@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

boleh tak bagitahu macam mana nak dapatkan tidur yang nyenyak? kerana saya sudah 2 minggu tak dapat tidur.

amalkan apa yang nabi ajar sebelum tidur .
mula dengan ambil wudhuk , kemudian baca Al-Mulk (juzu' 29) ,
kemudian sebelum tidur , kibaskan dulu tempat tidur sambil baca 'la haula wa la kuwwata illa billahil adzim' . kemudian , baca ayat kursi , baca tiga kul . baca bismillah 21 kali dan sapu seluruh badan kecuali kemaluan dan tapak kaki . kemudian baru tidur . tidur mengiring ke kanan menghadap kiblat . insha Allah , Allah permudahkan kamu nanti :)

Related users

Mungkin tntang yasin tu dya ada dngar mna2 kowt..tp tak selidik kesahihannya..mcm dngar nasihat walau dri seorang pelacur tu..still ada yg kata tu hadis nabi.. :)

actually memang ada hadis yg mirip mcm dengar pelacur tu . nabi bersabda lebih kurang mafhumnya , ambillah apa yang baik drpd seseorang walaupun dia penzina . begitu lah lebih kurang . Allahua'lam . semoga Allah permudahkan urusan dia mencari kebenaran yang hakiki amin .

assalamualakum, saya nak tanya, macamana nak ucapkan selamat hari lahir dan semoga panjang umur dalm bahasa arab kepada seorang kaum adam ? Saya musykil betul ni.

wa'alaikumussalam . selamat hari lahir : sanah helwah alaika
wallahua'lam

boleh x..klu lpas kita brwduk..lpastu kita lap kwasan wuduk kita dngan kainn

antara perkara makruh ketika berwudhuk adalah mengelap air pada anggota wudhuk . tersebut dalam kitab fiqh dan hikmahnya adalah kerana apabila kita lap , ia seperti kita tidak suka akan air yang kita wudhuk itu , sedang air itu sgt suci .
wallahua'lam
Liked by: Mohamad Afif unknown

Eh sorry menyampuk . Haritu masa presenter akidah ambik tajuk bidaah pun ada masukkan bab baca yassin malam jumaat . Tapi ia di kategorikan sebagai bidaah hasanah lah .

na'am jiddan .
memang ia bid'ah hasanah .
tetapi yang ana kata tadi , dia jenis yang tak terima bida'ah .
bagi dia semua yang bida'ah tu sesat belaka .
semua bid'ah dholalah .
orang macam nilah ,
dah ada kat depan mata kebenaran pun tak nak terima .
maka yang ana maksudkan siapa yang membida'ahkan sesuatu tu
ana maksudkan bida'ah dholalah
sebab istilah bida'ah itu masyhur diguna oleh orang-orang tak btanggungjawab ni sbagai bid'ah dholalah .
jadi fahamlah yg ana maksudkan tu bid'ah dholalah ,
laisa bida'ah hasanah

Akhi, ada org kata yaasin di malam jumaat itu hanya bidaah shaja..kan kita disuruh bca al kahfi..then dya assume yaasin tu sbgai bidaah.. =.=''

Amboi suka-suka je bida'ah-bida'ah benda .
hebatnya sahabat kamu ni .
lagi hebat dari ulama lah dia ni .
?
tau tak sejarah yasin ni , kenapa dia dibaca malam jumaat khusus ?
sebenarnya tak dikhususkan pun baca malam jumaat ,
tapi disebabkan dulu , waktu Islam mula tersebar ditanah melayu ,
orang melayu baru belajar baca Al-Quran , jadi ulama nusantara kita bincang
macam mana nak jadikan orang Melayu yg baru masuk Islam ni nak kenal Islam dan ada amalan mereka sendiri ,
sebab kalau tak , diorang akan keluar minum , judi dsbnya .
maklumlah baru masuk Islam , Islam tak kuat .
lagi malam jumaat , berzina dll kan .
jadi ulama ajarkan amalan baca yasin khusus pada seminggu mesti baca sekali . atas dasar nak mengajar orang melayu . dan yasin juga Rasulullah bersabda hatinya Al-Quran . maka , nak harapkan orang melayu baca Al-Quran , sangatlah susah , maka diletakkan baca Yasin berjemaah .
jadi , balik pada kawan kamu .
hebat kawan kamu . kalau ada masa kata kat dia ana kirim salam .
betul AL-kahfi itu adalah sunnah yang diajarkan Nabi untuk dibaca pada Hari jumaat . cumanya Al-kahfi ini surahnya panjang . kamu nak harap orang baca . cuba kamu suruh kawan kamu tu pastikan budak kelas dia semua baca Kahfi . boleh tak ? susah kan ?
hah gitulah . maka dibuat jemaah . kalau boleh buat kahfi jemaah . silakan .
kemudian yasin kalau kamu tak nak buat , tak payah buat dia malam jumaat .
tapi soal nak kata yasin tu bidaah , ana rasa takde kitab yang kata baca Al-Quran pada malam jumaat itu bidaah . kalau ada boleh bawak tunjuk ana .
apakah salahnya orang membaca Al-Quran , bahkan hati Al-Quran pada malam jumaat atau malam-malam lain . yang salahnya tak baca Al-Quran . daripada tinggal semua , lebih baik buat sikit . itu kaedah fiqh ajar .
rasa lagi hebat dari ulama nak ijtihad sendiri ya ?
kamu tak sedar kamu buat bidaah yg lagi besar iaitu membidaahkan org lain .
istighfar lah kamu dan habiskan kahfi kamu .
kamu betul tak smestinya org lain salah .
please hadam konsep ni
allahu mustaan
allahu yahdi alaika .
afwan ala kulli hal
wallahua'lam

