@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

apakah hukum jika meletakkan ayat quran di belakang-depan kereta - sbb saya risau burung2 berak or kucing langkah ker..then how??

dah risau begitu maka elakkan letak Al-Quran didepan atau belakan kereta begitu je . walau mcm mana pun takde masalah kalau kucing langkah atay burung berak kerana yg diberaknya atau yg dilangkahnya kereta bukannya Al-Quran itu walaupun ia didalam kereta .
tapi lebih elok simpan dalam dashbox (betul kan ?) atau tempat seelain dihadapan kereta atau dibelakang kereta .
Liked by: Q

Assalamualaikum nak tanya. apa hukum menyebarkan berita seperti 'mengaitkan bencana alam dan kebesaran Allah dengan hari kiamat sangat hampir. Kemudian memberikan syarat jika sebarkan dapat rezeki jika sebaliknya musibah ditimpa.' Rasanya semua risalah macam ni di ada ada kan. Betul ke?

wa'alaikumussalam .
yang menyebarkan itu manusia , bukan tuhan bahkan ia bukan Allah yang maha berkuasa lagi maha berkehendak .
maka , manusia tiada mampu memberi manfaat mahupun mudarat pada sesama manusia melainkan dengan izin dan bantuan Allah Jalla Wa Ala .
maka andai ada berita sebegitu sampai pada kita maka perlu kita selidiki dari mana datangnya ia dan sekiranya ia meletakkan janji2 yang seakan-akan ianya Tuhan dan boleh memudaratkan kita andai kita tak sebarkan , maka jangan dan tak perlu sebarkan benda itu .
tetapi jika perkara tersebut mmg diselit janji2 begitu tetapi ia bagus utk tujuan ingat mengingati sesama manusia , maka padam atau delete bahagian yg 'sebar 10 org nanti diberkahi' lah dll dan sebarkan utk tujuan mengingati . yg ini dibenarkan .

Related users

salam, boleh ke perempuan nyanyi? walaupun tiada unsur mengada dan lagu tu berunsur kan zikir or kena mengena dngan islam, macam lagu heliza tu ? so , apa hukumnya ?

dah pernah jawab . tengok di profile dan tekan pada likes

Assalamualaikum. macam mne cara utk mengqada' solat yg dtinggalkan bbrapa tahun lalu ? saya tak berani nak check dkt internet..

wa'alaikumussalam .
tentukan berapa banyak rakaat yg pernah kita tinggalkan .
tak tahu berapa dgn tepat maka anggarkan berapa .
kemudian qada' lah ia dimasa-masa yang dibolehkan solat
qada' perlahan-perlahan sehingga habis .
nak qada' sama mcm solat biasa , cuma niatnya berbeza iaitu 'sahaja aku qada' solat subuh dua rakaat kerana Allah taala' atau 'usolli solatus subhi rakaataini qada'an lillahi taala'
dan terus sahaja solat hingga salam .
kata guru kami ; "selesaikan semua hutang solat dengan qada' dan apabila sudah habis semua solat yg ditinggal diqada'kan maka perlahan-lahan akan datang keberkahan dalam hidup yang akan dirasai si fulan sendiri"

Apa fadhilat baca surah yaasiin? Sebab selalu dgr org ckp, kalau nak exam je baca yaasiin.. x sama ke kalau kita baca Quran macam biasa? Syukran.

surah yaasin ini diriwayatkan dalam sebuah hadis sahih bawa ianya adalah 'hati Al-Quran' . maka manakan sama darjatnya hati dengan anggota badan yg lain kerana hati itulah penggerak kepada seluruh anggota yg lain . maka dalam masalah fadhilat amalannya , memang diakui oleh ramai ulama bahawa yaasin itu membawa banyak barakah kepada pembacanya dan didalamnya mempunyai banyak ayat2 yang boleh digunakan dalam menyelesaikan banyak masalah .
maka jika ingin mendapatkan barakah surah yaasin yg mempunyai status yg tinggi dalam Al-Quran agar dipermudahkan mnjawab periksa itu tidak salah tetapi membaca Al-Quran seluruhnya tanpa menspesifikkan pada bacaan surah tertentu atau ayat tertentu juga tiada masalah .
jika anda orang yg cerdik , silakan untuk diamal keduanya , yasin dan Al-Quran seluruhnya . mudah-mudahan diperoleh keberkatannya :)

View more

sebenarnya apa hukum tutup bawah dagu ni ? kenapa ana tengok ramai orang yang ta tutup ?

ada pendapat ulama yg mengatakan tutup bawah dagu ni wajib kerana bawah dagu adalah terpisah drpd muka yg mana wajib menutup semua kecuali muka dan tapak tangan .
tapi ada juga pendapat ulama yg mengatakan ia bukan aurat kerana dagu itu bersambung dengan muka dan menjadi masyaqqah (memberatkan) sekiranya ia ditutup sekali .
tetapi menutup bawah dagu itu lebih baik kerana ia lebih mengelakkan seorang wanita dripada mmperlihatkan auratnya (lehernya) kepada ajnabi . adapun tak tutup itu tiada masalah jua .

