@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

ada link yang boleh dipercayai tak? tentang abu musa sebab ada juga yang menyesatkan beliau

Sebab ana tak pakai komputer online. Sebab sekarang dipondok. Makanya tak boleh bagi. Abu musa sahabat. Siapa yang berani menuduh sahabat sesat. Gila orang berani gitu.
Search je abu hassan asyari dan muktazilah. Tak silap ustaz nazrul nasir hfz. pun ada tulis cerita ni dalam blog beliau. Wallahua'lam

boleh ana tahu dengan lebih mendalam siapa abu musa al asyari dan gerakannya al asyariyyah? serta hadits nabi yang dituju kepadanya?

Banyak di internet kisah-kisah tokoh besar macam ni.
Abu musa al-asyari itu sahabat nabi. Daripada keturunannya lahir Al-Imam Abu Hasan Al-Asyari. Penyusun mazhab aqidah Al-Asyairah iaitu sifat 20.
Ada dalam internet boleh baca. Macam mana kisah beliau keluar muktazilah rhm.
Liked by: م 'Aliya Alime

Related users

kalau tangan kita kering, lepastu pegang anjing yang kering jugak, kena samak tak? saya masih kurang jelas tentang hal ini, kalau ada masa boleh tolong explain tak? terima kasih :)

Boleh kalauu bulu anjing dan tangan kering sebab najis tu tak berpindah. Adapun tak boleh jika tangan dan bulu anjing atau salah satu daripadanya basah kerana ia akan menyebabkan najis itu berpindah. Wallahua'lam

kalau tak sorok nape taknak jawab umum, nape kena off unknown gak?

Aku benci fitan dalam umat Muhammad ini. Jika fitnah di akhir zaman jika nabi kata akan tersebar fitan, maka aku tidak mahu aku menjadi antara penyebar fitan dalam ummat nabi ini.
Orang yang benar mencari kebenaran hanya memerlukan satu dalil untuk mereka beriman dan percaya sedangkan orang yang tidak mencari kebenaran, berilah seribu dalil sekalipun, maka tidak akan puas dirinya selagi dalil itu tidak selaras dengan hawa' dan nafsunya.
Aku selaku orang yang berintima dengan jemaah Islam, aku tak mahu ummat Muhammad berpecah atas sebab siapa lagi sunnah dari siapa. Siapa lagi sufi dari siapa. Tapi aku dan jemaah Islam memerlukan kesatuan dalam ummat Muhammad ini untuk menyebarkan Islam dan menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini.
Aku benci untuk melihat musuh-musuh Allah terutamanya munafiqin bertepuk tangan seronok kerana agenda mereka merosakkan ummat Islam ini dari bawah tikar berjaya. Ummat sibuk membersihkan nama wahabi dan sufi sehingga terlupa, ada lagi manusia yang masih belum melihat sinar Islam dan masih belum yakin dengan Islam sebagai solution.
Itu aku. Aku tidak tahu kamu.
Makanya kalau soalan cuma hendak tunjukkan ilmu kamu lebih tinggi, kamu lebih sunnah, kamu lebih sufi dari aku. Maka aku mengikut pesan murabbiku untuk meninggalkan perselisihan seperti ini.
Maaf. Kau memang lagi alim dari aku. Kau memang lagi sunnah dari aku. Kau memang lagi sufi dari aku maka aku mintak kau tegur aku jika aku salah. Terima kasih.

View more

assalamualaikum. 2:238. kenapa Allah nyatakan solat asar? apakah keistimewaan solat asar? harap dapat terangkan. terima kasih.

Wa'alaikumussalam. Solat wusto, yang datang lepas lafaz الصلوات yang membawa maksud solat-solat adalah membawa maksud takhsis am dengan yang khas.
Maksudnya pengkhususan solat wustho untuk dijaga daripada yang am iaitu solat-solat lain.
Ulama mengatakan solat wustho itu adalah solat asar dan oleh kerana waktu asar adalah antara waktu yang berat dan sibuk bagi manusia kerana yang bekerja siang hendak berkejar keurusan malam, manakala yang bekerja malam sudah berkejaran hendak memulakan malamnya. Maka ia waktu yang berat untuk manusia mengerjakan solat.
Adapun ada lagi waktu solat yang berat bagi orang munafiq kerjakan iaitu isyak dan subuh.
Wallahua'lam

Assalamualaikum..ada kawan ana cakap wahabi ni elok sbenarnya cuma ia terlebih syadid aje..so maknanya boleh ikut jgak kah wahabi ni?macam mana nak kenal wahabi?betulkah allahyarham Al fadhil Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ni wahabi jgk?minta tolong penjelasan

benda ni panjang lah kalau nak bahas kat ask.fm ni. Ruang dia sangat limited. Apa kata kalau nak tanya soalan gini, off unknown. Kita bincangkan tang mana yang keliru tu. Ask ni boleh bawa pada salah faham kalau orang main baca tak keep track dari awal. Akhir sekali nanti, kita bergaduh sama sendiri lepas tu berpecah umat nabi ni. Naudzubillah.
So off anon. Kita bincang.

