@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

kalau nak belajar ilmu tasawuf , selain berguru , buku apa yg sesuai?

kamu membaca buku tasawuf maka kamu cuma rasa zahir tasawuf semata. kamu takkan mampu sampai kemanisan tasawuf dan tazkiyah nafs tu melainkan dengan berguru.
buku tasawuf banyak. setengah ditulis utk menceritakan pengalaman tasawuf yg pegarang lalui. setengah bercerita tentang cinta dan geloranya pada Allah dan Rasul dan macam-macam type lagi. Ikut orang dia boleh bawa diri dia sampai tahap mana.
cuma untuk yang baru nak mula, boleh baca kitab Penawar Bagi Hati tulisan Syeikh Abdul Qadir Mandelli. ataupun bidayatul hidayah tulisan Imam Ghazali rhm. Kenal dulu sifat mazmumah dan mahmudah dalam diri. insha Allah.

Ask me some questions

bercakap...
menulis...
berpidato...
semua benda ni, hakikatnya semua orang boleh buat.
tapi tak ramai yg boleh bercakap, menulis, berpidato yang boleh menambat hati orang lain. yg boleh menarik hati-hati yg berelumang dengan jahiliyyah pada Islam.
teringat pesan senior, Ustaz Auzaie:
"mereka yang mampu bercakap lalu menarik hati orang lain. menambat hati mereka pada Islam adalah mereka yg dalam katanya ada nur. Nur Rasulullah S.A.W"

Related users

Assalamualaikum, perempuan kasar dgn lelaki kerana taknak mereka jatuh cinta dgn kita, your opinion?

wa'alaikumussalam. tak mesti kena kasar dgn lelaki. dia beza antara kasar dengan tegas. kasar ni buat lelaki bukan jauh je, mungkin boleh jadi benci lagi. tapi tegas dengan makna tak mengada-ngada. tetap dgn pendirian berurusan hanya bila perlu dll.
tak dinafikan, kasar pun boleh jadi cara juga. tapi lebih baik jika kita tahu bila nak kasar dan bila perlu tegas.
faham kan?

pngetua fham lah krenya... ke mcm mne???

tak semua orang perlu faham. kalau nak tunggu semua orang faham, tarbiyyah takkan mampu nak berjalan.
kita buat kerja sambil bagi penerangan. yg bagi faham tu Allah jua.
Allahu mustaan

Assalamualaikum ..nak tanya , kalau gila batal tak wudhuk? Kalau ya... klau gelak terbahak-bahak dilabel mcm org gila eh? Terima kasih .

wa'alaikumussalam.batal. sebab tak sedar. takde lah. gila ni hilang akal. gelak terbahak makruh je waktu wudhuk. wallahua'lam

Salam Apa hukum lelaki labuhkan seluar/kain masa solat lebih buku lali?

wa'alaikumussalam. isbal ni luas skop perbincangan dia. ana cuma menaqalkan kalam dari guru ana, Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari hfz. hukum isbal adalah harus jika tiada perasaan sombong atau riak dalam hati. adapun yg terbaik adalah memakai seluar atas buku lali. wallahua'lam

apa hukum tindik hidung?

Kata guru kami Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari hfz. Hukum tindik hidung dan telinga bagi perempuan adalah harus. Boleh bagi perempuan nak bertindik kerana ianya termasuk daripada perhiasan wanita.
Cuma ulama bincangkan ttg macam mana jika perkara harus tu berbeza dgn uruf atau adat penerimaan sesuatu tempat. Para ulama katakan jika uruf kawasan tu berbeza dgn benda harus tu, maka lebih elok dijauhkan benda yg harus tu. Bimbang jadi fitnah pada si pelaku.
mcm tulah konteks malaysia. Tindik hidung tak sesuai dgn uruf dan adat Malaysia maka lebih baik ditinggalkan. Kalau di india atau kawasan yg dekat dgn situ nak buat, silakan
Hukum tindik bagi lelaki mmg haram lah. Wallahua'lam.

