@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Ape kaitan salafi n wahabi ? Asal ko mcm xsuka je dua2 aliran ni. Dr.zulkifli albakri ad ckp dlm video die, aswj trbhagi kpd 8. Salafi n wahabi salah satu. Trangkan sikit. Aku xnak awapan dari google . Aku nk jwpn dgn profesional

salafi dengan wahabi , hakikatnya ia sama .
wahabi mengaku mereka salafi . dan salafi itu adalah suatu istilah yang diwujudkan untuk mereka yang berpegang pada aliran pemikiran pada ulama salaf , 3 kurun yang terbaik .
takde masalah .
dua-dua aliran ni bukan satu masalah kerana mereka berselisih pada furu' bukan pada usul .
bukan Dr. Zulkifli Al-Bakri je , Dr. Yusuf Al-Qardhawi , TG Haji Hadi Awang dan banyak ulama muktabar meletakkan salafi dan wahabi dalam ASWJ .
persoalan mereka dalam ASWJ itu khilaf . ulama berselisih pendapat , sebahagian meletakkannya dalam ASWJ dan sebahagian lagi meyisihkannya . masing-masing ada hujah masing-masing .
jadi bukan satu masalah andai ada yang menerimanya sebagai ASWJ dan ada yg menolaknya .
perbezaan pendapat Wahabi dan Salafi dengan ASWJ ni kalau dibincangkan cumalah membazir masa ummat Islam , terutama orang awam seperti kita , sekadar terus berhujah atas perkara bid'ah atau tidak itu dan ini yang kesudahannya memcah belahkan umat Islam
kerana apa ? kerana masing-masing berselisih dalam perkara-perkara furu' . selagi mana mereka tak menzahirkan kekufuran , maka tiada mana-mana pihak yang boleh mengkafirkan pihak yang lain .
ingat hadis nabi mafhumnya :
"Barangsiapa yang menuduh sesorang muslim itu kafir , maka sekiranya ia benar , kafirlah ia (muslim yang dituduh) tetapi sekiranya ia tidak kafir , maka kembalilah tuduhannya itu padanya"

View more

Liked by: amirullfarhan

Kau tau tak sbb ape salafi xsuke maulid ? Diorang ad hujah n dalil diorang sndiri.xboleh kee terbuka skit ? Mereka bukan hina Rasulullah pon.

ya . mereka ada hujah mereka .
aku pun ada hujah aku .
dan aku tak pernah kata mereka hina Rasulullah .
dan ya , aku masih terbuka sampai hari ni .
aku tak pernah tolak hujah mereka xsuka maulid .
dan aku rasa bukan suatu masalah untuk mereka pun tidak menolak hujah kami bermaulid , betul ?
biarlah mereka . mereka berdalil mereka sendiri . selagi mereka ada sandaran , tiada apa yang perlu dipertikai .
Liked by: amirullfarhan

pandangan anda mengenai kisas sekarang ?

