@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Layak ke kita semua dpt gelaran sahabat sbb sahabat kan definisinya org yg bertemu Rasulullah dan beriman dengan Allah dan mengamalkan cara hidup Islam...jd lyk ke kita nk panggil bestie kita sahabat?

kamu ni keliru ni. sahabat Rasulullah itu jika kita gunakan maksud istilah pada perkataan sahabat, maka kita tak bolehlah. Tapi dalam bahasa melayu memang kita semua tahu adatnya perkataan tu bukan rujuk pada maksud sahabat dari segi istilah. cuma sahabat dari segi bahasa, jadi takde masalah nak panggil gitu. wallahua'lam

bagi pandangan tentang orang yang fanatik kepada artis seperti justin bieber one direction kpop lebih lebih lagi perempuan

الله يهديكم.
Moga Allah memberi hidayah pada mereka. Mudah-mudahan Allah nampakkan pada mereka betapa sedikit daripada apa yang mereka fanatikkan pada artis-artis itu tetapi betapa banyak dam agungnya yang Allah kurniakan pada Sayyidun Nabi S.A.W. Jika mereka nampak nescaya mereka tidak akan terjentik hati sedikitpun untuk mencintai sesuatu selain Rasulullah alaihis solatu wassalam.

Akh tk contact ngn perempuan ke? Mana tahu tup tup keluar khabar akh nk bina masjid

Contact tu luas maksud dia. Contact dengan adik pun perempuan juga. Dengan mak pun perempuan juga.
Kalau maksud kamu ajnabi. Contact dalam bentuk urusan bila perlu tu ada lah. Kalau takde contact dengan perempuan makanya baik buat dunia satu lelaki satu perempuan je. Urusan sama-sama lelaki je semua.
Mesti ada hal yang kena urus bersama. Dan situlah datang Islam nak bimbing. Biar urusan itu terkawal. Selamat dua-dua dari nafsu dll. Wallahua'lam

Pendapat anda ttg niqabis tgk wayang? Boleh ke? Minta pendapat je.

Saya takde apa-apa dendam dengan mana-mana niqabis. Juga tak mahu offend mana-mana akhawat yang pakai niqab atau yang sekumpulan dengannya (purdah dll).
Saya yakin niqabis sendiri tahu asbab mereka pakai niqab. Dan saya juga tahu mereka bila sudi memakai niqab maka semacam sudinya mereka untuk menempuhi masa-masa mereka akan dicemuh, dipandang lain macam dan lain-lain perasaan. Saya yakin mereka lagi faham apa yg saya cuba sampaikan.
Maka saya bagi satu perumpamaanlah. Katakan kamu nampak seorang lelaki, di tingkat atas sekali dalam satu shopping complex. Mungkin jika dia lelaki biasa, akhawat akan pandang sebelah mata jah. Lelaki. Biarlah.
Tapi cuba sekali tu, jumpa lelaki di tingkar atas shopping complex, berkopiah, kemudian bersama seorang perempuan bermain snooker. Apa pandangan kamu?
Boleh jadi perempuan itu adiknya. Boleh jadi mereka main snooker kerana memang dah gian sangat. Tak boleh tidur selagi tak main. Maka adik dia paksa abang temankan main snooker.. Snooker pulak, adakah game snooker tu haram? Tidak selagi takde yang bertentangan dengan syarak.
Tapi kenap kita akan pandang sinis pada dia. Hati kita akan kata dia buat benda tu tak betul. Kenapa?
Sebab kopiah di kepala. Maknanya dia sedang membawa satu simbol Islam. Dan dia letakkan diri dia pada keadaan yang boleh jadi fitnag dengan simbol Islam itu. Yang secara tak langsung menjadikan Islam terfitnah kerana diri dia.
Maka sekurangnya sepatutnya dia cabut kopiah dia. Bukan hipokrit. Tetapi bimbang fitnah itu terjatuh pada agama dan bukan diri dia. Nampak tak?
Kalau fitnah jatuh ke diri kita, itu kita punya pasal lah. Tapi jika ia terjatuh ke agama kita. Maka apa kita boleh buat nak bersihkan semula?
Maka rasanya boleh letak logiknya pada soalan. Wallahua'lam. Takde berniat nak lukakan hati sesiapa. Maaf salah silap.

View more

akh. saya ada soalan. ada sorg ajnabi ni dia tanya ana pasal hukum sekian sekian. lepastu dia minta nasihat dari ana. adakah benda macamni menghalakan ikhtilat? adakah saya patut jawab atau biarkan?

