@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Maksudnya, إقرأ tu daripada ayat pertama surah al alaq. Wahyu yang pertama rasulullah terima. Bukan ke turun ayat tu supaya umat islam membaca? Tapi umat islam tak membaca. Lebih kurang gitu la 😅

ok baru faham. confius yg taqra' tu. syukran kak.
Liked by: Sabie MISS A

اللهم صل على سيدنا محمد

Mari mamfaatkan masa kita yg berbaki ni sambil-sambil online ni pakat dengar rakaman majlis-majlis ilmu di youtube.
Antara yg saya galakkan adalah bacaan kitab sirah oleh Ustaz Nazmi Karim hfz. Smackdown. Atau bacaan kitab syamail muhammadiyyah oleh Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari hfz.
Jom jom. Hidupkan cinta, semaikan rindu

Apakah ucapan yg ingin sekali antum sampaikan kpd Habibuna Rasulullah S.A.W bersempena sambutan kelahiran Baginda ?

لو كان بيننا الحبيب,
والله لاقول إليه:
مرهبا يا رسول الله. اجعلني من أهل شفاعتك يا نبي الله.
Jika Rasulullah bersama kita,
Wallahi akan aku katakan padanya:
Selamat datang wahai Rasulullah. Golongkan aku daripada ahli syafaat (orang yang mendapat syafaat) kamu wahai Nabi Allah.
Jujur kalau Rasulullah ada dihadapan kita sekarang, pastinya bercampur baur perasaan. Gembira sebab dapat berjumpa Rasulullah. Malu sebab dosa kita subhanallah, selawat pun jarang. Malu sebab ummat hari ini tak macam para sahabat, pasti kelu lidah tak tahu nak cakap apa. Nak cium tangan nabi pun segan. Allah.

apa maksud enta tanpa Rasulullah kita takkan ada di sini? enta percaya dengan akidah bathil Nur Muhammad? ana terpaksa unfollow enta. jazakallah kheir

Eip. Jangan mudah meletak hukum akidah seseorang itu batil dll. Bila kitakata akidah seseorang tu batil, maka secara tak langsung, enta mengatakan orang itu bersifat dengan sifatnya orang yg kufur. Jika org tu bersifat kufur bukankah dia dikalangan org yg kufur.
Berat tuduhan tu. Jangan main-main. Belajar molek dulu batas mana bathil :)
Terpulang pada kamu. Saya pasti dalam ruang terbatas ni macam-macam salah faham/baca boleh jadi.
Saya menulis dalam maksud menggunakan uslub balaghah. Dan maksud ayat itu bukan direct sebagai takdenya Rasulullah takdenya kita. Tapi lebih kepada sifat kita iaitu muslim. Tiadanya Rasulullah maka masakan kita boleh ada dalam keadaan kita sebagai seorang muslim dan mukmin. Saya cuba meletakkan unsur badi' dalam kalam saya dengan selitan ijaz.
Saya mohon maaf tapi saya ingatkan juga sekali lagi jangan mudah letak hukum ke orang. Ambil lah ibrah dari apa yg jadi ini.
Minta maaf jika buat sesiapa keliru. Masih belajar lagi.
Allahumma innaka afuwwun karim, tuhibbul afwa, fa'fu anna, ya rabbana.

View more

jazakallah akhi. cuma saya ada satu lagi kemusykilan. mohon akhi bagi pencerahan semampunya huhu in shaa Allah. tentang bidaah. apa yang kita tahu bidaah ada dua. hasanah dan dholalah. bukankah bidaah hasanah hanya untuk perkara dunia? mohon penjelasan mungkin juga saya silap. syukran

