@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Mudir Yayasan al-Jenderami, Tuan Haji Sheikh Hafizh Selamat kan? Beliau tuan guru ana.. Sangat tawadhuk & berilmu tinggi peribadinya. Jomlah bebila masa dtg Yayasan al-Jenderami. :)

masha Allah. hebat enta berguru dgn beliau. Yayasan Jenderami kat mana ya? ada rasa teringin gak nak pi ni.

1 - Takboleh ke tidur lepas Subuh? 2 - Kalau nak kenal Allah, kena kenal diri sendiri dulu. Dan macam mana kita nak kenal diri sendiri?

1- boleh tapi tak digalakkan sebab waktu selepas subuh itu waktu dibukakan pintu rezeki bagi seorang hamba Allah
2- nak kenal diri, kena lah ada ilmu. jadi kena mengaji.

Related users

ana mohon maaf kalau buat enta terasa. ana cuma hamba Allah yang risau dengan masyarakat kita sekarang. Ana harap suatu hari nanti islam yang tertegak dan utuh seperti zaman Rasulullah. in sha Allah

eh ana yg patut mohon maaf. mauqi malaysia ni nak jadi macam jordan tu lama lagi. lepas 2020 pun belum tentu boleh jadi negeri ilmu mcm jordan. jadi masyarakat malaysia ni masih mudah lagi terikut dgn benda pelik-pelik yg gharib ni. lagi-lagi bila bab yg menampakkan ulama salah atau ulama silap.
tu yg asatizah kat malaysia asyik nmpk mcm bergaduh. sebab org awam malaysia ni lah, yg belum wujud lagi budaya ilmu tu.
jadi kalau mcm bab dhaif ni pada ana di malaysia belum perlu lagi diperincikan. cukup ahli ilmu dgn ahli ilmu je yg bincang. bimbang mafsadah yg lebih besar.
doakan lah malaysia ni nnti jadi macam urdun, mcm yaman, mcm maghribi, mcm mesir. suatu hari nanti. insha Allah.

Ana tak mahu pun isu kan bab ni. Tapi hadis ni menular kat masyarakat. Ana khuatir masyarakat pegang ni sebagai dalil. Ada segelintir para ustaz yang sampaikan hadis ini. Ana berpegang pandangan mawlid itu harus tapi janganlah jadikan hadis ni sebagai dalil utama yang mengharuskan.

sebagai seorang ulama atau pun asatizah, sepatutnya mereka berpegang pada prinsip ilmu bila smpaikan sesuatu. bila hal tu dhaif, mereka kena sebut dia dhaif. bila ia maudhu' mereka kena kata ia palsu.
ana percaya pada hal tu. asatizah yg ana kenal semua pegang pada prinsip keilmuan tu. cuma kadang bukan masalah asatizah tapi masalah org awam.
dan memang ada qaul ulama yg kata bila hal tu dhaif, tak perlu sebut pun kedhaifan dia pada org awam. cukup pada ahli ilmu kalau nak kata dia dhaif. tu yg ana belajar lah.
tapi ana yakin tu bukan satu-satunya dalil maulid. banyak lagi dalil lain. dan ana jugak yakin para asatizah guna hadis tu mcm mana Imam Bukhari rhm. guna, iaitu sebagai penguat sahaja.
cuma biasalah org awam, dalil yg panjang yg kuat ni susah nak ingat. yg pelik-pelik macam ni senang lah mereka nak ingat.
apa-apa pun syukran tegur. ana hargai ada org dari jordan baca answer ana yg faqir ni. jazakumullahu khairal jaza'.

View more

ana terbaca ask fm enta pasal abu lahab diringankan seksaan pada hari isnin. Ana dah rujuk sahih bukhari dan fathul bari. Hadis tuu memang disebut didalam sahih bukhari tetapi ia bukan dalam hadis yang utama dalam sahih bukhari. imam bukhari hanya letakkan hadis tu untuk menunjukkan ia adalah dhaif.

lepastu, nak bgthu masyarakat ia dhaif. kemudian? nak biar masyarakat tinggalkan hadis nabi. tu yg ana musykil tu. ana lebih suka utk pegang pendapat yg hadis dhaif itu juga hadis nabi. dan ia kalam nabi yg tak perlu utk dijauhkan drpd sesiapa. sebab ia juga hadis. lainlah hadis maudhu'. tu pendapat ana lah. apa pun syukran tegur.

