@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

akhi..salah ke kalau dakwah galak sangat kat alam maya?

dakwah tak de masalah tapi jangan abaikan yang fardhu ain .
Semua kita kena faham hukum dakwah yg sebenar . hukumnya ialah fardhu kifayah yg mana jika ada yg sudah membuatknya , maka sudah terlepaa yg lainnya .
jadi fardhu kifayah dan fardhu ain , keutamaan atau aulawiyyat antara kedua ini ialah FARDHU AIN
yang itu yang utama . jadi apa contoh fardhu ain , solat , puasa , menuntut ilmu dll .
Jadi jika bertembung dua ini , yang lebih utama adalah yg fardhu ain .
aiwah .
jadi dakwah , nak buat teruskan .
tapi pastikan dalam masa sama fardhu ain tidak kita abaikan .
faham kan :)

ustaz..dalam entri inche kopiah yang latest ada nama mayel.tadi saya skrol jawapan ustaz ada nama mayel.ustaz ke pelakon dalam the making of kopiah itu?

eh ada ye ? kebetulan tu kot . ana Ismail bukan mayel . dan ana bukan ustaz

Related users

Assalamualaikum. Asatizah tu jama' taksir kpd ustazah ke?

waalaikumussalam . dia jamak pada ustaz dan ustazah

fuhh ... byk jugak ilmu akhi ismail ni eh .. *keh3* hmm , ari tu ana pernah tanya sorang sis ni pasal lutut ni laa , pastu dia jwb ustaz tu sesat , x yah caye ustaz ni ... Hmm , boleh ke kita ckp camtu ?

AdeqMaelLambong’s Profile PhotoFlwrgirl
eh . tak boleh . perbezaan pendapat ulama itu rahmat pada kita . tapi nak kata pendapat kita je betul , pendapat org lain salah , yg tu bukan rahmat . tu nak buat perpecahan namanya .
pendapat Imam Syafi'e adalah antara pendapat yg tegas sbnarnya . sebab Imam Syafi'e mmg berprinsip bgitu . jadi kalau ada org yg pkai seluar atas lutut dan dia kata lutut bukan aurat , kita takleh kata dia salah , melainkan dia dah mengaku mazhab syafi'e tapi dia pakai mcm tu . tu salah . di Malaysia , mazhab rasmi kita ialah mazhab Imam Syafi'e . tapi kalau luar negara , kita jangan buat pelik pulak cakap org lain salah .
Mazhab ini uniknya beragama :)

laaa , jadi kepale lutut tu aurat ? Ana bce buku ustaz tu , lain plak yg diajar =='

AdeqMaelLambong’s Profile PhotoFlwrgirl
okay . yg ana kata tadi tu pendapat yg terbaik . keluar dari khilaf . adapun ada je pendapat ulama yg kata setengah dari lutut . atas lutut pun ada . kita guna yg paling selamat iaitu tutup smpai bawah lutut .

owhh ... fhm dah :) Arigato gozaimase ^^ Hmm , soalan lain plak ni .. Kalau lelaki kan aurat dy pusat until lutut . tp start aurat dia atas lutut ke bawah lutut ke atau start kat tengah2 lutut ? Anderstand my question ? Asif

AdeqMaelLambong’s Profile PhotoFlwrgirl
Mazhab kita , Syafi'e bermula daripada pusat tu , maknanya dari atas pusat dah kena tutup , smpai bawah lutut .

Assalamualaik. Saya minta izin info info yang menarik untuk di kongsi di laman Twitter. Syukran. Semoga Allah reda (= اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Wa'alaikumussalam . aiwah . insha Allah

assalamualaikum akhi. aasif ana nak tanya satu soalan boleh ? sah tak solat kalau katakanlah masa rakaat pertama ana terlupa memperkuatkan sedikit bacaan rukun qauli tetapi masa rakaat kedua teringat ? jazakallah

wa'alaikumussalam .
kena tambah rakaat dan sujud sahwi lah lepas tu .
tapi betul ke tak kuatkan .
sebab dalam mazhab Syafi'e ada juga ulama yg bpendapat gerakkan bibir sudah dikira bacaan qauli .
jika tak buat sungguh , qada' semula .
wallahua'lam

salam...ana tanya apa pandangan anta tentang dialog antara agama?...

