@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Ada peristiwa ke sbalik tahiyyat tu? Ade senior ckp tu pbualan allah dgn rasul wktu isra mikraj betul kee?

ada riwayat yang sebut tahiyat tu perbualan Rasulullah waktu mikraj. tapi yg selawat ana tak pasti.
wallahua'lam
Liked by: Kit

kalau kita ask ajnabi tanya pendapat ke dan kita terangkan apa yang ditanya tu dikira xjaga ikhtilat ke??

ikhtilat lah, tapi ikhtilat yang dibenarkan syara'
Liked by: Hamba Allah

Related users

ok syukran . jgn marah

ana ni jenis tak pandai ekspresi emosi masuk dalam tulisan. jadi maaf kalau salah tafsir emosi ana dalam tulisan. ana sikit pun tak marah sepanjang jawab. senyum dan gelak lagi ada. senyum sebab baca soalan-soalan tu sebab ana gembira ada lagi golongan yang suka berfikir dan mencari kebenaran. tu bagus ~
gelak sebab dengar kuliah Forum 'Mengapa Perlu Hudu' ZonKuliah ni, Ustaz Nazmi tak habis-habis dengan lawak dia.
Liked by: Hamba Allah

Enta guna bahasa tinggi and panjang sangat malas ana nk baca btw ana tk marah enta pun ana tanya je enta jawab

tak perlu tergesa-gesa baca. baca bila-bila rasa nak baca. yg beri faham tu Allah juga.
ana pun tak marah pun sapa-sapa tanya. kalau rasa nak sembang lebih lagi, mai lah bilik A102 kita sembang sambil makan Nasi Bujang ke? :D

So salah ke kalau cakap guna aku or saya dgn ajnabi? Memang nk kena guna ana jugak ke?

kan dah kata sebelum ni, tak salah pun.
cuma dalam konteks biah iaitu suasana yang kita duduk dalamnya,
maka hormat pada biah tu lebih utama.
tapi tak salah pun nak guna selain ana-enta-enti.
tapi kena ingat selalu, biah tu makhluk.
dan makhluk ada hak dia.
maka kalau biah solehah tu tuntut kita guna ana-enta-enti
kita kena lah tunaikan hak dia.
sekali lagi, takde masalah pun nak guna aku-kau,
cuma lebih elok guna ana-enta-enti :)

apa pendapat abng bila ada org keluarkan statement : tak jadi stayer tak sayang tarbiyah di kisas ?

hahaha, ni mesti adik-adik Al-Faruq ni. heh.
stayer ke satay (sahabat stayer) ke, semuanya ada peranan atau role-play masing-masing dalam penerusan dakwah dan tarbiyyah di KI tu.
memang nampak terkedepan stayer lah dalam bawak tarbiyyah kisas. tapi apa kurangnya satay? mereka bawa dakwah hasil tarbiyyah mereka keluar dari Ardil Mauqufah tu.
sayang tak sayang tu dalam hati.
tak semua satay tak sayang tarbiyyah,
dan tak semua stayer stay sebab sayang tarbiyyah juga.
cuma penilaian umum je yg kita boleh buat.
tapi kalau ikut abg, stay lah kalau nak rasa sayang korang pada tarbiyyah kisas tu Allah uji ;)

apa hukum copy paste quotes dari google? ada org ckp haram sbb tak minta izin. kadang2 org mcm ni suka buat aku nk gelak je. haha. straight sgt. nanti org ckp islam ni menyusahkan.

kata guru kami, Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari hfz.
Ilmu itu milik Allah. maka takde masalah nak copy paste. cuma sebagai adab, elok kiranya kita mintak izin tuan pemegang ilmu tersebut.
wallahua'lam

cmne kalau kita nak guna ana enta tapi min tu guna aku? nak teruskan ana ke camne

