@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

sblum tidur ana doa supaya dpt jumpa jodoh dlm mimpi. tiba2 ana mimpi ada orng nak masuk meminang. tapi muka laki tu tak nampak . samar2. yng psti pkai songkok n berbaju melayu hitm. mimpi tu boleh caya ke tidak?

wallahua'lam .
boleh jadi betul tapi jangan yakin sgt , mungkin mainan syaitan .
belajar dulu elok2 ya :)
Liked by: Faiqah Afifah

salahkah kita mendalami ilmu Syiah?sekadar untuk tahu sahaja bukan ubtuk amalkan

kalau kita bukan orang yang ahli , lebih baik elakkan tahu terlalu dalam . cukup lah tahu sedikit , ciri-ciri , sifat dan apa yg salah . sebab syiah ni skop dia sgt besar . banyak mazhabnya , dan pecahan pada mazhabnya .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

saya bnyak melakukan kesilapan..saya ingin berubah..dan mendapatkan hati yg pernah saya dpat suatu ketika dahulu..benar mukmin yg kuat itu bukan sekadar melakukan amalan soleh di tempat yg baik..malah tetap melakukan amal soleh walau dia bersendirian..tpi saya x kuat..saya telah tewas dlm godaan sya

usaha lagi .
teruskan berubah ,
rasa nak jatuh tersungkur , mintak kawan sambut kita .
duduk dgn kawan-kawan yang juga nak berubah ,
sampai kamu dah yakin boleh keluar
barulah keluar .
silakan berjemaah .
Liked by: aina syakira

Related users

Macam mana nak lupakan orang yang kita dah suka/sayang? Ini bukan soalan tentang cinta semata mata kerana saya sedang cuba untuk kekalkan matlamat yg lebih penting selain mencintai manusia tika ini. Perjalanan saya masih panjang.

lupakan orang tak mudah .
kena luangkan dan fokuskan masa pada benda lain
elakkan dari layan lagu jiwang , even nasyid sekalipun
selalu duduk dgn kawan-kawan yg tak suka mengumpat .
jauhkan diri drpd dengar atau ambil tahu pasal org yg kita nak lupakan
insha Allah
maaf lambat jawab
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: yayaaatorres

Sy berkenalan dgn seorang wanita kacukan pakistan dan kmi bercinta spt pasangan lain, till 1 day, ibunya tahu then kmi dilarang berkawan/lost contact krn ibunya mahukan menantu yg mewah/kaya dan juga berketurunan pakistan. Senang cerita hubungan kami dilarang keluarganya. Apa patut sy buat? help plz

bincang molek dengan family dia lah .
cakap baik-baik . ingatkan family dia , kekayaan , pangkat dan bangsa bukan pengukur bahagianya seseorang .
kalau tak dapat juga , muhasabah balik diri kamu ,
mungkin cara kamu approach perempuan tu salah .
mungkin akhlak kamu dgn parents dia salah .
semoga berjaya
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Nice to see nice to hold...Once you read it you got blessed from God..inshaAllah. Al-Quran al-Kareem

:) nice quotes

sambung soalan tadi . bukan ke kita takleh gabung gn orang kafir ? keliru lahh --'

kamu bila tengok ayat , elakkan tengok zahir ayat sahaja dan terus buat hujah . kerana wahabi , syiah , zohiri dll fahaman juga begitu , ambil satu ayat sebagai dalil , tetapi hanya maksud zahirnya . sedangkan ayat itu ditafsir lain .
jika benar ayat ini melarang kita bergabung dgn orang kafir , maka bagaimana boleh bertentangan dgn apa yg nabi buat iaitu bergabung dgn org madinah utk membuka kota Mekkah ? belajar lagi . kamu nak kata nabi salah sebab tak faham ayat Allah . mesti ada mksud tsirat dlm ayat tsebut dan mgkin ada hadis nabi yg mengkhususkan maksudnya dll .
jangan terlalu mudah percaya dgn sesuatu hanya kerana dia ada dalil Al-Quran dan hadis , kerana boleh jadi ia manipulasinya utk kepentingan sendiri
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Surah an-Nisa’ ayat 144 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?”

