@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

adakah jika kita chat dgn ajnabi, cth cerita pasal pgalaman di sesuatu tmpt, or crita wktu kita kecil2 dlu. . adakah kita dikira tdk mnjaga ikhtilat ?

rasanya perkara tu sia-sia tak kalau kita cerita ?
kalau kita memang cerita sbb nak mintak pendapat dia ,
atau kita cerita sbb nak tahu pasal agama ,
atau kita cerita sbb tugasan belajar atau yg seumpama tu ,
yg bukan perkara yg sia-sia , tak jadi masalah .
tpi kalau cerita tuk tarik perhatian dia ,
cerita utk bagi dia tertatik hati kat kita , simpati kat kita ,
atau utk bagi dia kenal kita lebih rapat lagi yg tak dtgkan manfaat pun dia kenal kita ,
maka , itu dikira tak jaga ikhtilat .
Islam tak membebankan ,
tapi ia mengawal .
dan kawalan Islam sgt rapi kerana ia sangat sayang akan penganutnya ...
bersyukurlah ^^
Liked by: syaz Q

kalau gambar yang kita ambil tu gambar artis ke,, or mana-mana dai'e. . kata orang sbgai pemangkin nk brubah. . huhu.

tabarruk dgn orang soleh tu boleh .
macam ulama misalnya , mmg dia edha kita ambil gambar dia .
contoh senang artis la , bila once dia pilih utk jadi artis maknanya dia dah pilih utk promote diri dia atau org akan cerita pasal diri dia . jdi tu maknanya dia dah redha la . bgitu gak da'ie ummat . kena redha gambar dia diambil . Insha Allah , boleh .
kalau salah betulkan , syukran .
Liked by: syaz

Related users

akhi , tolong saudara baru kita mengenali lebih mendalam tentang Islam @deirdre94 saudara baru kita ni berusia 16 tahun. dia baru sahaja memeluk agama islam , dia sangat 2 memerlukan bantuan

oh , insha Allah . nnti ana sembang2 ngan dia . syukran
Liked by: syaz

kalau seseorang itu mengambil gamba atau download gamba seseorang yang lain tanpa pengetahuan individu tersebut,, adakah ia salah ? contoh, ana download gambar enta tanpa pengetahuan enta. . . adakah ana dikategorikan sebagai penceroboh n boleh mndpt dosa ?

kalau ikut hukum dunia , mmg tu dipanggil menceroboh hak privasi seseorang .
wallahua'lam . ana tak tahu . tapi lebih baik elakkan , melainkan kita pasti orang tu redha kita ambil .
tu pun kena bgtahu org tu yg kita ambil gambar dia . boleh jadi dosa kalau org tu tak redha . elakkan lah trutama yg ajnabi kita .
Liked by: syaz

akhi, ada tips tak nak mudah masuk ilmu? tahun ni saya pbsmr.

ana pun takde la hebat mana nak bagi tips kat orang .
satu , niat belajar kena betul .
ramai org niat belajar sebab nak pandai .
ada yg niat sebab nak capai cita-cita ,
ada yg niat sebab nak banggakan mak ayah , nak balas jasa diorang ,
ada pulak yg niat nak orang tengok yg dia tu pandai ..
jadi , patah balik semua tu ,
tajdid atau perbaharui balik niat tu .
kita umat Islam sepatutnya dan semestinya niat kerana Allah .
apa-apa pun niat kerana Allah .
kita belajar tu kerana Allah .
maka kalau kita buat betul-betul , nanti datanglah kejayaan dan sesuatu yg kita tak sangka .
kedua , keberkahan ilmu .
bab barakah ni ramai org salah faham .
ramai org dengar cakap guru sebab takut tak berkat .
ramai org tak berani tegur cikgu buat salah sebab takut tak berkat .
ramai org tak berani nak berbincang salah cikgu sebab takut tak berkat .
salah faham dalam memahami berkat adalah ,
bukan GURU yang bagi barakah , tapi ALLAH yg bagi .
kita sebagai murid , betul , memang wajib kita beradab dengan guru ,
sebab itu antara faktor keberkatan , tpi yg bawa berkat itu bukan pada guru , tapi pada adab kita dgn guru .
selain tu , banyakkan khidmat pada guru
tolong cikgu angkat barang , tolong cikgu buat macam-macam ,
mudah-mudahan dgn amal baik kita menolong org yg mencurahkan ilmu pada kita .
Allah kurniakan barakah dlm ilmu yg kita belajar ,
dalam kita menuntut ilmu .
ingat , murid yg beradab itu nilai dia lagi tinggi dari yg berilmu tetapi tiada adabnya .
guru lebih sayang org yg beradab tetapi kurang pandai bbanding pandai tetapi biadab .
tiga , sungguh-sungguh dlm belajar .
selalu doa pada Allah ,
istiqamahkan amalan kerana sebesar-besar karamah adalah istiqamah .
kita mungkin tak dapat tangkap apa guru kata ,
tapi dgn amalan kita yg istiqamah cam solat dhuha dll ,
Allah bantu kita faham .
satu yang diijazahkan Habib Ali Zainal Abideen Al-Hamid yang dikongsi oleh seorang guru ana ,
amalkan sebelum belajar baca surah Al-A'la (sabbihisma rabbikal a'la)
dan sampai ayat 'sanuqriuka fala tansa' letak tangan diubun2 dan ulang 7 kali .
kemudian habiskan .
Insha Allah ,
amalkan juga doa Nabi pada sahabat ,
Allahumma Faqqihna Fid din , Wa Allimna Takwil ,
biltaufiq wan najah .
doakan ana juga cemerlang dlm SPM .
syukran .