Jawab jelah. Mungkin dia terdesak sungguh. Itu husnuzzhon yang kita kena jaga. Jawab hukum tu tara yg tahu je. Jangan jawab apa yang tak tahu.
Lepastu pasal nasihat, berilah nasihat. Lebih cantik jika nasihatnya pendek tetapi berkesan. خير الكلام ما قلّ ودلّ.
Cukuplah hajiyyat (hajatnya) bila kita dah selesaikan urusan tu. Ingat, خير الأمور أوساطها, maka dalam muamalah dan muasyarah (pergaulan) kita jangan kita terlalu tegas dan jangan pula terlalu longgar. Bila tegas kita mungkin ditusuki syaitan ke arah kejumudan yang merugikan kita dan Islam sendiri. Adapun jangan pula terlalu longgar, kerana ia boleh beri mudharat dan tersebarnya fitan di antara kita.. Maka sederhana.
Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut.

dulu masuk kisas berapa A pmr/pt3? Dia ada had tk contoh sains math dia kena around apa? Smk biasa boleh masuk gak? kena interview kan? soal apa? huhuhuhu

Banyaknya soalan. Dulu PMR. Tak pandai mana pun PMR, alhamdulillah. Cukuplah korum A tu.
Had? Ada je kawan batch kami yg masuk 8A PMR. Tapi sorang dua je rasanya satu batch. Tu beberapa tahun lepas. Sekarang tak tahulah.
Ya SMK boleh masuk. Sebab SMK bukan nya nilai taqwa dan iman seseorang. Akademik pun tak mampu nak nilai secara accurate kepandaian seseorang. Jadi kalau sungguh niat solehah, Allah akan mudahkan urusan tu nanti.. Doalah.
Zaman kita tak wujud sistem interview tu lagi. Sekarang ni ada dah lah. Tapi tak silap bukan semua kena interview tu. Tak silap lah.
Soal apa? Kena tanya mereka yang kena interview lah.

akh, klau amek stam confirm bleh fly ke? pling common u mana klau kt malaysia?

Confirm tu tak boleh nak kata lah. Semua dengan izin Allah. Kalau Allah tak izinkan tak dapat juga. Tapi adatnya orang ambil stam sebab nak fly. Setakat ni semua universiti terima pelajar stam nak sambung belajar. Kalau kat sini biasa yg sambung malaysia ke um, usim, ukm

Apa pandangan hang kalau hang kawen orang yang pernah berzina, tengok porno dan telah beronani.

Pandangan? Saya tak tahulah. Tapi kalau syara'nya takde masalah perempuan yang berdosa begitu untuk berkahwin. Dengan bersyaratkan dia sudah bertaubat dan memang sudah sudah berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Maka khalas. Boleh sahaja kahwin.
Wallahua'lam

Desc al akh arif amirudin

Arif member se'stay' paling rapat rasanya. Sama-sama sekapal dalam perjuangan di bumi waqafan. Seorang yang sempoi. Macam mana kita tengok dia, macam tu lah dia.
Dulu waktu f5 takde lah rapat sangat tapi selalu jugak lah lepak sama-sama. Sebab dia duduk bilik faris ismi, exco 1 jadi selalu lah waktu lepak bilik faris lepak dengan dia sekali.
Bila dah sama-sama stay barulah rapat sungguh. Dan dalam pahit-pahit waktu stay semua telan sama-samalah.
Kitorang mmg bersaing dalam kelas untuk akademik dan saingan tu jadi punca rapatkan kitorang lagi bila kitorang dipilih untuk wakilkan hiwar. Arif memang terkenal dengan kepoweran 'nahu sorf' dan 'balaghah' dia. Budak lughah kan. Kami pulak lagi dua orang ni takde apa yang hebat pun. Jadi memang banyak belajar dari dia. Personal coach kami arif lah.
Nak describe memang tak mampulah. Tapi point nak cakap, إن مع العسر يسرا. Dalam setiap susah tu akan ada kesenangan.
Kita takkan tahu kita mampu atau sedia melainkan kita cuba dan discover sendiri. Jadi pakat yang was-was lagi tu jangan fikir yang negatif dari stay, tapi carilah yg positif tu. Kadang stay tu boleh jadi kewajipan daripada pilihan. Tapi ia varies.
Yang dah ada rasa nak stay tu. Kena sediakan diri utk ikhlas stay tu. Tak rugi stay. Ada mutiara yg manis yg kamu tak rasa dgn habiskan cuma smpai tingkatan lima di bumi tu.
Prepare for the worst kalau kita stay sorang pun kita akan mampu juga utk ikhlas. Insha Allah. Allah akan bantu nanti.
Jarang mendescribe ni. Hah. Wallahua'lam

View more

Lebih kepada statement . Boleh Huraikan ?

Apa guna tutup aurat tapi ikhtilat tak jaga. Tak boleh samakan dua ni sebenarnya. Tutup aurat tu satu hal, elak ikhtilat tu satu hal.
Kalau orang tu tutup aurat tapi tak jaga ikhtilat itu lebih baik dari orang yg tak tutup aurat dan tak jaga ikhtilat. Jadi tak leh pandang lekeh cakap gitu. Kecik hati orang tu.
Adapun ayat lebih baik dia gini, "tutup aurat tu molel dah, kalau jaga ikhtilat lagi molek." baru lah kena

Next

Language: English