boleh ke perempuan senyum dekat lelaki? sebab nanti lelaki en boleh cair , kata ' mereka ' tapi kalau ikutkan, senyum itu sunnah. so guane tu? ikhtilatnya macam mana ?

senyum ke lelaki? Menarik soalan ni.
yg ana dapat simpulkan begini, ia bukan sekadar persoalan sunnah sahaja.
Jadi macam mana penyelesaian dia. Dia mcm ni senangnya, bukak sikit skop ni, antara sunnah dan perkara yg boleh bawa pada mudharat yg lebih besar.
Jadi, antara dua ni mana lagi aula (utama). Yg utamanya adalah sadduz zaraik iaitu tutup pintu yg boleh bawa pada mudharat yg lbih besar.
Jadi lebih elok bagi para muslimin mahupun muslimat utk mengelakkan diri dari senyum pada ajnabi. Ia sunnah tapi ada yg lebih utama dari dia. Nak senyum, boleh. Tapi senyumlah pada yg sama jantina.
Insha Allah. Wallahua'lam

Assalamualaikum saya nak tanya. Saya ada masalah di mana 'di rumah lain, di kolej lain'. Maksudnya saya boleh beribadat tanpa disuruh di kolej sedangkan di rumah menjadi sebaliknya. Di kolej kemain semangat solat awal waktu dll. Ternyatalah futur tak pernah rasis. Ada jalan tak utk masalah ni? :(

Wa'alaikumussalam. Saya suka kalam ni:
"Jadikan Biah solehah (persekitaran yg baik) itu hidup dalam diri kita, bukan sekadar kita hidup dalam biah solehah sahaja"

Kenapa ada orang dia bagus dalam menyampaikan ilmu. Bab bagi tazkirah dia memang superb. Tapi, diri dia sendiri tak sama macam apa yg dia sampaikan. Selalu tangguh kerja. Tak serious dalam sesuatu pekerjaan.

terasa. maaf. tak boleh nak jawab.
Liked by: Mei Amir Hasyimi ي

betul ke muslimat kisas hebat2 belaka?

muslimat mesti orang yang hebat. ingat senang ke nak tahan pakai tudung labuh tengah-tengah terik panas? dengan handsock, baju lengan panjang, stokin lagi. bukan calang-calang orang boleh jadi muslimah ni.
tak kisah lah muslimat mana pun!

macam mana nak hilangkan perkataan yang tak baik? asal saya marah je selalu terkeluar perkataan ba*i, bod*h, si*l mcm tu ha (maaf sye bg contoh je). sye pempuan, ada gak rasa malu tu kalau tercakap. memang kebiasaan kot :(

tu bukan kebiasaan. sebab fitrah manusia tidak suka perkara yg tidak baik untuk diri dia. begitulah juga apa yg orang lain rasa; tak suka bila diri di maki dll.
"من حسن الاسلام المرء ترك من ما لا يعنيه"
"Daripada kebaikan Islam ialah seorang lelaki meninggalkan perkara yg tidak memberi makna padanya"
dalil ini mungkin kurang kena jika kita relate dgn mencarut tapi konteks mencarut sebagai perkara yg tidak memberi makna tu yg ana cuba nak fokuskan.
nak tinggal mencarut ni, bersihkan lidah.
bersihkan lidah dgn selawat dan zikir mengingati Allah. bila lidah sudah sibuk buat benda ni, perkataan mencarut dah takde ruang nak keluar dari lidah.
insha Allah.

Salah dak kalau masa maulid atau apa apa majlis selawat kita ada bawak dan kibarkan panji/bendera Rasulullah ? Mohon bagi pencerahan sikit, syukron.

takde apa yg salahnya. bawak lah, kibar lah. yang penting niat kita betul, kita gembira sebab Rasulullah ada untuk kita. kita bersyukur sebab Rasulullah tu Allah utus untuk kita. Kita seronok sebab Rasulullah berada bersama kita dalam hati kita. Allahumma solli ala Muhammad!
Liked by: qiela. Silent

Next

Language: English