@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

akh, kan elok berguru dari membaca buku. jadi saya akhwat, nak keluar rumah untuk berguru tu sangat lah susah. sebab salah satunya saya sorang anak perempuan dan bawah 17 tahun. jadi boleh tak saya hanya baca buku saja tanpa berguru? harap dapat jawab.

baca lah. takde masalah pun. cuma jika musykil kamu kena rujuk para ulama dan asatizah. lagipun sekarang dah mudah. internet tu dah boleh bantu macam-macam. kalau pun tak mampu nak berguru, misal tak dpt ke Darul Murtadza Habib Ali, boleh sahaja ikut kuliahnya di youtube. sebenarnya dah takde alasan dah tak bleh mengaji zaman ni. nak ke tak nak je.

Kenal tak Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.?

Ulama Nusantara yg masyhur. Syeikh Fuad hfz. adalah mudir Kolej Islam As-Sofa di bawah Yayasan As-Sofa.
Syeikh merupakan antara orang yg mendapat gelaran Al-Maliki walaupun beliau bermazhab syafie yg dianugerhkan Abuya Sayyid Al-Maliki Al-Hasani. yg diberi gelaran itu oleh Abuya cuma Syeikh Fuad dan Syeikh Fahmi ZamZam tak silap ana.
Syeikh antata contoh ulama yg kaya dan sangat dermawan. rumah syeikh sgt besar dan rumah beliau dijadikan tempat beliau mengajar dan tempat pelajar kalau tak silap.
Syeikh Fuad Al-Maliki As-Sanusi drpd Tariqat As-Sanusiyyah.
cerita-cerita ni sahabat ana yg cerita sebab beliau pernah mengaji dgn syeikh. Ana tak pernah lagi. doakan mudahan ada peluang berguru dgn beliau.
wallahua'lam

Related users

Macam mana nak terapkan dalam hati supaya istiqomah utk berubah? Misalnya kita memakai jubah dan melabuhkn tudung ttp apabila melihat perempuan lain yg memaka tudung tp memakai skinny dan auratnya tdk ditutup dgn sempurna, kita merasakan bahawa dia cantik & timbul perasaan ingin memakai skinny semul

tips dia, jangan layan syaitan tu.
dan nak bagi kamu yakin sikit kan, kamu ingat ni. lelaki ni pandang seorang wanita cantik pada ana atas dua sebab.
satu sebab dia memang cantik dan rasa nak kahwin dan nak buat dia jadi isteri
satu lagi sebab dia mmg cantik tapi tak rasa nak buat isteri, rasa nak lepas nafsu ke dia.
jadi yg pakai ketat segala, termasuklah skinny apa semua tu, kalau yg cantik yg pakai, dia tergolong dlm yg nombor 2. dan kamu rasa berharga ke kalau lelaki pandang kamu cantik sebab nak lepas nafsu ke kamu semata?
kalau ana tak sanggup.
jadi jadilah yg nombor satu. semat dalam diri. biar Allah gerakkan hati lelaki utk suka kamu sebab kamu mmg selayaknya disukai, dgn akhlak baik, pakaian pun terbaik dll. jangan kerana nak lepas nafsu sahajaaaa...
wallahua'lam

Terasa diri ini hina sangat . dah berapa kali minta ampun dgn allah . tapi tetap buat perkara maksiat jugakk .. allahu . saya dah jauh dr Allah . bantu lah saya .. mcm mana saya nk jauhkan diri sy dr perkara2 maksiat? dah bertaubat byk kali. tp tetap buat jugakkk ..

taubat lagi, buat lagi taubat lagi.
sampai tahap kamu akan rasa malu,
aku dah taubat, tapi aku buat lagi, tapi aku taubat lagi, dan Allah masih lagi dengar taubat aku.
memang malu, tapi apa yg kamu mampu. dah usaha habis dah. tak mampu jugak. dan berdoalah pada Allah, biar Allah tukar hati kita dengan hati yg baharu.
jalan mujahadah ni memang pahit, kena kuat. kena qowiy.

saya tegur dia pasal inai tapi dia balas macam marah tapi dia tunjuk yang dia tak marah. tapi saya tau dia marah.

jangan gopoh dalam menegur org. kena ingat manusia bukan boleh berubah sekelip mata. tegurlah dengan hikmah, iaitu bijaksana. bijak dulu. fikir mcm mana nak kurangkan dan fahamkan dia slow-slow. kemudian barulah boleh fikir mcm mana nak berhentikan guna dia.

Slps buang air besar, pastu basuh sampai hilang semua, then x lame ada lagi bau hasil dari buang air besar tadi padahal dh cuci smpai xde bau sume dah.....sah solat x camtu?

kalau mmg bau tu tal boleh nak hilang padahal kita dahbgosok dah habis-habisan tangan. maka sah je solat.
Liked by: ana Hanif

kain rida' tu kalau kain pelikat pun boleh ke? ke kena beli yg ada lambang capal rasulullah baru kira sunnah?

kain pelikat pun bleh. nak guna shawl muslimat yg RM10 satu tu pun boleh. yg penting letak di bahu
Liked by: Am. Lichaaaaa Adawiyah.

