@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

awak ni dah slh faham rasanya.. but thanks alot cause you help me before

maaf kalau saya salah faham. saya ingat nak bukak ask ni kejap je, tengok ni dah tersangkut. ramai pulak yang tanya. u're welcome.

Nape slh tngok wayang?

Actually tengok wayang tak salah pun kalau cerita yang kita nak tengok tu takde percanggahan dengan syara'. Cumanya yang salah pada kondisi wayang tu. Gelapnya, ikhtilatnya (percampurannya) yang tu yang buat hukumnya jadi haram.
Doalah Malaysia ini Allah dorongkan jadi negara yang mengamalkan Islam sebenar-benarnya. Nanti nak pergi tengok wayang waktu tu, boleh ajak ana. kalau ana free kita tengok sama-sama.

tak faham.. aku nak tahu zina hati tu mcm mana, sbb ada banyak percangahan pendapat

zina hati. cuba google. rasanya tak banyak bercanggah pun pendapat. rasanya semua pendapat tu sepakat pada 'kena jauh daripada zina hati'.
Mungkin takrifan je berbeza sebab ada ulama yang bahagikan perkara yang mendekati zina tu pada zina hati, tangan dll tapi ada pulak ulama yang tak setuju dibahagikan sebaliknya mereka letakkan hukum apa-apa yang mendekati zina jadi wajib dijauhi sebab zina itu adalah pengharaman yang qati'e (tetap).
Tapi rasanya semua sepakat perkara yang mendekati zina haram dilakukan. Wallahua'lam. Mohon betulkan jika ada tersalah.
Liked by: wombo ح

Related users

nasihat untuk orang yang kapel

Jika diri kita bercampur antara benda yang baik dan benda yang buruk, maka apa agaknya jadi... ?
Jika kita campurkan setitik nila juga boleh rosakkan susu sebelanga, kamu rasa couple yang tak payah kita sembang hukum dia kita dah tahu dah tu, kita campur dengan amalan seharian kita (solat, wirid, zikir dll) apa akan jadi?
hmm..
Liked by: themairas zara ح

desc zina hati

Tak terdescribe. Jika Allah firman dalam quran لا تقربوا الزنا ... kemudian nabi S.A.W. sebutkan dalam hadis, "الاثم ما هاك في نفسك يكره ان يطلع إليه الناس".. maka kamu rasa, zina hati tu macam mana?
*Terjemahan: Ayat Quran: "Janganlah menghampiri zina"
Hadis: "Dosa adalah apa yang meresahkan dirikamu dan membenci kamu sekiranya ditimbulkan atau dizahirkan akannya (amalan dosa tu) kepada manusia"

aku rasa, anon yg tanya pasal anjing tu, maksud dia adalah kalau sentuh anjing yg kering, takyah samak. kalau sentuh anjing basah, baru kena samak. betul ke?

oh. betul jugak tu. dalam qaul mazhab syafi'e yg kita pegang sentuh anjing waktu kering tak perlu samak. wallahua'lam
Liked by: terraa zara ح

berdosa ke orang yang pegi tengok wayang dgn kawan2 dia?

persoalan wayang itu sendiri menjadi perbincangan panjang di kalangan para ulama. dan kebanyakkanya cenderung ke arah tidak membenarkan dan jika dibenarkan pun bersyarat. Dan yang pasti syarat tu untuk panggung wayang di Malaysia ni memang tak lepas lah..
hmm.. daripada pergi tengok wayang, hampa pi main bowling ka, atau pi cycling ka lagi bermanfaat ;)
Tapi kalau nak tengok sangat wayang pakat gather reramai kat rumah, pasang layar lebaq, pakat tengok :)
wallahua'lam

betul ke kalau sentuh anjing x payah samak??

dalam mazhabuna, mazhab Imam Syafi'e rhm. adalah kena samak iaitu dengan 6 kali air mutlak dan sekali air tanah. dalam mazhab lain pernah ana dengar ada yang tak perlu. wallahua'lam. tanyalah para ulama dan dampingin mereka. Insha Allah.

jatuh cinta pada lelaki beragama, apa pandangan anda? aku bagi contoh, aku suka ustaz don lepas tu puji2 dia hensem, anggap bakal suami la.. korang rasa macam mana?

perkara yang sama juga ukhti, ke mana pun, hatta pada ulama itu seorang masih terikat dengan zina hati. melainkan kita sayang dalam maksud hormat dan muliakan mereka.
Sebagaimana saya, saya cintakan Rabiatul Adawiyyah rhm.ha. , Seorang waliyah yang sangat masyhur dengan hatinya yang tiada lagi ruang untuk lelaki melainkan ruang itu adalah cintanya pada Allah sehingga dia tidak berkahwin. Tapi ia bukanlah maksud dengan saya cinta pada Rabiatul Adawiyyah rhm.ha. saya boleh sehingga ke tahap menghampiri zina (dalam erti kata zina hati dll)
Makanya, jika datang rasa tu, cepat-cepat buang. kalau betul rasa tu memang nak mendorong kita ke arah pernikahan, baik nyatakan hasrat pada fulan ustaz tu. dan kahwin. kerana kita bimbang dengan hati kita dan niat kita. takut kita hadir kelas ustaz fulan bukan kerana berniatkan menuntut ilmunya, tetapi menyimpang ke melihat wajahnya atau mendegar suaranya dll.
Sayangilah seseorang kerana imannya dan ilmunya bukan kerana rupa paras dia. Walakin, muliakanlah mereka selaku orang yang berilmu.
Sekadar pandangan al-faqir. wallahua'lam

View more

Ape hukum rebonding rambut ?

