@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

assalam, betul ke berkecil hati tu berdosa? pernah dgr buat org kecik hati tu berdosa tp berkecil hati lg berdosa?

ana tak tahu . wallahua'lam

apabila cinta berusrah, bertemu dan berpisah kerana Allah. . . <----- apa yg cuba disampaikan ye ?

hmmm , tak faham . oh , gini kot . apabila zahirnya cinta dalam berusrah , maka bertemu dan berpisah dan benda-benda lain , semua kerana Allah jadinya ~
Liked by: Anis Zaid syaz

lagi banyak apeee? kenape x best jd tinggi??

solat jemaah , org depan akan pijak kopiah kita . bila buat salah org akan senang nampak kita . alhamdulillah . apa-apa pun , tinggi ke rendah , dua-dua best sbnrnya kalau pandai cari hikmah dia

knape x besttttt jadi tingggiii? alaaa~ selalu kena buli dgn abg2 sbb rendah. urgh.

ujian tu tanda Allah sayang .
lagi banyak lagi best sepatutnya :)

Ya akhi! Ana sayangkan dan hormati enta. Tapi ana tak boleh terima penentu kebenaran ialah pada sanad. Penentunya ialah quran dan sunnah dengan penjelasan ulama' juga. Kita tetap hormat ulama' dan beradab. Tapi andai ada kebenaran, kita pilih kebenaran itu walaupun berlawanan ulama' yang kita sayang

sekali lagi . ana bukan taksub pada ulama dan ana sayang semua ulama , semampu yg ana mungkin . macam ana tulis sebelum ni , ana bukan mufti , bukan muhaddisin dan kalam ana terselit ribuan khilaf . maka ana tak kata penentu kebenaran itu pada sanad . mintak maaf kalau timbulkan salah faham .
benar ulama berkhilaf . terkadang ada riwayat yg lagi benar drpd riwayat yg digunakan Imam-Imam mazhab . tetapi sejauh mana kita tahu yg ia benar . ribuan lagi ilmu yg tersirat dalam tubuh seorang ulama , yang tidak dia sempat zahirkan . ulama berijtihad bukannya semudah menentukan permata daripada batu-batuan . tidak . ulama berijtihad mengambil masa , mengambil kira pelbagai faktor dan bukan calang-calang ulama yg boleh berijtihad .
kita pernah dengar hadis sahih , dimana Rasulullah bersabda untuk hakim yang berijtihad , dua pahala jika ijtihadnya benar dan satu pahala jika ijtihadnya salah . maka ijtihad hakim juga memerlukan masa , bukti dan pelbagai aspek lain . inikan lagi ijtihad ulama seumpama ulama mazhab . terlalu banyak perkara , faktor , maslahat penganut mazhabnya nanti dan sudah pasti sudah dirujuk dgn Al-Quran , ribuan bahkan jutaan hadis dlm pelbagai peringkat dan taraf .
perlu diingat juga . ulama berselisih pendapat bukan macam zaman kita , untuk menjatuhkan ulama yg lain . tetapi ia adalah berdasarkan dalil yg belajar dari Al-Quran dan Sunnah . ulama sebelum berijtihad bukan tidak bermusyawwarah , meneliti pendapat sesama mereka . kemudian , setelah semua proses dilalui , barulah mereka berijtihad . mereka bukan berijtihad mcm dalam ask , org tanya , seminti dua gitu dah jawab . mereka pastikan apa yg mereka pegang tu ada dalil , walaupun kadangkala bercanggah dgn lainnya tetapi mereka ada sebab mereka berijtihad begitu . walaupun terkadang , sebab itu tak diketahui kerana para mujtahid ini meninggal sebelum sempat ia mengkhabarkan pada muridnya . maka betul kita kendong itu kebenaran . tapi dgn dengar-dengar cerita dari orang dan dgn sikit kajian pada ilmu hadis dll , kita dah boleh nak keluar dari pendapat mazhab tu dan ambil mazhab lain .
maka sekali lagi ana memohon maaf , bukan ingin mencetuskan perbalahan . tetapi selagi mana kita mampu , lapang dada dgn ulama . jika kita dengar drpd kalam org yg bukan muhaddisin pun , atau muhaddisin tpi baru PhD , tak sampai gelarah Al-Hafiz, Al-hujjah dll , janganlah kita terus tarjih (keluar) dari pendapat orang yg lgi tahu dri dia , iaitu yg sudah capai makamnya Al-Imam .
ana rasa x perlu dilanjutkan lagi , takut ia berbalah .
blapang dadalah dengan ulama .
ulama myusun mazhab dll untuk menimbulkan kesatuan umat Islam .
supaya memudahkan umat Islam .
tapi jika tak boleh terima juga ,
maka tepulanglah .
sesungguhnya memporak-perandakan ummah dgn menimbulkan kekeliruan pada org awam itu lebih besar dosanya . naudzubillahi min zaalik . mohon Allah jauhkan kita drpd tu .
wallahua'lam .
mintak jgn soal lagi benda mcm ni kat sini .
ckop bhnti disini. tpulang nk trima ke x .
Allah yuftah alaik