soalan yg bagus.
kalau ana lah, pengalaman peribadi.
ana terus je guna ana-enta-enti.
dia balas balik aku-kau,
kita balas balik ana-enta-enti
orang panggil ni 'reverse psychology'
dan kajian peribadi yg ana buat, ia berhasil.
walaupun ambil masa.
biar dia (ajnabi) tahu yang kita nak hak kita dipanggil ana-enta-enti
dan dia kena berlaku adil utk bagi hak tu pada kita atau dia jadi org yg zalim pada kita.
mungkin sampai tahap dengan kita je dia ana-enta-enti nanti.
tu tandanya dia hormat dan tu bagus.
ingat ni je, syaitan ni sebolehnya akan cari jalan nak bagi kita berhenti buat amal baik,
tu sebab bila kita rasa nak buat satu amalan tu, teruskan je buat.
jangan berhenti. sebab bila berhenti, maknanya syaitan dah berjaya lah tu.
wallahua'lam

kalau kt kisas guna aku kau cakap dgn bukan mahram dianggap sbgai apa?

dianggap sebagai muamalah juga.
cumanya pendapat peribadilah, agak kurang adabnya.
kerana biah solehah yang ada di kisas serta tarbiyyah yang ada dalamnya mengajarkan muslimin dan muslimat menghormati hak masing-masing. termasuklah hak untuk diri dipanggil 'ana-enta-enti'
pada ana, agak kurang hormatlah kita pada biah dan tarbiyyah di sana.
takde apa yang susah pun nak panggil ganti nama diri 'ana-enta-enti'
lagipun semua kita pun belajar bahasa arab, apalah salahnya kalau kita jadikan bahasa arab tu sebahagian dari hidup kita dengan lazimkan lidah dgn istilah ringkas macam tu kan?
ala kulli hal, nak cakap 'aku-kau' bukan satu dosa pun.
cuma menghormati biah dan tarbiyyah itu adalah yg terlebih utama.
bukan sehari dua nak bina biah dan tarbiyyah semurni yang ada di kisas.
tambahan, biah itu juga makhluk. dia juga punya hak dia untuk dipelihara pada kita.
Allahu yuftah alaina.

View more

"Pakai tudung tapi warna kuku" "Sekarang ada nail polish yang boleh peel off tayah pakai nail remover. Jantan mana tahu pape." eh tak fahamlah. kalau pakai nail remover pon takleh kan ? warnakan kuku tetap haram betul tak ? boleh bagi penerangan ?

hal ni masuk berkaitan tabarruj.
hukum bertabarruj iaitu berhias berlebihan dah jelas dalam Al-Quran akan larangannya.
bukan masalah sah tak sah wudhuk je warna kuku ni.
hmm

salam akhi.. 1. perempuan haid bolehkah pgg al-quran yg ada maksud? 2. perempuan haid yg hafal al-quran bolehkah membaca al-quran sekadar tilawah shja...bukan mengulang..bolehkah? 3.tgk video lucah kan dosa.tp kalau dlm cerita @ movie ada part x senonoh tu..maknanya kita dosa la kan tgk cite tu.

wa'alaikumussalam.
1. dalam mazhab Imam Syafi'e rhm. , wanita ma'zurah haram memagang mushaf Al-Quran. baik tafsir mahupun terjemahan.
2. setakat yang ana tahu, dalam mazhab Syafi'e juga tak boleh untuk wanita ma'zurah membaca Al-Quran melainkan diniatkan untuk zikir jika ianya memang zikir amalannya. perbahasan ulama pada mengulang hafazan dan dibolehkan untuk mengulang hafazan. tapi, tambah yang baru ni guru kami kata tak boleh.
3. dosa tak dosa tu urusan Allah. kalau dah memang syahwat tengok cerita tu, berdosa lah.
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Hamba Allah ghazi husna

Kalau bufday esok . maghrib nie wish boleh kan ? Ustz kata maghrib je means dah masuk tarikh esok. Betul ke?

birthday ikut tarikh masihi, maka kalau ikut barat, lepas pukul 12 baru masuk hari baru.
kalau ikut tarikh Islam betul lah lepas maghrib.

dulu rajin tak pergi bq

dulu malas nak pergi majlis ilmu.
alhamdulillah Allah bagi taufiq dan hidayah sewaktu melangkah kaki ke bumi Baitul Qurra' itu.
seronok rasanya belajar dan bersama ulama ni.

Next

Language: English