@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

taujihad utk ana , hehe

maaflah saudara syahmi al-muhib :)
akhirnya .
ana tak layak bagi taujihad , tapi ini apa yg ana boleh kongsi la , yang kita da'ie kena renung sama-sama . sejujurnya , bukan ana yg selayaknya berkata begini , tapi itulah yg termampu sebagai usaha ana utk mengingatkan da'ie lain .
da'ie ini tugasnya mulia , menyeru orang kepada kemakrufan dan mencegah orang kearah kemungkaran , dan memang sungguh hebat mereka yg menjadi da'ie sepenuh masa dan orang-orang begini masa dan tenaga semuanya lillahi taala , sangat salute !
cuma kadang-kala , biasalah , da'ie itu juga manusia . manusia sering terlupa apabila tidak diingatkan . itulah sebab kenapa Allah ingatkan kita dalam Al-Quran , dalam Surah Al-Baqarah : "Maka ingatlah aku , aku akan ingat pada kamu , dan bersyukurlah dan janganlah kamu kufur" kan ? :)
terkadang da'ie selalu terlupa untuk mengerjakan apa yg disuruhnya pada madu'nya . benda ini bukan berlaku pada ana sahaja , bahkan ana yakin , ia berlaku pada semua yg meletakkan diri dia sebagai pendakwah .
andai kita seorang da'ie , da'ie itu sepatutnya ia melakukan apa yg disuruhnya pada org lain , bahkan menambahnya lagi dengan amal-amal tambahan yg khusus yg dia istiqamahkan .jika da'ie itu menyuruh meninggalkan sesuatu perkara , maka dia sendiri sebagai da'ie mesti telah melazimi meninggalkan perkara yg dilarang Allah tersebut .
maka itulah , ana yg berkata ni pun masih lemah dan mencuba lagi . itulah ana tak berani nak mengaku ana da'ie kerana ana rasa , ana jauh dari mertabat tu . tapi apa-apa pun , kita cuba ... istiqamahkan , gandakan amalan , jauhkan keburukan dan elakkan fitnah .
semoga Allah meredhai kita ;)
uhibbuka fillah hubban jamma ^^