View more

Ini muhasabah untuk kita. Kebenaran itu lebih kita cintai lebih daripada pembawa kebenaran. Mungkin ustaz ini akan dituduh wahabi, tapi cuba lah dengar video ini. Ambil manfaat. Salah satu cara kita beradab dengan ulama' ialah dnngn mengikuti kebenaran! http://www.youtube.com/watch?v=ncM7r5Ra3ks

baik . syukran atas link video ni .
benar cakap enta/enti kita kena sayang kebenaran lebih daripada pembawa kebenaran .
ana tak nafikan benda tu , dan ana tak nak kita bertelingkah atas benda-benda furu' seperti ini .
sebagai mana ana boleh berlapang dada menonton video tu , ana harap enta/enti boleh lapang dada juga dengar pendapat ana . ana bukan mufti , bukan mujtahid bahkan ilmu ana terlalu sikit nak dibandingkan dengan ulama-ulama seperti Imam Ghazali dll .
pertama ttg Imam Ghazali , itu mmg benar beliau mungkin tersalah meletak hadis didalam Kitabnya , Ihya' Ulumuddin . tidak dinafikan , manusia takkan pernah lari dari kesalahan , bahkan ulama sendiri pastinya berlaku salah dalam perkara yg mereka lakukan . maka , sebelum kita pergi jauh . ana cuma nak kita berkenalan dengan Imam Ghazali , siapakan beliau .
Al-Imam Ghazali seorang ulama yang sangat besar jasanya pada Islam .
beliau mendapat gelaran Hujjatul Islam dan diakui oleh para muhaddisin sebagai Imam .
orang yang mencapai martabat Imam dalam ilmu hadis adalah yang menghafaz 300 ribu dan keatas hadis , sanad dan matan lengkap dan beliau mempunyai ramai murid yang juga merupakan Al-Hafiz , Al-Hujjah dll . kehebatan Imam Ghazali R.h adalah sehingga dia bermimpi sebuah kerusi yang mempunyai kaki yang dengan tafsir mimpi itu mengatakan dia boleh membuat mazhab baru , tetapi , apa jawapan beliau ? cukuplah sekadar 4 mazhab yg ada sekarang dan dia berpegang pada mazhab syafie .
maka , Imam Ghazali r.h mempunyai ribuan bahkan jutaan murid yang mahir dalam ilmu hadis , dirayat riwayah , sanad matan dll . mengapa tiada seorang dari murid beliau , sewaktu hidupnya imam ghazali mentahqiq atau membetulkam kesalahan Imam Ghazali ? ya . Imam Nawawi telah mentahqiqnya dengan mengatakan hadis tersebut maudhu' . tetapi , hadis yg sama juga diriwayatkan dhaif oleh ulama-ulama lain sezamannya .
kita bukan menafikan kreadibiliti Imam An-Nawawi r.h yang juga Imam dalam bidang hadis tetapi Imam Ghazali r.h. merupakan seorang imam yang ilmunya sangat banyak bahkan guru kepada Imam Nawawi . beliau sangat mengetahui kedudukan hadis dan dalil-dalil nas yg digunanya dalam kitabnya , dan sekiranya beliau memang sudah tahu hadis itu maudhu' , nescaya beliau tidak meletakkannya didalam kitabnya . tetapi , hadis tersebut ada diriwayatkan dhaif , maka mungkin itu sebab dia masukkannya dalam kitabnya .
lakin begitu , benar kita mengambil kebenaran daripada apa yg dibawa ulama . tapi perlu diingat , ulama membawa ribuan ilmu , yang mungkin terzahir yg dia sempat sampaikan cuma 1/2 atau 3/4 drpd semua ilmu yg dia hafaz . semacam Imam Bukhari , sewaktu beliau meninggal , ada lebih 700 ribu hadis yg belum dikhabarkannya pada muridnya . maka , kita bukan taksub kepada ulama, tetapi berlapang dada dan berhusnudzhon dgn ijtihad mereka . memang ada yg kita temukan riwayat lagi sahih drpd yg ada pada ulama masalah Imam Syafie , tetapi pastinya ada sebab kenapa mereka menyusun ia begitu , tidak guna yg lagi sahih dll .

