@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Akhi, berapa lama masa drpd syria utk smpi ke malaysia ?

ana tak pasti berapa tapi lebih kurang 5 jam ke atas gitu la

Assalamualaikum, boleh tk berdoa dlm tandas? Tp dlm hati sajalah.

wa'alaikumussalam
boleh sahaja . sedangkan keluar najis dri badan juga perlu diucap alhamdulillah setelah selesainya dlm hati .
wallahua'lam

Related users

syukran akhi sebab jawab soalan soalan ana yang pelbagai neh. haha assalamualaikum :)

oh , wa'alaikumussalam . oh org sama ke yg berkata . Allahu . takpe . takde masalah .
Liked by: Norasiah Hasan

dalam gambar tu semua guru guru akhi?

takde lah . belajar talaqqi dgn diorang semua mmg tak lah .
ambil sikit-sikit ilmu drpd ilmu mereka yg luas itu ada lah .
habaib-habaib ni fasih bahasa arab . kita ni baru merangkak . faham sikit-sikit je lah bahasa mereka . Allahu .
Liked by: Norasiah Hasan

boleh akhi ajar ana? sikit yang basic basic pun jadi lah :) tapi takpa akhi jawab esok pun takpa. dah lewat. :)

belajar arab kena pegi berguru syeikh .
kalau perkataan2 arab tu banyak dah org share .
tapi arab bukan pada perkataan je ,
dia ada nahu , ada saraf ada balaghah .
kalau ada masa dapat mengaji pondok ,
cuba cari pondok yg ajar Matan Al-Jurumiyyah .
arab yg hebat dlm tu .
masha Allah :)
nak istilah2 tu , cuba check ukhti-ukhti ni punya answer :
@TheHawa
@SyahidahNazirah

result failed..mohon nasihat..sy kebingungan..sedih,tp xnangis..tkt pnerimaan keluarga dan guru2.. :(

result failed ?
kita dah usaha semampu kita belum ?
kita dah jawab sebaik mungkin betul ?
kita dah doa sungguh-sungguh belum ?
kita dah tawakkal tinggi-tinggi belum ?
dah semuanya kan ? maka jangan bersedih kerana itulah apa yg kita dapat dari usaha kita .
ada hikmahnya .
manusia banyak mempersoalkan hikmah dari dakwah , tarbiyyah dsbnya
tpi tak ramai manusia yg mencari hikmah yg tersirat dari dakwah , tarbiyyah , ujian dll tu .
tentang mak ayah , guru-guru . mereka manusia .
mereka mampu memarahi kita .
usai mereka letih , mereka berhenti .
tetapi apa yg tak boleh berhenti drpd mereka adalah menasihati anak mereka dan pastikan dia berjaya .
maka mereka cuba jalankan tugas mereka .
jadi kita kena jalankan tugas kita .
belajar elok-elok ,
belajar sungguh-sungguh .
itulah amanah kita pada mereka .
once kita dah buat habis baik , tapi masih buruk lagi .
adalah yg tersirat disebalik amal kita .
mungkin teriak mana-mana,
mungkin terkurang mana-mana .
jadi muhasabah . anggap leteran mereka cuma membantu kita muhasabah
insha Allah kita boleh sangka baik dgn mereka .

View more

akhi, apa pendapat akhi seorang pemimpin mewajib kan anak buah menutup aurat seperti memakai stoking, bertudung labuh. memang lah bagus, tapi bukan kah islam itu tidak memaksa dan manusia sememangnya berubah sedikit demi sedikit bukan terlalu drastik begitu?

