@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Dh tk bljr dkt pondok ke ?

ana mmg bukan pelajar sepenuh masa pondok pun . daurah2 gitu je .
sekarang join pengajian kilat matan abi syuja' di IPG

Related users

mcm mana nak istiqamah akhi ana selalu terbabas bila solat pun ana tak betul2 feel mcm mna ni akhi mohon pencerahan :(

istiqamah khusyuk dalam solat ya .
Sayyidil Habib , Habib Umar Bin Hafidz hafizahullah pernah berpesan kepada muridnya bahawa khusyuknya solat itu bergantung kepada sempurnanya wudhuk kerana sabda Nabi S.A.W , "tiada diterima solat seseorang yang tidak berwudhuk untuk solatnya"
maka , guru kami , Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail hafizahullah , nak datang khusyuk dalam solat itu perlu dilihat kembali pada wudhuk kita .
sempurnakah fardhul wudhuk kita ?
kemudian , sunat-sunat ketika berwudhuk , adakah kita lakukan sunat-sunat wudhuk ? berkumur , masuk air dalam hidung , basuh telinga dll .
perkara maruh tika berwudhuk ,
adkah kita elakkan ?
jika kita pandang remeh semua ni ,
maka remeh jugalah solat yg kita tunaikan .
check balik
wallahua'alam
Liked by: Haura'

bkan celak hanya digunnakan oleh nabi pada waktu hendak tidur ke....pada waktu lain ana x jmpe plak hadisnya....kalau ad bleh bg tau...sbb kat syamail hanya pada waktu nak tidur...

muslimnadzri’s Profile Photomuslimnadzri
khususiyyat sunnah nabi adalah pada waktu tidur . tetapi tiada masalah untuk kita bertabarruk dgn sunnah pada masa-masa lain . mudah-mudahan dapat pahala mengikut nabi walaupun bukan secara khusus seperti apa yg nabi lakukan :)
wallahua'lam
Liked by: Haura' muslimnadzri

Syukran Ismail, aku xtahu pula yg jika dgr ceramah dkt youtube pun perlu mencatat+jaga adab, satu pencerahan buat diri ini. sekali lagi, Syukran,

afwan .
kata imam syafi'e : "ilmu itu umpama haiwan liar yang ganas , ia perlu ditambat dan yang menambat itu adalah dengan mencatat"
Imam Syafi'e rhm. pernah sekali dia tidak mempunyai apa2 untuk mencatat bagi kuliah gurunya . maka , ketika gurunya mengajar , dia kelihatan memandang wajah gurunya lalu melihat telapak tangannya .
maka gurunya sesudah kelas bertanya . kenapa beliau tidak nampak Imam Syafi'e mencatat sedangkan sebelum2 ini , Imam Syafi'e hanya akan melakukan dua perkar ketika kelas iaitu mencatat dgn memandang buku dan memandang wajah gurunya sekali sekala .
gurunya yang hairan dgn gelagat Imam Syafi'e yang lain macam kemudian terkejut apabila Imam mengatakan bahawa dia mencatat apa yg gurunya katakan dengan menggunakan air liur pada tapak tangannya .
lalu , gurunya bertanya bahawa ingatkah ia akan apa yg dikatakan gurunya . maka dia menyebutkannya sama seperti gurunya ajarkan tanpa meninggalkan sepatah pun dari isi-isi gurunya .
masha Allah .
maka , kita perlu catat ilmu ketika belajar ,
terutama bila kita talaqqi dgn ulama ,
kerana ulama itu , kalamnya semuanya ilmu dan hikmah .
dan dgn mencatat , kita mudah mengingat .
wallahua'alam .

View more

Liked by: Haura' Dr.Rushmizak

oh jumaatku osem . jom osemkan jumaat dengan amalkan segala sunnah nabi :)

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
antara sunnah jumaat :
1) membaca Surah Al-Kahfi
2) datang awal ke Masjid untuk solat jumaat
3) perbanyakkan selawat , paling baik dapat 1000 kali selawat pada nabi
4) mandi sunat jumaat
5) memakai wangi-wangian dan bersugi sebelum ke masjid
6)datang awal ke masjid untuk solat jumaat
7) beriktikaf dan solat tahiyyatul masjid
8) mendengar dan mengambil manfaat dari khutbah
9) berdoa antara dua khutbah (doa makbul waktu ni)
10) memakai celak
11) menggunakan rida'
12) memakai serban (sangat diutamakan pada hari jumaat , tiada khilaf)
salam jumaat semua :)
Liked by: Haura' Dr.Rushmizak

