@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

ttg yg kecilkan hati tu..ana pernah dgr, org kata kalau kita terasa gn org yg buat kita terasa, itu lg berdosa, sbb maybe org yg wat kita terasa tu ujian dr allah, yet kita terasa tu seolah2 tak redha gn ujian yg allah bg kt kita. allahu a'lam lah, ana pun pening

gleeace’s Profile Photoechoes
ni masalah ni .
ujian memang ujian , semua benda yg Allah beri pada kita ujian ,
tapi yang buat orang terasa ni pun ada masalah jugak ,
buat orang terasa atau kecil hati bukan perkara yang baik .
walaupun tak sampai tahap haram , tapi untuk orang yang nak bersihkan diri , kena jauhkan .
sangat tak baik .
Liked by: Daniel Ad. echoes

Related users

Assalamualaikum disini saya ingin bertanya sekiranya seseorang itu sentiasa membaca Al Quran sentiasa beribadah tetapi dia masih marah marah tanpa usul periksa seperti hatinya tidak lembut dan masih suka memarahi dgn nada yg tinggi(menengking). Apakah amalan dia masih diterima? Dan kenapa msih bgitu

wa'alaikumussalam .
kena lihat balik pada diri dia sendiri .
muhasabah diri .
Sepatutnya ibadah melembutkan hati bukan mengeraskan .
sepatutnya ibadah mencairkan hati bukan membekukan
sepatutnya ibadah menyatukan hati bukan memecahkan
tentang amalan dia , ianya masih seperti biasa ,
cuma dia perlu lihat , mesti ada silap di mana-mana dlam amalan dia ,
boleh jadi amalannya tidak ikhlas , amalannya penuh penyakit hati dll .
Allahu rabbi

:: Syirik kecil boleh jadi macam ni ::Situasi: Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata,"Nanti hujanlah".Haa, tu boleh jadi syirik kecil.Situasi lain: Azlie bertanya kpd Ahmad."Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb, "Dah, semalam."Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik , yaka?

macam mana pulak boleh syirik -.-'
Syirik tu maknanya menyekutukan Allah atau mengadakan sekutu bagi Allah .
then , adakah kita kata kawan kita nyanyi hujan jadi syirik .
fahamkan maksud syirik tu betul-betul .
jangan mudah mengatakan syirik pada orang ,
macam kata kafir pada orang .
insha Allah .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

saya seorang perempuan boleh ke bersalaman dgn pakcik(bapa saudara) iaitu adik beradik dengan bapa saya?? apa batasan aurat dengan dia??

Pakcik boleh .
anak lelaki pak cik tak boleh
wallahua'lam

Akhi, betol ke dosa org yg berkecil hati lebih besar drpd org yg kecilkan hati org lain?

Dosa atau tidak tu milik Allah
ana tak tahu

Assalamualaikum.. Bulan ramadhan slalunya org smbhyg witir.. dh buat witir bleh x nk buat sunat yg lain?? Mcm solat taubat, hajat n sbgainya.. Sbb ada org kata x bleh dh sbb witir dy untk pnutup.. Stngah kata bleh stnghnya lgi tdk.. Agk keliru.. Bleh anta trngkan?

Wa'alaikumussalam .
Solat witir itu memang adalah penutup ibadah sehari .
Jadi sebenarnya begini , takde masalah pun lepas solat witir nak buat solat lain macam taubat dll .
Solutionnya gini , jika kamu mmg jenis yang qiamullail ,
jadi lepas terawih , tak payah lah solat witir ,
nanti nak habis qiamullail baru buat
tapi kalau kamu mmg dah tak de solat dah lepas terawih ,
maka tutuplah dengan witir . itu sunnat .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Nur Asyikin

Assalamualaikum akhi, akhi nak tanya sat. kan antara rukun wudhu' ialah menyapu kepala kan ? boleh tak part menyapu kepala tu buat dekat bahagian belakang kepala atas tengkuk ?