pendapat ana banyak kekhilafannya , yg baik ambil yg tak baik jangan diambil .
bagi ana , sgt bagus ada pemimpin begitu . zaman kita ni terlalu sedikit pemimpin yg mengambil berat pada anak buahnya . yang adil thadap pimpinannya . Allahu .
sebagaimana seorang anak buah mahukan haknya dipelihara pada pemimpinnya ,
jika anda berada di tampuk pimpinan juga enta pasti mahukan yg terbaik drpd anak-anak buah enti .
maka , sekiranya pemimpin kita adil dan bukan org fasik .
maka wajib untuk kita mencurahkan wala' (taat pada arahannya) selagi mana ia tidak melanggar syariat agama Allah .
pemimpin yg adil tidak mengeluarkan arahan semberono sebaliknya ia berijtihad dgn syura (mesyuarat) dan pengalamannya akan apa yg baik utk ahli pimpinannya . maka , perlulah kita yg menjadi anak buah untuk wala' pada arahannya . lagikan pada perkara yg sunat-sunat begini
berlapang dada dgn pemimpin kita . dia berfikir siang malam utk kita . mungkin itu cara tarbiyyahnya . maka , lapang dada selalu . kurangkan mempersoal dan lebihkan mentaati . dalam tarbiyyah ,terdapat satu konsep 'yang sunat boleh jadi wajib dan yg makruh boleh jadi haram'
maka , selalu lapang dada dan wala' :)
insha Allah

View more

Assalamualaikum ya akhi . Terangkan hukum byg byg tu . Ukhti kurang jelas :( maaf ya akhi.

wa'alaikumussalam .
hukum bayang-bayang ni gini ukhti .
dia senang nak faham hukum bayang-bayang satu benda .
kalau ukhti tgok cermin , plane mirror la , jgn convex pulak .
ukhti akan nmpk diri ukhti kan ?
maka yg dalam cermin tu ukhti ke bayang-bayang atau pantulan ukhti .
bukan ukhti kan ? walaupun sama mcm ukhti tapi dia bukan ukhti tapi dia bayang-bayang .
begitulah juga Al-Quran dlm phone dsbnya ,
dalam phone itu namanya Al-Quran ,
tetapi dia menjadi hukum bayangnya Al-Quran sebab dia bukannya Al-Quran yang betul .
ha , maka boleh2 sahaja .
tapi jika ukhti org yg beradab ,
maka takzimkanlah ia walaupun ia bayang-bayangnya Al-Quran
kerana Al-Quran itu kalamnya Allah .
mengangkat mulianya ertinya kita memuliakan Allah Jalla Wa Ala .
wallahua'lam

Ada kawan ana ni dia nak kaji Islam...soalan... Kenapa kita MESTI BERTUHAN???? & kenapa TUHAN MESTI SATU...

oh , soalan ini panjang jawapannya ,
dahlah ada dua soalan .
gini , ana nasihatkan enti .. kawan enti tu , kalau benar dia nak kaji Islam maka ana nasihatkan enti hati-hati .
kata guru ana , Al-Fadhil Ustaz Syauqi Ismail mafhumnya :
orang yg ingin mengetahui sesuatu utk hidupnya lazimnya dia mencari apa yg baik daripada apa yg dia baru nak pegang (agama dia yg baru) , jika dia bukan mencaru yg baik tetapi sibuk mempersoalkan pegangan baru tu maka hati-hati kerana dia sedang cuba merosakkan Agama Allah sebenarnya
jadi , tak salah dia nak kenal agama Islam ni . nak kaji pun okay . tpi , bawak dia jumpa org-org yg mmg bidang dia jawab persoalan2 bgini . insha Allah .
ana beri gambaran satu
kenapa Allah itu esa , sbb andai tuhan ada banyak ,
maka akan bergaduhlah tuhan atas setiap satu perkara ,
misal Tuhan A nak hujan sdg Tuhan B nak panas kat Selangor ni .
maka dua2 tuhan lemah sbb masing2 tak mampu lakukan khendak masing2 sdg tuhan itu maha berkehendak dan berkuasa .
maka , ternafilah tuhan itu berbilang :)
harap faham .
tak faham ,pergi mengaji sifat 20 di pondok berhampiran :)

View more

Betul ke teori big bang dlm pncptaan alm smesta ?

