@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Akhi, ana perempuan. Abah selalu tak bgi ana pergi kuliah, katanya takleh sorg-2. Jadi, perempuan elok dengar tazkirah/ceramah kat majlis, atau lebih manis dengar dari tv/youtube je untuk cari ilmu?

Itulah masalah kita zaman ni . budaya menuntut ilmu bertalaqqi dan berguru ini menjadi budaya yang asing . Zamannya telah tiba macam yang Rasulullah khabarkan . Allahu rabbi .
Ana yakin bukan ukhti sorang je berhadapan masalah seperti ini . ramai lagi yang punyai masalah sama .
Solusinya Al-Fadhil Ustaz Syauqi hfz. pernah berikan suatu idea yg ana kira bernas .
Pertamanya jika ayah tak bagi kita patuh dan terima sahaja nasihat ayah itu
Kemudian , kita guna approach lain pulak . kita ajak ayah kita sekali pergi majlis-majlis tu . jika ada abang pergi dengan abang . pastikan ada mahram bersama .
Dengan cara ni , ayah kamu/abang kamu boleh sama-sama dekat dengan majlis ilmu .
Jika tak boleh jugak , pakat dengan kawan-kawan perempuan yg lain untuk pergi sama-sama . Terutama jika ada Daurah kitab atau pengajian kilat .
Jika tak boleh semua cara tu , maka belajarlah dengan youtube . tapi pastikan kuliah yang kamu dengar itu , dengar sampai habis . adab kamu dengan ustaz dalam utube itu , kakinya , pakaiannya , gerak badannya . hormat macam kamu bersama dalam majlisnya .
Dan ilmu itu ibarat binatang liar dan yang mengikatnya ialah dhobit (catitan) . maka , dhobit jgn dilupa .
Hairan bukan kenapa orang mencatat sedang bukan dibacanya pun . jangan pelik kerana dengan mencatat itu , seseorang itu hakikatnya sedang mengingat dan memebri lebih tumpuan pada gurunya .
Cara terakhir ni juga boleh talaqqi nanti akhirnya . iaitu lepas dah kahwin . kahwin dan ajak suami bersama ke majlis ilmu . Masya Allah .
semoga Allah tidak padamkan semanganr menuntut ilmu itu dari dada-dada kita :)

View more

HIZBUT TAHRIR . ni fahaman baru ke? cerita boleh?

tahniah sebab sgt rare soalan gini .
Hizbut Tahrir atau HT .
suatu jemaah Islam daripada ratusan jemaah Islam yg ada di Malaysia .
dia bukan fahaman tetapi mereka yang menjadi ahli HT ni ada satu pandangan yg sangat pelik jika kita amati .
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi iaitu suatu sistem yang dibuat oleh orang kafir dahulu yg menggunakan suara rakyat utk menentukan pemerintah .
Walaupun ianya cipataan orang kafir , sistem ini masih memberi maslahat atau keuntungan pada manusia walaupun ia sistem ciptaan manusia . sistem ini beri banyak kebaikan dan Malaysia mengamalkannya . ada didalam perlembagaan .
Anehnya Hizbut Tahrir menolak sistem demokrasi sebaliknya terus inginkan Khilafah Islamiyyah (seperti kerajaan Abbasiyyah dll)
Ini melihatkan ketidak realistik idea mereka . memang benar kita bermatlamatkan khilafah dan sebaik-baik sistem adalah sistem khilafah itu , tetapi perlu dilihat pada keadaan dan situasi negara tsbut .
Seperti di Malaysia , dah guna demokrasi . maka nak tukar pada khilafah juga perlulah demokrasi .
Maaf jika mengguris mana-mana pihak . tidak ada niat dihati ingin bergaduh dgn sesiapa . silakan jika tidak setuju . asiffni

View more

Related users

laaah....al faqir ismail tu enta ke? kuala selangor??dok sana ke???

selangor . tapi bukan really kuala selangor

akh, skrg sy tgal kt rmh spupu nonmus. susah nak jga aurat, rambut, kaki. pastu dorg ajk mkn, sy tolak. sy thu dorg trsa. mcm mne akh. sy rsa bslh sgt.