Hi assalamualaikum, boleh tak kalau kita nak solat sunat taubat selepas isyak? Bila waktu yg afdol untuk solat taubat?

Wa'alaikumussalam. Solat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa melainkan waktu haram solat sahaja. Jadi boleh sahaja nak solat taubat lepas isyak. Bahkan jadi amalan para ulama solat taubat sebelum tidur, terutamanya para pejuang haraki.
Waktu afdhalnya adalah sepertiga akhir malam.
Wallahua'lam. Lebih lanjut juga boleh bertanya pada asatizah yang mengajar fiqh.
Liked by: FaizNurDeen

boleh tak terangkan pasal solat isyrak .. dan kalo ade ayat quran atau hadis tolong sertakan maksudnya .. shukran

Maaf dalil nya ada dalam hadis nabi. Tapi ana tak hafal matan mahupun mafhum hadisnya. Tapi memang ada amalan solat sunat isyrak. Solat selepas waktu syuruk ini ada perbahasan dia dikalangan ulama pada waktu sunnatnya didirikan solat ini. Solatnya sama seperti nawafil biasa, dua rakaat cuma diniatkan dengan isyrak.
Sahaja aku solat sunat isyrak kerana Allah taala.
Kaifiat pun sama macam solat biasa. Kita tak nak bincang perbahasan waktunya disini, cuma tahulah kita waktu solat isyrak sebelum waktu dhuha. Walaupun ada ulama yang berpendapat yang lain. Wallahua'lam.
Better tanya asatizah yang mengajar fiqh untuk lebih kefahaman. Ustaz Azhar Idrus hfz. antara yang boleh dirujuk.
Liked by: م

Orang yang dah meninggal, sebelum datangnya kiamat, mereka berada dalam kubur dulu ke? Titian sirat tu lepas kiamat ? maaf saya masih blur ttg ni

Mereka hakikatnya bukan berada di dalam kubur tetapi mereka berada di alam barzakh. Di mana yang beriman akan menikmati nikmat sebagai sua'da dan yang kafir akan merasakan azab asyqiya' sebaik sahaja mereka memasuki alam barzakh itu.
Selepas di barzakh, mereka akan dibangkitkan dan dihimpunkan di padang mahsyar dan akan berlaku hisab. Mereka yang berat timbangan kebaikannya maka akan menerima buku amalannya dengan tangan kanan. Begitulah sebaliknya.
Kemudian barulah as-sirat iaitu titian sirat menuju ke syurga, sedangkan api neraka yang menjulang di bawahnya menanti untuk diisi oleh musyrikin.
Mudahan kita terpilih menjadi orang yang tidak berpayah dalam melintasi as-sirat. Amin.

ya allah..yeke..sy harap bolehlah byrn separuh maklumlah tak brp bkmmpuan..tp teringin sgt nak menuntut ilmu di bumi tu 😞😞 allah allah

Mari je dulu. Bayaran boleh sembang lain nanti. Ada je orang-orang yang boleh kalau nak tolong-tolong support tu. Datang je dulu. Insha Allah, Allah yaja'luk makhrajan.
Liked by: Amir Hasyimi

oh!boleh ye..alhamdulillahirabbil alamin..bayaran nye mcm mane pule ye???

Setakat maklumat yg ana ada sekarang. Bayaran sama kata ustaz zul. Ala kulli hal niatkan sedeqah pada ustaz dan pondok je lah kalau tak dapat hadir penuh. Tapi, mari je dulu daurahnya. Bayaran kalau betul tak mampu boleh bincang dengan ustaz.. Insha Allah
Liked by: Amir Hasyimi

salam..nak ty..bq boleh ke kalau kite join separuh je..means seminggu je? sbb kalau kite ade hal.. 😞

Wa'alaikumussalam. Ma fi musykilah. Takde masalah boleh je.

Sedih tak mampu nangis dlm solat, sedih sangat 😢😢😢😢

FidaHaz’s Profile Photoعين
Jangan sedih. Ada ulama yang menghukumkan nangis dalam solat jika disebabkan benda lain selain takut pada Allah. Tapi takde masalah, bukan target kita nak menangis dalam solat, tapi target kita nak khusyuk dalam solat. Insha Allah jika niat solehah ini kita jaga, maka nangis itu akan datang sedatangnya khusyuk. Amin.

Bila kita kena sujud sahwi?

Bila tertinggal perkara yang sunat abaad macam qunut, baca tahiyat, duduk tahiyat dll. Wallahua'lam
Liked by: MISS A

akhi, bagaimana pula kalau tertinggal bacaan doa Qunut dalam solat subuh? ana tak hafal pula bacaan sujud sahwi.. dikirakan sah atau tak solat ana sebab tertinggal doa qunut dan tidak melakukan sujud sahwi?

sah sahaja solatnya. sebab qunut itu sunat aba'd yang dituntut sujud sahwi. kalau memang tak tahu nak sujud sahwi, nak buat macam mana. sah tapi tak betul-betul sempurna lah solat kamu. hafal lah bacaan sujud sahwi, bukan susah pun.
subhana man la yanamu wa la yashu.
pendek tu ja.

Next

Language: English