ye sambung

"Jika sesorang hadir di dalam mimpi kita, itu tanda dia sedang merindui kita." ada ke hadis yg meriwayatkan ni ?

ana tak mahir bidang hadis ni
asifni
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Apa hukum non-muslim cakap kalimah Allah macam astaghfirullah?

kalimah Allah adalah milik semua orang hakikatnya
cuma Allah itu adalah tuhannya orang muslim , dan kita tak sekutukan dgn benda lain , maka nasihat kat dia , jangan sebut lagi .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

alhamdulillah . saya dah download iQuran tu . saudara ada nasihat apa2 tak utk saya tetap memelihara kesucian mushaf yg ad dlm fon ini .

baca Al-Quran dlm phone tu bagus dah ,
tapi ini pesan guru kami , jangan lebih muliakan Al-Quran dlm phone dari Al-Quran yg betul . dan kalau berlaku kecelaruan atau pcanggahan , rujuk Al-Quran yg betul . kalau ada Al-Quran dalam phone , tapi tak baca pun , kalau lebih baik uninstall , uninstall je lah . kerana kalau phone letak merata , barakah dlm memuliakan Al-Quran tu kurang , walaupun tak salah .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: The Queen

macam nak jaga ikhtilat dengan betul ?

elakkan drpd membuka ruang-ruang fitnah ketika berikhtilat .
waspada kerana syaitan adalah pihak ketiga sewaktu kita berikhtilat
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Aisah :)

El-Daie kata kalau kita mencuri dah telah memulangkan harta curian, dia terlepas dari hukum hudud. Confuse

ana rasa dlm jwpn ana , ana tak jawab pun apa hukumnya . ana cuma kata perihal hudud . jadi , hukumnya telah dijawab eldaie :)
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Aisah :)

tumpang tanya . boleh cadangkan al-quran yang betul dan sahih ayatnye dari google playstore ? sebab byk pilihan . takut ad ayt yg slh dri org kafir .

IQuran diiktiraf sahih nya :)

.assalamualaikum. boleh x anta beri maksud ikhtilad.. yg lengkap.. gune ayat mudah.. supaya saya dan sume phm..tq

wa'alaikumussalam
ikhtilat tu percampuran .
iaitu bercampur antara lelaki dan perempuan .
hukum ikhtilat ini asalnya adalah haram ,
tetapi ianya menjadi harus atas urusan tertentu
dengan syarat tertentu antaranya
-mestilah menutup aurat dan menundukkan pandangan
-tidak bercakap perkara yang tidak perlu
-menggunakan suara yang tidak menggoda
-bertemu di tempat yang terbuka
-mesti berteman terutama yang perempuan
itulah dia .
harap faham
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Assalamualaikum, akhi. Adakah aurat wanita Islam dengan wanita bukan Islam adalah sama seperti aurat wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim? Ada yang kata ya, ada juga yang kata tidak. Yang mana satu betul? Mohon diberi penjelasan.

wa'alaikumussalam .
muhrim tu orang berihram
mahram istilahnya bagi org yg haram kita kahwini .
wanita Islam dengan bukan mahramnya sama auratnya dgn Non-Muslim ,
cumanya diberi kemudahan pada wanita Islam ,
iaitu mereka boleh dedahkan kepala hingga ke leher , tangan hingga ke siku dan kaki hingga ke betis
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Q

Jangan Tulis INSYALLAH Or INSYAALLAH Kerana Maksudnye Cipta Allah.. Tapi Tulis La "IN SHAA ALLAH" .. Kerana Maksudnye Dengan Izin Allah.. Tolong Sebar Kan Kepade Org Islam.. Takut Akidah Terpesong . betul ka ni??

takde terpesongnya
sebab adat kita org melayu , ejaan tu nak gambarkan sebutan
bukan nak gambarkan maksud
tapi kalau tulis in sha Allah begini ,
adalah lebih baik
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Next

Language: English