Allah. ana dah kata saya bukan ahlinya dalam soal ni. dan isu ni adalah perkara khilafiyyah (yang terkandung khilaf dalamnya) yang dah dibahas panjang ulama dan sepatutnya bukan dibincangkan orang awam macam kita.
Bukan semua ulama sepakat bidaah itu ada pembahagian. Maksud saya ada ulama besar juga yang tidak sepakat wujudnya pembahagian pada maksud bidaah iaitu Imam Asy-Syatibi rhm. Walakin memang jumhur ulama setuju pembahagian bidaah kepada umumnya dua bahagian seperti Imam Syafi'e nukilkan (mafhumnya) bidaah yang terpuji/hasanah dan bidaah yang tercela/dholalah. Antara ulama yang bahagikan bidaah adalah Sultanul Ulama sendiri, Al-Imam Izz Abd As-Salam, Imam Syafi'e, Imam Nawawi dll.
Dan satu yang kena kita tahu. bidaah itu bukan hukum, tapi dia urusan dalam agama. maka dia juga tertakluk pada hukum wajib, sunat, makruh, harus, haram jika dibincangkan. Maka bukanlah kita menghukum satu amalan itu melainkan amalan itu bidaah wajib semacam pembukuan Al-Quran dll.
Jadi ia memang akan tertakluk pada ibadah. cuma ibadah juga ada pembahagiannya. pembahagian mudahnya kita ada ibadah umumi dan ibadah khususi. maka, wallahua'lam. sekadar yang ana tahu, bidaah dalam ibadah umumi adalah dibolehkan. adapun dalam ibadah khususi semacam solat, maka kita tidak boleh tambah rakaat solat jadi 6 walaupun ianya baik. sebab ia bidaah.
Jawapan terbaiknya adalah wallahua'lam. Allah lebih mengetahui.
Ana sebenarnya tak tahu macam mana nak jawab dalam ruang yang sempit ni. Mungkin lebih mudah kalau kita boleh bincang dan sembang berdepan. pada ana gitu lah mudah.
Ana cadangkan baca ni (petikan daripada tulisan Ustaz Muhadir Bin Hj. Joll iaitu Kekeliruan Ummat):
https://ibadurrahman99.wordpress.com/2014/09/19/hujah-dan-dalil-wujudnya-bidah-hasanah-di-dalam-islam-ustaz-muhadir-bin-haji-joll/
Ana pernah hadir satu daurah dengan Ustaz Muhadir hfz. dan setakat yang ana kenal beliau, subhanallah. Akhlak beliau sangat hebat. Harap ini soalan terakhir bab ni. adapun kalau nak sembang lagi, wassaplah senang :)

View more

Liked by: lynn nazrin pazil

assalamualaikum. akhi saya nak tanya. apa hukum kita sambut mawlidurrasul? sebab masa zaman nabi para, para sahabat dulu even imam imam besar pun tak sambut. mungkin saya silap. mohon pencerahan. jazakallah akhi

wa'alaikumussalam. Allah Allah. jangan tanya saya bab hukum-hukum ni. Saya bukan mufti. Cuma saya naqalkan satu pandangan guru saya yang saya siqqah (percaya) dengan autoriti ilmu beliau dalam bidang fiqh. Beliau mengatakan bahawa para ulama menghukumkan harus pada merayakan sambutan Maulidur Rasul atau sambutan hari kelahiran Rasulullah.
Hakikat majlis maulid itu adalah suatu jilsah di mana berkumpulnya orang awam dari pelbagai lapisan kaya, miskin, tua dan muda bersama-sama duduk meraikan satu majlis di mana dalam majlis itu dibacakan ayat-ayat Al-Quran, dibacakan selawatan, dibacakan dzikir-zikir, didendangkan qasidah-qasidah, dialunkan syair-syair memuji sayyiduna Rasulullah S.A.W. dan dibacakan doa-doa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Adapun majlis itu (iaitu jilsah atau acara) itu adalah bidaah kerana ianya bukan apa yang diadakan pada zaman Sayyidina Rasulullah. Adapun intipatinya adalah segala amal kebaikan daripada apa yg kita sebutkan dan bukanlah bidaah yang tercela melainkan ia cuma bidaah hasanah.
Kalam ini adalah naqalan dari kalam ustazuna Al-Fadhil Ustaz Syauqi Bin Ismail hfz.
Dan saya tertarik dengan satu kalam daripada satu buku, yang saya pun tengah habiskan dan saya cadangkan kamu habiskan baca. Buku ini menjawab banyak kemusykilan yang dilontarkan orang ramai. Tajuk buku ini: Peringatan Maulid Ar-Rasul Sebuah Ungkapan Cinta Untuk As-Sayyid Al-Mursalin yang disusun oleh Abdurrohim Ats-Tsauriy.
Dalam Syubhat (10) dituliskan jawapan untuk soalan serupa apa yg dlontarkan kamu. M/s 79. Elok kamu baca. yg saya snap ni satu page je. panjang lagi tulisannya.
Insha Allah. mudah-mudahan Allah kurniakan kita rasa cinta pada Rasulullah S.A.W. dengan sebenar-benar cinta. Amin.
Link PDF buku ni:
http://kajiansalaf.net/ebook/Maulid_Ar_Rasul_Sebuah_Ungkapan_Cinta.pdf
wallahua'lam

