@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Salam. Sekiranya kawan sy ni tak perasan dia terpegang najis tapi kita nampak dia pegang najis tu, tak wajib kan bagitahu dia? Walaupun kita sorang je tahu tapi dia tak tahu, dia dikira suci kan sbb kejahilannya? Atau sy kena bagitahu dia yg dia terpegang najis..

Wa'alaikumussalam. kena bagitahu. hak kita atas dia untuk bagitahu yg dia terpegang najis.
selagi mana dia tak tahu, dia memang dikira suci. tapi kalau kita tahu dia kandung najis, wajib beritahu dia. hak muslim atas muslim yg lain

Wajib ke sy bagitahu dkt kawan ni yg bajunya bernajis?cth haritu anak buah sy kencing atas lantai dan kencing tu dah kering jadi najis hukmi lah kan tapi kawan sy duduk dkt atas lantai tu guna seluar basah. Wajib ke sy bagitahu yg seluar dia najis?

mana ada seluar dia bernajis. sebab najis hukmi tak berpindah.
cuma tempat tu kena bersihkan kalau nak solat.
faham?

Related users

Owh , spm ? Rmai budak kisas cuti pnjang g BQ kan . De ustaz promote ke? ni kt DQ ex kisas de sini , mubarak , aiman , munir , haniff n lain2 .

takde lah. kami lah promote sama kami.
Liked by: @@e@@

"Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) & banyak beramal untuk bekalnya di akhirat kelak." (HR.Tirmidzi)'sekadar perkongsian :)'

syukran.
Liked by: @@e@@

Roh org mukmin ade di mana selepas dia meninggal adakah sama tempat dgn roh org kafir ? minta pandangan dari setiap mazhab . Syukran

Roh ni urusan Allah S.W.T.
serahkan sahaja urusan ini pada Allah.
tak perlu sibuk kita fikirkan.
dari fikirkan dia, baik fikirkan amalan dan persiapan ruh kita.
wallahua'lam
Liked by: MC

kalau wanita ma'zurah masuk masjid untuk melihat keindahan masjid salah ke ? and kalau org kafir yg dibawa melawat masjid seperti yg berlaku di masjid2 besar seperti putrajaya boleh kan ? jadi kalau prmpuan ma'zurah takkan tak boleh masuk?

masuk masjid ni banyak qaul ulama. yg kita boleh ambil adalah wanita ma'zurah dilarang masuk kawasan sembahyang (dalam masjid). luar masjid tu boleh lagi.
boleh je orang kafir masuk masjid selagi mana niat mereka datang bukan untuk bermusuh dgn org Islam.
wallahua'lam
Liked by: mir

kalau saya terlupa tahyat awal kemudian saya terus berdiri. sambil berdiri tu saya baru teringat dan buat balik, kira sah ke?

sah je.

salam. nak tanya, perempuan sedang uzur sebenarnya boleh potong kuku ke tak ? saya was was.

wa'alaikumussalam. boleh sahaja. cuma ianya makruh. wallahua'lam
Liked by: na.

apa beza manhaj salafi dgn asya'iroh ?

banyak beza.
tapi yg penting dua-duanya pun ahlus sunnah wal jamaah.
cuma di tanah melayu ini yg masyhurnya asyairah dan maturidiyyah.
maka janganlah kita saling tuduh menuduh yg kita lain dgn mereka.
kurangkan perbezaan, banyakkan persamaan.

saya pakai seluar tight untk tutup lutut time main bola . Kdg2 , kita injured dan fisio dtg untk check . fisio terpakas buat rawatan cth di bhg paha yg memaksa kita selak tight dan sekiranya ia dihdpan penyokong prmpuan yg hadir , berdosakah kita ? harap fhm situasi dan mohon pencrahan . Syukran

insha Allah takde masalah sebab dia perkara yg dharurat, yg kalau tak ubat waktu tu jugak boleh bawak musibah yg lebih besar. dimaafkan insha Allah.
afwan.
Liked by: Akmal

salam . boleh tak kalau seorang perempuan nak potong rambut kat auntie non muslim ? ada khilaf tak pasal hal ni ? syukran :)

wa'alaikumussalam.
seeloknya keluar dari khilaf para ulama.
potong dgn perempuan yg muslim.
sbb ulama bpendapat aurat wanita muslimah dan orang berlainan agama (non-muslim) adalah seperti aurat dgn ajnabi melainkan beberapa keadaan yg ada rukhsah.
wallahua'lam

sy yakin lantai tu takde aini najis, cuma lantai tu x disamak lah oleh tuan rumah. Boleh ke pijak dgn kaki basah?

boleh je

Akhi, jawab lah yg kalau pasal kawan saya pakai kasut kulit babi. Kami share rumah tapi dia bukak kasut lah setiap kali nak masuk. Cuma kaki dia basah masa pakai kasut tu and dia masuk je rumah dgn basah basah tu. Keadaan lantau najis ke?

lantai tak najis pun. najis cuma pada kaki kawan tu. dia kena samak setiap kali bukak kasut tu.
nasihat kawan tu tukarlah kasut.

Antara solat rawatib dan solat sunat yg lain, which one should be done first?

Solat rawatib sudah pasti.
sebab solat tu dituntut dilakukan sebelum/selepas solat
berbanding solat lain yg tiada tuntutan tertentu.
maka yang dituntut lebih utama.
wallahua'lam

boleh bagi penjelasan tentang R4BIA ni ke?? Ada yang kata itu ajaran sesat sebab lambangnya tu..harap boleh bagi penjelasan secepat mungkin

eh takde lah.
banyak tafsiran rabiah tu.
dan tafsiran yg mudahnya adalah:
jari pertama: Allah Ghoyatuna (Allah matlamat kami)
jari kedua: Rasul Qudwatuna ( Rasul Ikutan kami)
jari ketiga: Al-Jihad Sabiluna (Jihad jalan kami)
jari keempat: Al-Mautu fi sabilillah Asma Amanina (Mati di jalan Allah cita tertinggi kami)
dan ada tafsiran lain yg kata setiap satu jari tu mewakili tuntutan rakyat Mesir.
tapi yang pasti bukan simbol ajaran sesat gitu lah.
wallahua'lam

Next

Language: English