@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

"Madad ya rasulallah" boleh ke tak? Mcm agung2kan nabi lebih2 boleh ke tak?

kalau takut syirik, baik tinggalkan. tapi perkara ni takde masalah pun, sebab maksud madad iaitu meminta tolong pada Rasulullah hakikatnya bukan kita nisbahkan minta tolong kita pada nabi, tapi kita minta tolong pada Allah, cuma pemudah caranya adalah Rasulullah. macam mintak tolong dengan doktor, yang menyembuhkan Allah, tapi doktor tu pemudah caranya. jadi takde masalah kalau kamu faham begitu.
kalau kamu takut kamu syirik, tinggalkanlah.

Abang. Klau kerje ngn orng niaga, kita Nak solat awal ikut waktu azan. Tpi time rmai pelanggan. So Mcmana ni? Solat awal tinggalkn gerai dia or ikut je dia solat tngh waktu? Masjid dekt je

bincang elok-elok dengan boss tu. jangan main tinggal je. bagus dah niat kita nak solat awal, tapi kalau kita tinggal menyusahkan majikan, kan tak bagus tu. lagipun dia bagi kita solat, cuma lambat sikit. takpelah.

Related users

Sy na tnye... Adakah layanan kite kepada ibu tiri sama mcm kite lyn ibu kndung... Adekah syurga kite terletak di bwah kaki ibu... Walaupun die ibu tiri kite... Sy ingin perjelasan...

ya layanannya sama. tentang yang syurga tu, wallahua'lam. tapi redha Allah adalah pada redha ibu bapa, dan murka Allah adalah pada murkanya mereka pada anak mereka. wallahua'lam

tapi pelik . kenapa nak tutup pintu baca almulk .

ni baca hadis ni:
maaf copy paste je. hadis muttafaqun alaih.
Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu anhuma berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ
“Bila hari telah senja laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Dan bila sudah masuk sebahagian waktu malam maka biarkanlah mereka. Tutuplah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup (dengan menyebut nama Allah). Tutup semua kendi kalian dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bejana kalian dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lentera kalian (ketika hendak tidur).” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]
لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا kan perintah tutup pintu tu.
wallahua'lam

View more

assalamualaikum . saya nak tanya . ada kah ajaran mengatakan perlu membaca almulk dalam keadaan lutut bertemu lutut dan pintu bilik perlu ditutup . saya meragui statement ni . tapi kat hostel saya ade amalkan . saya bimbang .

wa'alaikumussalam. Jangan ragu. Insha Allah ada yang betulnya tu. Sebenarnya Al-Mulk dibaca masing-masing sahabat pada zaman nabi. Wallahua'lam kalau ada sahabat yang baca sama-sama.
Tapi bila zaman semakin berubah, maka disebabkan sibuk yang mencengkam, susah nak baca kalau sorang-sorang. Maka didatangkan alternatif berkumpul bersama dan membaca Al-Mulk.
Maka jika berkumpul bersama dan dibacakan Al-Fatihah, ia sudah menjadi majlis zikr dan boleh juga jadi majlis ilmu. Maka amalan para ulama adalah majlis ilmu itu duduknya rapat, rapat sehingga boleh jadi lutut bertemu lutut. Boleh jadi ia simbolik tapi rapat lah kan.
Kemudian bab tutup pintu memang ada hadis dalam sahih bukhari yang Rasulullah suruh tak bagi anak-anak main kat luar waktu malam selepas matahari terbenam. Begitu juga Rasulullah suruh tutup bekas-bekas makanan, bekas minuman dan padamkan lampu. Maka pintu bilik ditutup mungkin salah satu daripada alternatif tak nak bagi orang keluar apabila lewat malam. Tapi boleh je nak keluar cuma tak digalakkan.
Nampak tak? Asalnya semua itu asing-asing amalannya tapi disatukan dan disesuaikan dengan zaman kita. Wallahua'lam.

View more

stayer tu ape?

Tugasan menambah tahun sebagai pelajar sekolah.
Tu yang sedapnya.
Maksud biasanya,
Ambil tingkatan 6 di sekolah yang sama diambil tingkatan 4 dan 5 disitu. Tu definisi dia di kisas lah.

Akhi, kalau time baca Al Quran kita tak cukup nafas kan, then boleh ke berhenti dekat mana mana ayat?