View more

syukran akh Ismail (ni anon yg tnye sal rukuk) . Jazakallahu Khairan Kathiro :D btw, sye penah dnga org tlis jazakillahu khairan kathiro. Is this for muannas and ka tu utk muzakkar?^^

afwan .
muannas .
Liked by: MustaqimJamil

Salam . hmm sye ada masalah tiap kali mahu rukuk. rasa sakit . Sye bimbang sbb rukuk kan kena straight paham tak . and sye berusaha to rukuk mengikut syariat yg dtetapkan tapi tulah.,sye rase sakit somewhere. mcm mane ni?

ada rukhsah dalam solat .
kalau rasa betul tak mampu rukuk straight ,
boleh bengkok sikit ,
asal boleh dalam keadaan rukuk tu .
kalau dah tak boleh langsung rukuk (duduk dalam keadaan rukuk tu)
boleh solat duduk .
better check doktor apa masalah kesihatan tu .
tapi , Islam tak membebankan kita kalau kita tak mampu ,
ada kemudahan (rukhsah)
Liked by: ajwa Oscarr jr

senaraikan selawat 2 boleh tak ? terima kasih :')

ada banyak jenis la selawat ,
yang pasti basicnya sama ...
ada tiga yg ana sebut tadi tu .
ada selawat tafrijiyyah ,
selawat thobibiyyah dll .
wallahua'alam .
selawat tafrijiyyah tu ada anon sorang share dulu ,
UNIC punya . dengar la . sedap .

Allahumma Soli Ala Muhammad, Wa'ala alihi wasobihi wasalam. tu selawat jugak kan ?

yup . selawat ada tiga benda yg mesti ada ,
1. Allah berselawat keatas nabi
2. selawat kepada ahli keluarga nabi
3. salam kepada nabi
jadi paling pendek adalah , Allahumma solli ala saiyidina Muhammad wa alihi wasallam :)
adapun pada sahabat , itu sunnat . buat lagi bagus .
banyakkan selawat ^^
Liked by: Nazmi

dh lama tak tnye awk. haha, so nk tnye ape hukum kite mandi berbogel ? sbb ad pendapat ckap tk blh. pls jwab. syukran. :)

mandi berbogel , sebenarnya tak digalakkan .
sebab ianya tak beradab .
sebab apa , Nabi S.A.W diriwayatkan tidak pernah mandi berbogel .
nabi akan pakai pakaian yg menutup kemaluannya dan akan angkat pakaian tu jika nak bersihkan bahagian dalam pakaian tu .
jin dan syaitan didalam tandas melihat kita ,
bila kita pakai pakaian tutup kemaluan waktu nak bersihkan , Allah hijab mereka daripada melihat kemaluan kita .
mudah-mudahan Allah lindungi aurat kita dan pemandangan kita ,
wallahua'lam .
afwan .
Liked by: Nazmi el.

pondok mana yg terima pelajar lepsn spm utk permpuan ? ada cadangan tak ? yg belajar terus ? mohon pencerahan

banyak la ukhti . antaranya Baitul Qurra di Melaka , Pondok Sik yg tu yg ana tahu la . yg lelaki lagi banyak . cube tanya ukhti @shielaeazak , dia mahir

bagaimana nak kekalkan ketaqwaan kita pada Yang Esa ?

taqwa itu bukan pada bibir .
di bibir memang indah sebutannya ,
aku bertaqwa , kau ada ?
tapi jauh mana taqwa itu menusuk di hati ,
itu persoalannya .
untuk itu , selami taqwa ,
apa ia dan dimana dapat ditemu akan ia .
taqwa itu lekatnya pada hati ,
maka itu kenapa Allah mengatakan 'Taqwal Kulub'
kerana ia jika betul dihati ,
ia tiada boleh dipisah darinya ,
ia sebati menjadi hati yang bertaqwa ,
kemudian baru ia terzahir pada amalan ...
"dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa , dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu dirahmati"

Sering kali selepas solat aku berdoa kpd Allah agar menjauhi kan diriku drpd melakukan maksiat, tp knp diriku masih melakukannya beberapa hari kendian? :( adakah sbb diriku yg dibelenggu bnyk dosa?

tak . salah .
kenapa kau sering lakukan maksiat ?
itu adalah sebab kau tu manusia ,
maka kau tak boleh lari dari maksiat dan dosa .
sungguhpun begitu ,
kau boleh jaga diri kau drpd lakukan maksiat ,
tapi ia perlukan masa dan kerahan tenaga tahap tera ,
namun begitu , ia sukar tapi tak mustahil .
kerana yg mengubah diri kau , yg menjauhkan diri kau dari maksiat itu bukan kau sebenarnya ,
tapi yang melakukannya adalah Allah .
kau cuma berikhtiar ,
dan ikhtiar kau tak terlepas dari cacat cela ,
kerana kau makhluk jua ,
bukan Tuhan yang Esa ,
maka kau serahkan segalanya ,
pada Dia yang maha berkuasa ,
mudah-mudahan rancangan kau di iring kejayaan darinya ,
jika tiada ia memberi berjaya ,
maka renungi dimana salah dan hikmah ,
dalam kerja dan amal kau ...
Liked by: alyahya syaz

Next

Language: English