Harus sahaja sebab ia bukan ubah rambut secara kekal. Tapi hukum harus tu boleh jadi haram kalau untuk tayang pada bukan mahram. Adapun untuk hiasan dihadapan suami maka ianya sangat digalakkan bersyaratkan suami izinkanlah. Wallahua'lam

Jangan makan makanan yg panas sampai hilang asapnya. Asap adlh makanan syaitan. Biakn hilang asap dulu,baru makan. Betul ke ni?

memang ada dalam hadis bahawa Rasulullah larang tiup makanan ketika makanan tu tengah panas.
Dan ditambah pula Rasulullah suka makanan yg halw al-barid (manis yg sejuk) maka situ juga jadi bukti bahawa Rasulullah cenderung kepada yg sejuk.
Dan mutakhir ini ada pulak kajian daripada para saintis bahawa jika ditiup makanan maka molekul makanan itu berubah. Ini kerana tidak balas carbon dioksida (CO2) pada makanan tu. Ini menunjukkan fadhilat larangan meniup makanan dari Rasulullah itu punyai hikmah.
Tapi tang yang asap makanan syaitan apa semua tu, wallahua'lam. Setakat yang al-faqir ini belajar, tidak pernah didengar lagi asap itu makanan syaitan. Adapun yg pernah al-faqir dengar adalah asap itu ada kaitannya dengan jin. Wallahua'lam. Ana la adri.

"Subuh: Cahaya wajah akan pudar. Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang. Asar: Kesihatan mulai terganggu. Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti. Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan." Betul ka?

setakat ilmu sedikit yang al-faqir ada ini, tidak pernah lagi al-faqir mendengar hadis semacam itu (jika ianya hadis). adapun apa yg al-faqir rasa, ianya adalah mungkin kalam-kalam para ulama dalam kitab-kitab mereka berdasarkan tajribah (kajian) dan pengalaman mereka. wallahua'lam
Liked by: MISS A princess NMMS

abg mail... kalau tgh solat pastu tersedar baju terangkat sikit... kita kena bwat ape? adakah perlu ulang solat semula @ hanya terus tutup dan smbung solat ?

Ya saya. Terus tutup dan sambung solat. Selagi mana enta tak tangguh tutup tu bila enta sedar atau orang tegur aurat terbuka. Kalau enta dah sedar terbuka lepastu tangguhkan dulu, batal solat. Wallahua'lam

Kalau dlm kelas situasi mcm mana?

situasi macam mana tu?
Muslimin di sebelah dalam kelas, muslimat sebelah luar kelas. Ada kelas yang muslimat di belakang, muslimin di depan.
Orang kata, kalau datang kisas time hari sekolah, macam takde pelajar.. Sunyi je. Tak tahulah sejauh mana kebenaran perkara ni, tapi memang kisas takde lah orang gelak kuat-kuat, terpekik terlolong gitu.

Apa perasaan masuk kisas

Soalan ni buat patut ditanya 3 tahun lepas, waktu first time masuk. Lama betul KIV-nya.
Perasaan dia.. Allah sahaja yg tahu. Betapa seronoknya bila dapat tahu nama tersenarai dalam first intake yg dapat Kisas. Dah lah waktu tu nak cuti raya cina dan dah masuk SM Teknik Sepang dah pun. Bila dapat tahu tu, melompat gembira. Terus kosongkan loker asrama.
Seronok betul. Hari pendaftaran lagi lah. Jadi terpegun je tengok semua muslimah mukminah pakai tudung lelabuh, bila interaksi (ada urusan) jauh gila jaraknya, abang-abang angkatkan barang dah macam aku ni raja sehari, koperasi pisah lelaki perempuan, kantin pisah lelaki perempuan, asrama DM pisah lelaki perempuan, surau pisaj lelaki perempuan.
Budak sekolah harian takde asrama macam aku ni sangat culture shock. Semenjak tu cinta aku dah tertumpah kat bumi tu. Dan alhamdulillah, susah nak asingkan cinta tu bila masuk tingkatan 6 ni. Thanks to Allah. Pengalaman yg sangat sangat sangat berharga!

View more

muslimat yg menang BNM.... pndpt?

Sudut dakwah tu dah bagus dah, kher. Mabruk alaik. Cuma lepas ni mungkin, boleh wujudkan industri pertandingan sama-sama muslimat.
Tak boleh nak salahkan jugak, mungkin sebab muslimat takde medan nak bersaing makanya mereka terpaksa bercampur dgn muslimin.
Kalau ada bintang nasyid mukminah lepas ni, pakat ramai-ramai muslimat join 👍

Next

Language: English