Wa'alaikumussalam
dlam Matan Abi Syuja' , musannif letak menyapu sebahagian kepala .
Kata guru kami , Al-Fadhil Ustaz Syauqi hfz.
di sini dimaksudkan sebahagian kepala bukan semua kepala ,
maksudnya , mana-mana dari bahagian kepala itu boleh disapu .
sunatnya seluruh kepala .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

if im not mistaken, maksud hadis tu, kalau kita tgh duduk2 gn kawan kita, ada 3 org kat situ. pastu kita bisik2 gn kawan kita yg sorang ni. pastu kita nk keep it secret from yg lg sorang tu, tak boleh. nanti yg lg sorang tu trase. betulkan kalau salah.

gleeace’s Profile Photoechoes
owh . okay . sekarang pernah dengar
syukran

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Selawat Syifa :)

The Prophet (pbuh) said, “When you are three persons sitting together, then no two of you should hold a secret counsel excluding the third person until you are with some other people too, for that would grieve him.” [Sahih Al-Bukhari, Volume No.8] - CREDIT

thanks .
but i dont really get the meaning ..
Liked by: Nur Asyikin

.

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
"Aku nak berkorban dan berjihad di jalan Allah !"
"Kau dah terkorban pun -.-"
"Eh ? maksud kau ?"
"Kau tak sampai jihad di Syria bagaj kau dah terkorban dengan syaitan . Syaitan berjaya lalaikan kau dan lagho tak jaga ikhtilat . So ? berhenti dulu lah mimpi nak jihad segala jauh-jauh kalah syaitan dgn nafsu kau tak boleh lawan"
"Satu lagi , kau kena sedar , mujahidin yang legend-legend ni , semua bukan jihad kosong tanpa ilmu . bukan jihad tanpa matlamat . syahid sahaja bukan matlamatnya . ia menang atau syahid . Kau kalah dengan syaitan sekarang dua-dua kau tak dapat . Apa cer ?"
* sekadar sedikit peringatan yang dilafazkan dalam bentuk dialog untuk sahabat-sahabat seperjuangan di Ask.fm . jangan sampai tergadai amalan kita kerana perkara sia-sia yang kita buat . maaf jika terkasar bahasa . afwa minkum .

View more

ni kiter nak tanya...apa perlu kite buat untuk ada rasa takut utk membuat apa yg dilarang oleh ALLAH???dan camner nak kuatkan iman??surah apa yang ptot kiter amalkan utk slalu jadi org yg bersabar???

banyak soalan ni . ana jawab yang first je dulu .
macam mana nak datangkan khauf atau takut pada Rabbul Jalal ni . antara cara terbaiknya adalah selalu ingag mati . Rasulullah dalam sepotong hadisnya menyebut mafhumnya orang yang bijak adalah yang mengingati mati .
Susah nak ingat mati ?
takpe . cuba cara lain pulak .
Nak datangkan khauf yang kedua caranya adalah dengan sentiasa bersama orang yang dirinya berada dalam keadaan khauf atau takut pada Allah selalu .
dan siapa dia yang selalu dan melazimkan diri untuk takut pada Allah ?
ianya adalah ulama .
انما يخش الله من عبده العلماء
Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah daripada kalangan hambaNya adalah ulama .
Nak dekatkan diri dengan ulama macam mana ? hadir majlis mereka selalu . cuba untuk hadir . usaha untuk hadir . dan rujuk pada mereka masalah kita kerana mereka alim dan berilmu dalam masalah agama .
yang terakhir dari itu , belajar ilmu tasawuf dengan ulama atau guru yang mursyid . belajar bersihkan diri . bila sudah bersih barulah isi dgn takut dan pengharapan pada Allah .
insha Allah .
yang penting itu usaha .
tak usaha , takde lah dapat apa-apa .
Satu pepatah arab sebut :
"من من من من من"
*baca : man minna min manni munna
maksud dia , what you give , you ger back .
insha Allah .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

Hari ni dugaan trlalu bnyk.. Bgaimna anda mnghadapi dugaan itu??jika ia terjdi kpada anda

take a 10 second break .
inhale the largest volume of air inside
hold it and let it go .
Biiznillah
Liked by: Nur Asyikin Afif dira

Arah dp awak, kalian semua pakai selandang yang warna hijau,hitam,putih,coklet kan? Kenapa kalian memakainya?

ouh . itu syal atau rida' . ia daripada sunnahnya Sayyiduna Rasulullah yang sudah ditinggalkan . Rida' adalah antara pakaian yang Rasulullah selalu pakai . boleh rujuk Kitab Syamail Muhammadiyyah Imam Tarmizi dalam bab pakaian Rasulillah S.A.W.
dan rida' ini sunnah umum yang mana perempuan juga boleh memakainya .
Rida' ialah apa-apa jenis kain yang diletakkan di badan atau di bahagian atas .

adakah ada keadaan2 yg mmbolehkan dan memerlukan seorg wanita berpurdah/berniqab mmbuka purdah/niqabnya ?

dharurat .

Next

Language: English