@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Boleh akhi kongsikan apa yg perlu dilakukan utk ana sbg ketua yg faqir ini.Ana kebuntuan.Semoga Allah bantu akhi menjawab soalan ana.

ni muslimin ke, kalau muslimin, mai wassap ke apa ke, lagi senang skit.
kalau muslimat, erm ketua ni berat kalau hubungan dgn Allah tak baik. faham tak?

kullu majmuk? kullu jami'? ma ma'na?

cari sendiri baru best kot. agak dah tak jumpa sgt baru tanya lagi sekali ya. ana cakap tadi pandangan peribadi. dan kullu majmuk. bukan jami'.

Terfikir jugak 'qutait' tapi.. kalau tgk sighah tasghir ada untuk 3,4 &5 huruf ja.. okay, insyaAllah.

mungkin lah kot. wallahua'lam

boleh tolong terangkan tentang lepak maqasid?

sama je macam lepak biasa. cuma lepak berisi.
cuma yang dikritik adalah dalam lepak maqasid semua orang bebas bagi pandangan ttg isu tu, sama ada Islam atau bukan Islam, melayu, cina, india dll semua boleh bagi pendapat masing-masing.
Terkadang tajuk atau skop pebincangan adalah skop yg qati'e (tetap) dalam syara' yang tak boleh diijtihadkan dengan 'pada pendapat saya..' dan perkara berkaitan yang boleh timbul syak pada aqidah dll kalau bincang bab aqidah lah. jadi tu yg tak elok tu. membuka ruang ijtihad pada yang bukan ahlinya.
Kedua, lepak maqasid takde kawalan. sepatutnya kalau nak buat perbandingan agama, atau bincang falsafah gitu, terutama berkait dengan agama Islam, maka perlu ada kawalan dari segi keluarkan pendapat dan kena ada kesimpulan pada penutupnya tentang macam mana pandangan Islam pada isu yang dibincangkan. Mungkin ini lah lacking lepak maqasid ni.
Nak terbuka takde masalah, tapi biar terbuka dalam kerangka nas. dalam batasan syara. ana sokong perbincangan atau dialog antara agama apa semua, tapi biar ia terkawal dan biar nampak Islam itu solution semua masalah. bukan fahaman atau idealogi barat dll.
wallahua'lam

View more

Liked by: Izzati ndiardwn Yam Med

Asif, kalau tasghir paling kurang pun kena 3 huruf kan ? So, tak boleh nak tasghir kan kalimah tu ?

tak tahu lah. qatait ke? cuba check dalam mu'jam

https://www.youtube.com/watch?v=f3k41vyLLM4 cer komen skit

tak mau komen lah. buat dosa je. dah ada orang yg tunjukkan prove utk statement syeikh. lagipun syeikh tak kata tu fakta, syeikh suruh kaji. apa pun jangan buruk sangka dgn ulama. satu salah diorang buat, ada beratus bahkan beribu lagi benda baik yg diorang buat, nak banding dengan kita yg hari-hari salah lagi banyak dari betul ni. tambah dosa pulak mengumpat menghina diorang lagi kan. baik senyap je. biar isu ni berlalu pergi.

Assalamualaikum ,boleh x ana nak minta pendapat daripada enta tentang apa pengisian dalam usrah yang menarik dan perlu diketahui oleh remaja kini...wallahu'alam ....

wa'alaikumussalam. ikut madu'.
tekankan yang asas. solat dan yg fardhu-fardhu.
kemudian, bila diorang nampak letih, cerita pasal akhir zaman.
itu yg remaja zaman sekarang banyak cenderung.

boleh tolong bagi intro tazkirah yang abang selalu guna? yang arab punya

الحمد لله الذي جمعنا في هذا المكان المبارك
الذي تتنزل عليه الرحمة والبركة
ونسال الله ان يجعلنا من اهل الرحمة
ويجعلنا من اهل البركة
ونسال الله ان يجمعنا واياكم في فردوس الاعلى مع النبي صلى الله عليه وسلم. امين.
lebih kurang lah

Asiff mencelah. Tak salah saya, Naltaqi tu betul.

penggunaan naltaqi tu. memang ada ibdal pada laqa-yalqi kemudian dia jadi naltaqi ya?

نشكر الله علي نعمه ورحمته. باذن الله نلتقي في هذا الاجتمع في هذا الصباح الكريم. ada yg salah tak dlm ayat tu? syukrang

naltaqi tu macam salah. macam.
Liked by: Hamba Allah jo iërœ

kenapa form 6 lagi untung daripada matrik ?

banyaknya soalan..
form 6 ni tempoh sama macam matrix (form 6 STPM lah)
setahun setengah.
cumanya, kata orang lah, form 6 competition tak kuat.
tak sekuat matrix. maknanya opportunity lah kat situ.
orang banyak pilih matrix sebab tak nak duduk suasana sekolah je.
terikat disiplin, takleh bela rambut, janggut, pakai pakaian sekolah dll.
tapi yg paling untung form six ni,
dia ada sijil. form 6 macam mana result pun akan dapat sijil STPM ataupun STAM.
berbanding matrix, sijil yg mereka ada cuma SPM. jadi kerja yg dapat pun rendah jelah.
STPM paling kurang tinggi sikit sijilnya.
dan matrix kalau tak perform, tak lepas pointer. tak dapat apa-apa.
sijil pun tak dapat. rugi je masa.
gitu lah. tapi apa-apa pun ada baik buruknya.
yang matrix jangan marah pulak. mohon betulkan kalau salah.

mantap jawapan biro usrah.. ilmu mantik tu cane.. terang sikit..

jawapan cuma jawapan -.-
mantiq ni tak tahu camne nak terang. dia macam add math. tapi kalau faham cara dia, senang je. dia add math yg tak main nombor. tapi dia main 'qadiyah' ataupun statement. lebih kurang macam Mathematical Reasoning chapter 4 waktu form 4 tu lah. cuma semua yang kita belajar tu 'natijah' selepas melalui ilmu mantiq. yg ilmu mantiq sebenar, asal pada mathematical reasoning tu.
Al-Khawarizmi antara pakar ilmu mantiq. tu sebab dia boleh terfikir untuk gantikan algebra untuk nombor arab yang tak diketahui exact value dia. boleh tengok documentary di youtube pasal al-khawarizmi ni.

Next

Language: English