View more

Liked by: el. Q aina syakira

tolong saudar/saudari Ask.fm yg ana hormati

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
tolong jangan jadikan Google , Yahoo dan search engine yg lain sebagai rujukan utama bila tak tahu satu perkara . lagi-lagi untuk rujukan dalil . maaf ana katakan , tetapi kubu Wahabi ada di Google . beribu bahkan berjuta komentar2 drpd mereka yg rasa diri hebat dan kurang adabnya dengan ilmu .
baca kitab sahih bukhari , sahih muslim sikit . pastu dah berani nak keluarkan pendapat sendiri dgn mencelup pendapat Imam ni sikit , hadis ni sikit . rasa diri dah alim bila dapat jawab dgn dalil drpd Quran Hadis lalu berani mengomen tulisan ulama2 besar , bahkan berani mengatakan ulama ini salah menilai hadis , silap . berani mengkritik tulisan dan ijtihad ulama , bahkan berani mengkafirkan ulama dgn memanggil ahli bidaah dll .
ini bukan adabnya kita pada ilmu . tetapi ini riaknya kita pada ilmu . biadabnya kita pada ilmu dan org yg berilmu iaitu ulama .
bayangkan , ulama yg kita kenal , meskipun dia ustaz , beliau belajar dengan lebih dari 10 org guru , bahkan ulama2 seperti TG Syeikh Nuruddin Hafizahullah , Habaib2 belajar beratus2 bahkan ada yg mencecah ribuan org guru . mereka belajar dgn guru yg gurunya juga belajar dgn guru yg bsambung sanadnya pada Rasulullah , yg mana sgt mustahil mereka berdusta dalam myampaikan ilmu . mereka lebih mgetahui keadaan ssuatu hadis , tafsir dll .
selain itu , belajar ilmu ini bukan semudah search dan copy paste semata . menilai hadis itu bukan semuadah mengambil pendapat ulama dan dijadikan dalil semata . ia jauh lebih sukar . menghafaz hadis adalah hafal dgn sanad dan matannya dan perkara2 yg prlu dlm hafalan hadis bukan mudah mcm apa kita hafal . satu hadis yg dihafaz sanad dn matan hingga Rasulullah itu sekurang2 satu muka surat . bayangkan ulama menghafaz 1 ribu bahkan satu juta hadis sebegini . belum dgn kedudukan tarafnya , nasakh mansukhnya , takhsisnya , mutlak mukayyadnya . tiba2 , kita yg baru hafal hadis sikit , berani katakan ulama sesat dll .
mana adab kita pada ilmu ?
mana etika kita sebagai org yg tuntut ilmu ?
laga-lagakan ulama , tuduh sesat , ahli bidaah ,syirik dll .
sekadar ajak berfikir .
maaf terasa , tpi tolong sedar .
dan bhenti cri pnyelesaian hukum pda google ,
tpi mengaji dn belajar dgn guru yg bsmbung pada Rasulullah .
harap faham .
Allahu yuftah alaikum .

View more

Next

Language: English