untuk lebih faham, enta lihat sendiri sahih bukhari dan fathul bari. ana dah rujuk pakar hadis di jordan tentang hadis ni. memang ia dhaif. in sha Allah moga dipermudahkan. ana kagum ngan ilmu enta walaupun masih muda.

aiwah. ana tahu hadis tu dhaif. ana juga merujuk Habib Mahdi Abu Bakar Al-Hamid dalam daurah dgn dia tempoh hari. yg masih ana musykil, apa masalah dengan hadis dhaif? dlm bab manaqib takde masalah pun hadis dhaif. jadi ana pelik kenapa perlu diisukan hal ni. nak bgthu mauarakat

Kalau ada pendapat yg dikeluarkan oleh ulama tapi pendapat tu pendapat lemah, boleh ke kita ikut pendapat dia

kita muqallid. iaitu org yg bertaqlid. kita tak mampu berijtihad maka kita mengikut pendapat mujtahid iaitu mereka yg capai taraf boleh ijtihad.
maka, taqlid dalam fiqh dibenarkan. takde masalah. dan tak perlu pun kita tahu dalilnya. cukup kita tahu kenapa dan ulama mana yg kita ikuti itu. ini utk org awam.
wallahua'lam
Liked by: ainur Balqis Am.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh enta betul ka sebelum nabi muhammad meninggal, baginda byk sebut ummati? Ada yg ckp yg tu syiah reka ja

Wa'alaikumussalam. riwayat ummati tu memang direka oleh syiah. dan sbnarnya takde effect besar pun pada sejarah. cuma nak nampakkan yg saidatina fatimah dan saidatina aisyah radiallahu anhuma nampak majhul je.
Rasulullah sewaktu hendak wafat bersiwak dgn bantuan saidatina aisyah rha. dan kemudian didatangkan malaikat izrael a.s. untuk mencabut nyawa Rasulullah S.A.W. lalu malaikat izrael a.s. menyatakan keberatan hatinya untuk mencabut nyawa habibullah ini. lalu ditanyakan dan diberikan pilihan pada Rasulullah. dan Rasulullah menyebut, "rafiqul a'la" yg bermaksud, temanku (Allah) yang maha tinggi iaitu isyarat nak kembali kepada Allah. maka ditarik nyawa Sayyiduna Rasulullah S.A.W.
Bila orang Madinah tahu, menangis dan bersedih semua. dan antara yg tak percaya Rasulullah wafat pada awalnya adalah Saidina Umar Al-Faruq r.a.
Beliau hunus pedang dan kata akan pancung siapa yg kata Rasulullah sudah wafat.
Sehinggalah datangnya Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. kepada Saidina Umar setelah pergi ke rumah Rasulullah dan melihat sendiri jasad Rasulullah. maka diberitahukan pada Saidina Umar akan kesahihan berita itu lalu bersedihan lah penduduk Madinah lebih teruk daripada sedihnya kehilangan anak atau isteri.
Sollu alan nabiyy.
12 Rabiul Awal juga perginya satu cahaya yg tiada dapat gantinya. Cahaya itu pada zahirnya sudah pergi, tetapi ianya masih ada dalam hati-hati orang beriman.
Insha Allah. mudah-mudahan kita yg terpilih.

View more

macam mana nak cari cinta Allah?

Seorang ulama tasawuf, Hamzah Fansuri rhm. pernah sebut dalam syair beliau.
Bait dia ana tak ingat tapi lebih kurang gini,
Seorang hamba ni keluar mencari tuhan,
ke Mekah ke Madinah dia cari tuhan,
Akhirnya dia pulang ke rumah sebab tak jumpa tuhan,
Sampai rumah, baru dia perasan Tuhan tu ada dalam diri dia sebenarnya.
Ini kiasan. bukan nak kata Allah tu ada tempat. tidak. tapi nak kata Allah tu ada dengan kita, kita je tak perasan.
So camne nak kenal tuhan, kenal lah diri tu dulu.