Sbnrnya sya ni xla baik sgt.Solat kdg pun trbabas,aurat pun xjaga sgt(tpi kdg ada jga trdetik kat hati nk brubah).Klau ada org post psal Islam sya suka n sya slalu jga post pasal Islam.Kdg org ckp sya nie bgus n baik sbb post psal Islam (sya tkut org fkir sya hipokrit) So,ada kata2 smngat or apa2 la

tak baik ?
semua org pun tak baik juga sebab semua pun buat dosa .
solat tertinggal itu kena lah perbaiki . improve diri . mungkin daripada buat 2/5 , upgrade jadi 3/5 atau 4/5 . kalau dapat terus 5/5 , itu perfect score !
nak berubah ?
bagus lah gitu .
teruskan berubah . jangan berhenti dan jangan mengalah .
semua org berubah , tapi yg tentukan perubahn tu arah baik ke , arah tak baik ke , itu adalah diri kamu sendiri .
'kamu adalah diri kamu tetapi kamu boleh jadi orang lain'
ianya akan jdi realiti bila kamu betul2 bersungguh nak berubah tu ,
tak pandang belakang dah . lupakan segala jahiliyyah kita dulu .
ana pun berubah jugak , insha Allah .
wlaupun mungkin ana tak sesukar kawan2 ana berubah ,
tapi bukan boleh terus2 jadi baik .
alhamdulillah .
petanda hati kita terbuka dan sudah sedia berubah adalah apabila kita menyukai orang yg buat kebaikan dan benci orang yg buat keburukan .
Allah dah gerakkan hati kamu untuk berubah ,
sekarang kamu yg perlu kawal dia . berubah dan terus berubah .
ia sakit banyak , tapi kamu akan rasa seronok apabila smpai satu tahap nnti .
teruskan berjuang dan bermujahadah .
kita rasa diri kita tak baik itu petanda yg kita semakin baik .
kerana org berilmu itu , semakin dia belajar , semakin dia sedar yg dia jahil .
org yg berdosa , semakin dia islah diri dia , semakin dia sedar yg dia pendosa dan tak layak ...
semoga tabah .
fi hifzillah .
insha Allah .

View more

hahaha bru perasan. ok2. tpi kn ana x nak khwin la. kalau orng x nak khwin, nk duduk kt pondok je boleh x? mmber ana pun cmtu.

jangan mengarut la ... kahwinlah . tabarruk sunnah nabi S.A.W.
banyak keberkatan dalam perkahwinan ni . paling besar bagi seorang perempuan , muslimat , mukminat solehah ; perkahwinan memelihara hak dan maruah serta diri seorang wanita .
kahwin juga menjamin kita bila dah tua nanti , senang sebab ada anak-anak yg nak tengok kita . yg nak jaga kita dan perkahwinan ni satu pengalaman yg ajar seseorang jadi lebih matang dan terus membantu dekatkan diri dgn Allah .
Liked by: Haura'

salah atau tidak jika letak profile picture fb kalimah Allah

maksudnya salah dari segi apa ?
kalau nak letak biasa , untuk mengizzahkan (memuliakan) kalimah tu atau nak ingatkan kita yg Allah sentiasa bersama kita , boleh sahaja
bahkan jangan letap profile picture je , letak dalam bilik besar2 pun bagus ,
insha Allah , kita akan terhindar dari maksiat :)
Liked by: Haura' Dr.Rushmizak

mana ada typo akhi. ana yang unknown ckp psl pm tu. ok2.. InshaaAllah ana buat solat tu nnti.

ada la . enti eja nama ana ismal . ejaan nama ana ada 'i' antara 'a' dan 'l' .
jangan tangguh2 , nnti tak terbuat . ana mintak maaf .
doalah semoga Allah beri enti pilihan yg terbaik , zauj yg terbaik :)

haiyaaa.. td akhi yang ckp syukran. ana jawab la afwan. hahaha lawak la ismal ni

nak typo pun jgn lah pada nama ana ... :(
oh , ni syukran masa bila ni . nevermind .
dah solat dhuha , kalau belum , pergi prepare solat dhuha ~
9.30 solat . doakan ana smpai tempat yg ana nak tuju .

ismail, kenapa kluar bahasa jepun pula kt www.daie.com? dh tekn dua kali jd cmtu juga.

heheh , itu bukan laman web betul pun la . itu cuma impian yg tak menjadi kenyataan ana

Next

Language: English