Apa maksudnye kalau kite mimpi kita nak g haji?

boleh jadi ia petanda yg kita akan pergi menunaikan haji atau ziarah baitullah (umrah) dalam masa terdekat . petanda kedua juga adalah mungkin kita bmimpi bgitu kerana terlalu byk dosa dan maksiat yg kita lakukan , jadi Allah nak kita sedar yg dgn dosa dan maksiat yg kita bergelumang sekarang ni takkan boleh bawa kita utk tunaikan haji di Baitullah . muhasabah diri :)

Adakah berdosa besar seorang anak sekiranya tidak pernah mendoakan ibu atau bapanya kerana tidak pernah mengenali mereka kerana ditinggalkan tanpa sebarang nafkah zahir atau batin..

berdosa . walaupun ibu dan ayah itu sgt zalim pada kita , tetapi wajib pada kita mendoakan mereka kebaikan dan doa agar hidyah Allah diberi pada mereka . kita tak mampu nak bagi hidayah pada mereka , tapi itu semua urusan Allah . kita usaha dan serahkan usaha kita pada Allah .
Liked by: Adawiyah.

Assalamualaikum . apa hukum minat kpop ?

wa'alaikumussalam .
harus sahaja . sekadar minat , tak taksub dgn korean tu , tak abaikan waktu solat dan kewajipan lain cam berbakti pada ibu ayah dan menuntut ilmu , tak berangan-angan nak suami mcm diorang , tak mengumpat artis korea tu atau jadikan ia lebih dilihat drpd Al-Quran , Kaabah atau wajah orang-orang saleh ,
selagi jaga semua itu , tiada masalah .

salam akhi, betul ke dlm parti pas ada syiah . ?

wa'alaikumussalam ,
ustaz ana Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Joll kata :
"tak semestinya bila orang tu kafir ,atau tak sama pendapat dengan kita ... kita takleh ambik langsung apa dia kata dan apa dia buat . walaupun dia tak sehaluan dgn kita , tapi apa manfaat yang baik , tak kiralah dari orang kafir atau munafiq dan fasiq , ambillah . kerana kaedah fiqh , 'yang jernih diambil yang keruh dibuang'

manakah bahagian aurat kita dengan ( anak lelaki kepada kakak tiri yang berlainan ibu dan bapa ) ?

sama mcm dgn ajnabi . lelaki : pusat hingga lutut . prempuan : semua kcuali muka dan tapak tangan .
Liked by: Cik mahal.

"like gambar yg tidak tutup aurat dikira berdosa kerana mendorong dia untuk meng-upload lagi gambar yg tidak tutup aurat" tapi kalau like gambar lelaki yg menutup aurat dgn niat mengatakan yg muke dia hensem/comel, ape hukumnye? berdosa ke?

sama je . cuma llaki tu x bdosa , tpi prempuan tu bdosa

Apa beza ilmu syariat dengan ilmu hakikat ?

perkara tasawuf ni rumit nak jelaskan dan MESTI belajar dengan guru yang mursyid . cuma ana boleh gambarkan kat sini , ilmu syariat ni adalah perkara asas Islam berkaitan fiqh , aqidah dan akhlak atau tasawuf . bila sorang tu mendalami ilmu tasawuf atau mengaji ilmu ini , maka akan bertemu mereka pada ilmu hakikat . ilmu hakikat ini adalah ilmu berkaitan mengenali diri . kenal diri ni bukan maksudnya tahu nama sapa , lahir bila dll .. mengenal diri ni kenal kita ni di mana di sisi Allah dll . insha Allah . belajar lah . ilmu tu luas .

kalau seseorang tu dah putus cinta kerana Allah, adakah wajar untuk mereka tidak langsung berhubung dan hanya berhubung melalui Allah?

itu yang paling baik . adapun hubungan manusia itu memang sgt sukar utk dielak dan boleh kata hampir mustahil nak elak , maka kena faham , batas ikhtilat itu bukan menghalang kita berkomunikasi tapi ia btujuan menjaga kita . jadi jaga ikhtilat bukan makna kita jumud , takleh ckp dgn ajnabi lgsung tpi ia mengawal . maka tak jadi masalah utk jaga kalau kita faham apa konsep sbnr ikhtilat tu .

Next

Language: English