@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

apa maksud ya badratim?

wahai purnama .
ia tasybih iaitu perumpamaan bahasa arab .
dalam balghah atau literature bahasa arab .
bila org sebut bulan pada seseorang , maknanya terlalulah indah dan hensemnya muka atau peribadi seseorang itu .
maka apatah lagi bulan purnama , sangat indah dan sempurna yang bercahaya menerangi seluruh alam .
"Dan tidak kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan rahmat untuk sekalian alam"
Sollu alan' nabiyy :')

Related users

apa beza air mani dengan air mazi ?

Air Mani
airnya warna putih dan kenyal sifatnya . tanda keluarnya memancut-mancut dan sekali keluar serombongan (banyak-banyak) dan kemudian keluar serombolan lagi .
nak kenal air mani , dia sewaktu basah : berbau macam pucuk pokok Tamar (kurma)
waktu kering : baunya seperti putih telur
keluarnya bukan najis , tapi kena mandi wajib
Air Mazi
airnya warna kuning melekit . keluar sewaktu syahwat mendidih .
bila keluar tengkuk akan rasa panas dan perlukan masa nak keluar .
keluarnya najis , tak perlu mandi wajib cuma perlu dibersihkan jika nak beribadah
Air Wadi
airnya warna keruh . putih jernh-jernih sedikit . biasa keluar lepas atau waktu buat kerja berat . rasa macam terkucil je .
keluarnya najis , tak perlu mandi wajib cuma perlu dibersihkan jika hendak beribadah .
mafhum ?

Assalamualaikum, semalam saya bermimpi.. dan pagi tadi saya mandi wajib.. selesai mandi wajib then saya solat subuh... setelah selesai solat subuh, saya pon nk tukar seluar then trnampak gumpalan air mani (seperti tahi hidung) berada di bulu saya.. sah x subuh saya tadi? kena mandi wajib smula ker?

wa'alaikumussalam .
yakin ke tu air mani ?
kadang-kadang boleh jadi ia air mazi sahaja , mungkin keluar sebab penat mimpi .
kalau tu air mazi , solat semula qada'
kalau tu air mani , mandi wajib semula .
lain kali hati-hati . bersihkan badan elok-elok baru mandi wajib
Liked by: Mimot

3 rukun mmbntuk invidu muslim #manhaj yg sahih #murabbi yg mursyid #biah solehah. -imam Hassan Al Banna manhaj ni maksud dia pegangan. sama maksud dgan kurikulu ka? assiff ana jahil.

lebih kurang , atau senang nak faham maksud Imam Hassan Al-Banna itu silibus , tapi bukan mcm silibus sekolah tu

syukran.xcari gaduh la, memeng nak faham pun.jazakallahhukhairankathira

bukan enta yg cari gaduh . nanti orang lain yg cari . afwan lillah .

apa beza manhaj salaf dgan salafi? salaf salafi nak sama

uish . ni karang orang salah faham pulak .
ana tak nak cari gaduh . tapi biar org faham ya .
manhaj salaf
salaf adalah mereka yang hidup pada zaman sebelum khalaf iaitu zaman sahabat , zaman tabiin (selepas sahabat) dan zaman tabi' tabiin .
jadi zaman salaf bermanhaj salafus soleh .
beza manhaj salaf dgn manhaj salafus soleh ,
manhaj salaf tidak mentakwilkan (menghuraikan) ayat-ayat mutasyabihat ,
sebaliknya serahkan terus makna pada Allah Jalla Wa Ala .
sebelum tu , ayat mutasyabihat ialah ayat-ayat Al-Quran yg boleh menimbulkan keraguan bila ditakwil atau dihuraikan . misalnya ayat 'Allah beristawa atas arasy dan ayat tangan Allah .
baik ,
manhaj salafi pula , dia berbeza dengan manhaj salaf .
salaf tak takwil , tapi manhaj salafi takwil ayat mutasyabihat .
senang faham , bagi satu contoh :
seorang pemuda bertemu dgn ulama salaf , lalu bertanya tentang ayat istawa Allah atas langit ,
maka dijawabnya ulama salaf : "Wallahua'lam" (Allah lebih mengetahui)
tetapi apabila pemuda ini bertanya pada ulama salafi , tentang ayat istawa Allah ini , maka dijawabnya :
"Allah istawa iaitu bersemayam (duduk) di atas arasy"
lalu pemuda tanya , bagaimana Allah duduk , "wallahu'alam"
nampak tak bezanya ?
ulama salafi takwil istawa sebagai bersemayam , tetapi bila ditanya bagaimana semayamnya Allah , mereka serahkan maksud pada Allah . sedangkan Allah itu zat yang tak sama dgn makhluk . Allah tidak duduk sebagaimana makhluk duduk , dan Allah tak perlukan arasy untuk dia duduk kerana arasy tu juga makhluk Allah . maka Allah bukan sepeti yang ditakwilkan salafi dalam fahamannya .
naudzubillah , terdapat juga daripada mereka yang bermanhaj salafi ini yang menjisimkan Allah dengan maksud memberi Allah sifat makhluk sepertimana Allah itu duduk , Allah itu bermuka dsbnya .
Allahu akbar .
selamatkanlah akidah umat Islam ini.
tolong doakan akidah umat Islam hari ini disejaherakan Allah ya sahabat semua .
amin

View more

manhaj salaf tu wahabi ke?

manhaj salaf adalah pegangan Ulama 3 kurun lepas wafatnya nabi S.A.W iaitu sahabat , tabiin dan tabi' tabiin . manhaj salaf bukan manhaj wahabiyyah tetapi manhaj mereka adalah sebaik-baik kurun yang dipuji nabi S.A.W.
yang menjadi wahabi adalah manhaj salafi .

serious la nak tahu sape ana? ana bukn ex budak KISAS or Maahad or Tahfiz or Pondok... ana hanya bersekolh di sekolah yng ilmu duniawinya tinggi tpi ilmu agamanya agak cetek sdkit. tpi Alhamdulillah Amar Makruf Nahi Munkar tetap dijaga . kalau ana bgthu sape ana , ana dpt apa?

tak tahu . apa yang enti harap dari ana ? ana pun pelajar ex sekolah biasa yang nama sahaja tersohor tapi ana tak tersohor pun . sekolah yang ilmu agamanya tak tinggi mana nak banding pondok dll . bi'ah solehahnya pun semakin uzur hari demi hari . hmm

Next

Language: English