View more

betul ke merokok tu haram? maksudnya, kalau hisap tu berdosa. memang takda kata dalam al-Quran, tapi kalau memudaratkan kesihatan, kira haram la kan?

memang hukum dia haram . dah diijmakkan dan disepakati ulama muktabar hukumnya haram . tetapi hukum haramnya tidak membatalkan hukum yg terdahulu iaitu makruh . tetapi memang dilarang membinasakan diri sendiri .
firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : "Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan"
wallahua'lam

solat yang tidak khysuk masih sah dan diterima Allah ke akhi?

syarat diterima atau ditolak sesuatu ibadah adalah ibadah itu ikhlas dan dianjurkan syarak .
solat yang tidak khushuk sah , tetapi istilahnya ia cuma melepaskan diri dari taqlifan solat fardhu tetapi tidak sampai membawa diri kita untuk dekat dgn Allah .
yang terbaik adalah khusyukkan solat .
wa billahit taufiq
wallahua'lam

haha xD rindu T^T nak dengar *pekik

kidpoyo’s Profile PhotoOyo
oyo ni kan .
pekik la , bukan ada orang dengau pun hmm :D
nanti la , kita qasidah sesama ya .
mail pun lama dah tak qasidah kot
Liked by: Oyo

Macam mana nak buang sifat dengki dekat kawan? kelebihan yang ada dekat dia buat selalu rasa tak senang duduk. Saya pun tak mahu perasaan ni terus ada. Sebab bg saya, kalau ada rasa dengki tu, tu bukan sahabat yang sebenarnya. Tapi, keadaan selalu buat rasa macam tu selalu timbul. mcm mna nak buang?

hasad itu penyakit hati
diri rasa tak senang dengan kelebihan orang lain
nak ubati hasad , spesifiknya ana tak tahu
cuma ana nasihatkan ,
kamu kena rasa yang nikmat yang kamu ada sebenarnya lagi baik dari yg dia ada
cuma nikmat tu kamu tak nampak hikmah dia sahaja
jadi bila kamu pandang dia , kamu takkan rasa iri hati
sebab nikmat kamu lagi baik dan sesuai utk dirikamu
firman Allah dlm Al-Quran mafhumnya :"boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu dan apa yang kamu tidak suka itu baik utk kamu"
jadi , lapang dada sentiasa dgn nikmat Allah
wallahua'lam

alamak, kantoi pula. xD haha rindu T^T nak dengar suara seksi mail tu. haha

kidpoyo’s Profile PhotoOyo
haha , suara seksi mail je . suara seksi dan menggoda oyo bila mahu keluar ? haha :D comme mon le oyo .
Liked by: Oyo

awak kenal saya lah mail. takkan tak kenal saya T^T

hmm , gaya mcm oyo je . mcm syahmi pun ada .
awak ni buat saya waswas . tapi saya cenderung pada mengatakan awak ni nur hakimi jasmi , kan ? :)

PAP ( Post A Picture ) that you wanna share with your followers ^^v or PAA ( Post An Advise ) that can inspire your followers ^^v *You can choose either one and you my use any languages that suit yourself :) *If you wish to not answer my question, just type " M " in the answer's box.

Ladymeyrawandy’s Profile PhotoAnna Stasia
jika kamu pernah ditarbiyyah
sematkanlah ia molek-molek di hatimu
kerana tarbiyyah bukan segalanya
tetapi segalanya bermula dengan tarbiyyah
bumi tarbiyyah di hatiku ~

Next

Language: English