Kalau solat kita on off mcmana? Contohnya, kita start baligh umur 14tahun. Sekarang kita 18tahun. So 4tahunlah solat yg kita kena qada'? Walaupun on off?

agaklah. on off tu agak-agak berapa. kalau mcm kamu takkan semua kamu tinggalkan. jadi mungkin 2 tahun atau 3 tahun. yakinkan satu nilai dan qada lah.
Liked by: yuniee_ rahmah

rida' tu apa2 kain pun boleh kan? tuala pun kan?

kalau ikutkan sunnahnya adalah apa-apa kain yg dipakai dibahagian atas, tak kisahlah bahu ke, leher ke. apa-apa je termasuklah kain dll
Liked by: yuniee_ Am.

Wahhabi ni wajib diketahui umum,ia bukannya suatu perkara yang membuang masa dan tidak patut dibiarkan kerana Wahhabi sedang mengembang diseluruh dunia termasuk Malaysia and Mekah.so kena terangkan umum dengan lebih terperinci mengenai Aqidah Wahhabi.Jauhi Wahhabi Aqidah terpelihara,Insyallah

ana tak nafikan mmg aqidah wahabi tu terpesong. mujassimah yg mentajsimkan Allah, memang lah terpesong. tapi yg ana lihat dan perhati hari ini, di Malaysia kita belum smpai lagi berhadapan dgn wahabi. tapi kita berdepan dan bersemuka dengan salafi. kalau kamu tolak yg salafi tu beza dgn wahabi tu cerita kamu lah. tapi ana pegang salafi berbeza dgn wahabi di malaysia ni. dan ana berkawan dengan ramai jugak kawan yg bermanhaj salafi dan bagi ana mereka belum lagi taraf mujassimah. aqidah mereka tidak mentakwil Allah tetapi menyerahkan maksud atau takwilan itu pada Allah.
Kita memang kena terangkan umum. tapi ana tak setuju kita gopoh dalam menerangkan masyarakat ttg hal ni. sebab hal mereka masih khilafiyyah. yg mereka buat punya dalil dan yg kita buat juga punya dalil.
Bila kita nak menerangkan wahabi pada umum, maka kita kena adil dalam menerangkan. jangan campurkan penerangan kita dengan emosi dan nafsu kita. memang benar, kita dendam. siapa tak dendam mereka yg musnahkan kubur awliya' buang, atsar sahabat dll. semua tu memang buat kita marah dan dendam dgn mereka. tapi bila tunaikan hak orang, kita kena adil. itu yang Rasulullah ajar kita. nak terangkan kebatilan wahabi, jangan lupa jugak untuk terangkan sumbangan mereka pada Islam. para ulama yg kita kata cenderung ke arah mereka seperti Syeikh Ibnu Taimiyyah dll semua punyai jasa walaupun sedikit dalam Islam. dan kita tak boleh nafikan jasa mereka keran itu sumbangan mereka.
dan kamu kena faham yg wahabi ni masih lagi mazhab dalam Islam. mazhab pemahaman Islam. jadi antara mazhab fahaman dalam Islam dengan kuffar yg betul-betul batil dan bercanggah dgn kita macam liberalisme, sekularisme, pluralisme, hedonisme, feminisme, humanisme dll yg jelas kekufuran dia dan bercanggah, yg ni lebih aula dan utama utk kita fahamkan masyarakat. sebab berpegang pada mereka boleh buat iman kita terbatal dan terpesong. Ini yg perlu kita sama fokuskan dalam masa sama tidak nafikan perlu juga terang pasal wahabi dll. jadi kamu kena faham antara yg utama dan yg paling utama dalam fiqh awlawiyyat.
ana sokong nak pejuangkan pencerahan pada fahaman wahabi, tapi ana tak sokong kalau sekadar pejuangkan kefahaman ttg wahabi tapi tak nak fahamkan masyarakay ttg hal mcm hukum Allah spt hudud qisas dan ta'zir dan memahamkan msyrkt tentang kebatilan komunisme dll.
Asif jika menyinggung sesiapa.
wallahua'lam

View more

kalau lelaki pakai inai saje2 kat kuku atau tempat bukan di uban tanpa motif buleh ke? dan buleh x lelaki inai seluruh rambut dia atas tujuan nak org kata nampak muda ke?

tak boleh sahabat. inai tu perhiasa perempuan. nak pakai perhiasan lelaki, pakai lah serban, jubah, rida', cincin. banyak lagi sunnah lain.

Saya ada baca jawapan yang bawah-bawah. Jadi, bolehlah orang lelaki tengok TV yang memang ada aurat perempuan selagi tak menimbulkan syahwat?

boleh itu khilaf para ulama. sebahagian kata boleh dan sebahagian kata tak. nak selamat, keluar dari khilaf dengan jauhi benda tu (tengok aurat org di TV). wallahua'lam
Liked by: pqzamri apizjanuzaj

Next

Language: English