@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

La ba'sa ^^ ana memang berniat utk menyambung arb namun agak xengat coz blajar sampai f4 je.

oh . tak ambik arab F5 ? takpe . banyak lagi masa nak belajau bahasa syurga ni :)

Allahu, ana xberapa pandai arab. apa maksud kaifiah,lakin dan laisa?syukran.

kaifiah - cara-cara
lakin - walaupun begitu
laisa - tidak
asif buat pening kpala pulak pagi-pagi ni ...

Related users

Habistu sy keje jd cashier kat petronas..nak taknak terpaksa la gak jual rokok kat customer kalo diorang nak..habistu cane ni..takkan nk quit job kot..kesian mama papa

bukan enti sorang je ada masalah gini .
ana tegaskan balik , yang ana bagi tadi tu bukannya ana nak katakan yang 10 golongan tu semua kena laknat . tidak sebab masih ada lagi pendapat ulama yg mengatakan rokok tu makruh , maka tak jatuh hukum dia setegas jatuhnya hukum arak yg memang dah jelas haramnya .
maka , kalau kerja atau terlibat dengan benda-benda syubhat (meragukan)
macam rokok ni , dah memang takde cara lain dah sebab dia punca pendapatan kita ,
maka bersangka baiklah .
soal gaji tu , bersangka baik yg duit yg kita dapat tu bukan duit hasil jualan benda-benda haram tu ,
begitu juga dengan rokok . seboleh-bolehnya , kita elakkan kita yg jadi penjual rokok .
bagi orang lain yang tolong ambilkan , tolong bagi dan ambil duit . pandai-pandai la .
tak pun kalau kita yang buat pun , anggap tu kita terpaksa , takde cara lain dah .
sebab darurat kita dah takde tempat lain nak kerja .
tapi kalau kita boleh tukar kerja , kerja tempat lain . maka itu yang terbaik .
naudzubillah .
zaman kita ni terlalu mudah nak dapatkan benda haram ,
sedih tengok ....
eh , kalau ana salah ,
betulkan ya .

View more

Terangkan mengenai prosedur pembelian no pin upu esok dan amalan2 sunat pd hari Isnin. syukran.^^

asif . ana la yakrif an haza UPU kaifiah :(
lakin ana laisa izhab ila UPU fi yaum ghadan .
amalan sunat pada hari Isnin .
antara yang nabi paling suka pada hari isnin ,
adalah berpuasa sunat hari isnin .
pernah nabi ditanya sahabat kenapa baginda berpuasa pada hari isnin ,
lalu apa jawab baginda ? baginda ingin mengingati hari kelahiran baginda dan bersyukur atas nikmat Allah .
jadi , kita bertabarruk (mengambil berkat) daripada kelahiran hari kelahiran Nabi S.A.W dengan berpuasa dan melakukan sunnah puasa yg nabi juga selalu amalkan .
mudah-mudahan ada bahagian kita dalam barakah daripada Allah .
dan mudah-mudahan juga kita dapat bersama dengan Rasulullah di dalam jannatul firdaus nanti ,
amin ^^

Berapa ramai dah entA Islamkan?^^

ni macam terpengaruh dgn propa kawan ana je -.-'
jangan percaya apa dia cakap ,
ana tak sampai tahhap tu lagi .

Fatwa ckp rokok haram..tp kalau kte jual rokok kat org dose x?

enta pernah dengar tak hadis ni :
"قال أنس بن مالك : لعن رسول الله في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له"
maksudnya:
"Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
عاصرها - orang yang memerah arak
معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya
شاربها - orang yang meminumnya
حاملها – orang yang membawanya
المحمولة إليه - orang yang meminta dibawa arak kepadanya
ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain
بائعها – orang yang menjual arak
آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak
المشتري لها – orang yang membeli arak
المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
jadi , ana qiaskan hukum arak , yang mana asal hukum arak adalah haram ,
maka arak disamakan dengan rokok ,
keduanya membawa hukum haram walaupun ini bukan qias yg nyata ,
sebab akibat keduanya berbeza ,
tapi nampak tak gambarannya .
sepuluh golongan yang disebut diatas ,
jika ditukar pada rokok ,
maka 10 golongan ni dapat dosa yg sama dengan si perokok .
walaupun mungkin tidak sampai ke taraf Rasulullah melaknat ,
tetapi yg nak difokus adalah golongannya .
mereka yg terlibat dgn perkara yg haram ,
10 golongan ni ,
akan dapat dosa si perokok
wallahua'lam .
naudzubillah .

