara lain boleh buat selain dari bakar sarang lebah

Hukum bakar sarang tebuan kenapa haram pula? Kalau sarang jadi besarr, lepas tu sengat orang, ?

hukum membakar binatang adalah haram ,
sarang tebuan kalau kosong takde masalah nak bakar .
tapi bakar binatang memang nabi larang .
sebab hikmahnya , ia menyeksa binatang sangat-sangat .
dan ada ulama kata , seksaan yang paling pedih dan lama kesannya adalah dengan membakar .
maka itu juga hikmah kenapa Allah jadikan neraka dalam bentuk membakar kerana sangat menyeksakan .
wallahua'lam

mail , yg nabi isa tu , yg ana tahu , Allah tukar nabi isa dgn org yg sudh ade di neraka ? , ana slh la ni T_____T

orang yang sudah ada di neraka ?
ana tak sure yg tu , asif .
wallahua'lam

erm kalau solat berjemaah, tapi imam tu dia baca al fatihah laju sangat then terus rukuk, masatu kita belum habis lagi baca al fatihah. macam mana ye?

SyamimiNamialus’s Profile PhotoSyamimi.
ouh ,
dalam masalah ni , kena faham begini .
solat akan batal jika tertinggal 2 rukun fe'li .
rukun besar ni adalah rukun fe'li yang dikelaskan ulama sebagai batal kalau tertinggal iaitu antaranya rukuk , sujud dan tahiyyat
manakala rukun kecil pula adalah rukun fe'li yang dikelaskan ulama sebagai tidak batal solat kalau terlepasnya iaitu antaranya iktidal
jadi , begini .
kalau angkat takbir , kemudian imam sudah rukuk , maka tak perlu baca Al-Fatihah dan terus rukuk dengan imam
tetapi kalau angkat takbir dan imam tengah baca surah , maka kita kena baca Al-Fatihah .
untuk mereka yang ada masalah membaca , macam sebutan dan was-was ,
mereka ada rukhsah , di mana mereka boleh habiskan baca Al-Fatihah selagi mana tak tertinggal tiga rukun besar ,
maka contoh imam dah sujud sebelum tahiyat awal , dia tak habis lagi , maka, dia kena rukuk dan kejar imam .
adapun kalau dia takde apa-apa masalah gagap dll , dia takleh lepas imam tiga rukun ,
makna kata bila imam dah sujud , tak habis lagi , batal lah solat .
betulkan ana kalau ana salah .
ana cuma menukilkan kalam guru kami Ustaz Syauqi hfz.
wallahua'lam

View more

Liked by: Syamimi. Aiman Lebai

Salah tak kalau seseorang perempuan tu masuk pertandingan nasyid ?

tak salah ,
nak masuk-masuk lah .
tapi sebagai penyokong je lah .
sebab , perempuan seelok-eloknya jangan menyanyi dihadapan lelaki terutamanya .
kerana suara perempuan itu adalah aurat .
lagipun , banyak lagi cara lain boleh buat selain nasyid untuk berdakwah .
misalnya dalam ask ni :)

boleh cakap sikit tak ? tak boleh takpe . tak yah layan answer ni ya .

