@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Assalamualaikum akh. Sejujurnya, ana keluar kisas masa ana form 4. Pastu, ana plan nk smbg STAM kat kisas nnti, in shaa Allah. Tapi akh, ana sangat2 malu nk kembali ke sana.

Wa'alaikumussalam. Masa form 4 otak tak matured lagi. Lebih kepada provokasi je diri kita. Takut itu ini. Takpe. Tak perlu malu. Mai je sana balik. Bumi waqafan menyambut kedatangan alkisnya sentiasa :)

apa pendapat ismail pasal ahli sufi?

Ahli sufi ni kompleks dan sangat sukar untuk difahami kalau sekadar guna akal je. Karya sufi sahaja dah cukup buat kamu pening. Dunia yang sangat kompleks tapi menarik.
Liked by: ginger.

Related users

klau stam bole apply u mana je?

Hampir semua universiti kat malaysia yg ipta terima stam. UM, UKM, UIA, USIM dan yang sekufu dengannya.
Liked by: NH Wi ettiie

Assalamualaikum akh... apa beza f6 dgn asasi...yg mana lbih murah?

Wa'alaikumussalam. Rasanya f6 lebih murah. F6 bila habis ada sijil STPM. Asasi kalau habis belum ada sijil apa-apa lagi. Masih guna spm untuk apply sambung belajar. Kan? Wallahua'lam
Liked by: afifah adawiyah

Jumpe di al azhar nanti,akh! InshaaAllah. Akh taqi, sayuti, dan akh arif semua mohon al azhar juga ke?

Insha Allah semua tengah selesaikan urusan ke sana. Jumpa nanti 😉
Liked by: Sunflowers Lichaaaaa

Tumpang tnya, bentuk punggung seorang wanita juga aurat kan? Kita dah labuhkan tudung dah. Baju pun besar tapi still nampak lagi bentuk badan. Maaflah sebab kita ni gemuk

Jap ya. Pertama kamu kena faham konsep tutup aurat dulu. Aurat dikira sebagai ditutup apabila warna kulit di kawasan aurat tu tidak kelihatan. Dalam kata lain, bila kawasan aurat tu ditutup warna kulitnya, walaupun sekadar setebal tisu (yang biasanya akan tutup warna kulit kan) maka itu dah dikira menutup aurat.
Ok yang itu satu perkara.
Perkara kedua adalah menimbulkan syahwat. Walaupun menutup aurat, dah tertutup semua warna kulit di bahagian aurat dengan kain, tetapi pakaiannya masih ketat, atau masih boleh mendatangkan syahwat bagi lelaki. Maka dia berdosa pada mendatangkan syahwat yang mana akan dedahkan diri dia pada fitnah. Tapi dia tidak berdosa kerana tidak menutup aurat..
Jadi konsepnya macam tu.
Jadi untuk soalan bentuk punggung aurat atau tidak, maka jelas ia bukan aurat. Selagi mana warna kulit tertutup dan tidak nampak pada orang lain.
Tetapi bentuk punggung adalah mendatangkan syahwat. Maka dia tidak berdosa pada mendedahkan aurat tetapi pada mendatangkan syahwat.
Cuma nya bila badan berisi sikit kan. Yang tu yang jadi problem tu. Makanya, carilah baju yang paling besar yang kamu mampu beli. Dan sekiranya masih menampakkan bentuk badan maka itu dimaafkan. Ikhtiar dah habis mampu dah tapi masih nampak lagi bentuk badan, maka dimaafkan.
Wallahua'lam

View more

Pembetulan akhi , bukan hemophilia tapi pedophilia haha

Haha syukran tak tahu macam mana boleb popup jadi perkataan hemophilia. Padahal hemophilia tu penyakit. Akibat lama tinggal biologi. Rindu nak belajar balik ni..
Liked by: Sunflowers Lichaaaaa

Apa beza STAM di SABK spt SAM dan MITS berbanding STAM di KISAS

tak ambil STAM kat SABK atau mana-mana pusat STAM lain. tapi berdasarkan sembang-sembang dengan kawan-kawan yang ambil di sekolah lain, STAM diorang belajar dan menghafal tension. plus belajar laju nak kejar muqarrar. ada sekolah yang banyak cikgu dia je bentang, sebab nak jimat masa.
Kalau kat kisas hampir semua subjek kami yang bentang, kami yang cari bahan sendiri, kami yang susun jadual sendiri dll. dan kami jugak dalam masa sama guru bahasa arab untuk kawan-kawan yang ambil STPM. Jadi mengajar dan belajar dalam masa yang sama. macam tulah.

Ada bercadang nak amik f6 kisas. Idk, ana mohon semua, ipg, matriks, f6. Semua mohon.

ouh Masha Allah. cuma nak cakap kalau amik f6 kat kisas memang bukan pilihan yang silap insha Allah. tak kan rasa tersia-sia dua tahun tu.

tips nak mumtaz adab nusus, mustolah n tafsir.

Adab nusus erm.. Paling penting hafal syeir hafazan. Lepastu cover tajuk-tajuk. Kalau boleh ada tasawwur setiap tajuk dalam kepala.
Mustolah kena faham teks sungguh. Walaupun tak pernah baca, kena tahu teks tu paling pun sikit. Makna kata kena rajin selak muqarrar mustolah lah. Lepas tu kena tambah mufradat basic. Kata lawan kata seerti kena tahu lah. Ketiga, kena kuasai buat ayat. Kalau boleh ayat kena target markah penuh.
Tafsir... Kalau ana lah, ana jenis study dengan fahamkan setiap satu perkataan yang Al-Quran guna tu. Function dia adalah kita tahu cerita apa ayat yang dia mintak. Tafsir boleh reka, tapi kefahaman atau kehendak ayat tak boleh reka.

Boleh tak terangkan pada saya apa beza stam dan stpm kisas ?

banyak sangat beza dia ukhti. beza stam dengan stpm yang biasa macam silibus apa semua tu memang tahu lah kan. stam arab semua, stpm bahasa melayu kecuali subjek bahasa arab. stam kisas sama panjang dengan stpm (setahun setengah).
stam kisas tak ramai, jadi dia lagi berfokus. dan masa dia lagi panjang, jadi belajar lagi dalam dan lagi lama. yang tu benefit paling besar stam lah. belajar relax sikit. tak tertekan sangat
stpm di kisas sibuk. tertekan pun boleh tahan jugak. walaupun subjek sikit tapi sibuk lagi stpm sebab silibusnya banyak.
wallahua'lam. nak ambil f6 kat kisas ke?
Liked by: rusyd Mim Nobody

Selain mesir boleh pergi negara mana eh utk stam ?

baru-baru ni ada dengar stam juga ada tawaran ke turki. tapi tu kena research lagi lah. mesir tu confirm.

kisas boleh ke amik stam even dia aliran ikhtiasastera, package (arab pqs psi akaun sains biasa)

Boleh.

Akh, better amik stam ke or amik stpm (usuluddin/syariah) di kisas?

Ikut kamu lah. Kalau memang ada niat nak ke mesir, better ambik stam. Tapi kalau niatnya nak dalam negara ni, stpm memadai dah

Next

Language: English