Baik , begini ukhti . maaf lambat . sibuk sikit .
nak faham senang begini .
aurat wanita muslim dgn non muslim pada asalnya ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan .
itu asasnya .
tetapi bila berlaki masyaqqah atau kesusahan atau kepayahan sedikit bagi perempuan yg macam situasi kamu . maka ulama berijtihad dan berbincang mengenai hal ini lalu terdapat keringanan pada mereka yang dalam keadaan begini dari auratnya .
maksud ana , jika seorang muslimah tinggal bersama non muslim , maka dgn non-muslim perempuan , dibolehkan untuk dibuka tudung dan didedahkan rambut sehingga ke leher . tangan pula dibenarkan hingga ke siku dan kaki pula hingga ke betis .
jadi itu dgn perempuan non muslim manakala dgn lelaki non muslim , auratnya masih sama . semua kecuali muka dan tapak tangan .
baik . makanan . untuk makanan jika kamu rasa syubhah pada ayam daging dan haiwan sembelihan yg tak tahu betul atau tak sembelihnya , kamu boleh beritahu keluarga itu untuk beli dari muslim . dan maklumkan dia kamu tidak makan pork . insha Allah mereka hormat kita
sama-sama dampingi ulama
wallahu'alam

View more

sy duk an fmly nonmus, susah sy nk jga aurat. tolak pelawaan dorg utk mkn pn ssh. tkt sgt kcl hati. tlg akh

sekejap ya . saya jawab lpsni dekat soalan kamu sblum ni

Can help me? I have a big project.... And the theme is: hal kullu bid'ah dolalah am la'?

ini pembentangan apa ? kuliah ke ? tajuk ni satu skop yg besar dan jika dibincang oleh org yg tak faham boleh jadi gaduh besar .
saya boleh bagi link utk bahan bacaan utk faham bahagian ni .

prmpuan boleh pergi ke jaulah ilmiah tu?

boleh lah . tapi datang dengan mahram atau datang berkumpulan sesama perempuan ya . semoga Allah permudahkan . 7 hari tu .

Akhi..awat ade anon kta daim x halal..ape bhan yg..ade kat dlm tu..

ntah la . jangan tanya ana la . cuba scroll jawapan eldaie

bersiwak dengan bersugi tu apa bezanya akh? boleh terangkan? syukran

bersugi itu bersiwak lah .
siwak tu bahasa arab utk bersugi .
keduanya sama . membersihkan mulut dan gigi :)
yang penting siwak .
Rasulullah nak wafat pun masih mahu bersiwak . bahkan Rasulullah bersabda , jika tidak memberatkan ummat beliau nescaya beliau mengarahkan ummatnya bersiwak setiap kali sblum solat .
Habib Umar setiap kali sebelum solat mesti bersiwak hatta solat sunat dan begitulah ulama yg lainnya .
Kita ?
bukan susahpun letak dalam poket sebatang kayu tu untuk siwak kann ? ^^

zaman sekarang. post bithday artis korea org tak kata apa tapi bila post birthday u'lama' tu yg nak kata sgt. allahuakhbar . sedih tengok.

Artis lebih dimuliakan daripada ulama sedang ulama pewaris anbiya (para nabi) artis ? cumalah mereka yang tiada jaminan apa-apa daripada Rasulullah . Allahu akbar . dunia hari ini .
orang lebih kenal artis dari ulama .
sebut nama ulama di Malaysia ni , sikit je boleh mention ..
sebut nama artis , puluh bahkan ratus boleh sebut sedangkan utk pgetahuan semua ... ulama di Malaysia ni juga ada ratusan tapi 10 pun tak ramai boleh sebut .

LeLaki yang memecAhkan DARA seorang perempuan yang bukan isterinya , dia akan menanggung dosa perempuan itu sehingga hayat perempuan itu habis di muka bumi ﺍَﻟﻠّﻪُ .. Betul ke ? Dan kalau betul, #so adakah pompuan itu tidk akn msok neraka n akn msok syurge?? sebb llaki yg pech an dra dye u

wallahua'lam

sebenarnya saya baru tahu yang Daim tu tak halal tapi baru baru ni mak saya beli Daim. saya tak sempat bagitahu mak saya, dan dia dah beli. Nak buang, macam membazir. Mahal pulak tu. Jadi saya makan je lah dan berharap ini kali yg terakhir.

Allahu rabbi . sedekah pada jiran non-muslim pun boleh :) kan dapat pahala
takpe . yg dah berlalu biarkan
Liked by: LemonadeLime

kalau kita was was akan sesuatu makanan tu, sama ada ia halal ataupun haram, boleh ke kita makan makanan tu?

Dalam sebuah hadis dalam Hadis 40 Imam Nawawi rhm. , Hadis ke enam , Rasulullah pesan pada kita untuk tinggalkan yang haram dan yg syubhah kerana syubhah itu menghampiri yg haram .

lepas 2rakaat yg terakir tu, bgi salam atau terus witir?

salam dulu . kemudian bangun untuk wirit 3 rakaat plak

Next

Language: English