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
pertamanya ,
alhamdulillah , kesyukuran yg tersangat besarnya pada Allah kerana dapat juga Allah izinkan ana bersuara dalam suasana ask yg serba kurang ni dan dalam ribuan orang hebat dalam ask.fm ni .
jadi , keduanya .
ana tergerak hati utk tulis benda ni ,
dah lama berdiam dan menyepi ,
banyak benda ana belajar dari ask.fm ni
alhamdulillah .
jadi mudah-mudahan apa yg ditulis sterusnya adalah ilham yg baik drpd Allah .
insha Allah .
ermmm ...
ana sedar , ana siapa je . orang yang tak sehebat antum pun .
ana nak ucap tahniah lah pertama sekali .
tahniah pada adik-adik yang dah pasang niat nak masuk kisas
juga pada sahabat-sahabat yg dah terasa nak sambung Form 6 kat Kisas dll .
alhamdulillah .
mudah-mudahan Allah permudahkan kamu dan cita-cita kamu .
cuma suka ana ingatkan ,
kami (pelajar Kisas/bekas pelajar) ni cumalah manusia biasa ,
yang sedikit , bahkan berdikit-dikit tidak sehebat kamu semua .
jauh sungguh kami untuk menjadi mufti ,
bahkan rasanya , da'ie juga belum pasti kami mampu .
jadi kami mohon maaf awal-awal
andai kami ni nampak gah dan hebat dimata kamu ,
tetapi menghampakan pada realitinya .
kerana kami juga manusia ,
kami bukan malaikat .
betul , ana tak nafikan kita semua bukan malaikat .
tapi kita boleh berusaha ke arah itu ,
cuma kami juga tak lari dari salah ,
tak lari dari dosa .
terkadang kami juga terlanjur dalam ikhtilat ,
terkadang jawapan kami juga melampaui seorang mufti
terkadang kami juga tersalah memberi jawapan
dan terkadang kami juga tidak sedar yg kami salah .
umum tahu bukan , Kisas ini sekolah yang hebat .
tidak dapat disangkal , memang hebat
bukan nak puji diri sendiri ,
tapi ini cerminan kita semua .
sekolah hebat bukan mesti melahirkan orang hebat .
tetapi orang hebat , insha Allah boleh lahirkan benda yg hebat .
maka , kami yang lemah ini menyusun jari kami ,
silap dosa khilaf kami ,
mohon terampun .
andai kamu nampak kami melampau ,
kami juga boleh dicucuk jarumnya syaitan ,
jadi harap sahabat dpt tegur kami .
bimbing kami .
ada drpd kami yang tak kesah ditegur terbuka ,
tetapi sebahagian yg lain suka ia tertutup ,
maka tolong , sesuaikannya semampu boleh sewaktu menegur .
kami cuma insan yg lemah ,
yang jauh ilmunya dhaif ,
cuma sedikit pinjaman ilmu drpd kekuasaanNya sang Pencipta .
maka andai kami salah berkata ,
tegur kami dalam Fb , Twitter atau medium lain .
dan akhir kata ,
bukan nak berbangga atau riya'
atau promote sekolah dll
sungguh ana katakan . mohon maaf andai ada yg rasa kami begitu
tetapi mohon sgt-sgt tegur kami andai salah .
jika ana , ana tak kisah kamu nak tegur lagu mana pun ,
kasar atau lembut .
insha Allah dalam setiap teguran mu itu ada hikmah ,
dan ana dan sahabat-sahabat ana akan cari ,
dengan izin-Nya .
yang terakhir ,
tolong doakan kesejahteraan Kisas ,
Kisas ada sedikit masalah sekarang
jadi mohon jasa baik antum untuk doakan .
jangan tanya masalah apa ,
tapi tolong doakan kisas dapat lahirkan ribuan lagi org-org hebat ,
dan mudah-mudahan ada daripadanya keturuna

View more

mana satu cerita yg betul pasal Nabi Isa A.S?ana sedang keliru 1.selepas disalib,nabi Isa diangkat ke langit atau 2.wajah org yg ingin membunuh nabi Isa bertukar serupa menjadi wajah nabi Isa,kemudian dia disalib kerana mereka bersangka bahawa dia adalah nabi Isa

nombor 2 yg betul
nombor 1 adalah cerita Nasrani
wallahua'lam
Liked by: mirul Zarif Iskandar

Who had the biggest influence on you as a kid?