teori big bang menafikan wujudnya Allah dan menafikan kuasaNya dan kehendakNya dalam mengadakan dan mentiadakan sesuatu .
ia berkaitan dengan akidah atau tauhid yg mana , ana nasihatkan utk antum pelajarinya selagi antum masih hidup , Allah beri peluang , pergi belajar ilmu tauhid dan aqidah sifat 20 ini .
once belajar ilmu tauhid sifat 20 , kamu akan sedar betapa mulianya Islam dan betapa Islam menjaga setiap penganutnya drpd segala penyelewengan dan Islam ternyata agama yg benar tanpa ragu-ragu .
big bang mengatakan alam ini , terjadi dgn sendirinya tanpa perlu pada pencipta . bumi ini terbentuk dgn sendir dan kemudian makhluk berevolusi .
ini ternyata myeleweng kerana Allah itulah yg menciptakan alam ini , kerana Allah itu tiada permulaan pada zatNya mahupun sifatNya .
maka , makhluk itu ada permulaannya dan alam ini makhluk maka ia perlu pada pencipta kerana jika alam terjadi sendiri , nescaya Allah tu lemah kerana mengapa perlu Allah menjadikan perkara yg sudah ada iaitu alam . maka jadi terbatas kehendakNya dan ternafilah kuasaNya Allah . maka itu mustahil bagi Allah kerana Allah itu Maha berkuasa dan Maha berkehendak .
take your time
tak faham , tanya ulama tauhid , insha Allah dorang akan datangkan misal yg lgi clear .
yg penting , pergi mengaji :)
wallahua'lam

View more

akhi kalau prmpuan tu dkatakan comel perlu ka dia brniqab ?mohon pncerahan

comel itu persepsi manusia .
kalau dari seorang sahaja yg kata kamu comel ,
boleh jadi ramai dari yg lain itu kata kamu tak comel ,
maaf ya , ana bukan menghina ke apa .
begitu juga mungkin ada yg kata kamu comel , tetapi bermaksud sebaliknya
ada juga yg kata kamu tak comel tapi bermksud sebaliknya .
maka , comel itu suatu yg abstrak .
jadi kamu kena confirmkan dgn istisyarah pada kawan2 kamu
adakah kamu ini comel sehingga jatuh wajib berpurdah pada kamu .
yg wajib berpurdah , niqab dsbnya ni yg ana maksudkan adlh
mereka , nisa' yg akan cair dan bersyahwat banyak pada lelaki apabila terpandang wajahnya .
yg ni kena simpan wajah dia , selain itu ...
terpulang pada kamu . nak berniqab , khalas , tafadholu .
tapi jgn jadikan ia trend buta tanpa kefahaman mcm yg ana ingatkan sblum2 ni .
wallahua'lam

View more

mesej yang pasal jangan cari perempuan lain tu^^

cakap baik-baik dgn dia .
kita takleh buka hati dia terima nasihat kita ,
tpi Allah yg buka hati mreka , maka doa kpd Allah moga Allah buka

Solat , tetapi pakaian dan segelintir anggota badan terkena cat . How ? Syukran ..

pakaian takde masalah .
sah je solat .
kalau pada anggota badan , kena bersihkan dahulu sebelum solat
baru solat sbb andai kena pada anggota wudhuk ,
tak sah wudhuk sebab air tak kena badan
Liked by: husna arina

Assalamualaikum. Akhi, kalau macam dekat tv diorang bagi salam [macam pengacara tv lah] adakah kita wajib menjawab salam diaorang?

wa'alaikumussalam , tak wajib . sama juga . ia hukum bayang2 .
tapi nak jawab itu lebih baik , kerana salam itu mendoakan saudaranya
wallahua'alam .
Liked by: husna arina

boleh tak contohnya kite simpan macam selawat dekat note handphone kita, kalau kita letak phone kita dekat bawah , doasa tak ?

tidak menjadi satu dosa kalau kita simpan selawat dalam phone hatta Al-Quran sniri boleh sahaja simpan dlm phone .
ulama mengatakan ia hukum bayang-bayang .
bukan bayang-bayang hitam tu ,
tpi ia hukum bayang pada Al-Quran dan seumpamanya ,
maka boleh sahaja dibawa masuk jamban dsbnya .
cuma digariskan syarat , Al-Quran zikir selawat dll tu mesti dibaca .
bukan hanya ditayang2 semata .
wallahua'lam

Next

Language: English