@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Ilmu i'lal tu apa ya sheikh minta terangkan

Ilmu i'lal tu cabang ilmu sorf. Kena ngaji stam lah. Penat nak cerita kat sini 😅
I'lal ni ilmu tukar baris untuk sedap sebut perkataan (itu bukan takrif betuk dia jangan jadikan rujukan pulak). Lebih kurang gitu lah.
Contohnya:
يَقْوُلُ di i'lal kan jadi يَقُوْلُ
Sebab يقْوُل tu tak fasih (susah nak sebut) jadi di i'lal kan baris waw tu kepada huruf qaf maka jadilah sebutan dia يقُوْل
Ha tu lah basic dia lebih kurang. Baru satu bahagian i'lal. I'lal ada tiga bahagian. Pecah lagi bawah-bawah tu beberapa anak-anak dia 😅 err..
Wallahua'lam. Boleh amik stam dah tu. Haha

@ahmadalif dia nak ambil syariah dekat jordan. antara jordan dgn mesir mana lagi baik?

Kamu tanya ni untuk course syariah ke umumnya antara jordan dan mesir mana lagi baik?
Saya jawab yang umum ya...
Masing-masing ada lebih masing-masing. Ikut matlamat kita nak apa.
Kalau Mesir, budaya ilmu dia subhanallah. Sangat baik. Nak talaqqi dengan masyaikh apa semua memang banyak. Kelas talaqqi berlambak. Kalau dalam satu masa sama kadang bertindan sampai 3 ke 4 kelas talaqqi. Tu budaya dia. Baca matan hafalan salah dalam bas, orang sebelah tegur rilex je. Ha. Tu suasana dia.
Tapi bahasa arab di mesir kurang. Mereka lebih suka cakap bahasa pasar. Hatta dalam kuliah lecturer guna bahasa ammiy (pasar) jugak. Makanya kalau nak belajar bahasa arab, mujahadah kena tinggi
Beza di jordan. Jordan walaupun kelas talaqqinya tak seperti mesir. Tapi bahasa arab di jordan gah. Dalam lecture wajib bahasa fushah (bahasa arab rasmi yang kita belajar kat sekolah tu) dilarang guna ammiy. Budaya bahasa arab fushah kalai cakap dengan orang biasa-biasa diorang raikan.
Kalau mesir cakap bahasa fushah orang mesir gelakkan kita. Ammiy mesir dah lah jauh betul dari ammiy arab saudi. Jadi tu sebab bergantung pada masing-masing lah. Niat apa kita datang.
Kalau tanya ana, ana memang prefer mesir la.

View more

tu lah masalahnya nak mohon dekat manaaa

😱 belum mohon lagi ke.
Ce try sini
drive.google.com/file/d/0BwUAPaMGYx2mX2tXcGRjeXNfTWM/view

Spm 2015 ke ?? Btw ....tolong share acc asefem akhawat kisas yg masih bersekolah...thanks

Spm 2013. Erm pakai phone ni susah nak share lah. Tengok yang mana saya like tu yang tu lah. Insha Allah akhawat kisas ni account mereka semuanya bermanfaat. Insha Allah.
Liked by: Nobody

abang, kawan ana dari sbp. boleh tak, nak mohon kisas stpm?

Boleh. Dialu-alukan. baik cepat print dan isi borang rayuan kemasukan tingkatan 6 tu. Tarikh tutup dah nak dekat.
Liked by: Nobody

ouh ni amik lower 6 jelah. sbb tak silap ana, masih ada batch as-siddiq yg form 6 .ke tu upper 6? syukran bagi nasihat:)

Haha kat kisas mana boleh amik lower 6 je untuk pengetahuan kamu. Batch As-Siddiq dah takde dah kat kisas. Last tahun lepas. Tahun ni tu batch 59 Al-Faruq. Diorang upper 6 tahun ni.
Afwan.

Lelaki ni, akan teransang kalau nampak perempuan cantik seksi or perempuan hodoh seksi or perempuan cantik tak seksi or perempuan hodoh tak seksi? saya curious

Kajian barat menyatakan lelaki lebih tertarik pada muka berbanding bahagian badan wanita yang lain. Dan kajian ni juga menunjukkan, walaupun badan perempuan tu lebih menarik, lelaki akan tengok pada wajah lebih dahulu daripada badan. Tu fakta.
Jadi perempuan cantik itu pastinya pilihan pertama pada lelaki berbanding yang lain (tubuh badan dll)
Wallahua'lam

masih stayer ke? batch ke berapa kat kisas? nama batch? ada nasihat utk batch-62 ?

Alhamdulillah. Dah menamatkan umur stayer ni dengan selamat.
Alhamdulillah Batch 58 As-Siddiq
Adik-adik Batch 62 ya? Barakallah. Banyak kali dah pesan dan akan terus pesan, bumi waqafan ni umpama satu kebun dan ladang yang besar. kebun yang dah menghasilkan banyak buah-buahan daripada macam-macam jenis. Dan buah-buahan ni dah banyak beri manfaat pada semua makhluk yang pernah mengambil manfaat dari buah-buahan ni.
Adatnya, bila makin ramai yang memetik buah dan mengambil manfaat, akhirnya buah itu akan habis dan kebun akan kehabisan buah-buahan, ladang akan kering daunannya.
Jadi selaku orang baru di yang juga mengambil manfaat dari kebun atau ladang ini, selalu kita ingat, jangan dilupakan sambil memetik, sambil menanam semula buah-buahan di sana.
Kita makan habis buah, jangan dibuang bijinya, tanamkan semula. Mungkin tidak dapat kita lihat hasilnya setahun dua tetapi percayalah, buah yang kita tanam akan ada orang yang memetiknya di kemudian hari.
Jadi selamat menikmati buah-buahan di bumi waqafan. Ambil lah manfaat sebanyak yang mampu selagi kamu masih ada masa di bumi itu. Jangan pernah rasa malas dan menyesal ke sana. Kerana mutiara di sana tidak pernah penat bersinar untuk kamu cari, tapi kamu yang selalunya penat untuk mencari. Maka jangan putus asa. Rasailah kemanisan bumi itu walaupun macam mana berubah dan penat sekali kamu di sana.
Its worth your effort. Insha Allah.
Sirru ala barakatillah 😊

View more

apa hukum berhias sebelum solat? i mean like pakai telekung cantik, mahal and etc. Ty💕

Memang digalakkan untuk berpakaian daripada pakaian yang bersih dan terbaik bila menghadap Allah S.W.T. Bahkan sunat untuk memakai wangi-wangian sebelum solat.
Jadi takde masalah nak pakai telekung apa pun kalau solat sendiri. Cuma bila solat di kawasan yang ada ajnabi, lebih elok untuk elakkan pakai yang warnanya boleh menarik perhatian mereka. Tapi kalau memang ada tu je, takpe. Takde masalah.
Wallahua'lam

Aslmualaikum.. Nak tanya.. Kalau mandi betul ke kene tutup aurat?..

Wa'alaikumussalam. Aurat kita dengan diri sendiri adalah kemaluan kita dalam mazhab Imam Syafi'e. Maka jika mandi harus hukumnya kita tutup kemaluan kita. Adapun makruh sahaja hukumnya bila kita berbogel atau bertelanjang ketika mandi. Wallahua'lam

Next

Language: English