ive once dreamed to be someone ..
the one that i admire the most
Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna
his the great legend hmm
Liked by: Dr.Rushmizak

akhi. mohon beritahu kepada shbt2 perjuangan enta. mohon jgan jawab soalan berkaitan *dara*. malu kaum hawa.terutamanya bila kaum muslimin yg menjawabnya.soalan yg mcmtu mohon pejam mata dan abaikan.dan beritahu para2 asker, klau nak tnya ,mohon tnya perkara yg tdak memalukan mna2 kaum.syukran.jzkk.

sila ambil perhatian ikhwan al-mahbub

1) sometimes kita nak bercakap dgn seniour or junior kita yg belainan jantina. then dia nak soal kita. berpandangan mata. itu zina mata ke? 2) perempuan yg except dia ajak couple waktu usia pertengahan ni. apa pendapat anda? 3)Kalau time berebut buku, then tersentuh tgn org yg berlainan jntina.dosa?

1) bukan zina mata sekiranya ia pandangan yg bebas drpd bernafsu syahwat . misalnya macam situasi tu . kamu bukan zina mata selagi mana nafsu kamu tak terangsang dll . cuma yang terbaik , kamu 'ghadul basar' iaitu tundukkan pandangan . ini yg dituntut oleh Islam . rendahkan pandangan . kalau nak bercakap , cukuplah pandang muka org yg kita cakap tu , jika ajnabi sikit-sikit je . sekadar hormat . insha Allah .
2) couple walau usia apa sekalipun , ia haram kerana ia menghampiri zina . naudzubillah
3) tersentuh tangan . 'ter' takpe , dimaafkan jangan sengaja . cuma bila tersentuh , istighfar . semoga Allah jauhkan kita drpd fitnah
wallahua'lam
Liked by: NurSarahNajwa

cara untuk mengelakkan riak dan dengki?

riak dan hasad lah ni ?
dua-dua penyakit hati .
nak ubat penyakit hati , kena mula dengan hati .
banyakkan istighfar bila kamu rasa kamu sedang hasad atau riak .
istighfar dan betulkan balik niat kamu ,
kembali balik pada kamu yg sebelum tu dgn cuba ikhlaskan diri
cuba lawan syaitan ni
dema tak kuat kalau kita kuat
wallahua'lam

assalamu'alaikum. adakah jatuh fitnah kalau org ingat kita ni pandai? sdgkan kita ni bukan pandai mana pun. ada juga kelemahannya.

wa'alaikumussalam .
jelaskan balik kita ni sama macam orang lain .
yang tu yg terbaik .
wallahua'lam

Ismail Isman ! :3 keseimbangn takut dan cinta itu adalah taqwa.. boleh terangkn lebih detail lagi tak ya akhi . ^^

kata sahabat ana , begini ...
maksudnya kombinasi antara cinta dan takut tu adalah ,
cinta pada Allah , maka kita akan buat apa yang Allah suruh
takut pada Allah , maka kita akan tinggal apa yg Allah larang
yang nilah taqwa .
sebenarnya byk definisi taqwa ni , tapi yg paling umum , buat apa yang Allah suruh , tinggal apa yang Allah larang .
wallahua'lam
Liked by: Anna Stasia

"Kalaulah Aku tak rahsiakan benda ghaib, pasti kau akan ibadah bersungguh sungguh". boleh tahu ni firman Allah surah apa? and ayat ke berapa?

QamarinaIzzati’s Profile PhotoQ
maaf , ana la adri ya ukhti
Liked by: Q

sahabat2 jom selawat kepada junjumgan besar Nabi Muhammad SAW , mendoakan kedua ibu bapa kita , guru2 kita ,sahabat2 kita , serta seluruh umat islam di dunia. jom sahabat2.

insha Allah . syukran wa jazakumullahu khairan kathira

Biarlah ia menjadi rahsia tak perlulah meluahkan nya, InsyaAllah suatu hari nanti akhi Akan tahu juga :) ~ hee

rahsia apa ni ?
tulah , ana menanti-nanti negara Islam yg diimpikan semua tu
Allahu

Next

Language: English