View more

What do you think about Islam?

Nak ajak sama-sama fikir. Ni status saya di FB.
Bayangkan sahaja kalau orang muda hari ini rajin membaca. Katakan satu minggu paling lekeh satu buku.
1 bulan = 4 buku
12 bulan = 48 buku
Tempoh hayat ummat nabi, biasanya dalam 60 ke 70 tahun. tolak usia emas, mungkin sekitar 50 limit untuk constant membaca buku seminggu satu. maka kita akan dapat:
50 x 48 buku (setahun) = 2400 buah buku.
Dan cuba bayangkan pula percentage untuk setiap buku. takkan satu buku inputnya 0%. Paling kurang kita kata 5%. Cuba kira pula berapa input (baca: ilmu/informasi) yang kita dapat dalam limit sehingga 50 tahun.
Maka tidak mengejutkan jika bangsa kita mundur. Walaupun kita katakan mundur itu kalau kita letak comparation dengan barat. Sebab barat ada veto dia dan dia akan sentiasa jadi paling maju kerana semua negara dan bangsa berkiblatkan dia sebagai kayu ukur kemajuan. Tapi realiti kalau kita tidak berkiblatkan barat sekalipun. Mana umat Islam?
Kalau dulu para aimmah kita, khatam kutub sittah itu perkara normal. bahkan jengkel jika diangkat orang yang tidak habis membaca keseluruhan hadis dalam kutub sittah (Sahih Bukhari, Muslim, Sunan Abu Daud, Tirmizi dsb.nya). Realiti hari ini (bukan memperlekehkan sesiapa) tidak habis kutub sittah dibaca itu normal. Dan kita tidak hairan pula jika orang awam juga tidak habis baca Hadis 40 Imam Nawawi rhm. atau Riyadhus Solihin beliau. Ini tidak hairan kerana ahli dalam bidang ini juga tidak menghabiskan yang sepatutnya.
Tidak dinafikan kepentingan berguru dalam membaca, walaupun begitu bukan sukar untuk mendapatkan guru hari ini. Rujukan boleh dibuat bersama imam-imam dan para asatizah di surau, yakin mereka boleh membantu. Alangkah murninya jika kita membaca dan bersama itu juga kita mengaji dan menuntut ilmu. Pastinya budaya ilmu itu akan subur dikalangan masyarakat kita.
Mungkin suara saya sebagai seorang marhaen biasa ini tidak akan didengar mahupun diendahkan oleh sesiapa. Tetapi saya cuma ingin mengajak semua untuk melazimi buku. Bila kita sebut buku, bukan suruh melazimi kitab-kitab arab. Kalaupun kita tidak mahu membaca kitab-kitab hadis kerana bimbang tersilap maklumat, tetapi bacalah. bacalah buku masakan ke, novel ke, artikel ke hatta komik sekalipun. bacalah.
Tidak sengaja Allah mulakan penurunan Al-Quran dengan lembaran ayat Al-Alaq yang bermula dengan 'اقرأ'. Pasti sekali ia tersirat rahasia di sebaliknya.
Saya menyeru sahabat-sahabat di Facebook friendlist saya untuk membaca :)
Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dan semoga Allah kurniakan kita manfaat. Amin.