Wa'alaikumussalam .
ana setuju jika ada dialog sebegini .
sesuai dibuat terbuka di negara yg bukan Islam tapi dibuat tertutup di negara Islam . tapi macam mana pun tak kisah . bagus ada dialog sbegini . membuka fikiran semua .

apa pendapat enta tentang isu Ustaz Don sekarang?

ana tak suka bagi pendapat pada isu sebegini .
ana faqir . tiada ilmu . maka yg mampu ana katakan dan gambarkan hanyalah akhlak . ana bukan taksub pada guru . maaf andai ada yg terfikir begitu dan ama bukan nak cari gaduh atau berhujah . maaf tak layak .
tapi , nak kamu lihat .. pernahkah kamu lihat atau bersama dgn ulama . ana tak kata ana selalu tetapi alhamdulillah , Allah beri peluang bersama mereka .
Dulu ana selalu terfikir , betul ke ulama ni berakhlak baik je ... tak bosan ke baik . ke dia berlakon .. depan orang ramai bgi ceramah , baik je .. tapi belakang org mcm kita juga .
lama persoalan ni bermain dalam fikiran ana ... hinggalah ana belajar dan hadir majlis ulama sendiri .
Wallahi . mereka bukan berlakon . daripada murid mereka iaitu guru ana sendiri , sangat benar akhlak mereka . saat bersama mereka selalu terbayang , macam mana Rasulullah . Allahu rabbi .
Jadi ana tak kenal Ustaz Don dan ana pernah hadir majlis beliau sekali sahaja . tapi ana selalu tonton majlisnya di dalam TV .
Suatu yg selalu buat ana tenang bila dia berkata ialah pabila dia meminta maaf setiap kali sebelum dia berkata dan dia minta betulkan jika dia salah .
Ini adab . begitulah adab orang alim yg belajar ilmu dengan ulama . Berbeza saudara belajar dgn ulama , talaqqi dalam satu tempoh masa dgn membaca buku .
Baca buku takkan ajar kamu adab . walaupun kamu hafal bab adab buku tu sekali pun . Tidak akan pernah . kerana praktikalnya hanyalah pada ulama yang dizahirkan oleh muridnya iaitu guru kita .
Allahu akbar . kamu boleh tengok page Tahu Faham dan Amal di Facebook . ada dijawab segala tuduhan kepada Ustaz Don .
Guru kami selalu nasihatkan kami tinggalkan perdebatan yg sia-sia . Itu juga yang dipesan guru pada guru kami , Habib Umar Bin Hafidz hfz.
Ana tak tahu macam mana rasanya jika difitnah sedemikian rupa (andai ia fitnah) , tetapi ana tahu Ustaz Don sedang berdiam . bukan kerana dia takut atau takde hujah ... tapi ana yakin ianya kerana beliau sedang meninggalkan perdebatan yg sia-sia . kita tunggu sahaja apabila sudah sedia , ustaz akan cerahkan pada kita semua .
Buat kita yg baru nak bkenal dgn ilmu ni , pedulikan shja apa org kata . teruskan belajar . dengar shj kuliah sesiapa pun . moga Allah lorongkan kita kejalan agama yg sahih :) amin

View more

Assalamualaikum.. Anta, ana ada tegur kwn ana .. Dy post gmbr yg x pkai tudung.. Tapi, bila d nasihat dia masih melakukannya.. Ptut ke ana menegurnya buat kali kedua?

Wa'alaikumussalam .
nasihat tu berterusan . tapi jangan paksa dia pakai . biar dia rasa dia kena pakai . biar dia fikir sendiri . sarkastik je cukup dah kot .
Liked by: Nur Asyikin

.

Hari ini merupakan hari lahir Habib Ali Bin Abdurrahman Al-Jifri hafizahullah .
Da'ie sejuta ummat .
Beliau merupakan seorang yang tampan dari golongan bangsawan yang diasuh dengan Habib Umar Bin Hafidz hafizahullah .
Habib Umar melihat cahaya daripadanya dan Habib mendidik beliau dengan menugaskan beliau sebagai khadam (pembantu) sahabat-sahabatnya yang lain .
Beliau ditugaskan membeli barangan mentah dan mengambil air hampir hari-hari sehingga beliau merasa tidak gemar dgn hal itu . Lalu bila diadukan pada bapanya , bapanya menyuruh beliau patuh sahaja arahan Habib Umar dan jangan banyak mempersoalkan .
Rupanya dalam diam , kerjayang ditugaskan Habib Umar itu sedikit sebanyak menyucikan dirinya .
Walaupun beliau kerap kali penat dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas Habib Umar , berkat dari khidmatnya pada rakan-rakannya dan taatnya pada gurunya ,
Beliau yang dahulunya keturunan bangsawan dgn rupanya yg sangat tampan di lorongkan Allah menjadi seorang da'ie yang sangat hebat dan masyhur
Kalamnya berjaya mencairkan hati-hati yang keras ,
dakwahnya berjaya menarik manusia mengenali Islam .
Maka jika sebelum ini belum pernah kita kenal beliau ,
Hari ini kenalilah beliau . Ulama yg sgt tawadhuk dalam menyampaikan ilmu .
Moga Allah kurniakan kita peluang bertemu beliau dan moga dipanjangkan umur beliau dan dirahmati keseluruhan hidup beliau , amin ^^

View more

Next

Language: English