Im the one who asked this http ://ask.fm/IsmailAlHafiz/answer/121268402909 . haha yes semua warga kisas badar tapi bukan semua exco badar kan? ahaaa goodluck bro.I really2 respect semua exco badar. kebanyakannya banyak ilmunya, mashaAllah. adore semua. harapan ummah ni insyaAllah.. Yang ikhlas,60

kenapa tak boleh tekan link tu ya? kamu yg ask yg mana?
tak perlulah nak adore ana. kawan-kawan ana tu ok lah lagi. ana habuk je. tiup orang hilang, ada kat celah kasut pun orang tak perasan.
antum semua lagi hebat. semua bakal para pejuang agama. sebarkanlah agama daripada apa bidang kamu sendiri. sekurangnya biar kami senyum tengok ada junior kami yg jadi doktor yg bukan sekadar doktor kosong, dalam dia doktor dia jugak ulama ummah. mudahan ada lagi ulama mcm Imam Syafi'e, Ibn Sina dan Al-Khawarizmi dll lahir dari bumi waqafan. harapan ana. biarlah ada drpd adik-adik yg bgitu. biar bukan kami pun, biar adik-adik yg begitu.
Allahumma amin!

ni hujahnya Kata-kata tersebut adalah semata-mata kata-kata ‘Urwah. Bukannya hadis Nabi. Lebih-lebih lagi ‘Urwah meriwayatkannya secara mursal . Beliau tidak menceritakan daripada siapa beliau mengambil kata-kata ini. Riwayat yang mursal tidak boleh dijadikan hujjah syari'yyah. II.

haih haih haih.
apa benda nih. siapa pulak buat jadi dalil syarak pulak ni?
Abu Lahab ada kena mengena dgn syarak ke?
Ana baca tu je ana dah pelik dah.
jangan rasa diri dah hebat bila dah khatam dua tiga kitab ulama yg baca sendiri je.
Para ulama bincangkan penggunaan periwayatan dhaif atau lemah... dan dalam pensyariatan atau mengambil dalil syariat, dalil yg lemah cuma boleh menyokong tetapi ia bukan dalil melainkan dalilnya perlu dari quran, sunnah, ijmak dan qiyas. adapun pada hal-hal fadhilat amal, hal manaqib, para ulama meletakkan dibolehkan menggunakan periwayatan yg lemah, selagi mana belum sampai ke taraf maudhu' iaitu palsu.
jadi Abu Lahab ini, bab manaqib iaitu biodata atau biografi. takde masalah kita nak pegang pendapat tu walaupun mursal ke, munqati' ke apa ke. tu semua masuk bawah dhaif. belum maudhu'.
dan kamu pulak, kalau hujah tu bukan datang dari kamu, maka janganlah mudah sgt copy paste hal hal agama ni tanpa rujuk kesahihan dia. jangan bila nama dia ada dr. ada professor, maka dia semestinya betul. dan yg dipanggil kiyai, baba, tok guru kampung, hujahnya tak betul.
dab bila bab macam ni, pergilah berguru. antara talbis iblis kepada org awam adalah dijadikannya org awam ini malas mengaji dan rajin mengkritik. akhirnya apa pun tak dapat. masyarakat makin fasad.
dan bila nak terima satu pendapat, selidik dulu. nak baca silakan, tapi jangan telan terus. fikir dulu, nilai dulu dgn pendapat yg lain, dan baru hadam utk diri sniri.
ana tak niat nak gaduh denagan sesiapa. tapi ask.fm ana bukan tempat org nak berhujah. ana tak layak pun nak berhujah. ilmu cetek, emosi dll. jadi, nak berhujah pergilah berhujah dgn para ulama. jumpa mereka cakap apa yg tak betul. hujah dgn ana bukan dapat betulkan apa-apa pun. burukkan keadaan lagi ada bila ana emosi nnti.
asif.

View more

Tp akan ringn stiap hari isnin?

naam. diriwayatkan air akan keluar dari celah jari dia dan dia akan minum drpd air itu. jika Abu Lahab, Allah bagi kelebihan begitu, hanya kerana dia gembira Rasulullah lahir smpai dia merdekakan hamba dia seorang nak raikan Rasulullah lahir.
dan Abu Lahab tidak mengucap hingga matinya dia.
Jadi kalau kita gembira sambut Rasulullah, dan kita Islam... maka apakah ganjaran hal itu?
Allah Allah

tapi ada pandangan yang menafikan hadis ini kerana ia hanya mimpi saidina abbas. bagaimana itu?

mimpi saidina abbas, dan apa maqamnya saidina Abbas? sahabatnya Rasulullah. anaknya, Saidina Abdullah Ibn Abbas merupakan seorang yg didoakan Rasulullah faqih dlm ilmu agama.
Jadi, rasanya mustahil ke Saidina Ibn Abbas boleh mimpi begitu?

Next

Language: English