View more

Liked by: Wana

Related users

decribe klas 502. #versi sendiri.x leh copypaste

sterusnya ,
Muslim Nadzri - seorang yg tegas dan teguh pendiriannya . kalau tak kenal muslim , itu tipu sungguh kerana dia tersangatlah hotnya di sekolah . walaupun identitinya sangat siqqah , tetapi apabila anda mengenalinya dgn rapat , anda akan tahu betapa hebatnya diri beliau . seorang yg sangat pemalu , zuhud dan tawadhuk . beliau seorang TJN Disiplin yg sgt digeruni F4 . beliau ada satu benda yg saya sgt jeles dgn beliau , dan rezeki beliau , beliau sudah mendapatnya tetapi saya belum . seorang yg sgt commited dlm tarbiyyah . bekas tabligh dn lahir dlm keluarga tabligh yg sgt mendidik saya utk amar makruf dn nahi mungkar . kering dan gentle orangnya . kami akan mengajar di Pasti , insha Allah , doakan :)
Amin Rosli - seorang ulama yang faqih dan masyhur . beliau hafiz 30 juzuk Al-Quran tetapi tidak pernah riak dgn hafalannya . sangat tawadhuk dengan peribadinya yg sederhana . dia mewarisi kezuhudan dan ketawadhukan ayahnya , sungguh hebat . amin ini agak kelam-kabut orangnya , tetapi pendapatnya sangat bagus . cerdik dan pintar terutama dalam Add Math . beliau sungguh genius sehingga mendapat nombor satu dlm batch , Add Math . banayak lagi yg perlu dipelajari dari beliau .
Syafiq Alias - pelagat . seorang yg hebat bermain bola keranjang , periang dan selalu menggembirakan hati . dengan perwatakan sempoi dan rileks je , dia juga sgt commit dalam musyawarah perjuangan PAS dan tarbiyyah ;) Pelagat sgt mengambil berat hal ehwal F4 dan juga muslimat dan selalu membantu kami menyelesaikan masalah kelas kami dn F4 . beliau bercita-cita menjadi ulama muktabar , doakan beliau menjadi Ustaz Kid yg alim , amin :)
Akmal Abdullah - sahabat yg berpewatakan misteri bgi sekolah kami , tetapi kemisteriannya kirang terserlah dlm kelas kami . hebat berkata-kata . walaupun beliau berpenyakit tetapi , beliau sangat tabah menghadapi dugaan hidup yg jauh lebih sukar daripada kebanyakkan kita . beliau juga sangat pandai , walaupun selalu tidak hadir kerana masalah kesihatannya . keperibadian beliau yg meredah diri selalu berjaya menundukkan hati-hati yg keras . sangat mengajar saya erti kehidupan dan kesabaran
Abdul Rashid - dia sgt marah org salah eja nama dia . beliau merupakan seorang KP Dewan Makan yg sgt terperinci kerjanya . juga seorang yg btanggungjwab menjaga 3K blok khalid . komited dalam kerja dan disayangi semua orang . PR yg baik dgn cikgu2 dan seronok bersembang dgn dia kerana ilmu pengetahuan amnya yg sangt luas . tak pernah berhenti menceriakan org dgn bahasa jawanya yg kelakar
Murshid Yaacob - rakan sebelah meja waktu 402 , sangat rajin orgnya . kerajinannya berjaya menarik saa utk rajin dn mencontohi dia . walaupun rajin dia juga periang dan sgt setai dgn Gamelan . beliau pandai bahagi masa dan sgt alim dalam subjek sains . buktinya , beliau menjadi guru muda dlm 3 subjek tu dan beliau mrupakan org yg A dlm subjek Biologi masa trial dri 3 kelas yg diajar cikgu kami , cikgu sarah safarina .
sambung seterusnya utk muaz yg special :)

View more

Liked by: Wana Q

Bukan kalau gantung gambar dalam rumah, nanti malaikat rahmat tak masuk ? samalah mcm letak patung2 sebagai hiasan

ya . itu antara hujah ulama kenapa tak boleh gantung gambar dalam rumah . tapi ada pendapat ulama lain yang mengatakan gambar yg bersifat peribadi seperti gambar keluarga , konvo dll boleh dengan syarat ianya bukan gambar penuh atau potrait .
patung hiasan lain . patung hiasan , walau kepala kucing sekalipun jika digantung dalam rumah , ulama sepakat mengatakan haram menggntung atau mempamerkannya untuk dilihat org . adapun mcm patung mainan adik2 dll , perlu simpan atau tidak ditayang . ini untuk memelihara maslahat malaikat rahmat yg memasuki rumah kita .
Liked by: Wana

Share selimnut sama jantina pun tak silap makruh. ade hadis tak silap. cuba enta rujuk semula

oh , ya ke . syukran atas maklumat . boleh jadi juga . tapi , lagi jauh daripada lain jantina kan ...

apa hukum share selimut..hatta dgn adik bradik ...

dengan adik beradik sama jantina , boleh je
dengan lain jantina , makruh . tak digalakkan sebab boleh mengundang pada syahwat .
Liked by: Wana

akhi, ana nak tanya. perlu ke ana jawab ask org yang nasihat ana tapi cara dia nasihat ana, memang ana tak minat. tapi bila tak jawab, rasa pedih ja hati ni.

oh . ana pernah gak kena gitu . kalau nak jawab , jawab dgn akhlak dan hikmah pada dia . pastikan jawapan kita padat dan kalau boleh bagi dia terasa balik yg dia kena cermin diri dia dulu sebelum dia tegur orang .
kalau rasa tak mampu nak buat gitu , baca apa teguran dia . take note yang positif dan delete dari question box .