alhamdulillah .
kisas bagus dan akan terus bagus ^^
mungkin benar kisas sekarang dah berbeza dgn yg dahulu , tapi bagi saya kisas sekarang adalah yang terbaik untuk generasi sekarang . tapi , ya betul , kita tak boleh terus pandang yang lebih rendah dari kita , kerana itu akan membuatkan kita berbangga dan terus kekal tidak berkembang . maka , pandanglah yg lagi tinggi , kisas dulu sangat hebat , kenapa kita tak boleh jadi macam mereka ?
andaikan kita kini dizaman Abbasiyyah , kita menanti-nantikan kembalinya khalifah yang akan merealisasikan janji Rasulullah bahawa Konstantinopel akan jatuh di tangan Umat Islam dan akhirnya kita dipimpin oleh seorang Sultan yg sangat hebat , Sultan Muhammad , yang akhirnya kita gelar Al-Fateh iaitu Si Pemenang . walaupun khalifah sebelum ini telah jauh memesong dari Islam yang sebenar , tapi Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya mengembalikan Islam , walau tidak seutuh zaman nabi , tetapi Islam dan janji nabi telah berjaya dinaikkan dan dilunaskan . jelas menunjukkan Al-Fateh tidak mengembalikan zaman nabi , tetapi dia mengembalikan Islam setinggi yang dia mampu sesuia dengan zamannya .
maka kini kita di Kisas , kita menanti-nantikan Kisas kembali membawa Islam setinggi dulu , seutuh dan sekukuh dulu dan kita mengimpikan janji nabi Islam itu yang tertinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya di muka bumi Malaysia ini . kita mungkin tidak berjaya membawa Islam seperti Kisas dahulu , KIK dan KIM dahulu , tetapi kita mesti cuba membawa setinggi yang kita mampu untuk zaman kita ini .
tetapi ingat , kita mesti pandang yang diatas , bukan mengetawakan yang dibawah .
kita mesti memfokuskan kelemahan , bukan berbangga dengan kelebihan .
janji nabi itu pasti !
janji Allah itu pasti !

View more

Related users

nak tanye.. kalau seseorang lelaki tu dah betul2 sukakan sorang perempuan ni kan, mmg susah eh nak bukak pintu hati dia untuk perempuan lain..? walaupun perempuan yg dia suka tu dah kecewakan dia..? :'(

mungkin . tak pun lelaki tu memang dah tak nak spent masa dia utk perkara-perkara tak berfaedah mcm layan perempuan .

ada..sorg girl..sangat x sukakn insan brnama adam because of her past..tpi dia deperado nakkan anak..dri rahim sendiri..then dia wat plan..dia kawen ngn sorg guy...dpatkan anak..then dia mngandung..pas tu dia nak brcerai..x pe ke..i mean salah ke??

kalau nikah mut'ah dipanggil menindas hak wanita , maka apa yang dikatakan diatas adalah menindas lelaki saudari . tujuan sebenar perkahwinan adalah untuk menyatukan adam dan hawa dengan gerak kerja saling melengkapi antara satu dengan yang lain . si adam melengkapi hawa dan sebaliknya . walau pahit mana masa silam kita dgn seseorang adam atau hawa , itu tidak boleh dijadikan alasan utk membenci seluruh dari kaum adam atau kaum hawa .
seorang manusia tidak sama dengan manusia yang lain . fitrah seorang lelaki memerlukan seorang perempuan dalam hidupnya begitu juga sebaliknya , perempuan memerlukan lelaki dalam hidupnya . kita tak boleh buat satu 'general statement' untuk melabel sesuatu kaum yg mana fitrah kita tak boleh mengelak daripada bersamanya , got it ?
lagipun , kesian pada anak itu . dia berbinkan lelaki . dan katakan anak itu juga lelaki . apakah kita nak terus membenci kaum lelaki , atas sebab perkara dahulu ? anak itu berbinkan ayahnya iaitu seorang adam . andaikan anak itu membesar dgn sihat , dan letakkan diri kita pada si anak , tak sedih ke orang lain ada bapa , boleh bersandar pada bahunya , boleh mengadu masalah tapi kita (si anak) , ada bapa , tapi tak duduk dengan bapa . kasih sayang terbatas . kesian dia .
Think more , think deep before you make your choice .
the choice is yours ...

