@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Kalau nak sambung STAM, bulan berapa masuk belajar?

Kisas ya? bulan 5 paling awal. biasa orang masuk 2nd intake bulan 6

Klu mekah, madinah, mesir ngn jordan mne plg bagos?

Bagus apa ni? Sambung belajar ke?
Kalau pasal tanah, pastinya haramain (dua tanah haram) tu paling mulia dan paling bagus. Walaupun ulama khilaf antara mekah dan madinah mana lagi utama tapi tetap kedua-dua tanah tu paling utama daripada semua negara di bumi ni.
Kalau sambung belajar, tak boleh nak tetapkan mana lagi bagus. Semua ada kelebihan masing-masing.
Mekah bumi penuh sejarah. pusat pertemuan muslimin satu dunia. Makanya para ulama juga tak terkecuali bermuktamar di sana. Jadi jika kita berpeluang untuk mengaji bersama mereka. Pastinya sangat baik nikmat tu
Madinah pula bumi Nabi S.A.W. Bumi di mana jasad Rasululullah dan kibar sahabat seperti Abu Bakr, Umar dll bersemadi. Sangat barakah buminya. Penuh ketenangan. Tambah dengan suasana itu, untuk mereka yang memburu ilmu, suasana yg sangat baik untuk menghafal. Dan dengan silibus yang sangat menekankan Al-Quran makanya sangat baik andai dapat menuntut ilmu di sana.
Manakala mesir dan jordan sudah saya tulis sebelum ni. Boleh check.
Wallahua'lam.

View more

maaf salah kos uia td , yang btol yang ni Ilmu pengetahuan berteraskan wahyu n tamadun islam .

Mungkin orang uia boleh tolong. Setakat yang saya tahu dia macam pqs tapi tambah bonus lagi pada sejarah dan tamadun islam. Tak silap lah.

Sometimes, I malu dengan Allah. Malu sebab selalu x boleh bangun untuk ibadat. btw, hmm camna nak bangun awl.

ومن الليل فتحجد به نافلةً...
"Dan dari sebahagian malam itu adalah untuk bertahajud... "
Salafus soleh, sebahagiannya membahagikan malamnya pada tiga;
Satu, masa tidur nya
Dua, masa ibadah nya
Tiga, masa murajaah nya (ulangkaji)
Bahkan para kibar ulama semisal Imam Ahmad Bin Hambal, Imam mazhan Hanbali rhm. beliau setiap malam solatnya ratusan rakaat. Ada pula ulama yang solat malamnya mencecah ribuan.
Kalau kita metamatikkan kiraanya kita akan kata ianya mustahil, tetapi ianya mustahil pada kebiasaan (adat) tetapi tidak mustahil jika Allah beri kemudahan pada mereka untuk beribadah sebegitu rupa. Ianya persoalan keberkatan masa dan itulah karamah atau kelebihan yang Allah beri pada mereka.
Bagaimana ada pula sebahagian ulama yang bangun tidur dengan membaca An-Nas sedang tidur beliau dengan Al-Fatihah. Sebahagian ulama tafsirkan, bahawa beliau sepanjang malamnya membaca Al-Quran sehingga paginya khatam dan tidak tidur melainkan cuma pejamkan mata sahaja. Tetapi hatinya sentiasa berzikir dan membaca Al-Quran.
Dan banyak lagi kehebatan malam yabg dimanfaatkan para salafus soleh dan ulama yang terdahulu.
Sedih. Bandingkan dengan zaman kita. Malam kita bagaimana? Sama je ana pun.
Pukul berapa kita berhenti guna wassap? Kita masih lagi scroll timeline FB pukul 10 malam. Kita masih balas tweet kawan pukul 12 malam. Lalu kita pelik kenapa kita sukar untuk bangun pagi? Kenapa kita sukar untuk bangun awal pagi? Kenapa kita susah untuk tidak tidur lepas subuh?
Kerana malam kita penuh maksiat. Hatta sebelum tidur juga telinga kita tidak berhenti dengan maksiat. Kita sumbat earphone dengar lagu-lagu yang membuatkan hati kita ghaflah dan lalai daripada ingat Allah. Sehingga kita tertidur.
Itu hakikatnya. Sedih. Ana pun sedih. Mudahan Allah mudahkan kita untuk berubah. Amin.

View more

Normally soalan dlm ask.fm ni kau jawab tgk balik kitab ke kau jawab apa yg ada dlm minda? Jealous pasal seolah olah smue ilmu kau simpan fi sudur.. barakaLlahu feek.

Kalau yang kena tengok kitab saya tak jawab terus. Yang saya tahu tu saya jawab lah. Tapi tu pun 1000+ soalan tak jawab lagi. Maaf. Amin. Ilmu itu belum jadi ilmu selagi ia tidak di amal. Maklumat+amal=ilmu.

kenapa wirid biasa berbeza dengan wirid para salaf ?

Erk wirid para salaf tak beza pun dengan wirid kita. Semua daripada hadis hadis nabi dan amalan para ulama dan salafus soleh. Jangan risau. Insha Allah. Wirid kita qabul selagimana kita amalkan. Jangan tak amalkan sudah.
Liked by: Ija

tertib wirid nabi yang betul ?? ikut cara salaf ke cara kebiasaan kita ?

Wirid nabi diambil dari banyak riwayat hadis. Dan setahu ana takde tertib yang khas. Cumanya yang para ulama susun, yang kita amalkan hari-hari tu susunan yang mudah, berkat susunan ulama juga, dan dah jadi amalan orang kita lama dah bukti keberkatan susunan tu mengalir, maka tak salah nak amalkan. Dan tak salah juga kalau kita nak guna susunan sendiri.
Wallahua'lam

kopi dan teh ni buruk ke baik sebenarnya ?

Bab tu kena tanya ahli medik. Kopi berdasarkan kajian sains baik untuk kesihatan, caffeine tu baik. Tu sebab orang israel minum sungguh kopi...
Wallahua'lam. Tu apa yg ana tahu lah
Liked by: khayalan zara zara

Next

Language: English