Stakat yg aku blaja ke aku salah dgr kan, seseorg daei tu bila tegur kslhn, org tu berhak terima atau tak.murabbi kalau tegur mutarabbi, mutarabbi msti terima tp klu murabbi tegur org biasa then org tu kne terima ke cane?

murabbi tegur org biasa , murabbi tu akan jadi da'ie pada org biasa tu . jadi , terpulang nak dengar atau tidak . tapi sangat rugilah bagi org yg tak nak dengar ckp murabbi itu , kerana sangatlah jarang murabbi menyuruh kepada perkara yg salah . selagi tak bertentangan dgn syariat , silakan ikut kerana tu yg terbaik .

decribe klas 502. #versi sendiri.x leh copypaste

ana sebenarnya tak suka jawab soalan describe2 ni ,
bukan apa , ia seperti membuang masa ,
tapi ana tahu , yg ask ni mesti org yg sangat caring pasal 502 , tu nak sgt tahu .
lagipun , kali kedua dah . so , ana jawab la .
Hafizuddin Hanzir - Ketua Tingkatan 502 yg sangat hebat dan bijak orangnya . ilmunya juga tidak kurang tingginya . seorang yg caring dan bertanggungjawab sungguh pada kelas , terutama pada hak-hak muslimin yg selalu diabaikan . hebat bowling dan sangat bijak . lelaki terpandai dalam kelas . peribadi unggul dgn akhlak yg mulia ;)
Aiman Adnain - seorang yg serius , tapi selalu bising . pendapat dia takde org boleh lawan . macam kalau debat , dialah pembangkang dialah kerajaan . mesti nak menang . rendah orangnya tapi sangat menjaga keterampilan diri . sangat disayangi guru-guru dan menjadi pengantara maklumat guru-guru . masa kenal dulu , serius dia menjengkelkan , tapi bila dah tahu tu mmg perangai dia , sangatlah seronok berkawan dengan dia . Chik ^^
Abdullah 'Asim - dah kahwin dah dia sekarang :p seorang yg kadang-kadang serius , tapi bila time lawak , takleh tahan . asim sangat mengambil berat soal muslimat terutamanya . penganalisis dan sumber maklumat politik Malaysia . sentiasa ter'up-to-date' maklumatnya . jiwang orangnya kadang-kadang tapi selalu ceria dan naikan semangat ana . yg paling hebat , seorang yg sangat tawadhuk . sehinggakan , org takkan tahu dia siapa dan keturunan apa selagi org tak betul-betul rapat dgn dia kerana dia sgt tidak menzahirkan background dia :)
Iyadh Haziq - seorang TJN , KP , dan bekas ketua kelas 402 dulu . Iyadh sangat hebat dalam berbicara dan ana sgt suka dgn pemikiran dan pendapat dia . pendapat dia selalunya bernas . dia merupakan tokoh nilam Selangor dan mmg petah berbicara . pemikiran dia agak jauh kehadapan dan sgt teliti dalam urusan dia . buktinya , dia tak pernah jalan tanpa tangan kosong , sentiasa ada nota atau planner bersamanya . ilmu alamnya sangat luas dan sangat petah berbahasa inggeris . mengagumi Dr. Zakir Naik , Ahmad Deedat dan beberapa lgi 'muslim scholars' dan sering bertukar cerita ttg mereka .
Tan Sri Izzudin Anuar - presien KMT , seorang yang sangat optimis sikapnya . kadangkala menyakitkan hati , tetapi dia berjaya menyelitkan hikmah dalam setiap perkara yg dia buat . suka troll org . juga merupakan member sembang politik yg baik . seronok dengar cerita dia yg selalunya berkaitan keberkesanan dan kelancaran trolling dia . sangat hebat buat video dan rakan Kopiah Media Studio . sangat siqqah orangnya dan sangat menitik beratkan pergaulan dgn muslimat . katanya nak buat video pun perlu jadi orang yang bertaqwa , sayang izzudin :)
Zikri Nawawi - KU 3 Kisas , merangkap pembantu Abg. Imam juga KT 2 kami . sangat sempoi dan cool orangnya . jadilah apa pun dlm kelas , zikri akan senyap sahaja , walaupun diketahui dia berfikir dan berzikir dikala senyapnya ;) pemalu dan comel bila dikenal dgn rapat . hebat BI , antara yg top dlm kelas .
ask lgi , dah limit la ..

