@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Kita x sepatutnya tulis 'Insya Allah' krna mksdnye 'menciptakan Allah' Tapi,pastikan kita tulis 'In Shaa Allah' krn mksdnye 'dengan izin Allah:) cc : Dr Zakir Naik ^^.....btol ke??

dengar penerangan ustaz azhar idrus di utube. ini cerita lama.
Liked by: S.R

oh ismail isman rupanya. lower 6 kan? badar? so lepas spm keluar kisas, then masuk balik. apa perubahan yg enta dapati? jujur.

ni siapa? tiba-tiba je ber'oh' ni.
badar? semua ahli kisas badar. rujuk perlembagaan badar bab 4 fasa 9. -.-'
perubahan? banyak sgt.
macam-macam aspek berubah.
akademiknya, kondisi belajarnya, suasananya, pentadbirannya, guru-gurunya, tarbiahnya, biahnya, generasinya, penerimaan terhadap tarbiahnya, kematangan generasinya, infrastrukturnya.. macam-macam.
cerita dalam ni tak best. ada masa datang lah jengah kisas tengok. yang zahirnya yg kamu nmpak bila datang. yg dalaman dia kita story belakang lah.
generasi kini semakin mendekati generasi Z. makanya, penerimaan, cara tarbiah, pendekatan semua nya jadi lain banyak lah.

salah ke kalau min follow mat kat social network? sebab enta pun follow... so mcm tak salah la eh?

ini pandangan peribadi ana, takde masalah pun. dan bukan satu benda yg perlu diperbesar-besarkan pun sebenarnya. dia takkan jadi masalah kalau masing-masin pandai behave diri masing-masing.
yang muslimin kena jaga hak dia. jangan stalk muslimat. jangan kacau muslimat.
yg muslimat pun sama, jaga hak diri mereka dengan jangan over action sgt dlm laman sosial. jgn byk sgt upload gambar.
selesai masing-masing faham tanggungjawab masing-masing, takde lah masalah.
kalau rasa tak perlu follow/add muslimat/muslimin tu, atau rasa takleh nak jaga hak diri sendiri, tak payahlah follow/friend.
gitu.

ustaz,alfun syukran membantu saya menjawab soaln2 saye.semoga Allah membalas ustaz dgn prkara yg baik:)in sya Allah

afwan. ana bukan ustaz. tak layak lagi.
Liked by: princess

seorang ketua menegur degn kasar sprti menengking dan mencemuh tuli buta pekak.saya xsuka sangat.pendapat ustaz?

tak elok lah ketua yg macam tu. bila dia tegur, ambil yg baik je. yg tak baik tu kita tolak tepi
Liked by: MC ayay iztn.nr mir princess

seorang ketua menasihati org jagaan jgn buat sesuatu yang salah padahal dia juga melakukannye malah lebih teruk!bagaimana?

selagi mana dia nasihat tu benda baik. ikut je. tak mudharat pada kita pun. untuk dia buat tak buat tu, dia punya pasal lah dengan Allah. Allah dah sebut dalam Surah Saf pasal perangai suruh orang lain buat tapi dia tak buat.

alamak. tdi saya trmkn bnyk td. doakan saya mudah bngun tahajjud pg esok . risau pula rasa. awk bljr mne dh?

insha Allah. tidur sekarang, insha Allah boleh bangun esok.
tak tetap. merata di bumi Allah ni selagi ada ilmu dan guru yg nak mengajar
Liked by: Hafizi Zikry Hasim

btul ke kalau kita sush nk bngun tahajjud tu tndanya hati kita ada maksiat lgi?

hati memang sentiasa ada maksiat selagi mana ada benda yang bernama dosa.
susah bangun tahajud tu tandanya ada benda yang buat kita susah tu.
kata para ulama, antaranya Syeikh Abdul Qadir Al-Mandelli dalam kitab beliau Penawar Bagi Hati,
banyak makan juga antara maksiat perut yang buat kita susah nak beribadah.
cuba check balik makanan kita.
adakah halal yg pasti. dan adakah makanan tu kita makan untuk hidup atau untuk kenyang.

assalamualaikum saya nak tanye, ustaz skolh saya ade kata bahawa kita boleh bersentuhan dgn abg susuan sebab hubungan kita dgn abg susuan mcm family, means mahram. tpi ustaz saya kata aurat x boleh dedah melebih sgt. sedikit keraguan di sini. harap boleh bantu

wa'alaikumussalam. memang mahram pun. aurat memang antara pusat ke lutut pun. cuma macam ana ada tulis sebelum ni, takkan nak tayang dada dekat dia kot. dari segi aurat mmg tak berdosa, tapi dari segi timbul syahwat still boleh buat dosa, kan? maksud ustaz kamu gitu lah kot.
Liked by: sofea farahnasihah

Next

Language: English