View more

Liked by: Ifa Shohailee Banna

apakah maksud zina hati..adakah apabila kita teringatkan seseorg atau mrindui sesorg yg tidak halal untuk kita?? '-'

na'am . zina hati adalah apabila kita bersyahwat atau bernafsu pada seseorang ajnabi .

awak tau tak mane2 pesantren yg bgus ? ok ke tak klau sy nak ke sane ? teringin sgt nak pegy. sy seorang muslimah.

saya recommendkan Baitul Qurra' Wal Fuqaha' di Sungai Udang , Melaka . sangat bagus . sila-sila lah pergi . esok ada daurah , 2 minggu , RM200 . nak tahu lebih lagi , boleh PM saya di FB

apa pandangan awak dengan jemaah tabligh?

tabligh merupakan suatu jemaah yg bagus kerana mereka menjalankan amar makruf dan nahi mungkar .
jemaah tabligh cuba untuk hidupkan dakwah zaman nabi S.A.W , rumah ke rumah , gash dan sebagainya . semua itu sangat bagus utk menyedarkan ummat yg sukarnya cabaran yg ditimpa nabi SAW .
memang betul , mereka tidak terlibat dlm bidang siyasah atau politik , tetapi itu lah gunanya 'taadud jemaah' atau 'berbilang2 dalam jemaah' . kerana masing2 jemaah tak sempurna maka kita saling lengkap melengkapi . mungkin Pas berjuang atas landasan siyasah jadi Pas tak boleh nak tumpukan pada dakwah rumah ke rumah dll , maka perlulah pada jemaah Tabligh utk melengkapkan kekurangan Pas . dan kita sebagai ummat Islam , kita perlu sedaya upaya balance kan 'siyasah' , 'tarbiyyah' dan 'dakwah' kita .
insha Allah . join lah tabligh utk rasa pjuangan nabi S.A.W , rasa duduk dalam sunnah nabi . sangat bagus utk belajar sunnah nabi pada sapa yg join tabligh . rasa makan dalam talam , majlis taklim , tidur cara nabi , amal dan makan cara nabi dll . insha Allah .

View more

Kalau download apps al-quran berbayar kat blackmart boleh ke? Tau ada al-quran free tp nk tnya boleh atau tak. (Blackmart mcm playstore tp ni berbayar kat playstore tp kt blackmart free).

hmm , ana selalu gak guna blackmart tu . perbuatan ambil apps kat blackmart ni boleh sebab syarikat yg punya apps tu tak rugi pun . sebabnya macam apps besar2 seperti game Angry Birds contohnya , syarikat mereka biasanya waktu hari first release diorang dah boleh dapat balik modal diorang jadi , kita tak menindas pihak diorang . tapi ingat , dia akan jadi tak boleh bila kita pulak jadi penjual drpd game free yg kita ambil dari blackmart . yg ni tak boleh .
wallahua'lam

sy tahu apa masalah mereka smpai bermasam muka. ni kes 'pendam dah lama terhambur jua'. sy cuma takut bila sy interframe mengeruhkan lagi keadaan. tapi syukran atas pendapat :)

kena pandai masuk dgn madu' then , no problem . good luck :)
Liked by: syimah

seorg drpd sahabat sy kecewa dan sedih dgn shabat sy yg lain (1 grup 6 org) tapi sy baik dgn dia dan mereka. apa perlu sy buat supaya mereka tak bermasam muka bila jumpa?

jika saya dlm situasi awak , saya akan cuba rapat dgn dua2 , cuba masuk dgn dua2 dan cuba faham apa yg diorang tak puas hati ssama sniri . cuba gain trust diorang utk cite kat kita apa yg jadi . then once dah faham dan dengar dari dua2 pihak barulah fikir dan amik tindakan . fikirkanlah modul atau apa2 yg boleh buat diorang sama2 balik mcm ajak makan dlm talam ke , belanja dua2 makan ke dan pastikan ending modul tu dua2 akan sling mintak maaf dan berbaik balik . fail , try lgi . insha Allah , besar pahala org yg satukan sesama muslim ni , moga jannah atas kamu , amin :)

allahuma ajirna minaan nar atau allahuma ajirni minaan nar, mana yg betul?

dua dua betul . bezanya adalah sarf nya . 'ajirni' adalah utk saya atau seorang manakala 'ajirna' utk kami atau ramai .
Liked by: MustaqimJamil

Next

Language: English