View more

saya pernah tgk cite omputih ni.. bila dia cakap 'bible', saya baca subtitle dia tulis kitab injil. betul ke bible tu kitab injil? dan adakah kitab2 terdahulu sesat atau masih boleh digunakan?

ya. bible tu memang Kitab Injil .
bible dasawarsa ni dah bukan bible yg original . walaupun ada org kata bible yg sebenar masih ada smpai harini tapi , tiada siapa yg pasti akan maklumat itu .
actually , kitab-kitab terdahulu tak sesat , cuma ia sudah tidak boleh digunakan .
dalam pensyariatan agama , bilamana turunnya kitab Al-Quran yg menjadi panduan kita pada hari ini , segala kitab-kitab dan hukum-hukum syarak sebelum ini adalah termansuh , dimana hukum-hukum itu telah dibataskan dengan hukum-hukum Al-Quran dan Al-Quran lah menjadi rujukan kita .
hakikatnya , tak jauh bezanya Al-Quran dengan kitab-kitab seperti Zabur , Injil , Suhuf dll . pokoknya masih menyuruh kita menyembah Allah S.W.T , laksanakan apa yg Allah suruh dan tinggal apa yg Allah larang . tapi kitab-kitab dahulu diturunkan utk umat nabi yg diturunkan kitab tu . jadi , untuk zaman kita , kebanyakkan hukumnya tidak relevan dgn zaman kita harini . dan yg pasti yang paling betul dan relevan adalah Al-Quran ^^

View more

Liked by: Q

Anta dr MATIN perlis ke?

eh , tak . ana dari selangor . asal selangor . lahir di selangor . sekolah diselangor . besar di selangor . isteri je .... hahah :D
Liked by: Muhd Aizat

yg paal org kirim salam jawab waalaikawalaihissalam tu, apa mksudnya lain dgr? mksud? tk fhm

Kenapa kalau pergi negara arab , lelaki tak dijawab salam dgn wa'alaikassalam ? Perempuan pula kenapa tak dijawab wa'alikissalam . ini kerana dalam bahasa arab , di negara arab , jawapan wa'alaikassalam dan wa'alaikissalam adalah jawapan khas utk salam berbentuk assalamualaika atau assalamualaiki . dan istilah assalamu'alaika atau assalamualaiki ni adalah utk salam pada org mati di negara arab .
Jadi kalau org arab dtg , dengau kita kata gitu , tak ke pelik diorang . So , thebest answer is assalamu'alaikum dan wa'alaikumussalam . Tak kisahlah sorang ke , ramai ke.
Salah Tolong betulkan ,
Wallahua'lam

Apa hukum orang yang selalu main game, x kirala game ape2 pun, adakah ianya suatu perbuatan yg melalaikan? Mohon pencerahan ^_^

Game ni adalah perkara tidak bermanfaat yang harus bgi seseorang . Game akan terus jadi harus selagi mana game tu dimainkan utk hilangkaan stres , isi masa kosong dll . Game akan jadi haram bila bercampur ia dengan dosa misalnya main game smpai tak solat , main game yg ada unsur lucah dsbnya . Yg ni yg jadi game ni satu yg melalaikan , selagi mana dikawal dgn baik .. takde masalah.

situasi "si A ckp dkt si B suruh kirim salam dkt si C. So si B jmpa si C bgtau yg si A kirim salam. si C perlu jawab WAALAIKAWAALAIHISSALAM (DAN KEATAS KAMU DAN DIA SALAM SEJAHTERA)" betul tak?

dari segi bahasa arabnya mmg betul , tapi ada sikit salah dlm penggunaan istilah . istilah 'assalamu'alaikum itu adalah istilah spesifik utk beri salam pada org , jadi dia tak boleh ditukar begitu sahaja kerana maksud salam itu , dari telinga org arab akan jadi lain ... harap faham ...

assalamualaikum. enta ingat tak nie ayat ape. mksud die cmni : Jgnlah kamu mengeluh/berfikir ttg musibah yg menimpa kmu, tp kmu seharusnya bersyukur ttg nikmat yg Allah kurniakan. harap dpt bntu. syukran! :)

aniszaid’s Profile PhotoAnis Zaid
maaf kak , tak ingat la . asif :(
Liked by: Manusia Biasa Yayaaa

ana x trplih masuk kisas. Allahu..sedih rasenye. 1000 org min x kisas tpi hanye 300 trplih.ana sgt jeles...