View more

Bagaimanakah anda mengikhlaskan diri ketika seseorang menyuruh anda melakukan sebarang pekerjaan yang anda tidak suka ?

keterpaksaan membawa kepada keikhlasan.
bunyinya tak kena logik akal kita kadang-kadang, tapi kesannya terbukti.
dan ingat pesan Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi rhm. ni:
العمل بغير إخلاص ولا اقتداء، كالمسافر يملأ جرابه رملاً يثقله ولا ينفعه
Maksudnya: Amal tanpa ikhlas dan mengikuti tuntutan (syariat) umpama seorang musafir yang membawa bekal berisi pasir, ia memberatkannya dan tidak memberi manfaat padanya.
:)

Tiada lafaz yang lebih agung Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu Biar jasadku yang menanggung Permainan darimu rela ku pujuk lagu Relaku Pujuk - Spider soalan: Boleh rosak ka aqidah kalau lagu dia ceni?

Kalimah-kalimah macam tu boleh membawa kepada unsur kekufuran jika memang diniatkan dalam hati. Sedangkan kalimah yang sangat mulia adalah 'Kalimah Thoyyibah' iaitu kalimah syahadah. yang membezakan antara Iman dan Kufur, Islam dan bukan Islam; Kalimah itu lah.
Maka itu sebab para ulama dan orang-orang tua-tua kita larang main-main dengan kalimah-kalimah yang boleh jadi unsur syirik. Apatah lagi kalau orang salah dengar dan salah faham. Boleh jadi fitnah pada si penyebut. Naudzubillah.
Ingatlah firman Allah yang menyifatkan orang-orang kafir itu:
.الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ نَنْسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ
Maksudnya: Mereka yang menjadikan agama mereka sebagai hiburan dan senda gurau, dan orang yang telah terperdaya dengan kehidupan dunia. Maka pada hari ini (hari kiamat) kami lupakan mereka seperti mana mereka melupakan pertemuan mereka hari ini dan mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami.
(Surah Al-A'raf: 51)

View more

apa maksud gambar yg digunakan tu?lelaki pgg 2 org kanak2. pasti ada makna yg besar

Ahaha. Gambar tu punya maksud ke. Maksud dia belas kasihan. Lelaki tua tu adalah Monkey D. Garp manakala budak dua orang tu, yg pakai topi tu dipanggil Mugiwara No Luffy, ketua Straw Hats Pirate bakal Pirate King. Sebelah dia tu Hiken No Ace. Abang Luffy. 2nd Divison Commander White Beard Pirates.
Yang unik dari gambar ni adalah Garp merupakan Vice Admiral Marine dan melatih dua orang ni jadi marine dari kecik lagi. Dia mentarbiyyah Luffy dan Ace dengan semua aspek tarbiyyah diambil kira (rasanya lah). Tapi apa yg menarik adalah dua-dua orang ni tak minat sikit pun nak jadi Marine tapi masing-masing bercita-cita nak jadi Kapten Pirate. Sampailah hari ni akhirnya, yang masih setia nak jadi pirate king hanyalah Luffy.
Ibrah dia, kita cuma mampu mentarbiyyah orang tapi bukan mencetak orang. Kita punya pusat tarbiyyah bukan kilang tarbiyyah.
Dan kembali kepada orang yang ditarbiyyah itu sendiri macam mana dia terima tarbiyyah dan aplikasikannya dalam hidup atau tidak. Jika dia sendiri tidak mahu berubah, maka tiada siapa yg mampu ubah dia.
Ibrah terakhir adalah, sama-samalah layan One Piece. Banyak ibrah dari cerita tu ~

View more

If you could time travel, would you go to the future or the past?

i think i rather choose future because im motivated to see who my friends will be and looking forwards of how Malaysia look like in 10 years after this. I'm looking forward to an Islamic revolution in Malaysia or the order of Islam will be apply in this country after GE16 more or less.
Suprising yet thrilling to see what happen in GE14. Is it gonna be a new Blackout demostracy or is it gonna be the end of our dead democracy and prime minister.
Behold the glory of Islam shall awaits.

Next

Language: English