Selagi maksud tak lari, takde masalah berhenti. Biasanya orang akan berhenti antara huruf ataf. Kalau lupa huruf ataf tu apa, huruf ataf adalah seperti kata hubung (walaupun tak sama sangat, hurf jar lagi dekat dengan kata hubung). Contoh huruf ataf : و, ف, ثم dan lain lain.
Wallahua'lam
Liked by: Tillay

Stayer tu apa?

Sautu amal yang memerlukan keikhlasan dan pengorbanan bersadur kekuatan dan sandaran kepada tuhan yang padu.
Liked by: qs

pendapat akh dengan orang yg bagi pendapat tu?

Saja jawab lambat. Tak nak bagi sesiapa kecik hati. Ana jenis yg pegang prinsip mana baik pada orang kita ambil lah. Mana buruk kita tapislah. Dan ana jugak suka pegang pendapat guru kami, lebih baik berhati-hati kalau kita syubhah atau tak yakin. Kalau yakin takde masalah. Wallahua'lam
Liked by: zubair haslan

Macam mana nak buat cerita menarik? Biasanya org buat kat blog tapi kebanyakannya cerita cinta kekdang sama je jln cerita. Nak tips!

Haha. Yang bertanya lagi mahir rasanya. Kita ni pun merangkak lagi dalam dunia penulisan ni.
Entahlah. Mungkin kena tulis dari hati dan tulis atas apa yang pernah dilalui. Bukan tokok tambah bagi perencah sedap sedap kot.
Liked by: Am. H.M dina

saya da buat research tntg hukum pakai braces. sy dpt tahu yg org jongang bleh pakai braces tapi ustz tu kasi contoh, org jongang yg giginya terkeluar. bagaimana pula dgn org yg jongang tapi giginya tidak terlalu kedepan??

Selagi dia jongang yang boleh bawa aib. Harus sahaja nak pakai braces.
Liked by: Lichaaaaa

Kisas ke? Cerita sikit apa keunikan, kelebihan, keistimewaan kisas.

belum ada mood lagi lah. banyak sangat kalau nak cerita. nanti kalau ada masa dan rajin nanti akan ditulis, insha Allah.
setakat ni sempat tulis setakat yang ada diblog sahaja.

jadi antara sebab dia adalah usrah la ye. mabruk enta.

semestinya. lain orang lain pengalaman usrah dia. tanyalah kawan-kawan kisas yang lain, semua ada benda best diorang nak cerita kalau tanya pasal usrah. Usrah itu antara 6 unique di kisas, masakan takde something yang buat dia unik kan? :)

Assalamualaikum, ana nak tanya sikit. Kenapa sebahagian ahli jemaah PAS atau mereka yang join usrah under PAS mereka suka sangat memperkecilkan jemaah atau usrah lain seperti ikram and so on. Perlu ke ada sifat kutuk atau perkecilkan jemaah Islam yg lain ? Muhasabah untuk kita sebagai ابناء الحركة.

Wa'alaikumussalam. macam bukan soalan je sebenarnya ni..
Tulah. Pas ni bukan parti kampung dah. bukan sikit-sikit keahlian Pas, berjuta orang dah alhamdulillah.
Jadi dalam lebih satu juta mereka yang menjadi ahli pas ni, pastinya akan ada yang buruk dari semua ahli tu kan. Yelah, biasa lah tu bila seorang ayah ada 5 orang anak, setiap satu semua lain-lain perangainya, inikan pula 1M anak kan. macam-macam perangai.
Sebab bukan semua orang melalui Pas dari jalan tarbiyyah. Ada yang melalui Pas dari kertas daftar sahaja. Program pas tak pernah pergi, usrah kawasan tak pernah mari, maka fikrah Pas tidak pernah datang bertandang dalam fikiran dia.
Bila anak muda, orang muda darah panas, semangat, tapi tidak terdedah dengan fikrah yang betul. Dia tidak nampak Pas dimana, jemaah lain di mana, maka mudahlah mengutuk sahabat yang tidak sejemaah itu ini. Fiqh Ikhtilaf tak berjaya digarap dan hasilnya, jemaah Islam sama jemaah Islam bergaduh. Bergaduh rebut ahli. Memalukan sebenarnya.
Allah. mudah-mudahan kita jauh dari perpecahan dan bersatu saling melengkapi.
wallahua'lam. Abnaul harakah perlu ada fikrah yang sahih.

View more

Next

Language: English