@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Blh explain tak mcm mana cara nk jamak solat?

kumpulkan dua solat (zohor-asar , maghrib-isyak) sekali dan solat salah satu sampai habis kemudian tanpa diselangi dengan hal lain sambung dengan solat pasangan dia .
samada dihimpunkan pada waktu solat pertama (jamak taqdim) atau waktu solat kedua (jamak takhir) dengan syarat dalam musafir
Liked by: Wafi Khairul Haura'

Kalau la kan,, laki ni dia niat nak kahwin dengan kita.. Tetapi pada masa yang sama, dy ada dua orang skrg.. Dan dy berniat nk khwin dua.. Salah x cara dy..

Tamaknya . kena faham sunnah Rasulullah tu macam mana .
ni perhatian buat muslimun semua , lelaki memang boleh kahwin lebih satu sampai empat . tapi tengok ayat dalil tu smpai habis , ada ditambah 'فان خفتم ... ' iaitu bermaksud jika kamu takut tidak berlaku adil , maka satu dah cukup . mafhum lebih kurang begiti .
Takut disini bukan maksud kalau kamu yakin boleh kamu boleh kahwin , tidak . tapi maksud takut ni ialah jika keadaan kamu juga tidak mengizinkan , walaupun kamu tak takut , kamu tetap tak boleh sebab yang ditakuti itu adalah menzalimi wanita .
Selagi mana tidak zalim boleh . dan Rasulullah kahwin dengan Saidatina Aisyah pun lepas Saidatina Khadijah meninggal . sangatlah tidak cantik jika kamu kahwin kedua sewaktu isteri pertama masih ada dan sihat . ikutlah contoh yang Rasulullah tunjuk , yang terbaik :)
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

Liked by: Nur Asyikin dira

Related users

Sistem Khilafah tu apa ?

Sistem pemerintahan diketuai seorang amir negara atau dipanggil khalifah . yang menjadi ketua negara . semua keputusan dan perintah daripada khalifah dan wujudnya sistem syura atau musyawwarah antara khalifah dan orang bawahnya .

kalau kita study dkt oversea pastu time exam/lecture dia lama sampai terlepas waktu solat. kita perlu qada' atau jamak?

kena mintak keluar . seboleh-bolehnya kena keluar jugak . sebab ulama ada khilaf juga dalam mana lebih aulawiyyat . tetapi sepakat agama lebih utama . melainkan diugut nyawa dll yang membuatkan selamatkan nyawa lebih utama .
usahakan untuk keluar juga .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Nur Asyikin

pasal hadis bulan rejab ana tahu dia hadith dhoif. tp x bermaksud x boleh amalkn kan? jadi mcm mana nk terang dkt org yg x faham and tak tahu pasal hadith hukum dll tuh. and 'al-ulama warsatul anbiya' tu hadith atau hikam amsal??

Hadis Dhaif ada dua jenis : Dhaif pada matan atau dhaif pada sanad
macam mana dhaif pun , masih boleh dipakai buat amal . cuma kena harapkan kesahihan dia .
yang tu hadis

boleh share doa lepas solat yg mail biasa baca??

Ana baca doa ikut situasi dan solat tu . biasanya pelbagaikan doa . solat lain , doanya lain .
Doa yang paling baik adalah yang kita tahu , faham dan boleh hayati maksud dia .
Walaupun doa tu bukan doa yang diajarkan Rasulullah sekalipun , tak maksur tapi biarkan doa kita lafaznya kita faham . kalau mahir arab , doa dalam bahasa arab . kalau mahir melayu , bahasa melayu . mahir inggeris , bahasa inggeris pun boleh

klu niat tu nk kena mention ini hari ke mcm mna? Blh bgitau dak niatnya?syukran :)

Sahaja aku berpuasa sunat hari ini kerana Allah Taala
Liked by: Nur Asyikin

Assalamualaikum.. Ingin brtanya, apa hukum mengumpat eik?

Wa'alaikumussalam .
ghibah atau mengumpat hukumnya haram dan ianya diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri . boleh rujuk surah Al-Hujarat

Hahaha. Yela akhi. Kat sini maksudnya bila kita buat bnda tu. Secara tak langsung mmbuatkan kita ingat Allah. Syukran alaik atas pendapat. :)

aiwah . afwan
Liked by: Nur Asyikin

Kadangkala kejahatan yang sering membuatkan kita sentiasa mengingati Allah. Apa pendapat akhi tntang ni. :)

kejahatan yang kita tersedar selepasnya yang buat kita ingati Allah . kalau kejahatan tu kita buat tapi tak sedar-sedar .. makin jauh juga dari Allah

Apa hukum laki mmakai rantai emas eik?? N klau rntai silver?? Apa hukum dy??

rantai adalah perhiasan khas untuk wanita dan ianya bukan perhiasan bagi lelaki . lebih berat lagi rantai emas dipakai lelaki . dua kali ganda salahnya kerana emas juga perhiasan wanita .
adapun pakai rantai silver hatta apa rantai sekalipun adalah memakai perhiasan wanita dan ia dilarang
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

"sesungghnya, orang2 yang membencimu dialah yang terputus (drpd rahmat Allah)" tolong terangkan maksud ayt tersebut.

Allahu rabbi . ana tak mahir ilmu tafsir ini . kena bukak maksud dan lihat cerita ayat ini . mungkin kamu disitu merujuk kepada Rasulullah s.a.w.

kawan saya haritu pinjam moto saya nak balik rumah saya bagi tapi syaratnya jangan bawak pergi jalan2. tapi dia pergi jalan2 jugak, jauh pula tu, jadi saya marah.. dan kalau dia nak pinjam lagi apa yang patut saya lakukan? saya susah nak percaya dia sekarang ni.

maaf lambat jawab . bincang elok-elok . musyawarah itu ada keberkatannya

assalamualaikum akhi...anon x pasti ada org prnah tanya akhi soalan ni atau belum.... klu kwn kita yg bkn islam kematian ayahnya...perlu ke kita sebuat innalillah?

wa'alaikumussalam . ana tak tahu hukumnya . tetapi cukup sahaja kita kata takziah dan hormat pada dia :)

boleh bg link pasal dajjal tk? ada terbaca masa tu tapi tk ingat. serta link surah yg nk kena hafal bg elak fitnah dajjal

Link ? saya rasa pernah tulis . cadangnya beli buki pasal Dajjal kat luar sana . jangan baca satu sumber je . banyakkan sumber .
Cuba amalkan Surah Al-Kahfi ayat 10 terakhir . jika mampu hafaz seluruh Al-Kahfi atau 10 ayat awal dan 10 ayat akhir . Insha Allah .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Next

Language: English