View more

saya dengan tunang saya bercadang untuk berkahwin dalam masa 5 tahun lagi, bagaimana cara untuk mengelak maksiat dan halang dia dikebas lelaki lain?

memang perlu tunang utk ambil berat sedikit pada tunangnya ,
tapi tunang itu bukan tiket untuk kita boleh buat perkara-perkara yang melanggar syarak .
nak elak maksiat ,
kurangkan bersama .
kalau boleh , tak yah jumpa langsung lepas tunang .
kecuali pada hujung-hujung nak kahwin tu ...
sebab walau dah tunang , syaitan masih orang ketiga .
bila syaitan orang ketiga , dia boleh bawa kita pada kancah maksiat .
dah tunang ,
elakkan banyak tanya soalan remeh macam 'dah mandi ?' 'dah makan ?' 'tengah buat apa ?' dsbnya .
cukuplah seminggu sekali atau sebulan sekali mesej dengan dia .
dan elakkan pertunangan kita itu jadi fitnah .
naudzubillah .
mcm mana yg jadi fitnah tu ,
macam kita miss you , love you segala bagai ,
then org luar yg tak tahu akan fitnah kita ,
kita jawab kita dah tunang ... dengan bangganya .
lepas tu , katakan tiba-tiba (naudzubillah) kita tak jadi nikah dgn dia ,
maka jadilah fitnah pada pertunangan kita
"eh , dia tu sembang je , dah love2 segala , pastu tak tunang pun , ei teruklah" dll ..
jadi elakkan .
jaga elok-elok hubungan kita yang bakal jadi suami isteri .
baik tambah ilmu banyak-banyak , kerja elok-elok ,
then sampai masa dah sedia ,
nikahlah dengan bahagia .
nak elak laki kena kebas ,
kena lah bagitahu orang yang kita dah tunang ,
terutama yang nak kacau bakal suami kita ,
warning dia dulu ,
bgtahu "kami dah tunang"
dan dia akan faham lah ,
sebab haram kacau tunang orang .
Barakallahu lakuma .
semoga sampai gerbang perkahwinan .
wallahua'lam

View more

Liked by: D.

Allah Maha Kuasa. Kenapa menciptakan malaikat ? Adakah itu beerti Allah bergantung kepada makhluk ?

astaghfirullah . naudzubillahi min zaalik .
tidak . Allah takkan pernah bergantung kepada makhluk , walaupun sedikit .
kerana apabila Allah sebagai tuhan bergantung pada makhluk ,
ia menjadikan Allah itu lemah kerana hanya yang lemah memerlukan bantuan yang lain .
maka bila kita kata Allah itu lemah , maka akan ternafi sifat berkehendak dan sifat-sifat lain seperti berilmu , maka jadilah Allah itu tidak mampu melaksanakan kehendaknya , dan jahil maka pada itu tiadalah mampu Allah membuat alam , sedangkan alam sudah ada ,
maka ini mustahil .
Allah menciptakan malaikat adalah untuk menunjukkan kesempurnaan aturan Allah pada alam ini . ya , memang Allah boleh sahaja buat sesuatu tanpa bantuan malaikat , bahkan Allah boleh buat lebih lagi daripada apa yg mampu dibuat malaikat . tetapi Allah nak tunjukkan kita untuk kemas dalam sesuatu tindakan , berstrategi , tidak semberono , maka Allah ciptakan malaikat untuk kita belajar utk sentiasa tersusun dalam organisasi kita , tersusun dalam amal kita , tersusun dalam kehidupan kita .
yang atas tu , ambil masa fahamkan .
asif kalau susah nak faham , tapi itulah dia tauhid .
banyak 'majaz aqli'
Allahuu yuftah alaikum futuhal arifin .

View more

Salam alaik, akhi. Ana minta maaf klau ada tersinggung dgn soalan2 yg ana tanya. Mmg ramai *gila* anon, and one of them are me . Takut susah nk blajar. Asif ye . - adik muslimat

wa'alaikumussalam . la ba'sa . ana dah maafkan semua ^^ . tak tersinggung pun . semoga dipermudah belajar . Allahumma Faqqihna fiddin , wa allimna takwil :)
Liked by: Syamiwaaa

ندعوا لك ب التوفيق و النجاح [Grin] Maksudnya?

kami mendoakan kepada kamu dengan 'semoga berjaya'

Salam, mail *cehh, sedap je panggil mcm tu xD* ana nk share something ni. Dgr la selawat tafrijiyah - unic . Best ^^ #sahamAkhirat #sharingItuUkhuwah

wa'alaikumussalam .
kenapa ? kalau enti muslimat , lebih baik stop it . kita ada batasan walaupun anon .
kalau muslimin , lagi muda dari ana , kita ada adab . jaga adab . panggil abg kalau berat sangat pun panggil akh .
okay , syukran ^ ^

Tak best ke jadi tinggi ?? Klau mcm galah tuu , err mmg xbest =p

yup . tak best . lagi best jadi sederhana . tapi , syukurlah apa yang ada , kang Allah tarik , lagi rugi .
Liked by: Cr!

Mcm mane nak tarik kawan supaya mendalami islam?

selalu lah ajak dia join majlis ilmu .
tengok-tengok cam ada kosong je masa ,
sembang ilmu dengan dia ,
tukar pendapat ,
ada majlis ulama terdekat , ajak dia ,
Insha Allah ,
Allahu yuftah alaikum :)

Next

Language: English