@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

akh. kalau kita tengok dalam al azkar ada tulis yang bila telinga berdesing kena selawat dan dikatakan bahawa ketika itu nabi sedang menyebut nama kita. jadi apakah taraf sebenar hadith ni ? mohon pencerahan

wallahua'lam. Ana ada baca juga di Kempen Semak Hadis dan dalam tu dikatakan hadis tu semacam tidak sahih begitu. Dan ana tawaquf ke situ setakat ni.
Dan kita tak kata semua hadis dari kempen semak hadis tu salah sebagaimana sesetengah mereka yang pada ana juga agak keras.
Tapi ana sokong kerja para asatizah muda-muda yang sungguh-sungguh buat kerja tu. Moga Allah redha amalan mereka.
Cuma mungkin cadangan penambah baikannya adalah harapnya mereka lebih meraikan pendapat-pendapat ulama tentang sesuatu hadis yang pastinya ada ulama yang akan menilai itu dan ini. Dan harapannya juga mereka tak terlalu keras dan tegas pada pendapat yang menolak sahaja.
Untuk hal soalan ni, ana amalkan sahaja selawat bila telinga berdesing. Sebab memang selalunya bila selawat desing tu hilang. Jadi ana buat gitulah.
Wallahua'lam. Ana la adri.

View more

assalamualaikum...boleh tak kalu nak bgi salam kat org yg bukan islam. kalu mereka bgi salam nak jawab camane?

Wa'alaikumussalam. Jangan bagi salam ke orang belum Islam dengan assalamu'alaikum. Cukuplah hello ke hai ke moshi-moshi dll. Adapun kalau orang belum Islam tu bagi salam ke kita, jawablah 'waalaikum'.

umur ana dah 14 macam mana nak mula.mengaji?

belum terlambat lagi nak mula. Fadilatul Ustaz Azhar Idrus bukan mengaji pada usia semuda kamu sekarang. Tetapi masha Allah, barakah pengajian beliau, alhamdulillah hari ni beliau jadi da'ie sejuta ummat. Celah pelusuk mana yang orang tak kenal beliau hafizahullah.
Jadi tiada limit umur untuk mula mengaji dan berhenti mengaji.
Nak mula guana? Mula lah dengan melazimi majlis ilmu yang paling dekat dengan kita iaitu kuliah dan ceramah di surau masjid kita. Dan berkawanlah dengan orang soleh. Mudahan dengan soleh mereka kita menumpang sama nikmat syurga nanti amin.
Liked by: Am. rfqh. أج H.M Ay.

pastu..ape pendapat akh tntang isu habib umar tu?

Wallahua'lam ana tak ambil tahu tentang hal itu. Sebab media sosial ni macam-macam. Lagi-lagi para ulama selalu kena sebab mereka tiada laman sosial, maka bertaburlah cacian makian di laman sosial ni. Naudzubillah. Tu pasal kena tabayyun selalu zaman ni. Kalau dulu zaman nabi berita palsu disebar geng-geng munafiq tu pun kena berhati-hati sungguh, inikan lagi berita zaman ni yg takde hujung pangkal.
Ana memang niat nak tanya pada ustaz syauqi hfz. Muridnya habib umar guru kami tentang persoalan ni dan nak dengar penjelasan beliau. Mudahan Allah sampaikan hajat tu amin.

Tapi kalau dia bagi alasan kita nak jawab apa eah?

Kamu mudah untuk bagi alasan 'orang itu sesat', 'benda sekian tak betul', itu ini. Tapi bila saya ajak kamu ikut sekali dan duduk sekali dalam majlis begitu, kamu tak mahu. Jadi macam mana kamu boleh kenal seseorang dan mudah kamu lontarkan kata-kata itu sedangkan kamu tak pernah duduk bersama dia dan kenali siapakah dia?
Jawab dengan senyuman sahaja.

Boleh ke tak eh pergi qasidah² ni? Apa hujjah eh nak bagi kalau ada yg kata benda ni sesat dan haram dan dosa besar

Jom pergi jom. Takde sebab kenapa tak boleh. Sebab kalau orang ke konsert nasyid boleh, kenapa qasidah tak boleh
Kamu kata je macam ni, zaman Rasulullah dulu, Rasulullah sediakan tempat khas untuk orang bersyair. Bahkan ada sahabat yg memang khusus jadi penyair Rasulullah. Lagi hebat, majlis Rasulullah ada orang yang bersyair dalamnya.
Jadi syair tu qasidah juga dalam bahasa arab. Jadi itulah dia qasidah. Madahnya mungkin berbeza tapi ia bentuk pujian pada sayyiduna Rasulullah. Satu alternatif hiburan untuk kita ummat Islam.
Insha Allah. Majlis para ulama juga ada diselitkan qasidah bahkan para ulama juga ramai yang gemar bersyair kerana tiada larangan bersyair oleh Rasulullah selagi mana dalam konteks syara.
Nak rujuk dalil syair boleh lihat dalam kitab Syamail Muhammadiyyah dalam bab syair Rasulullah kalau tak silap.
Jom ke majlis maulid dan qasidah kepada nabi S.A.W.
Wallahua'lam

View more

Then how do you explain to a non muslim if they ask "can touch dogs or not? & why so?" #akj (ana kurang jelas/ part two) syukran for the answer anyway!

if it's me, i'll answer it like this.
yes we can. but i didn't want too. we muslims we can touch dogs, but if we didn't want to, so that's it. ok?
Liked by: zara Ainaaaaa Human.

Assalamualaikum, dalam mazhab syafiie adakah benar dilarang memegang anjing? Boleh beri penerangan jelas serta dalil? #akj (ana kurang jelas) syukran barakAllahu feek ✨

Wa'alaikumussalam. Setakat yang saya belajar. mazhab syafi'e tak larang pun sentuh anjing. Cuma yang jadi bahasnya para ulama syafi'e adakah kena sertu bila pegang anjing.
Dan kesimpulan yang ana pegang adalah jika kita pegang anjing yang basah, maka kita kena sertu tangan kira dengan 6 air mutlak dan 1 kali air campuran tanah.
Dalil ana mintak maaf. Ana tak tahu. Sebab ana belajar fiqh. Bukan usul fiqh. Jadi istidlal ke arah dalil tu ana tak tahu. Wallahua'lam

Saya keja kt gerai, tp dekat situ x ada surau boleh ke kalau saya balik keja baru saya qadha solat?

Eh tak boleh gitu awak. Kena usahakan juga bagi boleh sembahyang. Cuba slow-talk dengan boss. Minta boss kasi masa sembahyang. Awak bawak lah sejadah dari rumah. Try dulu.

Next

Language: English