La tahzan .. ada yg lebih baik yg Allah dah aturkan . Ada hikmah dia , tpi jgn bhenti usaha , ikhtiar buat rayuan dll . Insha Allah jika rezeki ada di kisas , dapat lah masuk kisas . Tu pun tahun antum sikit . 1000 je .. zaman kami 5000 org mintak , belum kira rayuan lgi . Cuma 315 yg dipilih jadi ahli batch kami .
Tpi , ana kata kat enti ... ana dulu dpt , masuk kisas pun tak sangka . Ana bukan cam kawan2 kisas lain , mintak sekolah lain tpi dapat kisas , punyalah tak sangka dpt masuk kisas hinggakan ana dah masuk SM Teknik Sepang dulu , langkah berjaga2 kalau tak dapat sbb ana tahu saingan nak masuk kisas sgt hebat .
Nasihat ana , cuba jgn tinggal tahajjud . istiqamahkan. tak dapat setiap hari , 2 hari skali , taj dpt , seminggu sekali and waktu tahajjud.jgn lupa solat hajat , mohon sungguh2 pada Allah . Insha Allah , Allah nampak usaha dan keinginan kita dan , Allah akan bgi yg tbaik untuk kita . Ana kata,sebab ana pernah lalui dan buat , dan alhamdulillah . insha Allah , semoga bjaya . Jgn bersedih ya ..

View more

boleh hang terangkan pasal Sujud Syukur? perlu wudhu tak?

sujud syukur perlu wudhuk . ia dilakukan utk mensyukuri nikmat drpd Allah . nikmat yg boleh sujud syukur tu disyarahkan ulama adalah nikmat yg bukan nikmat yg lazim , yakni ia didapati dalam suatu masa atau tempoh dan bukan nikmat yg dapat hari-hari mcm nikmat iman dan islam . yg tu tak dituntut sujud syukur .
kemudian , sujud syukur tu boleh dilakukan lepas dpt nikmat . adapun kiranya nikmat tersebut sudah lama , maka sudah tidak dituntut sujud syukur .
sujud syukur perlu takbir , tak perlu angkat tgn , cukup sekadar lafaz smada berdiri atau duduk dan terus sujud .
sunat memuji Allah dlm sujud syukur .
kemudian ditutup dgn salam .

kalau seorg muslim tu baru berhijrah, dia kena ganti balik solat2 dia yg lepas sbb meninggalkan solat? eh faham tak...?

faham . yup . solat yg kita tinggal , sengaja atau tidak , wajib qada' balik . kenapa kena qada' balik ? sebab nak tunjukkan pada kita yg solat tu sgt ditekankan dalam Islam dan nak tunjukkan yg Allah tak suka org meringan2kan solat .
tapi takpe , take your time . kalau macam enta , mungkin tak sure berapa hari enta tinggalkan solat , boleh jadi bulan , boleh jadi tahun . maka , enta kena set yakni agak . enta rasa smpai 3 tahun ? tak . 2 tahun ? tak . setahun ? ya , lebih sikit , so ambillah 1 tahun 5 bulan . dan seterusnya .
ambil masa qada' . mula dari sekarang , cuba , sehari satu solat di qada' dan seterusnya .
katakanlah enta/enti mati sebelum habis qada' semua solat yg ditinggal , maka enta/enti tak dipertanggungjawabkan atas solat yg ditinggal walau tak habis sebab enta/enti dah cuba sedaya upaya qada' solat tu .
Allahu , maha Pemurah Allah .
kata ustaz ana , Al-Fadhil Ustaz Syauqi Hafizahullah , qada' solat wajib lebih aula (didahulukan) drpd solat-solat sunat
insha Allah ,
sama-sama kita usaha qada' balik semua solat yg kita tinggal :)

View more

Next

Language: English